Pages

Labels

Monday, August 24, 2009

Diam....

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

sumber dari : http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html

Banyaknye peluang yang Allah beri kepada kita bulan puasa ni... tapi bukan semua orang mampu untuk ambil peluang ni.. dah saya cakap dulu, hanya yang terpilih hati mereka oleh Allah sahaja yang mampu melaksanakan.. jadinya, banyakkanlah berdoa pada Allah supaya kita menjadi insan terpilih itu.... Amin..

Bulan puasa bukan lah bulan hipokrit.. tetapi bulan untuk kita membaiki diri kepada yang lebih baik..dalam istilah lain bulan tarbiah.... hm.. malas lah cite banyak pasal tu.. dah berapa kali ulang dah pun...

Hadith di atas mengajar kita semua supaya menjaga mulut... diam daripada memperkatakan perkara yang sia-sia.. hehe... kalau tulis ni mesti ramai yang tak puas hati, sebab diri ini memang suke mengarut2... tapi tak pe.... tulis je dulu... disamping itu, kita disuruh untuk melazimkan diri berzikir kepada Allah....

Ha.. nampak senang.. cube buat kalau betul Pejuang Islam...

K... sekadar perkongsian yang simple.. nak p kelas plak.. salam..

0 comments: