Pages

Labels

Saturday, November 14, 2009

Berubat untuk Hati


Ubat bagi hati...?? Kenapa hati yang menjadi pilihan penulis untuk memuatkan artikelnye di dalam majalah Solusi bagi edisi ke 12..?? Kenapa pula perlu memenangi HATI pembaca dengan isi yang demikian..

Sabda Nabi SAW, " Ketahuilah dalam jasad ada seketul daging, bilamana baik daging itu maka baiklah keseluruhan(jasad) itu, dan bilamana rosak daging itu maka rosaklah keseluruhan(jasad) itu, ketehuilah daging itu adalah hati."

Apa beza sakit di hati dengan sakit dianggota lain..??

Teringat saye pada kisah yang berlaku kepada sahabat saye.(ayik cite pasal die ni je). Kemalangan yang dihadapi cukup memeritkan. Maka terpaksalah beliau menghadapi saat rawatan yang juga memeritkan diri. Proses pemcucian luka dibuat secara perlahan-lahanuntuk mengurangkan kesakitan. Tetapi ianya cukup pedih sekali.

Rawatan yang diterima bukanlah sehari dua tetapi memakan masa berminggu untuk kembali pulih.. itu pun masih belum pulih sepenuhnya cukup sekadar mampu berjalan untuk menghadiri kelas..

Tetapi, apa persamaan antara sakit di hati... begitu la juga jika hendak mengubati hati yang penuh dengan kelalaian dunia. Hati yang asyik dengan perasaan cinta... penuh hasad, sombong, takbur, riya', ujub dan sebagainya...

Ianya memerlukan jangka masa yang sangat lama untuk pulih kembali kepada fitri cinta kepada Tuhan. Rawatan perlu diberikan setiap hari. Ubat-ubatan perlu dimakan pada masa yang ditetapkan. Pantang larang hendaklah dijaga agak penyakit tidak kembali kepada diri... ubat qiamullai yang sangat pahit perlu ditelan... semuanya adalah untuk merawat hati.

Oleh itu, merawat hati memerlukan satu mujahadah(ketekunan) yang sangat tinggi..

Hati punca segala perilaku umat manusia. Hati la yang memandu manusia untuk melakukan perkara yang Allah sayang..

Jagalah hati, jangan benarnya hati kita dimiliki sesiapa.. hiasinya dengan kalam Allah yang tidak ternilai indahnya.... :)

2 comments:

Imran Mohd said...

hati hati menjaga hati

Syahir Safwan said...

Salam.. mendalam maksud tu.. TQ..