Pages

Labels

Monday, October 25, 2010

Pesanan Larut Malam

Alhamdulillah selesai membekam seorang lagi sahabat, tapi kali ini pesakit agak berbeza... mungkin ini pengalaman kali pertamanya berbekam jadinya membuatkan dirinya tidak berhenti bertanya. Banyak pula pertanyaannya.. Tapi soalan yang sama berulang.. "Bila buleh cabut ni Syahir..???" haha.. biarkan dia. InsyaAllah, Allah akan memberikan keberkatan dengan pengubatan mengikut sunnah Rasulullah itu...

****************

Menanti saat dapat melelapkan mata bolehlah gunakan masa untuk berfikit sebentar... tiba-tiba terkenang kisah Nabi Yusof AS dalam ceramah ustaz Hasrizal yang saya dengar dalam mp3 dahulu.. Point besar daripada kisah ini ialah UJIAN... mehnah, ibtila' dan macam-macam lagi istilah yang digunakan. Setiap manusia akan diuji Allah mengikut kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka... seperti Nabi Allah Yusof, baginda dikurniakan Rupa paras yang sangat menawan. Jadi Allah uji baginda dengan sebab rupa parasnya yang sangat menawan sehinggakan baginda dimasukkan ke dalam penjara kerana fitnah...

Begitu juga dengan manusia yang lain, Allah pasti akan uji kita dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Andai kata kita gagal dalam ujian yang Allah aturkan kemungkinan kita akan disesatkan oleh Allah. Tidak bimbang kalau setiap nikmat ditarik daripada kita, tapi sangat malang kalau Allah masih menambah kenikmatan sedangkan kita berada dalam penuh kelekaan daripada Allah...

Setengah orang sentiasa menempatkan diri mereka dalam keadaan zon selesa, sedangkan mereka tidak sedar diri mereka sedang diuji, dan sebahagian lain pula sentiasa mengalami krisis lemah semangat kononya hanya diri mereka yang mendapat ujian sedangkan ianya satu peluang dan peringatan agar mereka lebih berhati dalam setiap tingkah laku...

"Kau pakai tak helmet tadi" tanya kawan saya setelah saya baru saja sampai di dewan. (perkara ini berlaku beberapa bulan yang lepas)

"Tak pakai pun, nape?" jawab saya

"La aku baru je kene saman tadi, apalah pak guard ni.. tak adil betul.. saman orang ikut suka hati je.." katanya mungkin dalam keadaan sedikit sedih akibat mendapat saman.

Melihat situasi di atas keadaan yang realistiknya, sahabat yang kene saman mungkin akan terus memakai helmet selepas ini kerana tidak mahu di saman lagi..(harap gitulah)... tapi yang seorang lagi tetap dengan perangai lamanya iaitu meninggalkan helmet ketika menunggang motor di UIA... (insyaAllah lepas ni pakai..hehe)

Selagimana kita meletakkan diri dalam keadaan zon selesa, maka sepanjang itulah kelebihan kurnian Allah akan menjauhkan diri daripadaNya...

Rupa paras yang menawan, harta yang banyak, kepandaian, kekuatan fizikal, dan macam lagi semuanya adalah ujian. Adakah kita memeliharanya mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah ataupun kita khianat akannya. Semoga kita semua lulus dalam ujian ini kerana ganjaran yang menati adalah SyurgaNya...

p/s: sudah mengantuk.... sape nak berbekam bleh contact saya 013-2002486. Promosi secara besar-besaran belum dimulakan, sedang menunggu set bekam yang baru... "Hiasi hidup dengan sunnah Nabi" (^_^)

Friday, October 15, 2010

The Power of Students!

Walaupun desakan sudah dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi pihak penganjur konsert Adam Lambert tetapi nekad untuk meneruskan konsert seperti yang dirancang. Berlangsungnya konsert yang menampilkan artis gay dari Amerika itu bukanlah bererti segala usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak yang bimbang akan keruntuhan moral anak muda hari ini terhenti begitu sahaja... Perlbagai perkara dilakukan dalam usaha untuk menyelamatkan anak bangsa daripada terus hanyut di pengaruhi propaganda 'syaitan-syaitan' dikalangan manusia itu..

