Pages

Labels

Wednesday, November 10, 2010

Sejuk~

(Sila klik untuk mainkan muzik)

Sejuk~

Meronda-ronda di Taman budi dan ilmu diwaktu malam berseorangan. Satu kerja yang tidak berapa normal sebenarnya, tetapi kekadang manusia perlu juga berjauhan kesibukan dan keserabutan dunia yang kononnya mengalahkan pemimpin hebat dunia Islam.. hak...

Alhamdulillah sempat berdiskusi dengan beberapa sahabat di malam itu, topik perbincangannya berkenaan suasana UIA yang senang cerita sudah larut dengan percemaran maksiat... Berdiskusi berkenaan topik ini biasanya akan timbul persoalan "Hebat sangat ke aku ni, sibuk bincang masalah orang lain... sedangkan diri sendiri pun payah nak control".. persoalan itu bialah di selesaikan dengan cara pemikiran yang positif.. insyaAllah jadikannya sebagai wasilah untuk sesama mengadakan perubahan dalam diri masing-masing..

Dengan izin Allah, berkuranglah sedikit beban malam itu setelah bersama-sama sahabat-sahabat berbincang... hakikat kehidupan yang telah diaturkan Allah, apabila berseorangan memang mudah mendatangkan prasangka yang negatif kepada diri sendiri. Akhirnya, berlakulah masalah 'Aku down!!'...

Allah jadikan kekuatan dalam setiap diri insan dengan hidup berjemaah... di rumah kita ada ibu bapa, adik beradik, saudara mara... di tempat belajar kita ada rakan-rakan... kemana saja kita pergi, hati kita akan meronta-ronta inginkan peneman.. fuuuuh

BEKAM

Selesai meronda-ronda di sekitar UIA, Alhamdulillah menerima jemputan ke Majlis makan malam.. haha... bakar ayam... dalam masa yang sama sempat lagi membekam sahabat-sahabat.. dan juga mengadakan sedikit kursus bekam untuk sahabat yang akan terbang ke Sabah 2 3 hari lagi.. katanya nak membekam rakyat-rakyat di Sabah.. semoga usahanya berjaya, menyebabkan sunnah Nabi SAW...

********************

Baiklah, misi yang tertangguh akibat kehilangan mood semalam mesti di sambung semula. Keadaan tekanan akan menjadikan kita berusaha bersungguh untuk melakukannya.. akan tetapi ada kalanya diri yang serba lemah ini gagal untuk mengendalikan tekanan yang di anugerahkan Allah itu...

Jom...

Friday, November 5, 2010

Manfaat kesesatan...

(klik untuk play)

Perjalanan yang tidak dirancang...

*******************

Selesai menziarahi sahabat-sahabat di Universiti Malaya, saya pun berhajat untuk pulang ke UIAM Gombak. Tetapi hendak ditakdirkan Allah, tak jumpe jalan ke Gombak.. Adus... tersilap satu simpang akhirnya hilang arah... tercari-cari signboard pulang, akhirnya menggerakkan keldai merahku ke highway Seremban..

ke Nilai...

Ke Nilai lagi la nampaknya, dah berapa kali berulang alik ke Nilai minggu ni. Moga-moga ada hikmah di atas kesesatan jalan kali ini..

Di Nilai, malam itu berlangsung satu talk yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal. Sapelah yang tak kenal Ustaz Hasrizal, popular sebagai Doktor Cinta kepada para muda mudi hari ini yang hilang arah dalam pencintaan... Apa tajuknya???

Bercinta sampai ke Syurga... satu tajuk yang sangat sinonim ke telinga kita.. pernah sekali di Gombak diadakan Forum menggunakan tajuk yang sama sewaktu pesta konvokesyen yang lepas. Tetapi pada saya huraian Ustaz kali ini lebih jelas dan lebih memurnikan keadaan.. insyaAllah...

Kelihatan ramai students yang hadir untuk mendengar ceramah daripada Ustaz, semestinya golongan Perempuan yang menguasai kerusi-kerusi yang ada... huhu....

Antara soalan yang menarik perhatian saya disebabkan saya pun sampai agak lewat... ialah permasalahan 'Cinta Islamic'... "Apa pendapat ustaz tentang cinta ustaz ustazah ataupun cinta anta anti..." soalan yang diajukan oleh moderator (lebih kurang macam tu la soalannya)

Banyak la huraian yang diberikan ustaz... bagi sesiapa yang nak dengar sendiri boleh la dapatkan rakaman videonye ye.. huhu.. (promot2) free je...

Ustaz cube menyimpulkan soalan dari dengan kata-kata dari Imamul Ghazali yang berbunyi, "Dosa yang paling berbahaya ialah membuangkan rase berdosa dalam diri"


Sebagai contoh yang diberikan, seorang peniaga yang penipu dalam berniaga... tetapi dengan hasil penipuannya, dia dapat memberi sedekah kepada fakir miskin.. maka dengan amal kebajikan yang dilakukan itu telah mengurangkan rasa berdosa dalam dirinya sebagai seorang penipu....

Begitu juga dalam bercinta... kononya bercinta yang penuh dengan penjagaan batas-batas syariat... di namakan percintaan itu dengan erti kata tunang... ataupun bakal isteri.... maka dalam tidak sedar telah menghalalkan segala macam perkara yang haram bagi dua individu yang bukan mahram...

Manusia memang licik dalam memutar belitkan hukum, lebih lagi bagi mereka yang mempunyai pendidikan agama yang agak tinggi... Sesuka hati meletakkan hukum ke atas dirinya sendiri terutamanya dalam bab cinta....

Nasihat yang bergune insyaAllah disebalik kesesatan saya malam itu....

Bagi seorang lelaki hendak dipelihara wanita, jangan dinodai mereka dengan kerakusan nafsu... wanita pula hendaklah mengekalkan indentiti muslimah walaupun sudah bergelar isteri, jangan ditumpulkan duri yang terlekat pada mawar yang berduri...

Terima Kasih kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...

p/s: Serius ni, baik tengok rakaman video ini.. kekadang kita tak sedar kesalahan kita.. huhu... daripada nasihat orang yang sepatutnya insyaAllah lebih terarah kehidupan kita semua...

