Pages

Labels

Sunday, June 28, 2009

Menjelajah Malaysia Dalam Masa 3 jam setengah

Ramai antara kita yang tidak dapat mempercayai bahawa baru-baru ini saya dan beberapa sahabat telah mengelilingi Malaysia dalam masa 3 jam setengah. Hm… macam mana tu.. ini bukanlah penjelahan di alam mimpi, tetapi realiti kerana saya dan sahabat2 telah pulang dengan membawa bukti yang kukuh bahawasanya kami telah pergi ke tempat itu.. hehe..

Antara destinasi yang kami kunjungi ialah SMKA SHAMS Negeri Sembilan, kemudian ke SMKA Pedas juga di Negeri tersebut. Kemudian pula, kami memanjangkan perjalanan kami ke Negeri di bawah pemerintahan PAS, Kelantan. Kami melawati SMKA Lati… Dari Pasi Mas kami pergi pula ke Kota Bharu melawat SMKA Naim Lilbanat…

Membeli bekalan makanan di SMKA SHAMS


Melawat gerai buku


Gambar kenangan bersama bas SMKA Lati..( gambar bukti)



'Di' SMKA Naim Lilbanat..


Selepas itu kami ke negeri yang berjiran dengan Kelantan iaitu Negeri Terengganu… di Terenggganu kami sempat ziarah ke SMKA Sheikh Abdul Malek. Kemudian sempat sebentar ke SMKA Tok Jiring…

Gambar bas SMKA Sheikh Abdul Malek yang di ambil sewaktu lawatan kami di sana.

Selepas itu pula kami turun ke negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Negeri Pahang. Di sana kami telah melawati sebuah sekolah yang tidak asing lagi di Pahang iaitu SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang(TAHAP). Sekolah yang telah mentarbiah diri ini dan membekalkan diri ini dengan persiapan untuk berperang… :)Bergambar di hadapan bas SMKA TAHAP, sebuah sekolah yang sangat hebat..:)

Sebelum kami pulang semula ke Nilai, kami singgah sebentar di SMKA Kuala Lumpur dan barulah kami pulang semula ke UIAM Nilam Campus.. perjalanan kali ini cukup membeir erti yang mendalam dalam diri ini. Teringat kembali sewaktu berada di bangku sekolah menengah. Kenangan yan g tidak akan kembali lagi dimana-mana…

Sempat sekejap 'menjejakkan kaki' di SMKAKL

Kami berada di destinasi pertama SMKA SHAMS pada jam lebih kurang 4.30 petang dan kami sampai di Nilai jam 8+- malam….

************************

Cukup la mengarut kejap. Cerita sebenarnya kami pergi ke SMKA SHAMS Negeri Sembilan untuk menyaksikan ihtifal SMKA Kebangsaan. Sesampainya kami pertandingan pada hari tersebut sudah pun berakhir.. para peserta telah pulang te tempat penginapan. Sebahagiannya menginap di SMKA SHAMS dan sebahagian lagi di SMKA Pedas…

Gambar kenangan kami bersama bas-bas SMKA yang menghadiri majlis Ihtifal SMKA baru-baru ni

Jadi untuk memuaskan lagi hati, kami pergi lah ke SMKA Pedas.. disana kami tak sempat berjumpa dengan sesapa pun, jadi bergambar je lah dengan bas yang ada..Tapi kami tetap berpuas hati…:)

Perginya Anak Haji Uda

CFSIIUM NIlai, 22 jun 2009 - Sedang saya di kelas Aqidah tiba-tiba handset saya bergetar.. bila tengok call daripada Kak Long… tapi saya tak angkat.. kemudian saya hantar mesej, Kak Long balas mesej.. “wan dh xde”..

Terus hilang fokus saya dalam kelas.. nak mintak keluar tapi masa berbaki Cuma beberapa minit lagi.. jadi tunggu je la sampai kelas habis.. apa yang disampaikan ustaz dah tak masuk dalam kepala.. sibuk merancang perjalanan pulang dengan Kak Long..