Pada hari berlangsungnya konsert itu, Dewan Pemuda Pas Pusat dengan disertai oleh mahasiswa-mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) telah mengadakan solat hajat bagi meminta pertolongan Allah untuk membantu usaha suatu pihak menyelamatkan keadaan ini. Disamping itu, dipanjatkan juga doa kepada Allah semoga Allah menggagalkan setiap perancangan yang memberi kesan negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia ini.. Solat hajat di Surau berdekatan Stadium bukit jalil ini dipimpin oleh Ustaz Nasarudin Hassan Ketua DPP Pusat...

Kemudian, ekspidisi dakwah diteruskan dengan mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di sekitar kawasan konsert. Kelihatan yang hadir kebanyakkan berbangsa cina, dan ada juga sesetengah daripada mereka orang melayu siap dengan bertudung.
Antara objektif di edarkan risalah ialah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung akan kesan secara halus yang diterima apabila virus tidak bermoral itu mula tersebar di Malaysia...

Walaubagaimanapun, misi pada malam itu boleh dikatakan kurang berhasil mungkin kerana mereka memandang sebagai 'PAS anti hiburan' ataupun 'Mahasiswa Islam benci berhibur'.. oleh itu ramai yang enggan menerima risalah dan bermasam muka... Tapi takpe lah, kita cuba sedaya yang termampu. Yang lain itu kita serahkan kepada Allah yang memiliki Hidayah...

Selesai mengedar risalah ade sedikit kata-kata daripada Ustaz Nasarudin kemudian gimik memijak poster Adam lambert sebagai tanda protes.. dan kemudian perhimpunan bersurai untuk.. Tetapi mahasiswa terus dengan agenda yang seterusnya. Mahasiswa berkumpul untuk mengiringi 5 orang wakil mahasiwa yang terdiri daripada kepimpinan GAMIS untuk masuk menyaksikan konsert dan membuat laporan...


Mengiringin wakil Gamis masuk ke dalam stadium...

Kemudia setelah hampir sejam mereka di dalam, para perwakilan keluar untuk menyampaikan apa yang dipertontonkan dengan mata mereka sendiri..


Ucapan para perwakilan...

Perhimpunan tamat kire-kire hampir jam 10 malam..
Tindakan selanjutnya akan dilakukan untuk memastikan perkara yang sebegini tidak berulang lagi..

PEMUDA PENCORAK NEGARA, JANGAN ROSAKKAN MEREKA....

Wednesday, October 13, 2010

Icon Gay di Malaysia

Adam Lambert satu nama baru yang saya kenal baru-baru ni. Takde kerjalah nak kenal dia sebelum ni. Tak faedahnya, Tapi atas jasa golongan tertentu yang telah menjemput Si Adam ni ke Malaysia akhirnya saya terpaksa mengenali manusia ini...

Isu berkenaan Adam Lambert akan mengadakan persembahan pada 14 oktober ini hangat diperkataan. Cuma ada juga sebahagian golongan yang tidak mengambil kisah hal ini pun..

Personal, apabila diajukan soalan kepada saya adakah saya meminati Adam Lambert? jawapan yang jujurnya 'tidak'... kadang-kadang terfikir pulak, ikut celah mana pulak ada peminat Adam Lambert di Malaysia ini.. Ataupun penganjur konsert ini yang terlalu meminati si penyanyi yang dikatakan icon GAY ini?? entoh le....

Yang pasti kita sebagai rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan menilai sajian bentuk apakah yang diberikan pentadbiran negara yang sudah 50 tahun memerintah negara kita ini. Kalaulah ini bentuk pendidikan yang di sajikan kepada golongan muda khususnya, Malaysia mesti akur bahawa Islam tidak dapat lagi bertebaran luas di Tanah Melayu tercinta kelak... Mungkin tahun-tahun akan kedatang sejarah Malaysia bertambah dengan satu lagi topik iaitu Zaman Jahiliyah Melayu.. na'uzubillah...

Dalam keadaan ramai umat Islam yang cintakan agama berteriak kemarahan, alhamdulillah tampil golongan anak muda untuk menzahir rase tidak puas hati mereka. tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Islam (GAMIS) yang berani bersuara menyatakan kebenaran. Tidak perlu hendak bertopeng dengan 'Islam' andai takut untuk menegakkan Islam.Takut dengan dengan 'xifu' Amerika untuk menyatakan kebenaran Islam...