Wednesday, November 3, 2010

Separuh sedar

(klik butang play)


Alhamdulillah hari ini Allah beri peluang kepada saya untuk beraksi lagi di alam maya ini, entah la apa yang menggerakkan otak untuk menulis hari ini. Idea pun tak berapa nak ramai ni....

*****************

Setiap hari kita diberi peluang oleh Allah, salah lagi Allah beri lagi peluang... setiap kalli peluang yang diberikan, setiap kali ini lah ramai manusia yang gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Keselesaan yang bertimbun-timbun menjadikan manusia selalu leka... haiiyya.... hakikatnya begitulah.... mencari keredhaan Allah dalam kemurkaanNya.. samalah macam cerita Robin Hood yang merompak untuk menolong orang yang miskin..

Suka saya akan kisah Sultan Ibrahim Adham... begini kisahnya..

Pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”


Teguran daripada Allah kepada semua manusia melalui kisah Ibrahim Adham ini... adakah kita mencari keredhaan Allah dalam lena sewaktu azan subuh berkumandang? mencari keredhaan Allah dengan berhibur sedangkan negara penuh dengan kemaksiatan.... boleh pula kita mengejar cinta dunia sedangkan diri ini tidak kenal Allah dan RasulNya... begini lah kita....

Hidayah daripada Allah singgah sebentar di hati Ibrahim Adham yang mana daripada seorang Raja yang lalai kepada seorang Ahli Sufi yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Apalah nilai batang tubuh seorang manusia melainkan untuk melaksanakan setiap amanah yang telah dibebankan oleh Allah...

Amanah... ye.. tau-tau sendiri lah apa amanah kita... beribadat, menjadi khalifah, berdakwah.. semuanya amanah... jangan diambil sebahagian saje...

Dalam tidak sedar, Allah sentiasa mengurniakan Hidayahnya kepada kita... terpulang kepada kita untuk menyahut seruan Hidayah itu ataupun meninggalkannya... setiap peluang yang Allah berikan, bergantung kepada kita.. adakah kita manfaatkan ataupun tidak...

Kesedaran yang wujud dalam diri adalah Hidayah, dah ianya mesti disusuli dengan suatu 'Mujahadah' yang sangat tinggi agar kita mampu untuk sentiasa Istiqamah dalam kebaikanNya...

Pohonlah Hidayah dan tingkatkan mujahadah moga-moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa istiqamah di atas jalanNya yang benar....

Monday, October 25, 2010

Pesanan Larut Malam

Alhamdulillah selesai membekam seorang lagi sahabat, tapi kali ini pesakit agak berbeza... mungkin ini pengalaman kali pertamanya berbekam jadinya membuatkan dirinya tidak berhenti bertanya. Banyak pula pertanyaannya.. Tapi soalan yang sama berulang.. "Bila buleh cabut ni Syahir..???" haha.. biarkan dia. InsyaAllah, Allah akan memberikan keberkatan dengan pengubatan mengikut sunnah Rasulullah itu...

****************

Menanti saat dapat melelapkan mata bolehlah gunakan masa untuk berfikit sebentar... tiba-tiba terkenang kisah Nabi Yusof AS dalam ceramah ustaz Hasrizal yang saya dengar dalam mp3 dahulu.. Point besar daripada kisah ini ialah UJIAN... mehnah, ibtila' dan macam-macam lagi istilah yang digunakan. Setiap manusia akan diuji Allah mengikut kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka... seperti Nabi Allah Yusof, baginda dikurniakan Rupa paras yang sangat menawan. Jadi Allah uji baginda dengan sebab rupa parasnya yang sangat menawan sehinggakan baginda dimasukkan ke dalam penjara kerana fitnah...

Begitu juga dengan manusia yang lain, Allah pasti akan uji kita dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Andai kata kita gagal dalam ujian yang Allah aturkan kemungkinan kita akan disesatkan oleh Allah. Tidak bimbang kalau setiap nikmat ditarik daripada kita, tapi sangat malang kalau Allah masih menambah kenikmatan sedangkan kita berada dalam penuh kelekaan daripada Allah...

Setengah orang sentiasa menempatkan diri mereka dalam keadaan zon selesa, sedangkan mereka tidak sedar diri mereka sedang diuji, dan sebahagian lain pula sentiasa mengalami krisis lemah semangat kononya hanya diri mereka yang mendapat ujian sedangkan ianya satu peluang dan peringatan agar mereka lebih berhati dalam setiap tingkah laku...

"Kau pakai tak helmet tadi" tanya kawan saya setelah saya baru saja sampai di dewan. (perkara ini berlaku beberapa bulan yang lepas)

"Tak pakai pun, nape?" jawab saya

"La aku baru je kene saman tadi, apalah pak guard ni.. tak adil betul.. saman orang ikut suka hati je.." katanya mungkin dalam keadaan sedikit sedih akibat mendapat saman.

Melihat situasi di atas keadaan yang realistiknya, sahabat yang kene saman mungkin akan terus memakai helmet selepas ini kerana tidak mahu di saman lagi..(harap gitulah)... tapi yang seorang lagi tetap dengan perangai lamanya iaitu meninggalkan helmet ketika menunggang motor di UIA... (insyaAllah lepas ni pakai..hehe)

Selagimana kita meletakkan diri dalam keadaan zon selesa, maka sepanjang itulah kelebihan kurnian Allah akan menjauhkan diri daripadaNya...

Rupa paras yang menawan, harta yang banyak, kepandaian, kekuatan fizikal, dan macam lagi semuanya adalah ujian. Adakah kita memeliharanya mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah ataupun kita khianat akannya. Semoga kita semua lulus dalam ujian ini kerana ganjaran yang menati adalah SyurgaNya...

p/s: sudah mengantuk.... sape nak berbekam bleh contact saya 013-2002486. Promosi secara besar-besaran belum dimulakan, sedang menunggu set bekam yang baru... "Hiasi hidup dengan sunnah Nabi" (^_^)

Friday, October 15, 2010

The Power of Students!

