Pages

Labels

Sunday, March 21, 2010

Facebook vs Book Fair

" 'Secangkir kopi sebuku roti' ha ok tak tajuk ni? nanti aku nak upload dalam blog." Kata sahabat saya untuk entri terbaru dalam blognye tentang kisah penjelajahan kami ke lautan buku baru-baru ini.

Begitulah penangan karya Ustaz Hasrizal, sudah terikut-ikut oleh sahabatku ini.

***************

"Esok kira jadilah ye pergi facebook..??! eh silap bookfair..??" Tersasul pula di situ kerana keasyikan bermain facebook sampaikan tersebut pula perkataan itu.

Kami merancang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC keesokan harinya, jadi perlu kami mendapatkan kata putus sebagai modus operandi kami untuk ke sana.

KEESOKAN HARINYA

Akhirnya alhamdulillah kami berjaya menumpang bas yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar USIM ke bookfair. Saya cuba untuk kuatkan semangat melangkah dengan gagah menaiki bas tersebut kerana saya seorang saja dari UIA. Segan la sikit... Sahabat saya berjaya menyeludup masuk saya menaiki bas itu. Lagipun 2 biji bas yang disediakan itu masih banyak lagi tempat duduk kosongnya. Jadi, selamat duit tambang.!!!

Kami diturunkan di hadapan bangunan UMNO. Sempat lagi kami bergambar di situ. Bukan selalu dapat bergambar berlatar belakangkan logo UMNO. Kesempatan yang ada mesti dimanfaatkan..

Wanita UMNO..??

SERANG!!!

Ikutkan hati memang banyak buku yang ingin saya borong di sana, tapi apakan daya duit tidak mencukupi. Sehinggakan terpaksa berlapar sebab makanan di sana mahal sangat. Mana taknya sebijik burger saja dah RM4.00. Kalau di Nilai dah buleh dapat nasi goreng ikan masin dengan terlur mata dah. huh... Tapi nasib baik buku di sana murah. Adalah diskaun sikit...

Antara gerai yang mendapat kunjungan ramai di Pesta Buku kali ini ialah Telaga Biru, Galeri Ilmu, dan PTS. Kebanyakkannya dikunjungi oleh golongan muda. Mungkin pelajar IPT kot, dah dapat kenal cara pemakaian pelajar-pelajar IPT ni macam mana. Dalam kesesakan orang ramai, berjumpa juga saya dengan sahabat-sahabat daripada Universiti lain. Tetapi oleh kerana keadaan orang yang sangat ramai, tak dapat nak berbual lama.

MISI MENCARI GALERI ILMU DAN PTS

"Kak, Galeri ilmu kat mana kak?" tanya sahabat saya kepada seorang akak yang memakai baju petugas.

"Ada di dalam ni." Jawab akak itu dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu sedangkan jawapannya salah.

"Kami dah habis pusing dah kat dalam, tapi tak jumpe pun." Balas sahabat saya.

Sedikit salah faham mungkin oleh akak yang bertugas itu. Akhirnya kami jumpa gerai Galeri ilmu ditingkat bawah sekali. Kelihatan keadaan Galeri ilmu dipenuhi ramai orang. Kami nak masuk pun payah. Patutlah, rupanya ada Ustaz Hasrizal dan beberapa lagi penulis buku di situ.

"Jom beli sekarang la, bayar sekali 2 buah buku ni dapat diskaun." Sahabat saya mengajar cara untuk mendapatkan buku dengan harga yang murah... :P

Setelah penat beratur akhirnya kami berjaya membeli 2 buah buku karangan Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih dan Murabbi Cinta, sekali dengan tandatangan ustaz dan juga sempat kami bergambar bersama ustaz.

Di celah kesesakan orang kami meminta seorang kakak menangkap gambar.

Kemudia kami menyebarang sungai untuk ke Gerai PTS pula..

Di gerai PTS, sedang berucap Pak Alexander yang merupakan seorang penulis terkenal dari Indonesia. Karyanya yang terkenal ialah Ya'juj Ma'juj. Pada hari tersebut buku terbarunya yang bertajuk Alexander adalah Zulqainain diterbitkan.

"Abang, ada diskaun tak untuk student?" saya bertanya kepada petugas di gerai PTS itu.

"Untuk student boleh tunjuk student card dan kami akan beri 30% diskaun." Jawab abang itu dengan muka penuh pengharapan agar kami membeli buku di situ.

Akhirnya saya membeli buku terbaru Pak Alexander itu dan seperti tadi juga, saya mendapatkan tandatangannya.. huhu..

Bersama Pak Alexander

Kemudian kami bergerak ke surau untuk solat zuhur...

BERGAMBAR

Cukuplah setakat ni pembelian kami. Nanti tak makan pulak kami di Nilai. Jadi selesai solat zuhur kami mengatur misi yang seterusnya iaitu bergambar. Jadi kami pergi ke gerai inteam record mendapatkan artis-artis nasyid untuk bergambar. Tapi artis dok mari lagi.

Sementara menunggu kehadiran artis kami pun pusing-pusing lagi di gerai berdekatan...
Akhirnya, setelah mangsa dikenal pasti kami pun pergi serang.. kene kejar masa sebab bas akan bertolak pulang ke Nilai jam 4 petang. Kalau tidak terpaksalah kami menaiki KTM untuk pulang..

Sempat juga bergambar walaupun malu-malu kami meminta

Turn saya pula untuk bergambar

Setelah semuanya selesai kami berkumpul di tempat mula-mula kami turun tadi. Sempat lagi membeli roti aiskrim sebagai pengalas perut yang lapar ini. Dalam bas pula, masing-masing sibuk dengan buku yang dibeli masing-masing. Kelihatan ada yang sampai mengangkat kotak masuk ke dalam bas, Ni belum tengok buku yang dibeli muslimat lagi.. huhu..

Sebelum pulang..

Baiklah, sekian saja kisah saya pada kali ini. Semoga Allah campakkan keredhaanNya kepada setiap hambaNya yang mengunakan akal mereka..

p/s: Ingin saya berkongsi beberapa perkara yang dapat dijadikan pengajaran kepada kita daripada perjalanan saya kali ini. Tapi lain kali la.. haha..

wallahu'alam

6 comments:

aKaLiLi zUbAiR said...

akak rase, syahir ni da jd bdk usim daaaa..confuse akak..huhu...

lg 1, yg wat akak confuse...wanita umno???hoho~

Student said...
This comment has been removed by the author.
dan said...

dengkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

huhu

S.AzimaH.R said...

buku....=(..
walau ana di sini terfikir-fikir nak pg jugak tapi tak sempat kot..

moga buku2 yang dibeli dibaca habis2an. jangan jadi perhiasan meja study!

Imran Mohd said...

~Makluman Book fair bukan facebook, huhu..

hidup wanita umno!

Syahir said...

Bleh jadi 'menantu' USIM kot haha..
Ye.. setakat ni memang dihias didalam loker... nak bace la ni..

Book fair.. sebut betul2..