Mahasiswa bantah Adam Lambert : Mahasiswakini


Perjuangan Munafiq

Saya masih ingat lagi kata-kata ini, "Kalau demonstrasi pada hari ini tidak mengubah pendirian Israel, maka kita akan pergi ke sana!" Nah amek... suara melayu lantang menyatakan kemarahan mereka sewaktu tentera Israel menyerang konvoi Marvi Marvara ke Gaza. Demonstrasi UMNO yang seperti takde nilai ketika itu... Hampeh.... Entah apa sebenarnya mereka perjuangankan... takkan sebab ade rakan mereka atas kapal itu mereka bersuara lantang menyatakan kemarahan mereka..

143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. (An-nisa')

Apakah pendirian kerajaan sebenarnya??? Islam atau Kafir???? Jika benar Islam tolonglah buktikan... kalau kafir tunggulah saat UMNO dilingkupkan...

Allah menjadikan Syaitan daripada kalangan manusia dan juga Jin... Membawa hiburan untuk melalaikan apatah lagi dengan menampilkan icon penyanyi yang tiada nilai moral adalah salah satu agenda syaitan daripada kalangan manusia untuk menyesatkan Umat Islam. Tidak mustahli juga syaitan manusia itu ada dikalangan umat Islam... ayooo.... berkawan pulak dengan syaitan untuk menyesatkan rakyat Malaysia.... inilah kerajaan Malaysia.. Sibuk menyatakan PAS bersahabat dengan 'Syaitan' padahal mereka terang benderang menyokong perbuatan syaitan... firman Allah:

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

PENGUMUMAM

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan satu demonstrasi aman ‘Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert’ yang akan diadakan dihadapan Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 oktober (hari ini) jam 7.30 malam selepas solat maghrib... Semua dijemput hadir. Anda boleh muat turun risalah di sini.

Tuesday, October 12, 2010

Takut kerna Ilmu

"Berkata ulama' terdahulu, ' Barang siapa memperoleh ilmu tetapi dengan ilmunya tidak dapat membawanya kepada takut akan Allah, maka ilmunya akan membawa kemudaratan kepadanya' "

Begitulah bunyinya sepatah ayat yang saya dengar sewaktu duduk mendengar ceramah Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri. Mendengar mutiara kata daripada ulama' yang hebat ini membuatkan diri terasa sangat jahil dan sangat lemah. Kata-katanya masuk terus ke hati, dengan nada percakapan perlahan yang penuh tawaduk... Seronok rasenye mendengar ceramahnnya...

Ilmu dan Takut Allah....


Mengapa para ulama' mengaitkan ilmu dengan perasaan takut kepada Allah. Pernah sekali saya memberi komen di Facebook menggunakan ayat seperti diatas. Kemudian ada pula yang bertanya, "Semua ilmu ke? kalau ilmu matematik pulak macam mana?" Tapi soalan itu saya biarkan tanpa memberi sebarang jawapan... Persoalan itu sepatutnya dibalikkan kepada si orang yang bertanya. 'Ada atau tidak ilmu di atas muka bumi ini yang datangnya bukan daripada Allah??' oleh itu mengapa kita hendak lupa akan kehebatan ilmu Allah... tidak timbulkah rase ta'zdim dalam hati kita melihat kehebatan ilmuNya??

Berfikir...

Allah S.W.T. memuji orang-orang yang berilmu,

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu". (al-Faatir: 28)

Jelas sekali Allah katakan bahawasanya orang berilmu itu adalah orang yang takut akanNya.... bagaimana pula bagi mereka mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak dapat merasai kehebatan Allah???

Seorang Jurutera yang hebat mencipta kapal terbang sebagai contohnya... pernahkan difikirkan akan kejadian burung yang mampu terbang bebas tanpa perlukan pilot???

Bukanlah ilmu berkaitan hal ehwal agama secara langsung saja yang dapat membimbing manusia ke arah khauf kepada Allah, bahkan segala macam ilmu asalkan kita kembalikan ilmu tersebut kepada Allah maka perasaan takut dan mengagungkan Allah akan hinggap dalam hati kita...

Berkata Umar al-Khattab, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati"


Dalam hadis Nabi SAW ade menyebut yakni ulama' adalah pewaris bagi Nabi. Mereka itulah yang membawa risalah Islam sehinggakan Islam mampu bertapak diseluruh dunia sehingga kemenangan berpihak kepada Islam kelak. Tetapi bukanlah seseorang itu digelar ulama' andaikata mereka mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai sifat-sifat terpuji seperti amanah, zuhud, rendah diri, ikhlas, bertaqwa dan sebagainya...

