Pages

Labels

Tuesday, December 1, 2009

Takut dengan Doa?

Seperti biasa saya tidak mahu terlepas peluang untuk ambil tahu berkenaan isu politik semasa.. bukannye terlalu taksub berpolitik sekadar untuk memberi keseimbangan dalam beragama. Ialah kalau setakat metadah kitab yang tidak seberapa di Nilai, kenelah membuat bersediaan awal untuk berpencak dalam masyarakat nanti.. Tapi secara hakikatnya saya memang agak lambat untuk isu semasa ini...

Doa Tok Guru untuk Dato' Seri Najib... satu isu yang sangat berat untuk diulas sebenarnya. untuk mencari jawapan saya membuka website daripada semua pihak.. antaranye ialah Malaysiakini, Utusan Online, Pejuang Bangsa(UMNO), harakahdaily dan juga blog Tok Guru Nik Aziz sendiri..

Kenapa pihak kerajaan tidak mahu berlapang dada mengkaji mengapa seorang tokoh ulama' itu berbuat sehingga sedemikian rupa. Mungkin suara mereka di Kelantan sudah tidak di dengar lagi. Kalau sekadar mendesak untuk memohon maaf kerana terhina mengapa baru sekarang rase diri dihina. Sedangkan kritikan terbuka yang dibuat rakyat dari dahulu lagi sudak terlalu banyak kepada kerajaan dan kepimpinannya. Inilah saatnya orang2 yang dizalimi berdoa memohon bantuan daripada Allah.
Gambar suasana demonstrasi di Kelantan-sumber, malaysiakini.com

Tergelak saya bila melihat fakta yang berbeza daripada dua sumber media tadi. Malaysiakini mengkhabarkan bilangan rakyat kelantan yang hadir untuk berdemotrasi ialah ratusan orang manakala Utusan pula mengkhabarkan lenih seribu. Sudah sedia maklum sebelum ini yang utusan Malaysia memang selalu 'menyedapkan' ceritanya.

Selain slogan anti-PAS kerana kemarahan mereka kepada Tok Guru Nik Aziz kerana mendoakan kemusnahan DS Najib, turut keihatan di kain rentang iaitu mendesak Tok Guru meletakkan jawatan.

Walaubagaimanapun, jangan kita tertalu taksub dengan mana2 puak. Lebih baik la kita mengkaji sendiri dengan melihat kenyataan daripada kedua-dua belah pihak. Manusia tiada yang sempurnanya... jom ikut saya kita sama2 mencari..:)

Untuk maklumat lanjut mari lihat pautan dibawah:

0 comments: