Pages

Labels

Sunday, July 5, 2009

Desa Nan Permai

Kerinduan Desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juang ku..

Gambar ayah saya sedang memasang jaring ikan di kolam untuk memburu si ikan patin..

Hm.. kali terakhir saya menjejakkan kaki ke rumah sewaktu pulang kerana nenek saya meninggal baru-baru ini.. tapi tu sempat duduk sehari je.. tiba-tiba rasa rindu pada kampung ku ini... sebuah kampung yang pernah memenangi anugerah desa cemerlang peringkat negeri.. hehe...

Apa pula kepentingan saya di rumah ye sehingga teringat sangat kampung ini..

Setiap manusia mempunyai hak-hak masing2... seorang pelajar mempunyai hak keatas pelajarannya iaitu mempunyai amanah terhadap pelajaran, begitu juga seorang anak, mereka mempunyai hak-hak terhadap ibu bapa mereka... bagi yang masih mempunyai ibu bapa, hak mereka adalah untuk berbakti kepada ibu bapa mereka... dan bagi yang sudah kehilangan ibu bapa,hak mereka untuk medoakan ibu bapa mereka..

Allah mengajar hambaNya untuk menghormati ibu bapa seperti mana yang terdapat dalam al-Quran yakni hendaklah anak-anak berbakti kepada ibu bapa dan jangan menyakiti hati mereka...

Dalam diam mungkin hati ibu bapa kita sudah banyak terguris dek perilaku kita yang teruk. Kita melunturkan harapan ibu bapa kepada kita... mungkin inilah sebab yang menjadikan kegagalna sering kali menghantui diri kita... Perlu kita ingat bahawasanya redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. bila mana terguris hati ibu bapa kita kerana kedajalan yang kita lakukan maka, serta merta mengundang kemurkaan daripada Allah....

Oleh itu, selagi mana ibu bapa kita masih hidup, berbaktilah kepada mereka dan jangan melawan setiap arahan mereka selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam...:)

p/s: sekadar peringatan kepada yang berfikir di samping mengurangkan rasa rindu di Kuala Lipis ini..:) hehe...


2 comments:

mAyRa sUmAiYaH said...

adik ku syg..
rindu kg ehh.. tkpe2, jgn risau.. kt sini bese je...hari2 asyik mkn buah rambutan n manggis yg mula msak ranum..nyummy!!!mkn smbl tempoyak ikn bilis mak yg sgt sedap, pastu mkn kebab mak yg mmg no 1... kuih muih yg konfirm2 sedap sbb teh ngn wan yg buat... nnt nk msk speggethi plak ngn mak... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

k u f a i z said...

hoho. syahir. nanti ko akn sekampung dgn tmpat adli blajar.. kt institut prguruan