Pages

Labels

Thursday, March 29, 2012

Hakikat di akhir kehidupan...

"Sesiapa yang mengatakan Muhammad sudah mati akan aku pancung kepalanya!!"
Kata Umar sambil menghunuskan pedangnya. Saidina Umar memang dikenali dengan sifatnya yang garang. Bukan saja saudara Muslim, tetapi juga digeruni oleh pihak lawan.

Umar juga seorang sahabat yang sangat mendalam pengetahuannya tentang hal agama. Tetapi kenapa keluar dari mulut Umar kata-kata tersebut??

Lalu keluar Saidina Abu Bakar dan berkata, "Barang sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah pergi meninggalkan kita. Barang sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah sajalah yang kekal."

Kemudian dibacakan ayat al-Quran tentang Muhammad hanya seorang rasul yang diutuskan Allah....

Termenung Saidina Umar mendengarkan ayat tersebut... Ayat yang dihafalnya, dan difahami dengan jelas maknanya. Tetapi hari itu seolah-olah baru pertama kali mendengar ayat itu.

Sesungguhnya Al-Quran itu sebagai peringatan buat kita kerana kita sering kali terleka... oleh itu selalulah berdamping dengan al-Quran sungguhpun kita sudah mengulangnya seribu kali...

*************************************

"Ustaz, saya nak baca dua muka boleh?" pinta si Atirah. Atirah memang rajin mengaji, bacaannya saja lebih baik jika dibanding dengan senior-seniornya yang lain. Cuma kekangan masa tak dapat nak penuhi pemintaannya..

"Alaaa ustaz.... xpe la.... minggu dengan saya nak baca 4 muka yek..."

Aku senyap...

"Ye laaaa..." sambil tersenyum...
'Dan barang sesiapa yang berbuat kejahatan dan menganiyai dirinya sendiri, kemudian dia meminta ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' [Annisa' : 110]
Ayat 110 surah annisa' kedengaran...

Fokus kepada ayat seterusnya mula hilang. Akhirnya Atirah menamatkan bacaannya dengan peringatan "Minggu depan 4 muka yeee..."

Duduk termenung sekejap, ayat yang aku pernah tadabbur dahulu... ya.. ingat lagi... sewaktu tingkatan 3..

Ayat inilah yang sering aku selitkan dalam tazkirah dan usrah... juga aku jadikan motivasi pada diri untuk terus tingkatkan usaha dalam meraih redha Allah...

Tapi kenapa aku tinggalkan ayat ini?? sekian lama aku lupakan....

Mula meletakkan diri di tempat exclusive dan memandang mad'u yang lain lower class.

Kenapa aku mula untuk menghukum seseorang atas apa yang dilakukan pada masa lampau?? Sedangkan pintu taubat terbuka uuntuk setiap hamba yang menyesali dirinya....

Beristghfar panjang.... "Astaghfirullah....."

"Mai ngaji...." Giliran pelajar seterusnya...

Mungkin Allah hantar anak muridku untuk menegurku dalam tidak sedar.. Alhamdulillah... Syukur...

*************************************

Sebesar manapun kejahatan yang kita lakukan, kembalikan kepada Allah dengan taubat. Pohonlah semoga dikekalkan dalam hidayahnya hingga ke akhir hayat.

Lupakan kisah silam, usah kembali kepadanya.... teruskan misi untuk mendapat redha Allah...

Kisah semalam bukanlah hakikat kehidupan kita... kerana hakikat hidup pada akhir kehidupan kita. Adakah kita mti pada Husnul khatimah (kebaikan) ataupun Su'ul khatimah (keburukan)

Bila angin tak bertiup, pokok digoncangkan

Suka untuk mulakan post ini dengan sepotong Hadis yang dipetik dari kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi.... Hadis yang ke-6

Maksudnya:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.

Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram.

Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘

Syubhah

Objektif post ini:

  1. Hindari perkara yang membawa kepada fitnah
  2. Hendaklah BERSUARA untuk mempertahankan diri tatkala ada fitnah kepada diri, bukannya DIAM.
  3. Rujuk pada sumber asal untuk dapatkan kepastian, bukannya percaya pada khabar angin.
  4. JANGAN ADAKAN FITNAH memburukkan orang lain dengan memutar belitkan cerita asal.
  5. Elakkan mengadu domba hinggakan menjadi fitnah kepada individu tersebut.
**************************

Ada sesetengah individu berpendapat DIAM lebih baik daripada BERSUARA biarpun maruah tergadai.