Habis kelas saya terus ke bilik tukar kasut dan menuju ke masjid untuk solat zuhur.. kak long sudah berada di masjid. Selesai solat zuhur kami terus pulang menaiki kereta kancil yang dinaiki oleh 4 orang iaitu saya, kak long, pakteh Atif dan mak ndak Adah… Berangkatlah kami dalam keadaan yang agak tergesa-gesa dan sangat lapar… jadi makan dalam kereta je.. kebetulan pula saya puasa hari tu, jadi tengok jelah diorang makan…

Sebelum sampai ke Bandar Raub kami ditahan oleh Polis Trafik dan disaman atas kesalahan memotong double line… kene RM 200… redha je la dengan ketentuan….

Sesampainya kami di kampung, azan asar berkumandang.. saya terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Selesai solat asar saya masuk ke rumah untuk melihat jenazah wan.. selepas ayah saya mencium wan saya pula… melihat sanak saudara yang menangis terasa sangat sebak dihati ini… tetapi masih dapat ditahan.. kemudian kami solat jenazah untuk round yang pertama diimamkan oleh Pak ndak Nasran, Adik bongsu ayah….

Diceritakan malam sebelum kematian adik kecil saya Syamil mintak bersungguh-sungguh nak pergi menjenguk wan dihospital. Tapi mak kata tak boleh sebab dah lewat malam dan mak pun ada kerja yang belum selesai.. tapi adik nak pergi jugak, bila mengantuk adik pergi basuh mukanya taknak bagi die tertido… sepanjang saya dan kak long ada dirumah adik tak pernah pun nak pergi ke hospital, Cuma sibuk bermain dengan sepupunya…

Jadinya, selepas mak selesaikan kerjanya, mak pun bawak adik ke hospital… waktu ketika itu sudah pun lewat malam.. yang tinggal di hospital Cuma ayah dan beberapa orang lagi saudara terdekat…. Mungkin naluri yang dikurnikan Allah kepada anak kecil ini memberi petanda yang besar bahawanya akan perginya wan buat selama-lamanya…

Pengebumian dalam rancangan awalnya ingin diadakan sebelum maghrib sebab nak tunggu sorang lagi mak sedara saya yang masih belum sampai… sampainya mak sedara kemudian diadakan solat jenazah sekali lagi dan barulah jenazah dibawa ke tanah perkuburan kampong Relong. Setelah selesai pengebumian, bacaan talkin disempurnakan oleh Pak Ndak dan tahlil oleh Aki We…

jenazah wan dibawa ke tanah perkuburan


Ayah, Pak Ndak dan Pak Long Upi menyambut jenazah wan

Dalam bacaan talkin telah mengingatkan semua hadirin yang hadir bahawa setiap amalan dimuka bumi ini akan dihitung oleh Allah dan manjadikan kematian pada hari tersebut sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua….

Teringat saya sewaktu perjalanan pulang… kami terpaksa menempuh hujan yang agak lebat di kawasan Bandar Raub dan Lipis… Alhamdulillah di kampung relong cuaca baik Cuma kelihatan mendung petanda nak hujan…. Selepas selesai pengebumian dan bacaan tahlil selepas isyaknya barulah hujan turun membasahi bumi ini… semoga kita semua dimatikan Allah dalam keadaan baik…

Keesokkannya kami bergerak pulang ke tempat kami…

.::Al-Fatihah::.

Pulang Ke Kampung


Pada hari Jumaat 19 jun 2009.. saya pulang ke kampung bersama Kak Long dengan menaiki kereta Kancilnya..Pada mulanya saya tak nak balik, tapi bile dapat tahu nenek saya sakit dan telah dimasukkan ke wad jadi saya pun ikut jelah kak Long balik…

Sampai je di Lipis kami terus ke Hospital Kuala Lipis dan selepas ziarah wan barulah kami balik rumah.. duk rumah rehat semalaman, keesokan baru pergi semula ke hospital.. cuti kali ini keluarga kami bergilir-gilir la duduk di hospital tu nak jaga wan. Hari sabtu tu ayah kena pergi ke Kuantan pulak untuk menghadiri mensyuarat KOSMA.. balik malam sikit…

