Pages

Labels

Wednesday, November 10, 2010

Sejuk~

(Sila klik untuk mainkan muzik)

Sejuk~

Meronda-ronda di Taman budi dan ilmu diwaktu malam berseorangan. Satu kerja yang tidak berapa normal sebenarnya, tetapi kekadang manusia perlu juga berjauhan kesibukan dan keserabutan dunia yang kononnya mengalahkan pemimpin hebat dunia Islam.. hak...

Alhamdulillah sempat berdiskusi dengan beberapa sahabat di malam itu, topik perbincangannya berkenaan suasana UIA yang senang cerita sudah larut dengan percemaran maksiat... Berdiskusi berkenaan topik ini biasanya akan timbul persoalan "Hebat sangat ke aku ni, sibuk bincang masalah orang lain... sedangkan diri sendiri pun payah nak control".. persoalan itu bialah di selesaikan dengan cara pemikiran yang positif.. insyaAllah jadikannya sebagai wasilah untuk sesama mengadakan perubahan dalam diri masing-masing..

Dengan izin Allah, berkuranglah sedikit beban malam itu setelah bersama-sama sahabat-sahabat berbincang... hakikat kehidupan yang telah diaturkan Allah, apabila berseorangan memang mudah mendatangkan prasangka yang negatif kepada diri sendiri. Akhirnya, berlakulah masalah 'Aku down!!'...

Allah jadikan kekuatan dalam setiap diri insan dengan hidup berjemaah... di rumah kita ada ibu bapa, adik beradik, saudara mara... di tempat belajar kita ada rakan-rakan... kemana saja kita pergi, hati kita akan meronta-ronta inginkan peneman.. fuuuuh

BEKAM

Selesai meronda-ronda di sekitar UIA, Alhamdulillah menerima jemputan ke Majlis makan malam.. haha... bakar ayam... dalam masa yang sama sempat lagi membekam sahabat-sahabat.. dan juga mengadakan sedikit kursus bekam untuk sahabat yang akan terbang ke Sabah 2 3 hari lagi.. katanya nak membekam rakyat-rakyat di Sabah.. semoga usahanya berjaya, menyebabkan sunnah Nabi SAW...

********************

Baiklah, misi yang tertangguh akibat kehilangan mood semalam mesti di sambung semula. Keadaan tekanan akan menjadikan kita berusaha bersungguh untuk melakukannya.. akan tetapi ada kalanya diri yang serba lemah ini gagal untuk mengendalikan tekanan yang di anugerahkan Allah itu...

Jom...

Friday, November 5, 2010

Manfaat kesesatan...

(klik untuk play)

Perjalanan yang tidak dirancang...

*******************

Selesai menziarahi sahabat-sahabat di Universiti Malaya, saya pun berhajat untuk pulang ke UIAM Gombak. Tetapi hendak ditakdirkan Allah, tak jumpe jalan ke Gombak.. Adus... tersilap satu simpang akhirnya hilang arah... tercari-cari signboard pulang, akhirnya menggerakkan keldai merahku ke highway Seremban..

ke Nilai...

Ke Nilai lagi la nampaknya, dah berapa kali berulang alik ke Nilai minggu ni. Moga-moga ada hikmah di atas kesesatan jalan kali ini..

Di Nilai, malam itu berlangsung satu talk yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal. Sapelah yang tak kenal Ustaz Hasrizal, popular sebagai Doktor Cinta kepada para muda mudi hari ini yang hilang arah dalam pencintaan... Apa tajuknya???

Bercinta sampai ke Syurga... satu tajuk yang sangat sinonim ke telinga kita.. pernah sekali di Gombak diadakan Forum menggunakan tajuk yang sama sewaktu pesta konvokesyen yang lepas. Tetapi pada saya huraian Ustaz kali ini lebih jelas dan lebih memurnikan keadaan.. insyaAllah...

Kelihatan ramai students yang hadir untuk mendengar ceramah daripada Ustaz, semestinya golongan Perempuan yang menguasai kerusi-kerusi yang ada... huhu....

Antara soalan yang menarik perhatian saya disebabkan saya pun sampai agak lewat... ialah permasalahan 'Cinta Islamic'... "Apa pendapat ustaz tentang cinta ustaz ustazah ataupun cinta anta anti..." soalan yang diajukan oleh moderator (lebih kurang macam tu la soalannya)

Banyak la huraian yang diberikan ustaz... bagi sesiapa yang nak dengar sendiri boleh la dapatkan rakaman videonye ye.. huhu.. (promot2) free je...