Dalam hal ini, perlu kita utamakan adalah kebenaran bukan publisiti. Ramai diantara kita berdebat semata untuk mempertahankan kepentingan individu sungguhpun perkara yang dipertahankan itu adalah salah, dan memang dia BERSALAH...

Dalam hadis ini Nabi SAW ajarkan kepada kita tatkala datang khabar angin yang tidak benar ataupun fitnah, hendaklah kita tampil menyangkal dakwaan tersebut...

Seperti kisah Nabi SAW dengan Isterinya Saidatina Safiyyah bin Huyai... suatu ketika Baginda SAW jalan bersama isterinya disebuah lorong. Kemudian kelihatan dua orang sahabat di hadapan baginda yang cuba untuk menukar arah supaya tidak berselisih dengan Baginda SAW. Lalu Baginda SAW memanggil kedua orang sahabat tadi dan menjelaskan bahawa di sebelah Baginda adalah isterinya Safiyyah bin Huyai. Kata sahabat tadi mana mungkin mereka akan berfikirkan bahawa Nabi SAW berdua-duan dengan perempuan yang bukan muhrim...

Peristiwa itu jelas kepada kita sungguhpun seorang Nabi yang terkenal dengan ketinggian akhlak dan budi melakukan perkara melanggar syariat, tetapi jauh di sudut hati Baginda SAW untuk berwaspada dengan pandang sisi orang lain. Nabi SAW memanggil dua orang sahabat itu untuk berikan penjelasan supaya tiada anggapan dibuat melainkan ianya hanya kebenaran. Ketika itu baginda bersuara... Jadi kenapa kita perlu diam...

Apabila perlbagai tomahan dan khabar angin hinggap di mulut masyarakat kenapa perlu senyap seolah membenarkan perkara tersebut...?

Dalam situasi politik kita lihat ceramah penerangan, press statement dan lain-lain, semuanya adalah tujuan mempertahankan kebenaran dan mengelak daripada fitnah... Kenapa perlu kata PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik sedangkan kebenaran wajib diutamakan... Fitnah kepada agama tersebar luas pada hari ini, isu Hudud... muamalat dengan Yahudi, Rasuah, dan lain2 kesemuanya wajib diberi penjelasan... Tak cukup sekadar DIAM.

Begitu juga yang terjadi pada diri sendiri... Mungkin ada yang pernah terdengar desas desus orang mengata perihal keburukan diri kita. Kadang-kadang terasa seolah berasap dan menggelegak di otak. Oleh itu, hindari perkara fitnah. Bagi pihak kedua pula, rujuklah pada tempatnye... jangan membuat andaian yang menjadi fitnah... Dan jangan pula cerita itu ditokok tambah semata-mata untuk menampakkan peribadi kita yang kononnya bagus... Don't assume, ASK!!

::Jauhi Fitnah::

Anda boleh runtuhkan bangunan yang dibina bertahun-tahun dengan satu letupan bom, Anda juga mampu untuk robohkan ikatan ukhuwah yang dibina bertahun-tahun lamanya hanya dengan sepotong ayat (fitnah)

Wednesday, March 14, 2012

Klip-klip G Heart

jilulquran.com adalah misi saya kini. Bukan sekadar sebuah web, mahupun sebuah perniagaan untuk peroleh pendapatan semata-mata. Nilai perlaburan yang saya dan beberapa lagi sahabat cuba ketengahkan adalah lebih daripada semua itu.

Pepatah cina ada menyebut, 'Andai ingin hidup bahagia selama setahun, semailah benih. Andai ingin hidup bahagia selama 10 tahun, tanamlah pokok. Andai ingin hidup bahagia selama 100 tahun, didiklah manusia.'

Saya gembira dengan koloborasi bersama sahabat-sahabat lain dalam menyebarkan dakwah melalui medium yang kami bawakan ini.Sungguhpun ianya baru diperingkat awal pengukukah, tetapi saya sangat berharap agar medium ini mampun untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada ummat dalam mengaplikasikan tuntutan Al-Quran dalam kehidupan semasa...

Berbalik pada tajuk... tujuan post ini dikeluarkan sekadar untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekali beberapa video sewaktu pertandingan hafazan di UIA baru-baru ini... Peserta adalah sahabat-sahabat daripada jilulquran.com...

selamat menontonton...


Johan


Tempat Ke-2


Tempat ke-3

Semoga hati kita bersinar dengan sinar daripada Al-Quran... Ketahuilah sesungguhnya hati kita kosong ibarat rumah kosong tanpa perhiasan andai kita mengabaikan Al-Quran..