Ayah balik daripada Kuantan terus ke hospital, tak sempat balik rumah sebab risau sangat keadaan wan ketika itu.. jadinya Ayah ambil sebuah bilik di Hotel berdekatan. Kami dating bawak baju daripada rumah. Tapi Ayah bukan tido di hotel tu pun, Cuma tempat mandi dan salin pakaian je… Ayah tido kat hospital sekali ngan adik2nya yang lain yang setia menemani bonda tercinta…

ayah dan pak ndak menemani wan

Bacaan yassin tidak putus-putus dibacakan oleh orang yang dating menziarah. Saya sempat lah juga beberapa kali membaca surah berkenaan disamping membaca surah lain. Keadaan hujung minggu kali ini agak sayu melihat keadaan wan kami yang terlantar sebegini… pada jumaat kami pulang wan masih sedar lagi. Tersenyum dia melihat saya dan Kak Long balik… hari sabtu wan sudah mula tidak sedarkan diri. Bila diperiksa semuanya berada dalam keadaan normal….

Sebagai manusia yang lemah ini, tidak ada sebarang kuasa yang mampu dilakukan ketika itu sekadar berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Di Surau Bukit Berangan pula kami adakan bacaan Yasin selepas solat Asar sebagai ikhtiar kami kepada Allah untuk member apa yang terbaik kepada kami dan wan.

Rancangan asalnya kami akan pulang ke tempat belajar masing-masing disebelah tengahari hari ahad, tapi ditangguhkan sebelah petang dalam pukul 7… Kali ni pulangnya kami menaiki kereta seramai 4 orang, saya, kak long, pakteh Atif dan mak Ndak Adah… berhimpit lah kami dalam kereta yang sarat dengan kek coklat itu.. Sebelum berangkat pulang kami pergi menjenguk wan. .. keadaan wan sama seperti semalam, masih tidak sedarkan diri. Sebarang kemungkinan boleh berlaku… selepas mencium tangan wan kami terus berangkatlah pulang ke Nilai dan Bangi….

Pemergian

Salam’alaik.. sudah lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini kerana beberapa peristiwa telah berlaku minggu lepas. Jadinya blog ini terbiar begitu saje. Pada post kali ini saya ingin membawa beberapa peristiwa yang telah perlaku pada minggu lepas. Semuanya boleh dikatakan sudah basi, sekadar memenuhi ruang di alam maya ini..:)

Pada hari rabu yang lepas bertarikh 17 jun 2009 saya menerima satu panggilan telefon daripada akak saya, dikhabarkan telah berlaku satu kematian di Kampung saya. Orang itu ialah saudara Abu Hasan merupakan Setiausaha PAS Kawasan Lipis dan merangkap bapa saudara sepupu saya sebelah mak.. ye kot, tak pasti pulak… Beliau mempunyai anak yang pernah bersekolah di SMKA TAHAP, kirenya anak arwahyarham merupakan senior saya..

Saya diantara orang yang terawal diberitakan tentang kematian tersebut, jadi malam tu saya menyebarkan SMS kepada sabahat2 Tahapian yang lain.. Ikut rancangan awal, saya nak balik ke kampung pagi esoknya bersama seorang sahabat dari KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Tetapi rangcangan kami dibatalkan disaat2 akhir atas beberapa sebab.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari di link berikut:

http://pemudapaslipis.blogspot.com/2009/06/su-pas-lipis-meninggal-dunia.html

dan

http://pemudapaslipis.blogspot.com/2009/06/jenazah-hj-abu-hassan-selamat.html

Kematian itu adalah benar… Pada hari tersebut Allah telah memanggil seorang lagi pejuangNya untuk bertemu Tuhan yang Maha Esa..Tetapi ditinggalkan semangat juangnya bersama kita untuk kita terus bangkit menegakkan kalimah tauhid diseluruh pelusuk dunia ini. Semoga Rohnya mendapat keampunan daripada Allah dan ditempatkan bersama para syuhada’ dan orang2 yang soleh ….AMIN…..

