Pages

Labels

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan

Salam 1 Malaysia.. emm... macam mana nak jawab salam ni... hehe.. setakat ni tak dapat nak keluarkan hukum untuk menjawab salam yang sebegini rupa... satu perkara yang sangat baru... tak pe lah.. biarkan salam tu....

1 Malaysia.... apa yang saya faham... dan bagaimana pula pemahaman anda....

Malaysia memang satu pun.... mungkin yang dimaksudkan untuk menyatukan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum ini dengan pentadbiran yang dirasakan bagus tu.. hehe... Apapun saya menyambut baik niat suci kepimpinan negara kita untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera hendaknya....


Hm.. sape pernah tengok gambar diatas... gambar ni takkan jumpe kat mane2 sebab saya yang edit sendiri... hehe.. maksud gambar ni korang fikirlah sendiri ye...

Gambar diatas telah diedit sebelum Najib naik jadi PM lagi.. ramai orang tanya saya kenapa letak gambar Najib bukan Pak Lah... saye senyap je lah...

**************************

Sebenarnya nak cite pasal Merdeka ni....

Negara kita sudah pun merdeka lebih 52 tahun.. masuk hari ni jadi 52 tahun satu hari... tapi sebenarnya kita telah ditipu dengan status negara merdeka yang diberikan negara barat. Perlu kita ingat yang mana bukan mudah mereka ingin memberi kermerdekaan kepada kita melainkan telah ditinggalkan kepada kita sistem pentadbiran negara yang sejajar dengan kehendak barat....

Sistem pentadbiran yang ada di negara kita bukanlah sistem pentadbira Islam walaupun pemimpinnya beragama Islam.... Oleh itu kita belumlah merdeka lagi.. sudahlah tidak mendapat kemerdekaan yang sempurna dari dulu lagi.. kita diserang pula dengan idealism2 dari barat..

Antara idealism yang sangat berkesan di Malaysia ialah hedonism.. bagi sape yang belum mengerti makna hedonism, hedonism ialah satu bentuk pemahaman yang cuma mambawa manusia berhibur secara berlebihan... bila artis disanjung tinggi dan ulama' dimaki keji... ini membuktikan Barat telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia gembira dengan Kemerdekaan Palsu yang dianugerahkan pada 52 tahun dahulu.

Walaubagaimana pun, rase syukur perlu kita panjatkan kepada Allah kerana telah menghambat tentera2 barat keluar dari Tanah Melayu.. sedikit sebanyak, kita dapat cuba untuk mengukuhkan akidah kita dengan pimpinan ulama'2 yang ada...

Perjuangan para ulama terdahulu seperti Dato' Bahaman, Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan lain2 lagi tokoh ulama ' dahulu tersusah payah berjuang semata-mata untuk menyelamatkan AQIDAH ISLAM ummat melayu...

Tapi, andai kita masih lalai dengan serangan pemikiran barat lagi pada hari ini.. boleh jadi perjuangan mereka yang terdahulu menjadi sia-sia. Besar harapan mereka ingin memastikan keturunan umat melayu berpayungkan AQIDAH ISLAM yang suci... tapi, kerana kebodohan kita akhirnya ISLAM pada nama dan al-quran pada tulisan saja..

Wahai umat Islam, jadikan nikmat kemerdekaan ini sebagai semangat untuk kita berjuang membebaskan umat Islam dari belengu penjajahan yang hakiki...

SaLaM KemerDekaAn

Sunday, August 30, 2009

Bengkel yang berkesudahan

Alhamdulillah.. akhirnya selesailah sudah bengkel penulisan yang dianjurkan oleh IRKSS pada 29 ogos 2009 baru-baru ini. Peserta bengkel pada kali ini sejumlah kira-kira 80 orang, juga disertai oleh pelajar dari PJ.. terima kasih kerana sudi hadir.

Bengkel yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi iaitu pendaftaran tetapi bermula lewat sedikit atas beberapa masalah teknikal. Alhamdulillag keterlewatan program pada kali ini tidak memberi kesan sangat kepada kelancaran program secara keseluruhannya….

Pendaftaran peserta bermula.

Inilah speaker yang dijemput daripada Galeri Ilmu En. Zakaria ataupun Pak Ya


Peserta muslimin yang hadir.. banyak kerusi kosong tu..


