Pages

Labels

Sunday, May 30, 2010

Kapal Konvoi diserang

Sumber : harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 5 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.

Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.

"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.

PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.


***********************************

Hari ini saja saya mendapat banyak mesej dari SMS mahupun ym berkaitan dengan serangan israel ke atas konvoi kapal ke Gaza.. pada awal paginya saya mendapat maklumat yang 2 orang telah terbunuh. Pada tengahari sudah meningkat ke 16 orang...

Kepada umat Islam diseluruh dunia, mari panjatkan doa mohon Allah melindungi perjalanan konvoi tersebut...

Sumber : harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana
.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Wednesday, May 26, 2010

Cik Mariam

"Apa nama blog enti?" saya meminta seorang peserta Kem Raudhah memberikan alamat blognya untuk dipamerkan di hadapan peserta lain.

Beberapa kali saya memintanya tetapi akhawat itu tetap berkeras untuk tidak memberikan alamat blognya.

Akhirnya saya mengalah.

"Takpe... perempuan tak boleh dipaksa. Sebab mereka mempunyai sifat pemalu yang tinggi, itu adalah fitrah."
Kenyataan saya seperti di sokong oleh akhawat yang lain, ada juga yang masih mendesak untuk diberikan alamat blog tersebut..

***********************

Saya diminta oleh seorang sahabat untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan dengan kemahiran dalam menggunakan kamputer. Fokus tajuk yang diminta ialah berkenaan dengan photoshop. Sememangnya berat untuk saya menerima pelawaan tersebut kerana ilmu yang terkandung di dada sangatlah sedikit.. huh.. tetapi saya cuba juga menyahut cabaran tersebut...

Sudah saya cadangkan nama lain untuk mengganti saya, tetapi semuanya mempunyai alasan yang tersendiri. Akhirnya saya pergi sajalah. Sekadar berkongsi pengalaman dengan adik-adik lepasasn SPM ianya akan menambah ilmu saya yang dhaif ini.. yorh la...

************************

"Boleh kamu sebutkan nama perempuan yang Allah nyatakan dalam Al-Quran?" Tanya saya kepada peserta Kem Raudhah lagi...

Semua kelihatan kebingungan, otak seolah sedang searching and scan segala isi dalam al-Quran. Mencari nama perempuan yang Allah nyatakan dalam al-Quran..

"Nisa' " jawab seorang akhawat..

"Nisa' memanglah perempuan maksudnya, tapi bukanlah nama yang khusus seperti Aisyah, Khadijah dan lain-lain" saya membantah jawapan yang diberikan tadi..

"Baiklah, ana tolong bagi satu nama... Maryam" Sambung saya setelah melihat masa yang sudah lewat...

Kelihatan mereka nampaknya mencari lagi, mungkin kali ini fokus mereka kepada nama surah pula... mungkin begitulah..

PEREMPUAN DIJADIKAN SEBAGAI PEMALU

Dalam al-Quran Allah sebut nama lelaki begitu banyak sekali. Ada nama Isa, Muda, Daud, Ibrahim, Lokman, Zulqarnain dan banyak lagi. Tetapi apabila kisah berkenaan dengan perempuan, Allah hanya menggunakan kata ganti nama sahaja... seperti dalam surah an-nur yang mengisahkan tentang Saiyidatina Aisyah,

11. Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).

Begitu juga dam surah tahrim, Allah menyebut,

10. Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat Dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman Dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba Yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke Dalam neraka bersama-sama orang-orang Yang masuk (ke situ)".

Dalam ayat ini di sebut Isteri Nabi Nuh. Kenapa tidak disebutkan saja namanya???

Secara halus dalam al-quran ingin mengajar kepada umat Islam bahawa secara fitrahnya perempuan memang pemalu. Malu untuk di sebut namanya, malu untuk dipamerkan mukanya, dan malu segala serbi lagi...

Tapi apa yang berlaku pada zaman kini sangat berbeza daripada apa yang diajar oleh Al-Quran. Perempuan-perempuan pada hari menjadi makhluk yang paling hilang rasa malunya. Tubuh mereka diperagakan dihadapan orang. Wajah mereka dijadikan sebagai perhiasan di dinding-dinding rumah dan laman-laman internet seperti facebook dan lain-lain.

Bagaimana pula adab dalam pergaulan, berbicara dengan lelaki. Semuanya menampakkan indentiti umat Islam pada hari yang sudah jauh terpesong..