Wednesday, June 17, 2009

Kisah Si Tiong

Suatu hari seorang pemuda yang beragama kristian datang berkunjung ke sebuah kampung untuk bertemu dengan rakannya Din yang dikenali sewaktu bekerja di Kuala Lumpur dahulu. John pergi ke sana dengan menaiki bas awam dari bandaraya Kuala Lumpur ke Utara Malaysia. John sudah lama tinggal di Malaysia, sebelum ini beliau menetap di Rusia bersama keluarganya. Jadinya John tidak tahu lah sangat adat dan budaya orang melayu ini. Bahasa melayu pun boleh faham sikit-sikit je...

Sesampainya John di Kampung Din, Din terus membawa john ke rumahnya. John tertarik dengan suasana kampung Din yang tenang dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dalam perjalanan ke rumah Din, mereka melalui di suatu kebun. Di kebun tersebut terdapat seekor burung tiong yang boleh bercakap... "assalamu'alaikum.." kata burung tersebut....

John terkejut dan bertanya kepada Din, bahasa apakah yang digunakan oleh burung tersebut. Din menjawab yang burung itu bercakap dalam bahasa arab.. Din menambah lagi bahawa ucapan tersebut untuk orang Islam sahaja... John bertanya lagi, kalau untuk orang Islam sahaja kenapa burung tu cakap kata-kata tadi kepada die.... Lalu Din menjawab yang burung tadi tak faham apa yang die cakap... sekadar menghafal apa yang di dengar daripada tuannya sahaja... lagi pun burung mana bleh faham sangat kata-kata manusia ni, balas Din sambil tersenyum.

Akhirnya sampailah mereka di rumah Din... disebabkan keletihan Din bawa john berehat di biliknya dahulu... Din pun pergi ke pekan sebentar untuk membeli barang untuk kenduri arwah malam nanti...

di waktu malam diadakan bacaan tahlil di rumah Din.. John cuma duduk diam sahaja lah dalam bilik mendengar sikit2 apa yang dibacakan... John pun membuka laptopnya untuk bermain game sambil menunggu majlis tersebut selesai. Tiba-tiba sedang seronok bermain, John dikejutkan dengan bunyi ratib yang agak kuat... ratib 'la ilaha illAllah'... tapi John mengabaikan seketika bunyi ratib tersebut.. bila selesai majlis Din masuk ke bilik bertemu dengan John... John mengambil kesempatan bertanyakan satu soalan kepada Din... John tanya, apa yang dibacakan oleh orang ramai tadi yang kuat bunyinya.... Din tersenyum.. Din menjawab yang tadi ialah bacaan dalam bahasa arab untuk si mati.. John bertanya lagi tentang maksud bacaan tadi... Din terdiam sebentar....

Belum sempat Din menjawab John pun berkata," oh, same like the bird"

Din termenung seketika.. sedarlah ia bahawa kalimah yang selama ini diucapkan hanya disebut di lidah saje bukannya dihayati.....

***THE END***

Baik.. setelah membaca artikel diatas saya sedikit terkesan berkenaan dengan aqidah kita selaku umat Islam...

Umat Islam pada hari ini tidak kenal Islam sebagaimana mereka kenal sahabat ataupun keluarga mereka. Perkara pokok kita sebagai umat Islam dalam beraqidah ialah mengenal Pencipta... bagaimana wujud kasih sayang tanpa perkenalan... maka dengan itu ulama telah membuat satu sistem bagi memudahkan umat Islam hari ini iaitu 'Sifat 20'. Pada zaman Nabi SAW tidak terdapat sistem yang khusus ini. Ini kerana sistem ini disusun oleh ulama' bagi memudahkan umat akhir zaman ini memahami 'sifat2 Allah'.

Perkara asas bagi umat Islam ialah mengenal sifat2 yang ada pada Allah dan RasulNya. Kemudian barulah masuk kepada topik yang seterusnya...

InsyaAllah jika dikurniakan Allah lagi kesempatan akan saya membicarakan lebih lanjut.
Cukup sekadar dalam post kali ini kita renung kembali adakah kita benar2 faham akan tanggungjawab kita diutuskan dimuka bumi ini dan adakah kita benar2 kenal akan Islam dan Penciptanya...

wallau'alam

Saturday, June 13, 2009

Forum 1 Malaysia


Buku di atas bertajuk '5o kata-kata tokoh berpengaruh' yang disusun oleh Ust. Dzulkhairi Presiden GAMIS. (iklan je, sape nak boleh contact Ust. Shaari ataupun melayari laman web GAMIS... nak tempah kat saya pun boleh gak.. sekadar jadi orang tengah je lah..)

*********************************

Pada hari sabtu 13 jun 2009 telah diadakan Forum Intelektual yang bertajuk '1 Malaysia' di Masjid Sikamat, Seremban. Antara ahli panelnya ialah Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), Abang Faridzul (Presiden Ma'ruf Club), dan Cikgu Azmi (Presiden TERAS).

Forum yang sedang berlangsung

Tapi apa kaitan dengan iklan buku diatas..?? ha nanti saya ceritakan...

Petang sabtu, saya dan beberapa orang sahabat lain merancang untuk hadir ke Forum tersebut memandangkan tempatnya yang berdekatan dengan UIA Nilai dan jugak kami pun tengah free waktu itu. Jadi bertolaklah kami 5 orang dengan menaiki sebuah kereta kancil.
Ikutkan rancangan asal, kami nak follow kereta Hadi yang bawak ust Hasrizal. Tapi sebab kami terleawat, jadinya kenalah cari jalan sendiri..

Alhamdulilllah kami selamat sampai di Masjid tersebut. Itu pun dengan pertolangan sahabat lain.. hm.. ini lah indahnya bersahabat...

Matlamatnya memang dengar forum, selain daripada itu nak ambil buku di atas tadi daripada Abang Shaari.... itu lah kisahnya buku tersebut.. hehe...

Habis Forum kami makan 'sedikit' makanan yang sudah disediakan dan sempat lagi bergambar dengan ahli panel sebagai tanda kenang-kenangan... hehe...

Gambar kenangan dengan ahli panel


Refreshment

Jadinya, jam sudah menunjukkan pukul 1 kalau tak silap.. kami nak bergerak pulang ke Nilai..
Tetapi rupanya Cikgu Azmi kene menaiki kapal terbang pada awal pagi esok.. kalau balik ke KL letih pulak nanti nak gerak semula ke airport.. alang-alang dah sampai seremban elok menginap je dekat-dekat situ..

Pihak penganjur pun pelawa Cikgu bermalam di sebuah rumah sewa di kawasan Nilai berdekatan dengan Kampus UIA. Jadi misi kami seterusnya ialah hantar Cikgu ke Lapangan terbang... cikgu kene sampai sebelum pukul 6 pagi...

InsyaAllah.... boleh... itu je lah jawapan yang kami boleh bagi untuk meyakinkan pihak penganjur. Pada permulaan pagi tu dalam lebih kurang pukul 2 pagi kami sampai di rumah sewa tersebut. Sempat jap berbual dengan cikgu.. memang banyak bercerita cikgu ni.. tak bosan dengar dia cakap.. fakta yang dikeluarkan menarik...

cikgu Azmi bercerita sebaik saja tiba di rumah sewa

Dah lama berbual kami mintak diri dulu pulang ke UIA nak bersiap-siap.. kumpul tenaga sikit... dan pukul 5 kami gerak ke LCCT menemani Cikgu...
Ni lah antara pengalaman kami bersama dengan orang yang biasa kita gelar 'orang besar' tapi mereka tetap manusia macam kita. Tidak ada sebarang alasan untuk seseorang itu bersifat bongkak, takbur dan sombong dengan manusia lain... tidak perlu disediakan hotel yang mewah2, cukup sekadar rumah tumpangan yang dihuni oleh pelajar universiti....

Aizat sedang mengambil no. tel Cikgu Azmi, Presiden TERAS.

Moga perjalanan kali ini memberi kami semua pengajaran, dan Allah bukakan seluasnya pintu untuk menerima hidayah... Wallahu'alam

-THE END-

Gugur seorang perjuang..

Fw : ALFATIHAH USTAZ, DR FATHI YAKAN telah kembali ke rahmatULLAH..baru sebentar tadi. Sumber dari syria


Di atas ialah mesej yang saya dapat pada petang hari sabtu 13 jun 2009. Terkejut la jugak dengat berita yang dapat daripada seorang sahabat sebilik saya. Jadi saya pun menyebarkan mesej tersebut kepada kawan-kawan yang lain.. moga rohnya dicucuri rahmat..