Walaupun desakan sudah dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi pihak penganjur konsert Adam Lambert tetapi nekad untuk meneruskan konsert seperti yang dirancang. Berlangsungnya konsert yang menampilkan artis gay dari Amerika itu bukanlah bererti segala usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak yang bimbang akan keruntuhan moral anak muda hari ini terhenti begitu sahaja... Perlbagai perkara dilakukan dalam usaha untuk menyelamatkan anak bangsa daripada terus hanyut di pengaruhi propaganda 'syaitan-syaitan' dikalangan manusia itu..

Pada hari berlangsungnya konsert itu, Dewan Pemuda Pas Pusat dengan disertai oleh mahasiswa-mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) telah mengadakan solat hajat bagi meminta pertolongan Allah untuk membantu usaha suatu pihak menyelamatkan keadaan ini. Disamping itu, dipanjatkan juga doa kepada Allah semoga Allah menggagalkan setiap perancangan yang memberi kesan negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia ini.. Solat hajat di Surau berdekatan Stadium bukit jalil ini dipimpin oleh Ustaz Nasarudin Hassan Ketua DPP Pusat...

Kemudian, ekspidisi dakwah diteruskan dengan mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di sekitar kawasan konsert. Kelihatan yang hadir kebanyakkan berbangsa cina, dan ada juga sesetengah daripada mereka orang melayu siap dengan bertudung.
Antara objektif di edarkan risalah ialah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung akan kesan secara halus yang diterima apabila virus tidak bermoral itu mula tersebar di Malaysia...

Walaubagaimanapun, misi pada malam itu boleh dikatakan kurang berhasil mungkin kerana mereka memandang sebagai 'PAS anti hiburan' ataupun 'Mahasiswa Islam benci berhibur'.. oleh itu ramai yang enggan menerima risalah dan bermasam muka... Tapi takpe lah, kita cuba sedaya yang termampu. Yang lain itu kita serahkan kepada Allah yang memiliki Hidayah...

Selesai mengedar risalah ade sedikit kata-kata daripada Ustaz Nasarudin kemudian gimik memijak poster Adam lambert sebagai tanda protes.. dan kemudian perhimpunan bersurai untuk.. Tetapi mahasiswa terus dengan agenda yang seterusnya. Mahasiswa berkumpul untuk mengiringi 5 orang wakil mahasiwa yang terdiri daripada kepimpinan GAMIS untuk masuk menyaksikan konsert dan membuat laporan...


Mengiringin wakil Gamis masuk ke dalam stadium...

Kemudia setelah hampir sejam mereka di dalam, para perwakilan keluar untuk menyampaikan apa yang dipertontonkan dengan mata mereka sendiri..


Ucapan para perwakilan...

Perhimpunan tamat kire-kire hampir jam 10 malam..
Tindakan selanjutnya akan dilakukan untuk memastikan perkara yang sebegini tidak berulang lagi..

PEMUDA PENCORAK NEGARA, JANGAN ROSAKKAN MEREKA....

Wednesday, October 13, 2010

Icon Gay di Malaysia

Adam Lambert satu nama baru yang saya kenal baru-baru ni. Takde kerjalah nak kenal dia sebelum ni. Tak faedahnya, Tapi atas jasa golongan tertentu yang telah menjemput Si Adam ni ke Malaysia akhirnya saya terpaksa mengenali manusia ini...

Isu berkenaan Adam Lambert akan mengadakan persembahan pada 14 oktober ini hangat diperkataan. Cuma ada juga sebahagian golongan yang tidak mengambil kisah hal ini pun..

Personal, apabila diajukan soalan kepada saya adakah saya meminati Adam Lambert? jawapan yang jujurnya 'tidak'... kadang-kadang terfikir pulak, ikut celah mana pulak ada peminat Adam Lambert di Malaysia ini.. Ataupun penganjur konsert ini yang terlalu meminati si penyanyi yang dikatakan icon GAY ini?? entoh le....

Yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan menilai sajian bentuk apakah yang diberikan pentadbiran negara yang sudah 50 tahun memerintah negara kita ini. Kalaulah ini bentuk pendidikan yang di sajikan kepada golongan muda khususnya, Malaysia mesti akur bahawa Islam tidak dapat lagi bertebaran luas di Tanah Melayu tercinta kelak... Mungkin tahun-tahun akan kedatang sejarah Malaysia bertambah dengan satu lagi topik iaitu Zaman Jahiliyah Melayu.. na'uzubillah...

Dalam keadaan ramai umat Islam yang cintakan agama berteriak kemarahan, alhamdulillah tampil golongan anak muda untuk menzahir rase tidak puas hati mereka. tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam (GAMIS) yang berani bersuara menyatakan kebenaran. Tidak perlu hendak bertopeng dengan 'Islam' andai takut untuk menegakkan Islam.Takut dengan dengan 'xifu' Amerika untuk menyatakan kebenaran Islam...

Mahasiswa bantah Adam Lambert : Mahasiswakini


Perjuangan Munafiq

Saya masih ingat lagi kata-kata ini, "Kalau demonstrasi pada hari ini tidak mengubah pendirian Israel, maka kita akan pergi ke sana!" Nah amek... suara melayu lantang menyatakan kemarahan mereka sewaktu tentera Israel menyerang konvoi Marvi Marvara ke Gaza. Demonstrasi UMNO yang seperti takde nilai ketika itu... Hampeh.... Entah apa sebenarnya mereka perjuangankan... takkan sebab ade rakan mereka atas kapal itu mereka bersuara lantang menyatakan kemarahan mereka..

143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (An-nisa')

Apakah pendirian kerajaan sebenarnya??? Islam atau Kafir???? Jika benar Islam tolonglah buktikan... kalau kafir tunggulah saat UMNO dilingkupkan...

Allah menjadikan Syaitan daripada kalangan manusia dan juga Jin... Membawa hiburan untuk melalaikan apatah lagi dengan menampilkan icon penyanyi yang tiada nilai moral adalah salah satu agenda syaitan daripada kalangan manusia untuk menyesatkan Umat Islam. Tidak mustahli juga syaitan manusia itu ada dikalangan umat Islam... ayooo.... berkawan pulak dengan syaitan untuk menyesatkan rakyat Malaysia.... inilah kerajaan Malaysia.. Sibuk menyatakan PAS bersahabat dengan 'Syaitan' padahal mereka terang benderang menyokong perbuatan syaitan... firman Allah:

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

PENGUMUMAM

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan satu demonstrasi aman ‘Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert’ yang akan diadakan dihadapan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 oktober (hari ini) jam 7.30 malam selepas solat maghrib... Semua dijemput hadir. Anda boleh muat turun risalah di sini.