Ustaz cube menyimpulkan soalan dari dengan kata-kata dari Imamul Ghazali yang berbunyi, "Dosa yang paling berbahaya ialah membuangkan rase berdosa dalam diri"


Sebagai contoh yang diberikan, seorang peniaga yang penipu dalam berniaga... tetapi dengan hasil penipuannya, dia dapat memberi sedekah kepada fakir miskin.. maka dengan amal kebajikan yang dilakukan itu telah mengurangkan rasa berdosa dalam dirinya sebagai seorang penipu....

Begitu juga dalam bercinta... kononya bercinta yang penuh dengan penjagaan batas-batas syariat... di namakan percintaan itu dengan erti kata tunang... ataupun bakal isteri.... maka dalam tidak sedar telah menghalalkan segala macam perkara yang haram bagi dua individu yang bukan mahram...

Manusia memang licik dalam memutar belitkan hukum, lebih lagi bagi mereka yang mempunyai pendidikan agama yang agak tinggi... Sesuka hati meletakkan hukum ke atas dirinya sendiri terutamanya dalam bab cinta....

Nasihat yang bergune insyaAllah disebalik kesesatan saya malam itu....

Bagi seorang lelaki hendak dipelihara wanita, jangan dinodai mereka dengan kerakusan nafsu... wanita pula hendaklah mengekalkan indentiti muslimah walaupun sudah bergelar isteri, jangan ditumpulkan duri yang terlekat pada mawar yang berduri...

Terima Kasih kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...

p/s: Serius ni, baik tengok rakaman video ini.. kekadang kita tak sedar kesalahan kita.. huhu... daripada nasihat orang yang sepatutnya insyaAllah lebih terarah kehidupan kita semua...

Wednesday, November 3, 2010

Separuh sedar

(klik butang play)


Alhamdulillah hari ini Allah beri peluang kepada saya untuk beraksi lagi di alam maya ini, entah la apa yang menggerakkan otak untuk menulis hari ini. Idea pun tak berapa nak ramai ni....

*****************

Setiap hari kita diberi peluang oleh Allah, salah lagi Allah beri lagi peluang... setiap kalli peluang yang diberikan, setiap kali ini lah ramai manusia yang gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Keselesaan yang bertimbun-timbun menjadikan manusia selalu leka... haiiyya.... hakikatnya begitulah.... mencari keredhaan Allah dalam kemurkaanNya.. samalah macam cerita Robin Hood yang merompak untuk menolong orang yang miskin..

Suka saya akan kisah Sultan Ibrahim Adham... begini kisahnya..

Pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”


Teguran daripada Allah kepada semua manusia melalui kisah Ibrahim Adham ini... adakah kita mencari keredhaan Allah dalam lena sewaktu azan subuh berkumandang? mencari keredhaan Allah dengan berhibur sedangkan negara penuh dengan kemaksiatan.... boleh pula kita mengejar cinta dunia sedangkan diri ini tidak kenal Allah dan RasulNya... begini lah kita....

Hidayah daripada Allah singgah sebentar di hati Ibrahim Adham yang mana daripada seorang Raja yang lalai kepada seorang Ahli Sufi yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Apalah nilai batang tubuh seorang manusia melainkan untuk melaksanakan setiap amanah yang telah dibebankan oleh Allah...

Amanah... ye.. tau-tau sendiri lah apa amanah kita... beribadat, menjadi khalifah, berdakwah.. semuanya amanah... jangan diambil sebahagian saje...

Dalam tidak sedar, Allah sentiasa mengurniakan Hidayahnya kepada kita... terpulang kepada kita untuk menyahut seruan Hidayah itu ataupun meninggalkannya... setiap peluang yang Allah berikan, bergantung kepada kita.. adakah kita manfaatkan ataupun tidak...

Kesedaran yang wujud dalam diri adalah Hidayah, dah ianya mesti disusuli dengan suatu 'Mujahadah' yang sangat tinggi agar kita mampu untuk sentiasa Istiqamah dalam kebaikanNya...

Pohonlah Hidayah dan tingkatkan mujahadah moga-moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa istiqamah di atas jalanNya yang benar....