Abu Muhammad r.a pernah ditanya, "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?” Jawabnya: “Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri“.

Para ulama' umpama penyelamat kepada umat, terutama pada hari ini. Zaman yang penuh dengan fitnah kepada Agama. Tengok saja pada kepimpinan negara kita yang tanpa segan silu ingin membawa masuk penyanyi yang bernama Adam Lambert yang mana diberitakan seorang GAY... Apakah tiada siapa-siapa lagi idol ataupun icon untuk dipamerkan kepada rakyat Muslim di Malaysia... Sah mereka bukan ulama'.. dan mana pula ulama'??? sekadar mendiamkan diri dan berzikir di Masjid??? mereka juga bukanlah ulama'...!! keutamaan dan amanah Allah untuk membawa masyarakat kepada Allah mestilah diutamakan daripada diri sendiri sahaja... kata orang , "nak masuk syurga tak boleh sorang-sorang"

Fudhail ibn ‘Iyadh berkata, "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain“.

Oleh itu mari kita sama renung-renungkan, adakah ilmu yang kita dapat saban hari membawa kita kepada takut akan Allah?? Marilah kita gunakan ilmu yang telah Allah pinjamkan kepada kita untuk membawa kita kepada matlamat yang diidamkan oleh sekalian makhluk yakni Syurga Allah.. jangan disebabkan ilmu, kita dilemparkan Allah ke dalam neraka jahanam, na'uzubillah..

Akhirnya, ada ulama berkata,

“Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis”.

Lemas


"Hoi.. aku jumpe makanan best punye~ sedap hingga menjilat jari ni... jom!!! ajak sedara mara kita" Kata seekor semut kepada kabilahnya...

Al-Kisah, pada suatu hari seekor semut berjalan-jalan seekor diri.. tiba-tiba ternampaklah akannya satu tin yang besar dipenuhi dengan susu pekat manis pebuh berkrim... slurrppp!!!! itu lah die Susu pekat manis F&N... huhu...

Lalu die memanggil rakan-rakannye untuk sama-sama menikmati juadah yang sangat enak itu.. memang dasar si semut sukakan manis betul...

Akhirnya datanglah geng-geng semut yang kelaparan tiu untuk mendapatkan makanan yang lazat itu. Maklumlah sebelum ini cume dapat makan sisa-sisa makanan di tong sampah sahaja. Paling enak pun dapat menjilat tulang ayam KFC yang dibuang di tong sampah. Jadi peluang ini tidak akan dilepaskan...

Sebahagian semut berkerumun di kawasan luar tin susu menikmati susu yang melimpah.. sebahagian yang lain pula terus terjun di dalam tin susu menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari tin susu itu... semua yang terjun kesemuanya mati kelemasan... adooooii... sape lah suruh terjun dalam tu... ingat senang ke nak berenang dalam susu yang pekat tu...

Akhirnya, tuan empunya susu itu mendapat tahu ada sejumlah besar semut di dalam susu F&N itu. Seetelah menelan beberapa ekor semut itu kemudiannya tuan F&N itu membuang susu itu dan membeli susu dalam botol pelastik supaya mudah untuk menutupnya.... (^_^)

Hahaha.. selesai la sudah kisah semut dan susu F&N....

Apalah nilai nikmat yang banyak dan melimpah ruah sekiranya ianya membawa kita kepada kebinasaan. Segala macam kebinasaan akan kita terima sekiranya kita gagal untuk mengendalikan nikmat yang Allah kurniakan. Oleh itu nikmat bertukar menjadi bencana...

Kerana nikmat yang terlalu banyak manusia lupa akan Allah. Sibuk mengejar harga dan kenamaan, amanah Allah diabaikan. Solat menjadi ringan seringan kapas yang terbang ditiup angin. Tengok lah, kalau iman naik sikit maka ringanlah kaki untuk ke masjid menunaikan solat secara berjemaah. Kalau iman tengah lemah, maka keutamaan dunia lebih didahulukan... Inilah manusia yang duduk dalam kesenangan duniawi. Lupa akan perit lelah Nabi SAW memperjuangn agama ini... kita penuh dengan keselesaan.. Ayooooo....

152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Baqarah)