Tuesday, October 12, 2010

Takut kerna Ilmu

"Berkata ulama' terdahulu, ' Barang siapa memperoleh ilmu tetapi dengan ilmunya tidak dapat membawanya kepada takut akan Allah, maka ilmunya akan membawa kemudaratan kepadanya' "

Begitulah bunyinya sepatah ayat yang saya dengar sewaktu duduk mendengar ceramah Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri. Mendengar mutiara kata daripada ulama' yang hebat ini membuatkan diri terasa sangat jahil dan sangat lemah. Kata-katanya masuk terus ke hati, dengan nada percakapan perlahan yang penuh tawaduk... Seronok rasenye mendengar ceramahnnya...

Ilmu dan Takut Allah....


Mengapa para ulama' mengaitkan ilmu dengan perasaan takut kepada Allah. Pernah sekali saya memberi komen di Facebook menggunakan ayat seperti diatas. Kemudian ada pula yang bertanya, "Semua ilmu ke? kalau ilmu matematik pulak macam mana?" Tapi soalan itu saya biarkan tanpa memberi sebarang jawapan... Persoalan itu sepatutnya dibalikkan kepada si orang yang bertanya. 'Ada atau tidak ilmu di atas muka bumi ini yang datangnya bukan daripada Allah??' oleh itu mengapa kita hendak lupa akan kehebatan ilmu Allah... tidak timbulkah rase ta'zdim dalam hati kita melihat kehebatan ilmuNya??

Berfikir...

Allah S.W.T. memuji orang-orang yang berilmu,

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu". (al-Faatir: 28)

Jelas sekali Allah katakan bahawasanya orang berilmu itu adalah orang yang takut akanNya.... bagaimana pula bagi mereka mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak dapat merasai kehebatan Allah???

Seorang Jurutera yang hebat mencipta kapal terbang sebagai contohnya... pernahkan difikirkan akan kejadian burung yang mampu terbang bebas tanpa perlukan pilot???

Bukanlah ilmu berkaitan hal ehwal agama secara langsung saja yang dapat membimbing manusia ke arah khauf kepada Allah, bahkan segala macam ilmu asalkan kita kembalikan ilmu tersebut kepada Allah maka perasaan takut dan mengagungkan Allah akan hinggap dalam hati kita...

Berkata Umar al-Khattab, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati"


Dalam hadis Nabi SAW ade menyebut yakni ulama' adalah pewaris bagi Nabi. Mereka itulah yang membawa risalah Islam sehinggakan Islam mampu bertapak diseluruh dunia sehingga kemenangan berpihak kepada Islam kelak. Tetapi bukanlah seseorang itu digelar ulama' andaikata mereka mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai sifat-sifat terpuji seperti amanah, zuhud, rendah diri, ikhlas, bertaqwa dan sebagainya...

Abu Muhammad r.a pernah ditanya, "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?” Jawabnya: “Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri“.

Para ulama' umpama penyelamat kepada umat, terutama pada hari ini. Zaman yang penuh dengan fitnah kepada Agama. Tengok saja pada kepimpinan negara kita yang tanpa segan silu ingin membawa masuk penyanyi yang bernama Adam Lambert yang mana diberitakan seorang GAY... Apakah tiada siapa-siapa lagi idol ataupun icon untuk dipamerkan kepada rakyat Muslim di Malaysia... Sah mereka bukan ulama'.. dan mana pula ulama'??? sekadar mendiamkan diri dan berzikir di Masjid??? mereka juga bukanlah ulama'...!! keutamaan dan amanah Allah untuk membawa masyarakat kepada Allah mestilah diutamakan daripada diri sendiri sahaja... kata orang , "nak masuk syurga tak boleh sorang-sorang"

Fudhail ibn ‘Iyadh berkata, "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain“.

Oleh itu mari kita sama renung-renungkan, adakah ilmu yang kita dapat saban hari membawa kita kepada takut akan Allah?? Marilah kita gunakan ilmu yang telah Allah pinjamkan kepada kita untuk membawa kita kepada matlamat yang diidamkan oleh sekalian makhluk yakni Syurga Allah.. jangan disebabkan ilmu, kita dilemparkan Allah ke dalam neraka jahanam, na'uzubillah..

Akhirnya, ada ulama berkata,

“Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis”.

Lemas


"Hoi.. aku jumpe makanan best punye~ sedap hingga menjilat jari ni... jom!!! ajak sedara mara kita" Kata seekor semut kepada kabilahnya...

Al-Kisah, pada suatu hari seekor semut berjalan-jalan seekor diri.. tiba-tiba ternampaklah akannya satu tin yang besar dipenuhi dengan susu pekat manis pebuh berkrim... slurrppp!!!! itu lah die Susu pekat manis F&N... huhu...

Lalu die memanggil rakan-rakannye untuk sama-sama menikmati juadah yang sangat enak itu.. memang dasar si semut sukakan manis betul...

Akhirnya datanglah geng-geng semut yang kelaparan tiu untuk mendapatkan makanan yang lazat itu. Maklumlah sebelum ini cume dapat makan sisa-sisa makanan di tong sampah sahaja. Paling enak pun dapat menjilat tulang ayam KFC yang dibuang di tong sampah. Jadi peluang ini tidak akan dilepaskan...

Sebahagian semut berkerumun di kawasan luar tin susu menikmati susu yang melimpah.. sebahagian yang lain pula terus terjun di dalam tin susu menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari tin susu itu... semua yang terjun kesemuanya mati kelemasan... adooooii... sape lah suruh terjun dalam tu... ingat senang ke nak berenang dalam susu yang pekat tu...

Akhirnya, tuan empunya susu itu mendapat tahu ada sejumlah besar semut di dalam susu F&N itu. Seetelah menelan beberapa ekor semut itu kemudiannya tuan F&N itu membuang susu itu dan membeli susu dalam botol pelastik supaya mudah untuk menutupnya.... (^_^)

Hahaha.. selesai la sudah kisah semut dan susu F&N....