'Be your self'

Ayat yang paling kerap saya dengar apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kononnya tidak mahu bermuka-muka dalam kehidupan. Saya sangat menyokong slogan 'Be your self', tetapi kita harus tahu siapa diri kita. Kalau ingin menjadi diri kita yang sebenar, maka kembalilah kepada Al-Quran kerana itulah peribadi kita sewaktu kita dilahirkan, Seperti sehelai kain yang putih. Mengapa ingin 'kembali' kepada peribadi yang telah mencorak diri kita.

Fokus saya kali ini adalah kepada kaum perempuan yang Allah bekalkan diri mereka sifat malu. Sifat Malu inilah menjadi benteng kepada segala permasalahan dunia pada hari ini. Banyak kes rogol pada hari ini semuanya datang daripada hilangnya sifat malu dalam diri wanita. Senang-senang saja badannya dipergayakan dikhalayak ramai...

Saya suka melihat bagaimana Al-Quran menyebut dalam kes pencurian,

".... pencuri lelaki dan pencuri perempuan...." (Maidah :38)

Lelaki diletakkan dihadapan sebelum perempuan.... lain pula bagi kes zina,

"...... Penzina perempuan dan penzina lelaki..."(An-Nur:2)

Perempuan pula disebut dahulu....!!!!

Dalam permasalahan seksual, kebanyakkannya adalah perpunca daripada perempuan. Apabila perempuan itu hilang rasa malu maka dia tidak teragak-agak untuk mengorat si lelaki itu, bila hilang rasa malu mereka tidak menjaga tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan lelaki, dan pelbagai lagi perkara yang menampakkan kerendahan akhlak manusia....

FACEBOOK

Sengaja saya mengambil contoh facebook kerana ianya satu fenomena yang sangat hebat melanda rakyat Malaysia hari ini. Ada yang ingin menjadikan facebook sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, mencari sahabat handai yang sudah lama terpisah dan ada yang suka-suka sahaja mencipta akaun. Tetapi, sedar tak sedar dapat dilihat disini facebook menjadi ruang sesetengah makhluk Allah ini membuka saham ke neraka.

Gambar yang mendedahkan aurat kerap kali kita lihat di upload di ruangan itu, hai perempuan... boleh lagi bangga dengan tingkah laku sedemikian. Maruah diri hilang apabila rahsia diri yang mengaibkan dipertonjolkan kepada umum..

'in relationship'

Masih berbangga dengan perhubungan yang tidak dihalalkan syarak, apalagi ditangkap gambar bersama dengan pasangan kekasih masing-masing. Status 'in relationship' dipamerkan kepada umum. kononnya hendak menunjuk yang dirinya sudah laku. Ada pulak yang membalas 'tahniah korang, semoga berkekalan, nanti kahwin jangan lupa jemput ye'..... lihat pulak di galeri gambar penuh gambar bersama kekasih. fuh... tak de malu....

LUPA JASA RASULULLAH

Saat wafatnya Rasulullah SAW... Baginda meminta 3 perkara.. yang pertama ialah menjaga solat, kemudian perempuan dan yang terakhir Baginda menyebut 'umatku'.... Begitu sekali Islam menjaga martabat wanita.. tapi wanita hari ini...???!!! sedih Nabi kita....

Melihat perilaku yang terlampau ini khususnya daripada golongan wanita, teringat pula kisah zaman jahiliah dahulu, ketika itu Islam belum lagi tersebar di tanah arab. Perempuan menjadi bahan permainan lelaki, yang baru lahir dibunuh. Kewujudan wanita adalah lebih hina daripada haiwan... cukup hina.. kemudian datangnya Nabi SAW mengangkat darjat wanita, memelihara maruah mereka. Diberikan perhiasan dan hijab untuk mengembalikan mereka kepada FITRAH mereka iaitu MALU!!!

Tetapi wanita hari ini telah sia-siakan peluang yang Allah beri, tindakan wanita hari ini yang tidak menjaga maruah mereka seperti memperlekehkan perjuagan Rasulullah dahulu.

Analogi mudah seperti seseorang yang lemas di sungai, kemudian diselamatkan oleh seseorang. Selepas terselamat masih mahu terjun ke dalam sungai. Inilah manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang dibawa oleh Rasulullah itu...

