Pages

Labels

Friday, July 24, 2009

Saat Kamu FUTUR

Kenapa payah sangat nak tinggalkan dosa..??

Perkara yang saya selalu sangat fikir dari dulu lagi... setiap kali nak tinggalkan dosa ada sahaja yang menghalang...

Bila diberi semangat untuk berubah, tapi semangat tu ada sekejap je.. lepas tu hilang... saya teringat lagi kata-kata seorang senior sewaktu dalam usrah... semangat yang kita ada cuma bertahan paling kuat pun seminggu untuk orang yang kuat...apa lagi golongan yang lemah pula... jadi kite sentiasa cari semangat tu...

Teringat pula saya pada pesanan ustaz saya waktu di Darul Quran dahulu... "Kamu kene bersedia untuk menghadapi waktu yang yang mana kamu futur.." saya pun tertanya2 dalam diri apa itu futur..?? ustaz sambung lagi, futur adalah salah satu penyakit yang dihadapi oleh umat akhir zaman iaitu lemah semangat...

Maksud ustaz saya tu, setiap orang akan futur.. tidak kira betapa hebat mana sekali pun tetap akan jatuh juga.. tapi bagaimana seseorang itu menghadapi saat mereka futur??

Salah satu fungsi al-Quran di turunkan adalah untuk menjadi motivasi kepada umat manusia... bagaimana dalam al-quran menceritakan ganjaran bagi mereka yang bersabar, ikhlas, berjuang di jalan Allah dan sebagainya... Al-Quran juga mencerikan kisah para nabi yang terdahulu untuk kita teladani dan inilah menjadi penaik semangat kita...

Dalam surah az-zariat Allah berfirman, " Berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman"

Oleh itu mendengar peringatan sebenarnya ubat kepada penyakit ini...

Futur termasuk dalam senarai penyakit hati yang hanya boleh diubati dengan panduan daripada Al-Quran...

Antara faktor terjadinya masalah ini pula ialah:

1. Cintakan dunia. Seseorang yang cintakan harta, pangkat, dan kenamaan biasanya akan menjadi lemah semangat setelah apa yang diinginkan itu tidak dapat dikecapi. Akhirnya mereka menyendiri dan membuat perkerjaan dengan ala kadar sahaja. Mujahadah dan iltizam mereka hilang kerana apa yang mereka impikan tidak berjaya...

2. Sindiran yang melemahkan. Saya teringat ketika mana saya berjumpa dengan counselor. Beliau menceritkan bahawa budaya yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini ialah budaya saling menjatuhkan. Berbeza dengan barat. Di sana mereka sering memberi kata-kata perangsang terutamanya dalam keluarga. Seawal pagi mereka berkata, " hai mum, you look nice today" tapi dalam masyarakat kita bukan puji malah mengkeji... soal perli juga ada ditegah dalam Islam. Dalam satu hadis yang saya tak berapa ingat maksudnya.... Rasulullah melarang untuk perli kepada seseorang yang ingin berubah..

3. Jauh dengan hidayah Allah (al-Quran). Ramai orang meninggalkan bacaan al-Quran pada hari ini.. sudah lah tidak mahu di baca quran itu.. 'di pijak' lagi quran itu.. kita sibuk memarahi kumpulan yang pijak al-Quran. Tetapi perbuatan kita yang memerangi orang yang ingin menegakkan hukum dalam al-quran sama sahaja dengan memijak al-Quran... (khas untuk mereka)

Bagi pembaca sekalian... hari ini mungkin kita tenang, tapi suatu hari nanti mungkin Allah tarik keseronokkan beribadah menjadi keseronokan berhibur pula.. oleh itu persiapkan diri menghadapi saat futur..

Saturday, July 11, 2009

Ijtima' Ulama' Dunia

Alhamdulillah selesai saya menjawab kuiz nahu pada jumaat yang lepas… Jadi terasa sedikit tenang selepas bertungkus lumus study semalaman… Hujung minggu ni sengaja saya kosongkan jadual saya kerana pada hari isnin nanti ada exam lagi.. bukan nak study sangat pun, nak rehatkan badan sikit…

Tapi apakan daya, memang lumrah hidupku ini tak boleh kalau tak berjalan, jadi saya mengatur perjalanan hujung minggu ke tempat yang dekat sikit. Akhirnya saya memilih untuk pergi ke Ijtima’ Ulama’ Dunia di Masjid Kuarters KLIA.. kire cam perhimpunan tabligh la ni.. saje je pg tengok2 sambil membeli belah… boleh kire macam menghilangkan rase ralat tak dapat turun ke SMKA TAHAP bersama rakan2 yang lain la ni…. Tapi ada hikmahnya…

**************************************************************

Pada sebelah paginya saya bersama beberapa rakan sebilik bersarapan dahulu di Kawah Thai.. dah pekena roti canai dua keping barulah kami pergi ke masjid untuk menaiki bas yang telah disediakan… ramai jugak students dari nilai yang join, sampai ada yang tak dapat tempat duduk…

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 10-20 minit tu saya tak dapat rase langsung, sebabnya tertido di dalam bas, mungkin letih sangat kot menampal poster malam semalam tu…

akhirnya kami sampai ke tempat kejadian…

setibanya kami di kawasan ijtima', sedang mendengar taklimat daripada ketua rombongan...

Sampai je di tempat perhimpunan tersebut, saya sangat terkejut melihat betapa ramainya orang di situ. Lagi mengejutkan apabila melihat khemah yang sangat besar.. Tingginya mungkin setinggi bangunan 2 tingkat… suasana di situ seolah-olah sedang berlangsungnya musim haji.. subhanallah…. Suasana ini mungkin tidak dapat tergambar dengan kata-kata, jadinya saya bersertakan gambar untuk tatapan pembaca sekalian….

Kelihatan khemah yang tersergam indah..


Di khemah seremban


Suasana dalam khemah


kawasan mandi


Ni kawan-kawan sebilik saya..

Antara pengurus perjalanan students Nilai ke ijtima'.. hehe

Selesai rombongan kami dari Nilai ni makan, kami bergerak ke tempat di adakan ta’lim untuk pelajar university.. di sana saya bertemu dengan ramai jugak la kenalan lama.. ada yang dari UIA PJ, Darul Quran, USIM… dan yang paling memeranjatkan lagi saya bertemu dengan beberapa pelajar dari sekolah TAHAP… terubatlah sikit rase ralat tak dapat pergi ke TAHAP tu.. hehe… tapi tak dapat jumpe si Farizal, dia ada datang tapi pegi mana ntah budak tu… ada lagi adik2 TAHAP yang dah masuk KISAS… sempat jumpe kejap je lah diorang… diorang kate ustaz Hairul, Ustaz Faisal ngan Ustaz Zul ada sekali.. tapi takde rezeki nak jumpe di perhimpunan tu….

Di kawasan students


Antara kenalan saya yang saya jumpe... irfan.. ada lagi tapi die segan nak amek gambar.. beselah orang besa.. hehe...


suasana di masjid yang agak sesak seleas solat zuhur.

Selesai Ta’lim, kami solat dimasjid, keadaan memang agak kelam kabut la sikit, tak pernah lagi saya tengok keadaan orang nak solat begitu ramai macam ni. Solat jumaat pun takde macam ni….. Abis solat kami jalan2 jap beli makanan dan barangan lain.. hehe.. kemudian baru lah tunggu di khemah sebelum bas mengambil kami… macam bese, letihnye pasal dalam bas tido la lagi…. Sampai di CFS Nilai dalam pukul 4.30, jadi kami bersiap-siap untuk solat asar….

Habis solat asar, kedengaran ada seseorang memanggil nama saya… rupenya ustaz Hairul…. Ustaz keluar jap nak cari ubat untuk orang kampong die yang sakit.. ada sekali ustaz Faisal….. Amek masa ni bersembang lama jugak lah, barulah ustaz mintak diri… Hairul cerita, sewa untuk Khemah yang tinggi tu saje sudah mencapai 20 juta…. Lagi ,setiap hari lebih kurang 100 ekor lembu tumbang…. Semuanya tanpa diminta bayaran daripada jemaah yang datang, melainkan makanan kene bayar sikit, satu talam RM10….. lagi, anggaran yang dibuat oleh ustaz ada lebih kurang 400 ribu orang yang hadir.. hm.. banyak lagi maklumat yang saya peroleh daripada ustaz….

TA’LIM UNTUK PELAJAR…

Antara isi Ta’lim yang mungkin kita boleh kongsi ialah, kita perlu ingat sebagai pelajar kita mempunyai tanggungjawap yang yang besar bukan sekadar pelajar. Malah kita juga adalah pendakwah, dan pendakwah perlu bekerja untuk menjadikan orang lain juga seperti kita… kerana dakwah itu sendiri bermaksud mengajak orang kepada Allah…

Tanggungjawap seorang pelajar ialah mesti menguasai Ilmu dengan sebaik mungkin, dan perkara yang lain ialah pelajar mesti menunaikan hak mereka kepada ibu bapa dan guru.. ibu bapa dan guru haruslah dihormati … saya tak pasti siapa yang beri ta’lim tu.. tapi melihat wajahnya seolah-olah pernah melihatnya di muktamar PAS di Perak tahun lepas.. mungkin beliau pimpinan Jamiat Islam Pakistan.. kalau tak silap saya la..

Akhirnya, moga-moga apa yang saya dapat pada hari ini dapat saya amalkan untuk mendekatkan lagi diri ini kepada Allah.. amin…

Monday, July 6, 2009

Dapatkan Kamus Al-Miftah..!!!

Khas buat pelajar CFS Nilai... bagi mereka yang memerlukan kamus bahsa arab-melayu-inggeris... saya telah menjumpai penyelesaiannya... anda boleh mendepatkan kamus Al-Miftah dengan harga yang sangat istimewa... sebelum itu.. sedikit pengenalan berkenaan dengan kamus al miftah...click gambar di atas untuk dibesarkan

Kamus Al-Miftah merupakan sebuah kamus moden Arab-Melayu-Inggeris yang telah diusahakan oleh gabungan mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dengan harapan sekelumit sumbangan dalam usaha membantu khalayak masyarakat mendalami Bahasa Arab yang merupakan bahasa ilmu kepada umah Islam khususnya dan dunia amnya

Al-Miftah bermakna anak kunci. Anak kunci untuk merenangi lautan ilmu Bahasa Arab dan anak kunci kepada mencipta kegemilangan tamadun ilmuwan. "Bahasa Arab sentiasa berkembang seiring perubahan zaman, pelbagai istilah baru muncul bagi mengisi keperluan semasa. Kehadiran Kamus Al-Miftah ke pangkuan masyarakat menggabungkan istilah klasik dan moden bagi membantu para profesional, guru dan pelajar menguasai Bahasa Arab dengan baik".

Untuk maklumat lanjut layari laman web:

http://kamus-almiftah.com


Berkenaan dengan Kamus Al-Miftah:

PENYUSUN : Mohd Khairi Bin Zainuddin, Mohd Nazri Bin Zainuddin, Mohd Fuad Bin Isa

MUKA SURAT : 2000 Halaman

KEISTIMEWAAN KAMUS AL-MIFTAH

  • 60,000 entri kata dasar Bahasa Arab
  • Pecahan entri berlainan makna
  • Kata seerti Bahasa Arab
  • Makna dalam Bahasa Melayu
  • Makna dalam Bahasa Inggeris
  • 2000 muka surat (3 warna)
  • 3000 entri bergambar
  • 48 m/s eksklusif berwarna & bergambar
  • Tulisan warna hitam, biru & merah
  • Pencarian terus tanpa kata dasar