Apalah nilai nikmat yang banyak dan melimpah ruah sekiranya ianya membawa kita kepada kebinasaan. Segala macam kebinasaan akan kita terima sekiranya kita gagal untuk mengendalikan nikmat yang Allah kurniakan. Oleh itu nikmat bertukar menjadi bencana...

Kerana nikmat yang terlalu banyak manusia lupa akan Allah. Sibuk mengejar harga dan kenamaan, amanah Allah diabaikan. Solat menjadi ringan seringan kapas yang terbang ditiup angin. Tengok lah, kalau iman naik sikit maka ringanlah kaki untuk ke masjid menunaikan solat secara berjemaah. Kalau iman tengah lemah, maka keutamaan dunia lebih didahulukan... Inilah manusia yang duduk dalam kesenangan duniawi. Lupa akan perit lelah Nabi SAW memperjuangn agama ini... kita penuh dengan keselesaan.. Ayooooo....

152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Baqarah)

Tuesday, September 28, 2010

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah berakhirlah sudah Islamic Carnival yang dianjurkan oleh IRKHS'S UIAM Gombak... dalam Islamic Carnivar ataupun ISCAR terdapat beberapa program antaranya Kursus Haji, IRK Mega Sport, dan Islamic IT Competition....

Secara tidak semena-menanya tergeraklah hati untuk menghantar beberapa poster untuk menyertai pertandingan Islamic IT.. hehe.. mengisi masa lapang.. Poster kalendar 2011 yang dibuat ala kadar dalam mengalami kekangan masa.. akhirnya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.. hehe.. alhamdulillah la.. rezeki Allah nak beri...

Walaupun bukan tempat pertama tapi cukuplah untuk manusia yang serba dhaif dalam bidang IT ini.... hadiah yang berupa 'Pendrive dan headphone... dapat dua sebab ade 2 poster yang menang hadiah.. tempat kedua dan ketiga... Tapinya tempat kedua bukan atas mana saya pun.. dikambing hitamkan atas nama Fattah...


Tempat Kedua

Tempat ketiga : Pemenang atas nama Fattah, Tahniah Fattah.. semoga terus berjaya dimasa akan datang... :)

Gambar poster pemenang tempat pertama takde dalam simpanan... kalau tidak boleh kita sama-sama tengok.. memang cantik posternye...

Pada mulanya terasa nak sertai pertandingan ni sebab dapat tahu jumlah penyertaan sikit aje.... Jadi hantar je lah untuk meramaikan penyertaan.. dekat akhir-akhir tarikh tutup penyertaan tetiba ramai pule yang menghantar hasil karya mereka... on aje....

Menyertai pertandingan ini bukanlah untuk bermegah ataupun untuk dibanggakan kepada orang kalau menang.. Sekadar menghiburkan hati dengan perkara yang disukai..

Kalaulah seseorang mempunyai hobi ataupun seronok bermain futsal, semestinya mereka enjoy bermain futsal dan menyertai pertandingan futsal... kalah menang itu cerita kedua dan ketiga ataupun mungkin yang ke 15... yang penting hati terhibur... :)

Ikhlas??

Menjaga keikhlasan dalam setiap amalan memang perkara yang cukup payah... tetapi bukanlah satu perkara yang mustahil. Bilamana seseorang melakukan suatu perkara kerana Allah maka ianya dikatakan Ikhlas, kalau sebaliknya pula yakni melakukan perkara bukan kerana Allah ianya dikatakan riak dan ketahuilah riak itu menghampiri kepada Syirik...

fuh...

Riak termasuk dalam penyakit-penyakit hati yang sering menyerang manusia. Riak dengan ilmu yang ada, riak dengan harta, riak dengan jawatan, riak dengan kelebihan.... segala macam riak akan hinggap kepada setiap diri manusia kalaulah mereka lupa akan Allah... Lupa akan ilmu itu datangnya daripada Allah, Harta itu dari Allah, Jawatan itu Allah amanahkan hanya sementara, kelebihan itu Allah pinjamkan kepada mereka hanya untuk berbakti atas jalanNya... Segala macam perkara hendaklah kita kembalikan kepada Allah...

Tahniah...!!!

Ucapan tahniah yang dilontar orang ramai kepada kita hendaklah disahut dengan kata tahmid memuji Allah 'Alhamdulillah'... "terima kasih Allah kerana memberi pinjam ilmuMu untuk aku berjaya"

(^_^)

Friday, September 24, 2010

Temanku Si Cantik Manis


Gelap, Sunyi, Sejuk.
inilah apa yang aku rasa...

******************************

"Mintak maaf, ana nak cepat" saya beredar keluar dari bilik sahabat saya dengan tergesa-gesa setelah menghantar poster untuk pertandingan 'Islamic IT Competition' dan terus mencapai tunggangan saya yang sudah bersiap sedia membelah dua daerah di Negeri Pahang....

*****************************

Eh... bulan...

Tetiba terkenang zaman kecik, otak anak kecil yang tidak memapu berfikir dan sangat cetek pengetahuan bertanya, "Kenapa bulan tu ikut kita??"
Persoalan yang sering saya tanya kepada Mak dan Ayah... hehe... rasenya tak jemu saya memandang bulan sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju....

Kali ini... bulan menemani saya sepanjang berjalanan, mula berjumpa dengan cik Bulan yang manis ini di Bentong. Ia mengiringi saya di sepanjang perjalanan ke Raub. Merentas kilang getah yang 'harum' dan ladang sawit yang sangat sunyi dan gelap. Kekadang ada kenderaan yang melalui jalan itu dan kemudian lenyap.. Tetapi si bulan ini terus tetap menemani saya....

Teringat kembali dalam perbualan dengan ayah tadi, apa sebenarnya berlaku???

Sesekali terdengar juga bunyi handphone, tetapi tidak sangup rasenye berhenti di tepi ladang sawit yang penuh dengan kesunyian itu~

Daerah pertama berjaya direntasi...

