Pages

Labels

Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang bukan tempat bukti transformasi Isa

Sedang saya sibuk menghadapi final exam di bumi Nilai ini, isu semasa yang berlaku di Bagan Pinang saya tidak abaikan. Ini kerana penglibatan jiwa muda dalam soal mentadbir negara ini sangat-sangat la penting. Itu yang saya fikirkan. Yang penting misi di kampus ini tidak saya abaikan begitu saja..

Semalam alhamdulillah UMNO dan juga PAS telah menamakan calon mereka. Dalam saya 'membelek-belek' laman web yang ada, tertarik saya dengan post yang saya baca dilaman UMNO Bagan Pinang. Apa yang menjadi persoalan dalam diri adakah Bagan Pinang sesuai menjadi medan untuk UMNO mencuba ahlinya yang pernah digantung kerana kesalahan Politik Wang senang kata rasuah, kerana mungkin sebahagian kita memandang Politik Wang kesalahan kecil...

" ...Kenyataan Mahathir itu dah tentulah ada kaitannya dengan ura-ura menamakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang pernah disabitkan oleh parti dengan politik wang sebagai calon. Seperti biasa, ada pendapat yang berbelah bagi dalam hal ini.

Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang awal-awal lagi tampil mempertahankan keputusan UMNO Bahagian itu menamakan Isa sebagai calon pilihan mereka. Beberapa pemimpin di peringkat pusat, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Noh Omar pula berpendapat, calon yang bersih sahaja tidak cukup untuk menjamin kemenangan kerana apa yang lebih penting ialah kepimpinan dan penerimaan masyarakat setempat.

Lain pula halnya dengan seorang lagi Ahli MT, Datuk Saifuddin Abdullah yang senada dengan Mahathir. Kata Saifuddin, langkah memilih calon yang bersih akan membuktikan UMNO serius membina imej baru yang lebih berintegriti.

Tapi dalam banyak-banyak, pendapat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mungkin paling menarik untuk diperhatikan. Kata Ahmad, seorang pemimpin yang pernah bersalah akibat politik wang masih boleh diberikan peluang jika benar-benar insaf di atas perbuatan tersebut di samping telah menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.

Dalam konteks jangka panjang, pandangan Mahathir dan mereka yang senada dengannya memang perlu dijadikan sandaran. Tapi dalam soal kerusi Bagan Pinang, kepentingan jangka pendek harus diseiringkan.

Sebab itu calon yang diletakkan mestilah menepati kemahuan setempat dan calon itu, sekiranya terpilih harus memastikan dia menjadi manusia yang baik, suci dan bersih. Soal dia pernah melakukan kesalahan adalah perkara yang lain.

Seperti kata Ahmad Maslan, yang penting ialah dia menginsafi kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi serta mempamerkan taat setia kepada parti.

Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu..... " cpoyright from UMNO Bagan Pinang

Kita mesti meneliti terlebih dahulu personaliti calon sebelum mengangkatnya sebagai pemimpin. Perkara silam mungkin memberi pengajaran kepadanya untuk berubah kepada yang lebih baik. Walaubagaimana pun kesan ataupun kisahnya tetap menjadi rekod buruk seseorang sepanjang pentadbirannya. Kita perlu pandang bukan dari kacamata ahli UMNO sahaja. Seperti seorang banduan yang sudah pun keluar penjara. Statusnya tetap sebagai banduan dan ianya tetap menjadi penyebab masyarakat menolaknya walaupun segelintir sahaja...

Begitu juga seorang pelajar yang dibuang kolej. Kolej mana yang sanggup menerimanya walaupun surat rayuan dibuat beratus-ratus kali. Ini kerana pihak pentadbiran kolej tidak berani menanggung risiko lagi. (tapi kolej swasta senang je)

Begitulah boleh saya andaikan dengan calon kita yang baru ni. UMNO perlu lebih serius dalam membuktikan yang mereka ingin bebas daripada Politik Wang. Soal taubat atau belum itu bukanlah perkara yang penting sekarang. Tetapi dimanakan wakil UMNO yang lain yang bebas daripada gejala sumbang ini...