25 istilah Bahasa Arab klasik & moden

  • Syariah Islamiah
  • Astronomi
  • Kimia-Biologi
  • Alam Tumbuhan
  • Alam Burung
  • Alam Serangga
  • Perubatan
  • Penyakit-Komputer
  • Matematik
  • Alam Ikan
  • Geologi
  • Undang-Undang
  • Perdagangan
  • Istilah Bahasa
  • Sastera Arab
  • Falsafah
  • Psikologi
  • Ekonomi
  • Mantik
  • Sukan
  • Politik
  • Muzik
  • Fizik
Sekarang Kamus Al-Miftah boleh di dapati dalam bentuk cd e-Kamus yang sangat memudahkan pernggunaannya..

Bagi students CFSIIUM Nilai, andan boleh membuat tempahan Kamus Al-Miftah dan cd e-Kamus kepada:

Bro. Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi
013-2002486
B2-3-7

Untuk sister mungkin boleh berhubung dengan

sis Siti Azimah
013-2334707
IRK

Sebarang masalah boleh rujuk kepada nama di atas...

Sunday, July 5, 2009

Desa Nan Permai

Kerinduan Desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juang ku..

Gambar ayah saya sedang memasang jaring ikan di kolam untuk memburu si ikan patin..

Hm.. kali terakhir saya menjejakkan kaki ke rumah sewaktu pulang kerana nenek saya meninggal baru-baru ini.. tapi tu sempat duduk sehari je.. tiba-tiba rasa rindu pada kampung ku ini... sebuah kampung yang pernah memenangi anugerah desa cemerlang peringkat negeri.. hehe...

Apa pula kepentingan saya di rumah ye sehingga teringat sangat kampung ini..

Setiap manusia mempunyai hak-hak masing2... seorang pelajar mempunyai hak keatas pelajarannya iaitu mempunyai amanah terhadap pelajaran, begitu juga seorang anak, mereka mempunyai hak-hak terhadap ibu bapa mereka... bagi yang masih mempunyai ibu bapa, hak mereka adalah untuk berbakti kepada ibu bapa mereka... dan bagi yang sudah kehilangan ibu bapa,hak mereka untuk medoakan ibu bapa mereka..

Allah mengajar hambaNya untuk menghormati ibu bapa seperti mana yang terdapat dalam al-Quran yakni hendaklah anak-anak berbakti kepada ibu bapa dan jangan menyakiti hati mereka...

Dalam diam mungkin hati ibu bapa kita sudah banyak terguris dek perilaku kita yang teruk. Kita melunturkan harapan ibu bapa kepada kita... mungkin inilah sebab yang menjadikan kegagalna sering kali menghantui diri kita... Perlu kita ingat bahawasanya redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. bila mana terguris hati ibu bapa kita kerana kedajalan yang kita lakukan maka, serta merta mengundang kemurkaan daripada Allah....

Oleh itu, selagi mana ibu bapa kita masih hidup, berbaktilah kepada mereka dan jangan melawan setiap arahan mereka selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam...:)

p/s: sekadar peringatan kepada yang berfikir di samping mengurangkan rasa rindu di Kuala Lipis ini..:) hehe...


Friday, July 3, 2009

DQ at Nilai..!!!

Setelah selesai beberapa prosedur akhirnya pihak CFS yang berkenaan telah memilih kepimpinan yang baru bagi menggantikan yang lama. Menjadi adat dunia yang datang mesti pergi, yang lama pula hendaklah ditukar kepada yang baru.. antara persatuan yang ingin saya ceritakjan serba sedikit dalam post kali ini ialah FSCC (Foundation Students Coordination Council), MRC (Mahallah Reprensentative Committee), Ben Society, dan juga IRKSS...