Saya teringat lagi sewaktu menuntut di Darul Quran dahulu. Bila ditanya siapa tokoh saya yang masih hidup, saya akan cakap Ustaz Fathi Yakan. Walaupun tidak kenal sangat, tetapi semangat perjuangannya dapat dirasai hinggalah sekarang.

Perginya seorang ulama gerakan Islam ini bukan bermakna tenaga penggerak Islam semain berkurang. Tetapi saya yakin dengan roh jihad yang disebarkan oleh beliau pada hari ini telah 'lahir' berpuluh-puluh atau beratus lagi DR FATHI YAKAN diserata dunia.

Di sini saya kirimkan sebuah lagu yang saya minat. Dan bila dihayati liriknya sangat menyentuh hati dan menaikkan semangat.

Perantau

Perantau musafir perjuangan,

Tabahkanlah hatimu,

Berjuang dirantau orang,

Sedih pilu hanya Engkau yang tahu,

Ingatlah anak dan isteri,

janganlah menghiris hatimu,

Kerinduaan desa nan permai,

Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Diwaktu ujian badai terus melanda,

Engkau tetap gigih berjuang,

Membenarkan sabda jujungan,

Terus memburu menuntut janji,

Pastilah Islam gemilang lagi.

Tapi perjuang kembara perjuangan,

Ujian bukan batu penghalang,

Kerana itulah syarat dalam berjuang,

Oh perjuang dimana pun ada ketenangan,

Dimana pun ada kebahagian,

Bila insan kenal pada tuhan,

Kasih sayang dan pembelaanNya,

Bagi insan yang menyerahkan,

Jiwa dan raga,

Anak dan isteri,

Kepada Allah,


Lagu di atas saya akan ceritakan post yang akan datang. seronok kalau kita membincangkan tajuk tersebut.. nanti ye.. kepada pejuang agama lain... perjuangan kita masih jauh...

Friday, June 12, 2009

Bicara Hati Kotor : Lidah sebut 'A' Hati kata 'B'

"Eh Mat!!! bangun cepat.. hari ni ko kan kene bagi kuliah subuh kat surau tuk budak 1st year yang baru masuk... cepat lah...." kejut Amal rakan serumah Mat..

"eh aku tak sedia sangat ni... semalam tak sempat nak sediakan bahan ceramah... classmate ajak main futsal la.. hang tak leh ganti aku ke..?? tolong la...." Rayu Mat meminta Amal menggantikannya untuk kuliah subuh.

Jam ketika itu sudah pukul 5.30m pagi... tak lama lagi azan subuh akan berkumandang... tapi, siapa yang akan pergi untuk menyampaikan kuliah subuh ni..

"Apa pulak, aku urusetia bahagian makanan la... tak pasal pulak bagi kuliah subuh.. kau goreng je la pape yang patut.. janji diorang boleh dengar. Ha, nanti pengaruh kau kuat sikit.. mesti adik2 1st year respek kat 'Abang Mat' ni..." Amal cube mempengaruhi Mat supaya dirinya tidak perlu menggantikan Mat untuk menyampaikan solat kuliah subuh.

"Hm... ye lah.. aku pegi je lah.... goreng je lah pape yang terlintas dalam kepala aku ni..." Mat menjawap sambil mencapai tuala untuk bersiap ke surau.

Sampai di surau, Mat dengan berpakaian jubah putih dan berserban di kepala duduk dihadapan pelajar baru untuk menyampaikan sedikit tazkirah kerana tugasnya dalam program ta'ruf sebagai unit disiplin dan ibadah. Tazkirah Mat pada pagi tersebut mengisahkan tentang niat..

"Adik-adik sekalian, perkara penting dalam hidup kita ialah ikhlas. Setiap pekerjaan kita hendaklah ikhlas kepada Allah. Kalau kita melakukan perkara untuk meraih pandangan orang ataupun harta maka segala peri laku kita hanyalah sia-sia....."