WAHAI MUSLIMAT~

Kembalilah kepada fitrah... be your self... jaga lah agama... kasihlah kamu kepada pembawa Agama ini... kasihlah kepada tuan Agama ini.... kita mulia dengan agama. Andai kita meninggalkan agama maka kita adalah hina disisi Allah.

p/s: Teguran untuk diri.... dan sahabat-sahabat lain....

Sunday, May 23, 2010

Cuti-cuti

'Azan Rock'.. lama betul tajuk itu di pamerkan di laman blog ini menjadi tajuk paling latest saya mengemaskini blog.. kalau nak kata terputus internet untuk mengupdate blog, tu bukanlah alasannya kerana hampir setiap hari duduk di pejabat menghadap laptop dan melancong ke alam maya... mungkin kerana kemampuan yang ada dalam diri membuatkan blog ini sekadar di buka setiap hari tanpa di usik. Memang dah jadi sebahagian daripada diri saya, tidak dapat memberi fokus kepada banyak perkara dalam satu masa yang sama.

SEKARANG NI BUAT APA YE..???

Kalau tak silap, tajuk 'Azan Rock' saya update seminggu sebelum berakhirnya short sem di Nilai. Sekali gus bermakna berakhirnya jejak ilmu saya di Pusat Asasi UIAM. fuh.. alhamdulillah.. akhirnya selamat juga saya tamatkan pengajian di Pusat Asasi.. hehe.. baru nak masuk degree... masa yang berbaki untuk saya dan rakan-rakan sebelum menjejakkan kaki ke Gombak adalah dalam 2 bulan.. sepanjang waktu tersebut ramai sahabat-sahabat yang memilih untuk berjuang di kampung halaman masing-masing. Tetapi kurang juga yang menyambung penjelajahan ilmu mereka di pondok-pondok yang terdekat.

Saya pula memilih untuk bermukim di Seremban ni lebih kurang dalam 2 bulan. Bukan berseorangan tetapi ditemani dengan beberapa orang lagi sahabat yang setia bersama saya.. :) kembara kami kali ini membawa misi yang sangat besar, mencari pengalaman, ilmu dan juga membuka saham akhirat... moga-moga Allah permudahkan segalanya...

***********************************

Balik daripada kelas, saya menerima panggilan daripada Ustaz Khairi yang merupakan CEO Syarikat Al-Azhar Media. "Salam'alaik... Syahir.. sihat? macam ini.. ana ada projek baru nak buat ni... kami nak buat buku bahasa arab, ana nak dalam 10 orang. Sekarang dah ada 3 orang, enta tolong carikan lagi 7 orang... ana nak 2 muslimin dan 5 muslimat...." Begitulah bunyi panggilannya...

Jenuh juga mencari orang yang nak ikut serta projek ini. Lebih lagi mereka tak tahu projek apa ini, kalau mereka tahu memang ramailah yang ikut serta. Bila lagi nak terbitkan buku kan??.. di pendekkan cerita akhirnya terkumpullah seramai 8 orang daripada UIA.. terlebih seorang.. 3 lelaki dan 5 perempuan.... Terima kasih kepada sahabat saya yang sorang ni kerana tolong mencari 5 orang muslimat tu. Kalau nak saya carikan memang takkan berjumpalah dengan muslimat-muslimat ni...


PEJALANAN KE AL-AZHAR MEDIA

Kami tamat peperikasaan akhir sem pada hari jumaat, jadi saya dah seorang sahabat saya mengambil keputusan untuk check out dari UIA pada hari Isnin sebab kami belum kemas lagi bilik, jadinya sementara menunggu hari isnin kami pun pergilah meraikan kejayaan kami menjawab final exam ni.. sempat juga la kami makan besar Satay Kajang... dua hari yang membosankan berlalu pergi dengan persiapan kami meninggalkan bilik yang kami tinggal sepanjang short sem baru ini...

Makan Satay Kajang

Pada pada hari ahad (9 mei) dah sampai 2 orang muslimat ke Al-Azhar Media, mereka terus ke penginapan muslimat. Pada keesokkan harinya pula sampai lagi 5 orang... cuma seorang sahaja yang sedikit lambat sampai sebab perjalananya dari Kelantan memakan masa yang agak lama... Pada hari isnin, seorang muslimin dan 3 muslimat berkumpul di stesen KTM Seremban, saya pula menunggang motor dari Nilai....