Ini pula peserta muslimat.

Ada juga yang yang hanya dapat hadir pada sessi petang saja kerana ada exam english pagi tu. Jadinya, peserta di sebelah paginya agak kurang sedikit berbanding di sebelah pagi. Tapi ini untuk muslimat, muslimin pula pada sebelah petang peserta makin kurang.. pelik lah jugak.. tapi ok lah, diorang puasa tu...

Bersama Abang Nasri..

Seterusnya diadakan pula LDK untuk para peserta menyiapkan proposal. Cara-cara untuk manghasilkan prosal telah diberitahu.. tapi ramai je yang tak faham.. yang penting kertas mahjong tu penuh dengan tulisan.. banyak juga idea2 yang keluar daripada peserta2 ni...

Ni proposal yang bertajuk, "Jejaka Dari Timur".. sape tu ye... pahang pun bleh kata timur jugak, tapi sudah diorang tegaskan bukan Pahang.. :(


Kumpulan ni pulak tak ingak lah diorang wat apa.. yang ingatnya pasal warkah.. warkah apa ntah lah.. hanya mereka yang lebih memahami.. mungkin lebih kepada sains sikit kot sebab ada peserta dari PJ :)

Yang ni pulak.. cerita "Kembara Musafir Malam" ye kot tajuknya.. tak ingat sangat le..


Inilah pula sentuhan berbisa daripada muslimin.. mencoret bukan saja menggunakan tangan dan otak yang aktif berfikir, tetapi dari hati yang tulus murni.. huhu.. kumpulan di atas buat proposal tajuk " Puasa Pada Nama"

Pembentangan daripada kumpulan yang membuat tajuk "Epilog Penghafaz Wahyu".. nampak di situ sedikit hangit apabila mic dipenggang Malik... Malik2..

Nampak disitu juga sedikit terbakar apabila digoreng Hazwani.. saje je.. ni daripada "Jejaka Dari Timur"... sekali lagi ditegaskan, bukan dari Pahang...

Kita lihat pembentangan yang dibuat oleh wakil dari PJ pula.. kelihatan begitu gagah pemegang kertas mahjong di belakang itu.. memang pemilihan pembentang yang tepat... :)

Lama juga lah bengkel berlangsung, ada yang juga yang sempat merehatkan diri dalam masjid untuk memastikan tenaga mereka dapat digunakan lagi di sebelah petangnya...

Akhirnya ialah majlis penutupan yang dibuat secara bersahaja.. buat gitu2 cukup lah kot..

Majlis penyampaian cenderamata kepada speaker kita Pak Ya..

Tamat bengkel penulisan....

Tapi.. petang tu ada lagi sambungannya... dimulakan dengan majlis tadarrus di Dewan kemudia itfor jamie.. ada lah juga muka yang takde time bengkel tapi ada di iftor.. tak pe, yang penting bayar... tapi sahabat PJ dah balik dah petang tu, kire tak sempatlah nak join iftor..

Pemergian peserta dari PJ digantikan dengan seseorang juga dari PJ.. hehe.. bleh la...

Bacaan yang sangat merdu daripada muslimin.. (walaupun banyak salah tajwid nye...)

Kumpulan muslimat.. nape banyak kumpulan ni...??

Ha.. nilah tetamu dari PJ tu... si Shahril.. betul kot eja nama die, kang die marah lagi silap eja nama... member semahallah dulu, waktu di ABC... entah macam mana die bleh ada kat sini.. sape jemput?? baik mengaku..??!! hehe...terima kasih sudi melawat kami di sini..


*******************************************


Saya ni tak pandai sangat nak susun ayat... jadinya upload gambar je lah.. korang tengok lah ye.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Penulisan kali ini.. ceh.. macam pengarah pulak buat ucapan...

Setinggi penghargaan buat speaker kita Pak Ya dan Abang NAsri yang banyak berkongsi dengan kami semua.. insyaAllah sebuah buku akan kami hasilkan pada panghujung pengajian kami di Nilai ini.. hehe... semangat tok..!!