Terdengar azan maghrib berkumandang, gerak hati nak berhenti untuk berbuka puasa tapi berbelah bagi.... kembali tidak tenang selagi tidak sampai di Kampung untuk mengetahui kejadian sebenar... handphone pun asyik berbunyi dari tadi....

Si Bulan bersedia menemani saya ke Kuala Lipis di waktu hari yang semakin gelap. Jarak penglihatan kira-kira dalam 10 meter ke hadapan saje, tambah dengan kesilauan lampu kereta... satu penyiksaan.....

Seperti perjalanan dari Bentong, jalan Raub ke Lipis nampaknya lebih gelap dan sunyi... kelihatan si bulan purnama tidak bosan menemani perjalanan saya... penghibur hati yang sedang gelisah, perjalanan yang penuh dengan tanda tanya... Berita kematian yang tidak saya ketahui kesahihnya. Berdoa saja kepada Allah semoga dapat memberi kekuatan atas berita yang saya akan dengar nanti...

hmmm...
Cukup 2 jam perjalanan, akhirnya tiba di bandar Kuala Lipis... Masa terpantas saya catatkan untuk perjalanan dari UIA Gombak ke Lipis dalam keadaan yang malam dan hujan... Selesai solat di masjid saya terus ke hospital....

Akhirnya ketahuilah sudah akan hal yang sebenarnya.

Al-Fatihah buat ibu saudara saya (Akak kepada Mak) yang sudah meniggal dunia akibat kemalangan jalan raya berdekatan dengan IPGM Kuala Lipis siang harinya... satu kemalangan ngeri yang tidak sanggup saya dengar kisahnya, apalagi bila memikirkan anak-anaknya yang merupakan sepupu-sepupu saya....

Kejadian ini sangat memberi kejutan kepada keluarga kami dan juga seluruh penduduk kampung... ramai berkumpul di hospital dan orang kampung yang lain menunggu di Masjid untuk disolatkan malam itu juga...

Berbuka puasa dengan seteguk air mineral kemudian saya kembali melihat jenazah yang sedang diuruskan...

Bertanya kepada ayah perihal sebenar, ayah menceritakan satu per satu. Sebak mendengar cerita ayah, melihat riak wajah sepupu-sepupuku yang terkejut. Pucat muke mereka.... apa yang patutku bantu??? Semoga Allat beri ketabahan dalam hati-hati mereka untuk menerima kenyataan... seorang sepupu saya dibawa pulang dari UKM oleh bapa saudara, seorang lagi dari Shah Alam menaiki kereta yang lain, seorang lagi pula dari jerantut... 2 orang lagi berada di Kuala Lipis yang mana seorang daripadanya terlibat sekali dalam kemalangan....

Jenazah sudah hampir siap diuruskan, van jenazah sudah bersedia untuk bergerak. Saya meminta untuk bergerak terlebih dahulu ke masjid, Sesampainya di masjid kelihatan ramai orang sudah menunggu... keletihan menunggang motor dalam keadaan belum berjumpa makanan membuatkan saya tidak menghiraukan sangat pertanyaan orang ramai, saya terus ke ruangan solat lalu duduk berehat di sebelah adik saya...

Kemudian van tiba, dan jenazah Mak Ngah terus di solatkan kerana hari sudah lewat malam... Badan terlalu lemah, akhirnya saya duduk bersandar setelah selesai solat jenazah, mengumpul tenaga untuk pengebumiaan sebentar lagi. Kali ini Sepupu saya, saya, ayah, pak anjang dan seorang lagi sepupu ayah masuk ke dalam kubur untuk mengebumikan jenazah...

Akhirnya setelah selesai barulah pulang ke rumah sebentar membersihkan badan dan mencari makanan...

Kehilangan Mak Ngah masih terasa... kisah2 tentang kejadian yang berlaku mejadi perbualan saudara-mara yang pulang ke kampung... setiap kali mendengar cerita mereka mesti terasa sedih... jadinya terpaksa menjauhkan diri daripada mereka... (cover macho)

Akhirnya saya memutuskan untuk pulang ke UIA pada jumaat petang, setelah selesai solat jumaat... walaupun lenguh-lenguh belum hilang, tetapi perjalanan mesti diteruskan... kesedihan masih tetap terasa, tidak dapat fokus dengan perkara yang berlangsung di UIA... semuanya diketepikan. Cuba menenangkan perasaan... Hajatnya pulang awal untuk menyertai program-program di UIA... jamuan raya, meeting dan lain-lain... tapi apakan daya, kali ini tak dapat menipu diri seperti biasa...

Perjalanan pulang saya berseorangan... tiada bulan yang menemani.... penat semalam masih terasa.. seperti biasa... persinggahan wajib saya.. di masjid besar bentong... Kali ini saya terlelap agak lama... rencana untuk sampai di UIA jam 5 petang tertangguh hinggakan 7 malam...
Sampai di bilik, mula merehatkan badan dan pemikiran.. berusaha untuk menerima segalanya...

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22) لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (23)

"Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.Supaya kamu jangan berputus asa terhadap apa yang luput daripada kamu, dan kamu jangan bersuka ria terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(al Hadid: 22-23)

Friday, September 17, 2010

Memecah Tradisi Hari Raya

Rencana hari raya pada tahun ini agak sedikit berbeza daripada 15 tahun yang sebelum ini.. Mengape ye???!!!

Sudah hampir 15 tahun saya kira perkara yang sama saya lakukan cuma situasinya saja berbeza. Jadualnya; Raye pertama bersama sahabat-sahabat sekolah rendah. Perjalanannya ke 3 atau 4 buah kampung yang waajib kami pergi. Kenderaannya pada awal cuma berjalan kaki kemudian menaiki basikal dan akhir sekali menaiki motorsikal....


Gambar suasana hari raya pertama pada tahun 2008 bersama sahabat-sahabat dari sekolah rendah... Syahir, Safuan, Sadid, dan Sabri... 4s..

Tahun ini tradisi yang kami tekuni lebih satu dekad terpaksa kami tinggalkan kerana beberapa perkara yang tidak dapat ditolak.... Ada yang terpaksa beraya bersama saudara-mara, jadinya kami postpone ke hari yang lain..

Saya..???