Kenapa 4 persatuan ini sahaja yang nak dimuatkan dalam post kali ini.. hehe.. ini adalah kerana keempat-empat persatuan tersebut di ketuai oleh pelajar daripada program persijilan tahfiz DQ-UIAM... mesti ada yang mengatakan artikel ini berunsurkan assobiah.. :) biarkan dah biasa mendengar cemuhan begitu rupa... senyap saja lah kerana mereka takkan faham sehingga mereka berada ditempat ini...

Sambung mula... Bukanlah ada satu pakatan di antara kami untuk menghantar pelajar daripada Program Khas ini untuk merebut jawatan-jawatan tersebut, tapi sekdar untuk berkongsi pengalaman dan melatih diri menjadi seorang pemimpin yang cemerlang...

Untuk kerusi FSCC, Presidennya ialah saudara Hamidi Zamri... atau name manjanya Midi. Midi merupakan Pengerusi Intellectual Quranic Generatioan Club (IQRAC) yang merupakan kelab rasmi untuk pelajar Program Tahfiz DQ-UIAM sewaktu di Darul Quran. Yang menariknya, beliau sendiri telah menerima panggilan daripada STAD (Students Activities Department) untuk mengmbil borang pemohonan menjadi committee untuk FSCC... hm....

Presiden MRC pulak si Aizat... yang ni satu lagi pakai kabel besar.. huhu... sebab die interview dengan ustaz Che Abdul Majid.. Aizat memang rapat dengan Ustaz Majid dari dulu lagi.. ini tak lain mesti sebab sama kelate ni.. dan sama Maahad... huhu.. :)

Kita ke Ben plak.. Mesti pelikkan, students DQ mana boleh amek Ben, English nye la ni... ada lah caranya nak tukar..:) tapi pertukaran si Rauyani ke BEn tak sia-sia.. hehe... Rauyani ataupun name samarannta Roy ni dapat memegang taklif sebagai Presiden... Sedikit sebanyak dapat lah mewujudkan lagi suasana Islamik InsyaAllah...

Dan akhirnya.. adik kami gen 9.. si Naim Sidqi telah menjawat jawatan Presiden IRKSS(Ilmu wahyu)... tapi disebabkan beliau bertukar ke maktab tugas beliau telah diambil oleh Si Abdul Malik. Malik ialah Presiden IQRAC gen 9 selepas Midi...

Jawatan bukanlah untuk dibanggakan ataupun untuk mengukur kehebatan seseorang, tetapi jawatan hanyalah satu bebanan untuk setiap insan yang memikulnya dan menjadi satu wasilah untuk seseorang itu menegakkan Islam...

Dalam surah al-ahzab ayat yang 72 Allah telah menjelaskan bahawasanya Allah telah memberi Amanah mentadbir dunia ini kepada langit dan gunung-gunung, tetapi ditolak dan manusia menerima amanah tersebut.... sungguh manusia itu zalim dan bodoh..

Semoga dengan peluang yang dimiliki oleh mereka dapat memberikan manfaat yang sangat berkesan kepada seluruh warga CFS IIUM insyaAllah...

Thursday, July 2, 2009

Satu lagi berita kematian....

Salam... Satu lagi berita kematian yang saya terima.. kali ini kepada insan bergelar sahabat, Kepada pembaca sekalian harap dapat menyedakahkan al-fatihah kepada saudara Nabil Marwan yang merupakan pelajar gen 7 DQ-UIAM yang baru sahaja pergi bertemu Allah sebentar tadi.. al-Fatihah.....

Mulanya berita kematian seorang tokoh gerakan Islam yang menjadi Idola saya sejak di bangku sekolah lagi iaitu Ustaz Fathi Yakan, kemudian perginya seorang artivis PAS kawasan Lipis yang, selepas itu pula nenek saya dan sekarang sahabat....

Walaupun saya tidak telalu rapat dengan beliau tetapi terasa seperti satu kehilangan besar dalam diri ini... kerana bila ikatan persahabatan yang diikat dengan jalan yang benar, Allah menyuburkan kedalam hati rasa kasih dan sayang....

Semoga Allah tempatkannya bersama para solihin.. Amin...