Tak lupa juga beberapa sahabat dari PJ yang bersusah payah datang.. terima kasih dan minta maaf atas sebarang kekurangan. Terutamanya bab pengangkutan.. :)

Akhirnya, sebagai renungan kita ambil seorang tokoh yang aktif dalam bidang penulisan iaitu Imam Nawawi bagaimana beliau mampu untuk menghasilkan ribuan buku sedangkan umurnya hanya sampai 41 tahun.. (Fakta yang kurang saya ingat) mungkin dalam sehari beliau menulis beberapa buah buku.. bukan beberapa bab ataupun beberapa perenggan.....

wallahu'alam

Wednesday, August 26, 2009

Islamic Writing Workshop


InsyaAllah jika diizinkan Allah pada 29 ogos ni bersamaan hari sabtu, akan diadakan bengkel penulisan di Dewan Masjid Bandar Baru Nilai...

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawat ke laman IRKSS

http://duniairkss.ning.com/events/bengkel-penulisan-islamik

Antara objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan dunia penulisan dan meningkatkan kemahiran kita dalam bidang penulisan ini sebagai medium dakwah pada hari ini..

Bengkel ini dibuka kepada semua pelajar CFSIIUM tidak tertumpu kepada pelajar jurusan ilmu wahyu sahaja.. untuk sahabat yang di Petaling Jaya juga boleh menyertainya.. mungkin boleh dibincangkan segara bagi sesiapa yang berminat..

boleh rujuk nombor yang ada di laman IRKSS tersebut ataupun boleh juga berurusan secara langsung dengan tuan empunya blog ni... (mungkin ada sahabat PJ nak join ke.. hehe)

Akhirnya, tolong doakan semoga bengkel kali ini berjalan seperti yang dirancangkan, dan semua sekali memperoleh manfaat dan keberkata daripada Allah lebih lagi di bulan Ramadan ini.. insyaAllah... wassalm

Monday, August 24, 2009

Diam....

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

sumber dari : http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html

Banyaknye peluang yang Allah beri kepada kita bulan puasa ni... tapi bukan semua orang mampu untuk ambil peluang ni.. dah saya cakap dulu, hanya yang terpilih hati mereka oleh Allah sahaja yang mampu melaksanakan.. jadinya, banyakkanlah berdoa pada Allah supaya kita menjadi insan terpilih itu.... Amin..

Bulan puasa bukan lah bulan hipokrit.. tetapi bulan untuk kita membaiki diri kepada yang lebih baik..dalam istilah lain bulan tarbiah.... hm.. malas lah cite banyak pasal tu.. dah berapa kali ulang dah pun...

Hadith di atas mengajar kita semua supaya menjaga mulut... diam daripada memperkatakan perkara yang sia-sia.. hehe... kalau tulis ni mesti ramai yang tak puas hati, sebab diri ini memang suke mengarut2... tapi tak pe.... tulis je dulu... disamping itu, kita disuruh untuk melazimkan diri berzikir kepada Allah....

Ha.. nampak senang.. cube buat kalau betul Pejuang Islam...

K... sekadar perkongsian yang simple.. nak p kelas plak.. salam..

Sunday, August 23, 2009

Terkejut Giler..!!

Alhamdulillah.. berpuasa di Nilai lebih kurang sama je rasenya.. biasalah suasana di asrama...
Tapi ada satu perkara yang sangat terkejut... tak pernah rase terkejut macam ni sepanjang hampir 20 tahun melalui Ramadan... haa.. ape tu..??

Sebenar takde ape sangatlah.. cume terkejut bila tengok kereta banyak sangat kat masjid semalam.. tempat parking hampir penuh sampai ada yang terpaksa parking di luar kawasan masjid.. nampak macam nak pegi solat jumaat la plak...

Bila masuk masjid pulak, ruang luar masjid terpaksa digunakan sebab ramai sangat jemaahnya.. yang muslimat sampai sembahyang di belakang... hm.... apa yang peliknye..??? biasalah.. tapi aku tak biasa... kalau kat kampung, solat terawikh ikut surau yang berdekatan.. jadinya, di masjid takde lah ramai sangat berkumpul sebab solat kat surau... kalau di tahap plak... memang dah standard la penuh surau tu... sebab kami memang solat disurau tu... Darul Quran plak, lagi la nampak cam biasa... hari2 macam tu... kalau di PJ mungkin nampak berbeza sedikit, tapi tekde lah terkejut sangat sebab yang di PJ tu ramai students yang datang... lagi pun tak nampak kereta berderet...