Saya cuma duduk di rumah menanti masuknya waktu solat jumaat bagi kawasan Kuala Lipis dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. Setelah selesai solat jumaat saya terus ke kampung keledek untuk menemui sahabat TAHAP pula... disebabkan raye pertama pada tahun ni free jadinye kene lah cari perkara untuk mengisinya... beraya di rumah seorang ustaz yang merupakan Qari Negeri Pahang... huhu.. Shakir... kemudian kami bergerak ke rumah Amin Zikri, kononnye diadakan rumah terbuka di rumahnya....

"Aku bakar satey ni" ini lah mesej yang diterima daripada Amin, maka dengan penuh besar hatinya kami bergerak ke rumahnya... satey punye pasal....

Raye kedua buat ape plak ye???

SeLaMat Hari Raye~~~


Motorsikal..

Apalah nasib blogku ini.. terbiar begitu sahaja berbulan-bulan. Bukannye tiada masa nak kemaskini tapi ketiadaan semangat untuk beraksi di ruangan Blog sesudah kewujudan laman soSIAL yang terbaru iaitu Facebook. Tapi blogging ada keseronokannye tersendiri yang mana tidak dapat kita rasai dengan sekadar berbalas komen di Facebook... ade keseronoknya, hanya yang merasainya sahaja dapat menikmatinya....

Ramadan dan Syawal tidak saya hiraukan di alam maya pada tahun ini, tidak seperti tahun yang sudah. setiap kali Ramadan mesti dimuatkan beberapa kisah berkaitan Ramadan dan Syawal. Begitu juga hari kemerdekaan dan beberapa lagi peristiwa penting. Semuanya saya biarkan ianya berlalu pergi begitu sahaja... kalau ingin di'qada' rasanye terpaksa pula saya mengambil 'study leave'... jadi, solusinya biarkan...

Sebenarnye setelah diamati kepada blog-blog sahabat saya yang lain, saya kembali rase tidak bersalah. Rupanya ramai juge dikalangan mereka yang membiarkan blog mereka bersawang dihiasi tarian labah-labah sambil dijunjungi lipas dan cik semut.. hehe... insyaAllah setiap apa yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah...

**********************************

"Ko kalau ja;an sorang-sorang jangan fikir yang bukan-bukan, biasanya kalau ko fikir bukan-bukan mesti jadi perkara tu. Aku kalau aku drive sorang mesti aku cuba kosongkan fikiran aku... kosongkan saje...." satu nasihat yang berguna daripada sahabat saya ketika kami berdua dalam kereta menuju pulang ke Kuala Lipis setelah penat menyambut hari raya di Jerantut....

"Burrkkkk!!!!!!!!!!!!!!" hari ini saya menyaksikan satu kejadian yang sedikit menyayat hati berlaku di depan mata saya. Sebuah motor di langgar dari belakang oleh sebuah kereta. Lebih menggerunkan kejadian tersebut berlaku disebelah saya. membuatkan saya terpaksa pusing bulatan jalan sebanyak dua kali untuk menghindar daripada kejadian tersebut.....

Kaca lampu berderai di atas jalan raya di tengah pekan Kuala Lipis, tidak pasti siapa yang bersalah... boleh jadi kelalaian kereta untuk menekan brek ataupun kesilapan motor dihadapan yang tidak memberi isyarat untuk masuk ke simpang. Alhamdulillah kelihatan penunggang motor itu tidak cedera parah walaupun sudah melambung daripada motorsikalnya....

huh...

Tetiba teringat kejadian saya melanggar motor orang dahulu.. tetapi excident itu tidaklah seteruk tadi...

eh... baru teringat untuk mengganti lampu depan yang masih longgar... tapi mesti mau order dahulu... fuuuh..

Baiklah, sekadar hendak mengaktifkan blog... :)

Pesanan kepada semua penunggan motorsikal, berhati-hatilah ketika menunggan motorsikal. Sentiasa ingat bahawasanya motorsikal itu tayarnya dua sahaja.... selamat pulang ke destinasi massing-masing...

Wednesday, July 14, 2010

Budak Kampung dan Keldai Merahnya

Akhirnya ade juga kesempatan untuk saya mengemaskini blog peribadi yang sudah lama dibiarkan begitu saja. Hajat kali ini nak berkongsi sedikit kisah seorang budak kampung yang pulang ke kampungnya dengan menaiki ‘ keldai merah’nya….

Al-kisah maka tersebut la kisah… huhu…

*************************

Akhirnya tamatlah sudah misi di Al-Azhar Media, tamat bukanlah bermaksud projek yang diamanahkan sudah selesai. Tetapi sudah tiba waktunya kami sebagai peserta projek ini pulang bagi membuat persediaan masuk ke UIAM Gombak. Berada di pejabat Al-Azhar Media member sangat banyak pengajaran yang tak mampu untuk saya coretkan di dalam alam maya ini. InsyaAllah kalau ada kesempata ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sudi menerimanya. Semoga Allah berkati segala ilmu yang kami timba di sana…

30 Jun 2010 merupakan hari terakhir untuk kami siapkan projek kami. Allah Maha Merancang, percaturan Allah telah mengatakan 30 Jun 2010 bukan tarikh untuk kami selesaikan projek tersebut. Saya akur dengan ketentuan Allah sambil bermuhasabah.. Pengajaran boleh saya ambil di situ… Pada malam harinya sudah ada sahabat kami yang pulang ke rumah. 2 orang ke Kelantan dan seorang ke Putrajaya..

1 Julai 2010 pula giliran saya untuk bergerak pulang ke Kampung halaman yang sangat dirindui. Terlalu banyak pertanyaan bertanyakan bila saya mahu pulang ke rumah.. saya cuma mampu menjawab, “Kerja tak habis lagi la….”

Perancangan awalnya saya ingin bertolak seawal paginya. Kerana berhajat untuk bersinggah ke Bengkel motosikal Nilai untuk tukar tayar…. Tetapi tersangkut di Seremban kerana saya menunggu Ustaz di Pejabat, sekadar ingin bersalam tanda perpisahan.. akhirnnya tayar ditukar di Seremban.. Penantian yang terlalu lama di pejabat akhirnya saya ke rumah ustaz… Terpaksa mengganggu ustaz Khairi yang sedang tidur kerana keletihan semalam…

Bertolak dari Pejabat Al-Azhar Media Senawang dengan penuh rasa hiba yang sedih. Adakah akan berpeluang sebegini lagi?? InsyaAllah….