Alhamdulillah motor yang saya tunggang tidak mengalami sebarang kerosakan, cuma cuasa saja yang menjadikan perjalanan kali ini agak mencabar. Keluar saja dari tol Nilai saya telah dilimpahi dengan nikmat ilahi dari langit. Terus basah kuyup, ditambah dengan percikan air daripada lori menambahkan lagi kebasahan diri.... air hujan berkocak di dalam kasut mengingat saya kepada peristiwa Nabi SAW dilempar batu sehingga berkocak dalam kasut Baginda dengan darah... (tetiba je teringat)... jadi redha la untuk perjuanganku ke Seremban ini... Disebabkan terlalu lebat saya terpaksa berhenti di Perhentian Seremban untuk berteduh...

Hampir 15 minit saya berteduh di Shell , melihat hujan sudah semakin reda saya menyambung semula perjalanan ke Seremban, ingatkan hujan sudah berhenti tetapi jangkaan saya meleset.... huh.... tak sampai 200 meter daripada perhentian tadi, rupanya hujan lebat menanti di hadapan. Nak patah balik tak boleh, jadi terpaksa la juga saya teruskan.... sekali-sekala saya menjeling ke dalam bakul motor... "Apalah nasib al-quran aku dalam beg tu.."

Alhamdulillah hujan lebat tadi bukanlah di sepanjang perjalanan ke Seremban, depan sikit saja sudah terpancar sinaran matahari.. huh... sedikit sebanyak dapat mengeringkan baju saya... tapi saya bukanlah mahir jalan di Seremban ni... jadi, dengan sedikit bangangnya saya pun masuk je lah di mana-mana simpang yang saya suka... Exit Senawang menjadi pilihan saya untuk saya keluar daripada highway... selepas itu..??? Pusat Bandar kot.... saya menuju ke Pusat Bandar iaitu bandar Seremban.. Sepatutnya bukan exit Senawang kalau nak ke Seremban, tapi lantak lah.. Sampai di Bandar Seremban pula, saya tercari-cari di manakah stesen KTM... hampir sejam berlegar-legar di ruang jalanan Bandar Seremban akhirnya saya terpaksa berhenti dan turun dari motor kerana sekali lagi saya di curahi nikmat tuhan yang sejuk itu....

Saya terpaksa berteduh di hadapan kedai kasut menanti hujan reda. Kelihatan beg kertas yang membawa al-quran serta buku-buku sudah pun terkoyak kerana basah, beg baju pun basah.. nasib baik laptop saya terselamat kerana di baluti sereban biru saya...

Melihat hujan sudah reda saya bertanyakan arah untuk ke Terminal 1 daripada taukey kedai kasut itu, dipendekkan lagi cerita saya pun singgah sebentar di Masjid Negeri untuk solat asar. Disebabkan keadaan yang basah kuyup jadinya saya bersolat di kawasan luar sahaja. Selepas solat barulah saya bergerak ke Pejabat Al-Azhar Media dengan dipandu oleh sahabat saya yang sudah berada bersama ustaz, saya mendapat panduan berdasarkan SMS, sebab hp saya takde GPS... kalau ada senang sikit...

Akhirnya setelah berapa banyak simpang yang saya masuk, saya bertemu jalan yang benar... :) untuk malam itu kami berehat sebentar sebelum kami mulakan kerja pada keesokan harinya...

bersambunglah....

p/s: Kami dah masuk 2 minggu dah kerjo ni... :)

Saturday, May 1, 2010

Azan Rock...

Syukur, Allah selamatkan perjalananku ke Kampung Relong minggu lepas..

Sesampainya di Terminal Anggerik, Bandar Baru Lipis terlihat saya akan funfair yang agak meriah pada malam itu. Masa ketika itu lebih kurang jam 8 malam, saya ke surau untuk selesaikan taklifat Allah. Kemudian duduklah budak kampung ini yang sudah lama tidak pulang di bangku terminal. Di funfair sedang rancak memainkan lagu nyanyian kumpulan Kristal, tiba-tiba terdengar laungan azan dari Masjid Daerah Lipis yang terletak kira-kira 500 meter dari terminal.. Malangnya muzik yang di pasang masih lagi diteruskan di funfair itu...

"Mungkin diorang tak dengar kot.." bisik hatiku cuba bersangka baiik dengan pihak penganjur

"Tak pun penganjur tu bukan orang Islam.." Cuba sedapkan hati..

Tapi hakikatnya memang tak senang duduk mendengar azan ber'background'kan muzik rock itu.. dengan semangat dan berani-berani takut saya pergi menuju ke funfair tersebut..

"Abang... Abang jaga kat sini ke?" tanya saya kepada seorang abang yang sedang menjaga tiket di funfair itu..