Begitulah sedikit sebanyak isi yang disampaikan oleh Mat kepada adik-adik 1st year.... Mat juga menasihatkan adik-adik supaya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tambah Mat lagi, perkara pokok dalam menentukan kejayaan seseorang ialah solat. Bila mana solat diabaikan maka terabailah segala ibadah yang lain. Maka jadilah kita orang yang terkenal di dunia tetapi tercela di akhirat kerana meringan-ringankan solat...

Setelah selesai kuliah Mat, Mat bersalam-salaman dengan adik-adik dan terus pulang ke rumah sewanya. Sampai ke rumah Mat mengejutkan Amal yang sedang tidur...

"Amal..!!! bangun.. tugas aku dah siap... kau pulak.. kan ko kene sediakan makanan untuk penceramah kejap lagi... cepat lah... nanti malu plak kita lambat camni.."

"Ye la... aku bangun lah..." Jawal Amal sambil menggaru pipinya...

"Ha camne kuliah kau tadi..? ok tak..?" tanya Amal kepada Mat.

"Boleh lah... ade gak modal yang terkeluar dalam kepala aku..." Cerita Mat kepada Amal.

"Apa yang kau goreng tadi.. hehe" Amat bertanya sambil tersenyum.

"Hehe.. cam bese lah.. modal turun kemurun untuk budak baru.. cite niat.... pastu aku cite sikit pasal solat... hehe.... cite sikit-sikit jelah.. copy ayat ustaz je..." tersengih-sengih Mat menjawap tanpa rasa bersalah dengan tindakannya itu.

"Hm... bagus lah nasihat tu... tapi kita kene ingat juga yang setiap yang kita katakan tu nanti akan disoalkan.. kalau kita tak usahakan bersungguh untuk lakukan apa yang kita katakan, berdosa tu... ilmu bukan untuk kita dagangkan kepada orang saje, yang penting untuk kita amalkan. kene ingat tu..." Amal membebel panjang...

"Ye lah.. tu aku tau... terima kasih lah... yang penting sekarang aku nak tidur.. nanti slot disiplin aku pegi sana ye.. kau tolong call aku ye..." Mat terus merebahkan badannya ke atas tilam, Amal yang sedang bersiap tidak dihiraukan....

************************************************

Habis cerita... cerita diatas diambil moga-moga menjadi pengajaran buat sahabat sekalian. Kita membicara tentang 'mendidik' atau perkataan popularnya tarbiah. Tetapi tidak memberi ruang untuk diri kita yang serba dhaif ini menerima tarbiah.

Teringat saya kata-kata ulama' menyebut hati yang mati tidak mampu untuk menghidupkan hati-hati mati yang lain. Tarbiah ataupun dakwah memerlukan HATI sebagai aset utama. Tanpa hati, segala gerak kerja akan menemui dengan kegagalan. Itulah hakikat perjuangan. Allah mengurniakan kekuatan hati yang dahsyat kepada Nabi SAW sehinggakan Baginda berjaya untuk membawa risalah Islam keseluruh dunia.

Bukanlah Islam itu tersebar kerana kepetahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat dalam berpidato. Tetapi hanya kerana hati yang suci murni bebas daripada sebarang penyakit maksiat.

Cerita di atas tadi cuba untuk menggambarkan kepada kita tentang situasi hari ini yang mana bentuk pendidikan hanya sekadar melepaskan tannggungjawab, mencari pendapatan, pangkat dan pengaruh dan pelbagai bentuk keduniaan yang lain.

Saya kira jika setiap institusi mempunyai urusetia yang sebegini rupa maka institusi2 di Malaysia tidak lama akan melahirkan cendiakawan yang kosong hati mereka tanpa di penuhi dengan sinar iman....

wahai pemuda.. bangkitlah daripada angan-angan bodoh kalian....:)

Sunday, June 7, 2009

SeLaMat PeNganTiN BaRu Amir & kaK RoHaizat...