Semalam terfikir sekejap, ramai jugak makhluk kat Nilai ni.. ingatkan ni kawasan hutan yang dihuni oleh pelajar UIA je... tapi mana mereka sume ni time bulan lain.. takkan fungsi masjid pada bulan ramadan saje... biarlah, lagi bagus daripada yang takde perasaan menyambut Ramadan ni...

Walaubagaimanapun, bulan Ramadan ialah bulan untuk kita mendidik diri menjadi insan yang bertaqwa... biar apa orang nak cemuh kita kalau sebelum ni tak pernah pergi masjid tapi bulan puasa pergi pulak.. biarkan.... jadikan Ramadan medan tarbiah untuk perbaiki diri kita..:) selamat beribadah, semoga masjid dapat diimarahkan.... wassalm

Menanti Detik Berbuka

Yes..!!! sampai jugak ke Nilai Alhamdulillah... perjalanan yang agak memenatkan jugak lah.. nak lagi terpalsa berlipat kaki ni dalam kereta Kancil dari Lipis sampailah ke Nilai... tapi lebih baik daripada kene naik bas.. lagi letih kot... janji sampai...

Ramadan kali ini saya sambut ditempat yang berlainan daripada Ramadan yang sebelumnya.. so, ni la first time sambut Ramadan di Nilai.. tak tau sangat macam mana suasana kat sini.... tetapi walaupun 50 tahun kita sambut Ramadan ditempat sama sekali pun, natijahnya tetap berbeza... tahun ni dan tahun lepas takkan sama... ini lah yang dapat dikatakan... Allah menjajnjikan bermacam-macam kelebihan di bulan Ramadan, tetapi dalam berjuta-juta umat Islam di atas muka bumi ini, Allah pilih pula cuma insan yang bertuah sahaja yang dapat merasai kenikmatan di bulan Ramadan.. manakala yang lain cuma merasai kelaparan dan keletihan berlapar sahaja...

Menjadi satu cita-cita bagi umat Islam untuk menjadi orang yang bertaqwa, walaupun ada sebahagian tidak menjadikannya sebagai misi mereka.... olehnya, bulan ramadan dijadikan peluang untuk memperoleh ketaqwaan tersebut.. inilah peluangnya untuk kita semua 'mengambil hati' Allah untuk meraih cintaNya yang agung...

hm... apa lagi ye yang saya ingat berkenaan puasa ni... ha.. Ramadan, tiada syaitan.. sume kena masuk ISA... hehe... ISA Allah takkan dimansuhkan untuk syaitan-syaitan ni di bulan Ramadan... Alahdulillah, satu lagi peluang Allah nan bagi supaya kita kejar TAQWA... tapi ramai yang taknak jadikannya matlamat dalam bulan RAMADAN ni... entah lah apa yang diorang nakkan...

cukup sekadar ini perkongsian Ramadan kali ini.. tunggu esok-esok plak.. salam..

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadan

Dah berkurun tak menjenguk blog sendiri ini.. kononnya sibuk dengan assignment n program UIA lah.. mungkin jugak masalah yang menimpa diri baru-baru ini menjadi faktornya.. tapi Alahamdulillah, sedikit masa yang terluang ini bolehlah saya menulis di laman ini. Sekadar memenuhi pertanyaan sahabat yang sanggup menelefon bertanyakan pasal blog ini.. :)

Hari ini sudah masuk hari yang kedua Ramadan.. memang seperti tak disangka... syukur sangat kerana Allah memberi peluang bertemu dengan Ramadan.. banyak perkara yang berlaku sebelum ini.. tapi sekarang bukan masa yang sesuai nak menceritakannya, kerana sebentar lagi saya nak berangkat pullang ke Nilai.. cukup lah sempat berbuka, bersahur, dan berterawikh bersama keluarga untuk awal ramadan ini.. walalupun masih tidak berpeluang menjadi makmum di kampung setelah identiti ini terbocor...

Semoga Ramadan kali ini, saya berjaya melaksanakan azam baru saya..(yang dirahsiakan dengan seseorang.. hehe) dan apabila keluar daripada madrasah tarbiah ini kita semua menjadi seorang manusia yang seolah-olah baru dilahirkan.... k.. Selamat menunaikan Ibadah puasa...

>> SaLam RaMaDaN<<