"Ha.. ye la.. ad apa?" jawab penjaga tiket itu..

"Tak boleh berhenti kejap ke muzik ni..?? tengah azan ni.." Dengan nada biasa saya membuat permintaan tersebut..

Kelihatan abang tadi macam blurr... lalu memanggil kawannya di sebelah, Sekali lagi saya ulangi soalan yang sama kepada kawannya... "Tak boleh berhenti kejap ke muzik ni..?? tengah azan ni.."

"Tadi kami dah berhentikan dah sekejap." Jawab kawan abang tadi yang juga menjaga tiket di pintu masuk..

"Tapi azan sekarang!!! tak boleh berhenti kejap ke!!!" tiba-tiba suaraku menjadi tinggi, jantung berdenyut kencang.. terasa seperti menggelegak di otak... MARAH.... kenyataan "Tadi kami dah berhentikan dah sekejap." membuatkan saya rase macam nak bakar funfair itu..

Sebelum beredar sempat lagi menjeling ke dalam melihat penjaga PA System.. semuanya MELAYU... ISLAM... tapi pengecut....

Selepas meninggikan suara kepada penjaga tiket tadi, saya pun beredar.. takut juga kalau-kalau dia bawak geng, dah la saya seorang... sambil berjalan saya cuba meredakan kemarahan di hati.. 'Think positive', 'Husnu Dzon'(bersangka baik)...

Nafas di tarik perlahan-lahan, dalam hati berbicara, "Ampunkan dosaku dan dosa mereka.." tidak terlepas bisikan di hati yang berbunyi, "Celaka UMNO!! ini hasil tarbiah kau nak beri pada orang Lipis!!!" Astaghfirullah..... ini semua bicara hati ketika emosi tidak stabil....

Teringat pula dialog dalam cerita Penunggu Gunung Raya, Lebai Awang memberi nasihat kepada cucunya.." Sabar.. marah itu api... api itu mainan syaitan..."

Sebab awal nak marah untuk menasihati, tetapi syaitan masuk ke ruang marah itu untuk menguasai diri... 'Astaghfitullah...' inilah kalimah keramat yang dapat memberi kesejukkan... me'neutral'kan kembali emosi dan nafsu.. ini apa yang dapat dipraktikkan dalam seminar yang sebelum ini bab Emotional Quotient...

KENAPA PERLU HORMAT DENGAN LAUNGAN AZAN??

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... kenapa pula tidak azan...

Azan adalah syiar bagi umat Islam, Lambang kekuatan umat Islam.. bagaimana pula kalau syiar ini diperlekehkan oleh orang Islam sendiri??? bukankah ini bukti umat Islam sudah terlalu lemah untuk mempertahankan syiar kita ini??
Malaysia tidak pernah mengambil iktibar daripada kejatuhan khilafah turki uhtmaniah dahulu... Umat Islam di Malaysia sudah terlalu teruk di pijak... Gagasan 1 Malaysia bukanlah untuk mengembalikan kekuatan Islam tetapi semakin melemahkan Umat Islam, kerana itulah azan setiap kali solat tidak pernah masuk menyerikan bilik saya di Nilai ini. Alasannya kerana mengganggu penduduk beragama lain... sekali lagi hati berbisik.."Celaka BN!!"

Dalam azan juga ada beberapa tuntutan yang mesti kita laksanakan, antarannya ialah untuk pergi berjemaah di Masjid.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata; Bahawa tidak ada orang yang menuntunnyake masjid sambil menanya apakah dia dikecualikan daripada mengikuti solat berjemaah di masjid. Ternyata Rasulullah s.a.w. memberi keringanan keatasnya. Tetapi tatkala lelaki itu sudah berpaling, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi sambil bertanya; Apakah ke rumahmu kedengaran azan? Lelaki itu menjawab 'ya'. Rasulullah berkata lagi; Kalau begitu penuhi panggilan itu.

Maka, pertahankanlah syiar kegemilangan kita ini...

Perubahan perlu dilakukan... pendidikan kerohanian mesti dipertingkatkan kepada masyarakat hari ini supaya mereka lebih sensitif akan perkara yang membabitkan maruah Agama Islam. Kepimpinan Jahil hari ini mesti di lingkupkan...(BARISAN NASIONAL)

Wallahu'alam

p/s: Tazkirah ringkas... nak abis short sem ni serabut sikit... banyak perkata nak kene setup..