Pages

Labels

Sunday, August 30, 2009

Bengkel yang berkesudahan

Alhamdulillah.. akhirnya selesailah sudah bengkel penulisan yang dianjurkan oleh IRKSS pada 29 ogos 2009 baru-baru ini. Peserta bengkel pada kali ini sejumlah kira-kira 80 orang, juga disertai oleh pelajar dari PJ.. terima kasih kerana sudi hadir.

Bengkel yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi iaitu pendaftaran tetapi bermula lewat sedikit atas beberapa masalah teknikal. Alhamdulillag keterlewatan program pada kali ini tidak memberi kesan sangat kepada kelancaran program secara keseluruhannya….

Pendaftaran peserta bermula.

Inilah speaker yang dijemput daripada Galeri Ilmu En. Zakaria ataupun Pak Ya


Peserta muslimin yang hadir.. banyak kerusi kosong tu..


Ini pula peserta muslimat.

Ada juga yang yang hanya dapat hadir pada sessi petang saja kerana ada exam english pagi tu. Jadinya, peserta di sebelah paginya agak kurang sedikit berbanding di sebelah pagi. Tapi ini untuk muslimat, muslimin pula pada sebelah petang peserta makin kurang.. pelik lah jugak.. tapi ok lah, diorang puasa tu...

Bersama Abang Nasri..

Seterusnya diadakan pula LDK untuk para peserta menyiapkan proposal. Cara-cara untuk manghasilkan prosal telah diberitahu.. tapi ramai je yang tak faham.. yang penting kertas mahjong tu penuh dengan tulisan.. banyak juga idea2 yang keluar daripada peserta2 ni...

Ni proposal yang bertajuk, "Jejaka Dari Timur".. sape tu ye... pahang pun bleh kata timur jugak, tapi sudah diorang tegaskan bukan Pahang.. :(


Kumpulan ni pulak tak ingak lah diorang wat apa.. yang ingatnya pasal warkah.. warkah apa ntah lah.. hanya mereka yang lebih memahami.. mungkin lebih kepada sains sikit kot sebab ada peserta dari PJ :)

Yang ni pulak.. cerita "Kembara Musafir Malam" ye kot tajuknya.. tak ingat sangat le..


Inilah pula sentuhan berbisa daripada muslimin.. mencoret bukan saja menggunakan tangan dan otak yang aktif berfikir, tetapi dari hati yang tulus murni.. huhu.. kumpulan di atas buat proposal tajuk " Puasa Pada Nama"

Pembentangan daripada kumpulan yang membuat tajuk "Epilog Penghafaz Wahyu".. nampak di situ sedikit hangit apabila mic dipenggang Malik... Malik2..

Nampak disitu juga sedikit terbakar apabila digoreng Hazwani.. saje je.. ni daripada "Jejaka Dari Timur"... sekali lagi ditegaskan, bukan dari Pahang...

Kita lihat pembentangan yang dibuat oleh wakil dari PJ pula.. kelihatan begitu gagah pemegang kertas mahjong di belakang itu.. memang pemilihan pembentang yang tepat... :)

Lama juga lah bengkel berlangsung, ada yang juga yang sempat merehatkan diri dalam masjid untuk memastikan tenaga mereka dapat digunakan lagi di sebelah petangnya...

Akhirnya ialah majlis penutupan yang dibuat secara bersahaja.. buat gitu2 cukup lah kot..

Majlis penyampaian cenderamata kepada speaker kita Pak Ya..

Tamat bengkel penulisan....

Tapi.. petang tu ada lagi sambungannya... dimulakan dengan majlis tadarrus di Dewan kemudia itfor jamie.. ada lah juga muka yang takde time bengkel tapi ada di iftor.. tak pe, yang penting bayar... tapi sahabat PJ dah balik dah petang tu, kire tak sempatlah nak join iftor..

Pemergian peserta dari PJ digantikan dengan seseorang juga dari PJ.. hehe.. bleh la...

Bacaan yang sangat merdu daripada muslimin.. (walaupun banyak salah tajwid nye...)

Kumpulan muslimat.. nape banyak kumpulan ni...??

Ha.. nilah tetamu dari PJ tu... si Shahril.. betul kot eja nama die, kang die marah lagi silap eja nama... member semahallah dulu, waktu di ABC... entah macam mana die bleh ada kat sini.. sape jemput?? baik mengaku..??!! hehe...terima kasih sudi melawat kami di sini..


*******************************************


Saya ni tak pandai sangat nak susun ayat... jadinya upload gambar je lah.. korang tengok lah ye.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Penulisan kali ini.. ceh.. macam pengarah pulak buat ucapan...

Setinggi penghargaan buat speaker kita Pak Ya dan Abang NAsri yang banyak berkongsi dengan kami semua.. insyaAllah sebuah buku akan kami hasilkan pada panghujung pengajian kami di Nilai ini.. hehe... semangat tok..!!

Tak lupa juga beberapa sahabat dari PJ yang bersusah payah datang.. terima kasih dan minta maaf atas sebarang kekurangan. Terutamanya bab pengangkutan.. :)

Akhirnya, sebagai renungan kita ambil seorang tokoh yang aktif dalam bidang penulisan iaitu Imam Nawawi bagaimana beliau mampu untuk menghasilkan ribuan buku sedangkan umurnya hanya sampai 41 tahun.. (Fakta yang kurang saya ingat) mungkin dalam sehari beliau menulis beberapa buah buku.. bukan beberapa bab ataupun beberapa perenggan.....

wallahu'alam

3 comments:

Anonymous said...

salam...yess..dapat jadi org pertama buat komen!

hm..sblum tu nak jawab..org yang jemput budak PJ yang tetiba datang tu ialah hamba..=),

yalah, kita buat majlis kenapa tak nak jemput ..nasi minyak lagi tu menunya..mungkin takkan ada kesempatan beini lagi untuk dia..

apa pun..tak aci, org nak gambar2 bengkel ni gak..bila bleh bagi?

Syahir Safwan said...

sebelum tu... kenapa tak tulis name kat komen.. berani kerana benar.. :)

haha.. ow tuan hamba... dah tau dah.. saje je nak wat kontroversi sikit.. hehe.. takde lah.. bergurau ngan korang je.....

Gambar tu copy je la... :p nanti bagi... pada perjumpaan yang kesekian kali nanti...

Anonymous said...

nak betul kan..bukan 'yess' jak tu sebenarnya..ada alhamdulillah jugak..tapi lutsinar.

ok..isu berani kerana benar tu..tak sesuai kat sini..sebab ana memang yakin dan pasti akan menimbulkan suasana tegang. jadi mencegah lebih baik.

kali ni je..len kali tak buat g.