Pages

Labels

Saturday, January 17, 2009

Untukmu Palestine..!!!


Alhamdulillah program yang dirancang oleh pihak MRC berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Malas nak ulas boleh lah berkunjung ke blog2 ini untuk melihat gambar sepanjang program daripada 'Grant Munajat', booth, persiapan demontrasi dan juga hari demontrasi...

Akh Nik Hanis, Akh Taufik, Akh Hafizuddin, Akh Nasih, Akh Faris Zamri ...

Blogger lain ada gak kot, setakat ni, ni je yang jumpe...

Sekian......

Wednesday, January 14, 2009

Free Gaza, Save Palestine


'FREE GAZA, SAVE PALESTINE' setelah disepakati akhirnya mesyuarat memutuskan name tersebut untuk program minggu ini.

Perjalanan program yang agak simple, pada malam jumaat akan diadakan solat hajat kemudian sedikit tayangan dan juga tazkirah daripada Ustaz yang sudah dipilih.

Pada keesokan harinya (jumaat, 16 jan 2009) insyaAllah akan diadakan demontrasi di CFS IIUM Nilai. semua dijemput hadir....

Sunday, January 4, 2009

Persiap diri untuk Islam

Punye la lame tak ter'update' blog ni, hari ni tergerak nak update.... buat blog senang je.. create and you can start blogging now...

Tapi nak jage blog tunye yang payah... sejak saya mula mewujudkan blog ini, dah banyak blog saya hasilkan untuk kawan-kawanyang lain. Tapi tulah dah cakap tadi, buat blog senang je... nak uruskannya payah sikit... lebih lagi orang yang kerja dia bukan 24 jam dengan internet..

Sekarang ini isu paling hangat dibicarakan oleh seluruh dunia ilaha tentang isu palestin. Bukan baru ni palestin kena serang, tapi dari dulu lagi dah. Tapi Amerika pandai menggunakan anak didik mereka yang ada di Malaysia untuk melalaikan umat Islam di Malaysia daripada mengenang nasib rakyat Palestin. Tapi hari ini kemarahan umat Islam telah sampai ke tahap maksimum sehinggakan segelintir anak didik Amerika kat Malaysia ni pun turut menyatakan kemarahan mereka kepada Puak Zionis dan sekutunya...

Dalam fatrah sekarang kita boleh lihat sendiri masjid-masjid tidak lagi bercerita tentang 'Kepentingan Menjaga Harta Awam' dalam khutbah. Dalam khutbah yang saya dengar baru-baru ni di Masjid Putra Nilai dengan semangatnya imam menceritakan tentang saudara kita di Palestin agar seluruh umat Islam sedar tentang situasi ini. Kemudian pula, dibacakan doa qunut nazilah moga-moga Allah bekalkan rasa keberanian dalam pejuang-pejuang di Palestin hari ini..

Apa yang menarik yang saya ingin kongsi dalam post saya kali ini sebenarnya ialah berkenaan isi ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz daripada USIM baru ini. Kita biasa mendengar berkenaan dengan hadith Rasulullah S.A.W. yang menceritakan bahawa umat Islam diakhir zaman akan diratah tubuh mereka umpama lauk. Kemudian sahabat bertanya kepada Baginda S.A.W adakah umat Islam ketika itu sedikit dan dijawab oleh Rasulullah S.A.W. tidak, bahkan umat Islam ketika itu ramai tetapi mereka seperti buih-buih dilautan. Sabda Baginda seterusnya umat Islam ketika itu diserang oleh penyakit al-wahn iaitu cintakan dunia dan takut kepada kematian...

Habib Ali al-Jufri pernah menyatakan tentang ubat bagi penyakit tersebut. Ubat bagi penyakit cintakan dunia ialah 'Mendalami ilmu tassawuf' dan ubat bagi penyakit takutkan mati ialah 'mendalami ilmu aqidah'.

Mari kita lihat sendiri dengan mata hati kita bagaimana akhlak ahli-ahli sufi... Mereka begitu zuhud dan merasakan seolah-olah dunia ini tiada apa-apa langsung. Mereka tidak dibelenggu oleh nafsu yang menggilai dan juga harta yang bertimbun. Cukup Allah dan Rasul sebagai isi dalam kehidupan ini. Dengan ini, Allah menguatkan jiwa mereka untuk berhadapan dengan apa saja musuh. Manusia yang mana jiwa mereka mati maka mereka adalah mati, dan jika jiwa mereka hidup maka mereka adalah hidup. Sedarlah bahawa SATU orang yang hidup boleh mengalahkan SERATUS orang yang mati....

Kemudian berkenaan dengan Ilmu aqidah. Dalam Kitab Hadith 40 kita boleh buka pada hadith yang kedua. Satu kisah yang mana Jibril dating kepada Nabi SAW untuk mengajarkan tentang agama Islam. Apa yang diajar oleh Jibril ialah, yang pertama apa itu Islam. Kemudian Apa itu Iman, kemudian apa itu Ihsan. Adakah hanya 3 perkara ini yang diajar oleh JIbril? Kemudian Jibril bertanya lagi apa dia tanda-tanda hari kiamat. Jadi secara ringkasnya boleh dibuat, kesempurnaan aqidah Islam adalah dengan mengetahui apa itu Islam, Iman, Ihsan, dan juge tanda-tanda Kiamat. Mengetahui dan mempersiapkan diri untuk menghadapi mati dapat menyelamatkan diri daripada penyakit yang dikhabarkan oleh Rasululah SAW itu.

Salahuddin al-Ayyubi seorang ketua angkatan tentera yang telah membuka baitul maqdis telah mengarahkan tenteranya untuk membaca kitab aqidah sebelum mereka pergi berperang. Kemudian mengarahkan pula tenteranya untuk bangun beribadah kepada Allah seperti qiamullai dan sebagainya. Maka terhasilnya satu pasukan tentera ISLAM yang beraqidah dengan AQIDAH yang benar dan mempunyai amal IBADAH yang hebat.

Moga-moga tentera Salahuddin al-Ayyubi yang kedua muncul semula!!!

Ayuh tentera Allah kita berjihad demi Islam tercinta..!!!!!