Sudah bersawang agaknya laman ini.. akhirnya saya mempunyai bahan untuk dimuatkan dalam laman ini.. Kali ini cerita agak menarik sikit.. saya dan beberapa kawan daripada Nilai pergi menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami sewaktu di Darul Quran dulu.. hush..!! dah kahwin budak ni.. walaupun umur beliau sedikit muda daripada saya.. hehe.. tapi takde lah tercabar sangat.. sikit-sikit je la...


Mula-mula kami singgah di kedai hadiah nak beli hadiah.. hadiahnya rahsia

Maka bergeraklah kami semua ke tempat kejadian dengan menaiki kereta kancil yang dipandu oleh saudara Hamidi.

Bertanya encik polis lokasi kejadian

Berhenti jap di shell. Kebetulan ternampak sebuah kereta polis.. saya pun ambik peluang bertanya dengan polis. Saja je nak beramah mesra ngan polis tu... hehe..

Senang je nak cari rumah pengantin ni nye.. jalan lurus pastu masuk kiri..leh.... sampai rumah pengantin kami terserampak dengan member aqrab(bacth diploma sekali ngan pengantin perempuan) .. kawan-lawan kepada zaujah Amir... so nye bergerak lah sekali kami makan.

geng cjil gen8 daripada Nilai saya kat tengah tu..



Ni antara sahabat aqrab yang hadir..

Kami pun menikmati juadah yang sudah terhidang.. Akif kononya nak jadi pertugas lah pulak kat kenduri ni hehe...

'Akif melayan karenah tetamu..(banyak karenah betul budak ni..)












Dah banyak makan, walaupun tak habis jadi kami pun cadangnya nak berangkat pulang ke Nilai.. Tapi tak jumpe Amir lagi.. contact die cakap datang pukul 2.. kul 2 lambat lagi.. mungkin silap plan kot terdatang awal plak.. tapi takde lah awal sangat.. sebab ada yang datang lagi awal.. sehari sebelum kenduri dah nak datang.. hehe..

Jadi kami pun pergi ke rumah tempat bersiapnya pengantin lelaki.. dekat je... dalam 50 langkah saya atau pun 170 langkah budak-budak ni.. hehe.. jumpe ngan Amir kejap pastu cadangnya nak balik terus.. tapi alang-alang dah sampai.. kenelah bergambar.. pergi kami sekejap ke masjid berdekatan nak solat zuhur.. sambil menunggu kul 2.. cadangan asal nak tunggu kul 2 tapi gerak kul 2.20... sape yang tunggu sape ni... kami datng ke rumah pengantin Amir n zaujahnya tengah makan pun.. tiba terjumpe plak abang-abang daripada gombak n Kuantan... hehe..


Aksi suap menyuap oleh Amir dan Kak Rohaizat selepas diminta saya dan Midi untuk sesi photografi ni... hehe tq

Jadi operasi pun bermula.. kami dah makan tadi.. misi kali ni cuma nak bergambar je.. jadi ni lah gambar-gambarnya....


Ni bergambar dengan pengantin lelaki..


Amir dengan Kak Rohaizat


Gambar kenangan kami bersama pengantin.. besenya orang yang duduk dekat ngan pengantin tu.... tak lama la kenduri nasi minyak plak... hehe... saje je..


Ni pengantin ngan akak uia plak...


Kami dah nak balik barulah diorang yang daripada PJ ni sampai.. sempat la jumpe sekejap.. tapi ramai lagi yang tak datang .. ni kira rombongan pertama lah.. ada yang sampai kul 7 malam pun ada.. tapi memang tak leh lawan yang sampai semalam tu lah hehe.. sowy.. saje main2..

Akhirnya kami pun bertolak lah pulang ke Nilai.. tapi ada satu lagi misi yang belum terlaksana.. dah sampai kampung Jambu, mesti lah pekena Jus Jambu Batu plak.. jadi kami pun, dalam perjalanan balik tercari-carilah gerainya.. hehe..


Untuk mendapatkan Jus tersebut boleh membuat tempahan kepada saudara Akif..(gambar diatas)

sekian saja apa yang ingin ditulis dalam entri kali ini.. saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Amir dan zaujahnya Rohaizat.. semoga Allah berkati segala usaha kalian... hidup berbahagia di dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala urusan ini...

WHO NEXT..?????