Kebiasaannya saya akan terus ambil highway Senawang, tetapi kali ini saya ke Bandar Seremban memenuhi permintaan sahabat untuk membelikan tiketnya ke Kelantan. Tak jauh pun ke Bandar tu… Dah selesai beli tiket bermulalah pengembaraan si Budak kampung dengan ‘keldai merah’nya yang berjenama Honda Wave 125…

Seperti kisah musafir saya sebelum ini, kali ini juga saya dilimpahi Allah dengan rahmatNya sepanjang perjalanan ke Nilai. Masuk saja highway Seremban, hujan lebat membasahi keldai saya. Perjalanan yang lebih kurang 20 minit tetap diteruskan kerana memikirkan bahawa destinasi hari itu masih jauh… sampai di Nilai dalam keadaan hujan renyai-renyai, tapi baju dan seluar sudah basah kuyup… Naik di bilik B216 untuk solat jamak zuhur dan asar… kemudian saya serahkan tiket kepada sahabat saya tadi, nampaknya dia pun tergesa-gesa, tak sempat nak tanya sebab apa balik on the spot ni….

Jam kelihatan sudah pukul 5 lebih kurang… destinasi saya ke Kuala Lipis, kira-kira 3 jam lagi… tambah dengan hujan pulak. Ikutkan nak tangguh esok, tapi dah janji dengan Mak. Sudah terlalu banyak bertangguh nak balik dari dulu lagi… Kene balik juga. Lagi pun keesokan harinya ada program di SMKA TAHAP Jerantut… balik juga!!!

Hampir jam 6 saya bertolak… huh.. hujan renyai-renyai.. jalan licin, akhirnya Allah takdirkan saya excident di Cheras… Subhanallah…. Brek kaki sudah ditekan, tayar belakang sudah berhenti berpusing sambil mengheret jalan yang licin dan terus menerpa sebuah motorsikal EX5 di hadapan… Penunggang EX5 tadi melambung dari motor lalu dihempap motornya….. saya??? Jatuh tersungkur dihempap ‘keldai merah’…

“Abang ok bang??” Tanya saya kepada brother yang baru saja dilanggar saya tadi…

“Kita pegi kat tepi tu dulu la” balas abang tadi sambil menahan kesakitan.

Alhamdulillah keldai merahku tidak cedera.. tapi motor brother tu plak rosak di bahagian belakangnya… setelah agak lama bersembang saya menghulurkan RM20 sebagai tanda minta maaf dan kerosakan motor. Walaupun tak cukup sebenarnya tapi apakan daya, itu saja yang termampu. Nasib baik abang tadi faham keadaan saya… :)

CEDERA??

Ye.. kaki kanan saya sedikit cedera… lebam dibahagian betis… dalam kesejukan hujan yang masih belum puas turun, kaki kanan pula terketar-ketar kesakitan sambil menunggang keldai saya ni… kelajuan diperlahankan kerana sedikit hilang kawalan sebab sedikit kecederaan…

Akhirnya masuk ke highway Kuantan…. Hujan masih belum bosan membasahi bumi…. Saya singgah di Perhentian Genting Sempah kerana sepanjang perjalanan dari Gombak bukan lagi hujan renyai-renyai yang mengiringi kepulangan saya, tetapi hujan lebat.. memang lebat… singgah di Perhentian Genting Sempah menikmati Mee Kari Panas dan Kopi Radix dengan harapan dapat menyeimbangi suhu badan yang kesejukan… Kaki…??? Masih berdenyut-denyut…..

Selesai solat jamak Maghrib dan Isyak perjalanan disambung… sebelum tu singgah di Petronas memberi sedikit minuman kepada si keldai ni untuk tenaganya… jaket line 7 ditukar kepada jaket UIA kerana basah membuatkan saya terlalu sejuk… Alamak… keluar dari Petronas hujan tiba-tiba lebat…. Waktu sudah jam 8 malam… jalan sangat gelap… Hujan lebat+malam=memang gelap…

Inilah kali pertama rasa terseksa yang amat sangat ketika menunggang motosikal…. Badan menggeletar kesejukan… huuuuuhhh…. Cuma berbekalkan doa semoga Allah kuatkan pertahanan badan….. dek kerana hujan lebat dan jalan yang gelap dari Genting Sempah ke Bentong tu membuatkan saya terpaksa membawa si Keldai ni dengan perlahan. Jarak jalan memang sangat terhad, perpandukan jarak sampainya lampu motor….

Akhirnya berakhir highway, ambil exit Bentong… hujan sudah berhenti di Bentong…

Keluar saja Bandar Bentong nak ke Raub Allah kirimkan lagi hujan lebat… Subhanallah…. Jalan hutan yang sangat menakutkan… Saya seorang saja sepanjang jalan.. kadang-kadang ada kereta berselisih ataupun memotong… saya cuba mengekori kereta-kereta yang sama perjalanan ke Raub… bacaan al-ma’thurat sepanjang perjalanan dibaca sebagai benteng diri.. Biasalah jalan hutan, bimbang jugak… tak tahu lah berapa puluh kali ma’thurat diulang sepanjang perjalanan ke Lipis kali ni…. Kereta tak ramai yang lalu jalan ni malam-malam, terpaksa ikut jalan kelapa sawit, jalan perumahan, getah, macam-macam lagi tempat yang gelap gelita, tiada lampu jalan… huh…

Akhirnya apabila melihat signboard ‘Kem Bina Negara 6km’ hati pun tenang… hujan pun dah berhenti sepanjang perjalanan Raub ke Lipis…

Takdir Allah mengatasi segalanya…. Budak Kampung dan keldai merahnya selamat sampai pada jam 10 malam….

Satu pengalaman yang sangat memberi pengajaran… rancang perjalanan dah cukup lengkap, tetapi jangan dipinda rancangan sesuka hati… jadilah macam ni.. nak bertolak pagi akhirnya petang mula gerak…