Sekarang bukanlah masanya untuk membuktikan Isa sudah bertaubat daripada kesalahan dahulu kerana bebanan tugas yang bakal dipikulnya nanti jika bergelar wakil rakyat sangat lah besar dan mencabar. Seperti seorang ahli sukan yang cedera ketika berlatih, dan apabila sihat terus dihantar pergi bertanding tanpa sempat menamatkan latihannya. Kemungkinan besar kecederaan yang lebih parah dihadapinya. Mungkin kesalahan yang lebih besar akan dilakukannya.

Walaubagaimana, sama-sama kita doa semoga Allah menempatkan pemimpin yang terbaik yang akan menyinari jiwa-jiwa manusia dengan sinaran Islam di Bagan Pinang.

wallahu'alam...

..::1st Kiriman::..

SESUCI KAIN PUTIH

Hello, Mirna. Dah ciap ke belum solatnya? Along dah di luar ni. Setelah mendapat jawapan, segera dimatikan telefon bimbitnya. Dilihatnya wanita yang sungguh ayu datang ke arahnya, lengkap menutup aurat, sejuk di hati tatkala melihat. Maaf along, Mirna lambat. Orang perempuan biasalah. Mirna tersenyum harap tidak dimarahi. Zakuan membalas senyuman manis adik kesayangannya itu dan mereka terus menuju ke arah kereta proton Waja untuk pulang ke rumah.

Along, tak hendak carikan kakak untuk Mirna dengan abang Hazlan ke? Timbul lagi perbualan yang tidak digemari Zakuan itu. Macam manalah nikmat ada kakak dalam rumah kita tu? Bijak sungguh mirna ingin mengenakan abangnya yang seorang ini. Mirna dah ada along, abang Hazlan, umi, dengan abah. Tak cukup lagi ke? Dilayan juga adiknya itu. Memanglah along, tapi Mirna kasihankan Along je. Kawan-kawan along sudah ramai yang berkahwin dah dapat anak pun. Zakuan hanya mendiamkan diri dan tenggelam dalam dilemanya.

Abang janji, abang akan sayang Zira selamanya. Sambil memeluk dengan galak wanita tersebut. Sekalian alam seperti tidak menghiraukan pasangan yang sedang lalai berada dalam keseronokan duniawi itu. Keasyikan nafsu dan hadirnya syaitan amat melalaikan dua insan ini. Zakuan tidak sedar apa yang terjadi salah atau benar. Dia cuma tahu Azira tetap akan menjadi miliknya suatu masa nanti.

Along! Oh, along? Ahmad Zakuan bin Ahmad Rahim!!! Tersentak dari lamunan yang memeritkan jiwa Zakuan itu. Ha! Jangan sampai terbabas pula along termenung tu. Mirna tak mahu padam lagi. Waja ini pun tak mahu rosak lagi. Petah sahaja adiknya berkata. Zakuan hanya tersenyum dan meneruskan pemanduan yang sudah hampir dengan rumahnya.

Sesampai di rumah, mereka telah disediakan makan malam oleh umi tersayang. Bau makanan yang menusuk tajam hidung mancung dua beradik itu, menunjukkan masakan ibu tersayanglah yang paling lazat. Umi, tolong carikan Mirna dengan Hazlan kakak ipar. Tiba-tiba Zakuan deras berbicara tentang perkara yang sering dilarikannya. Sudah tujuh tahun dia mencari semula ketenangan yang telah dia sendiri hancurkan dahulu. Dia cuba untuk membersihkan hatinya, jikalau boleh dibersihkan seperti hati Rasulullah dengan air Zamzam, itulah yang amat diingininya. Agar tiada lagi dosa noda yang telah dilakukannya suatu ketika dahulu.

Zira minta maaf abang. Zira sayangkan abang. Zira janji tak buat lagi. Zakuan tidak pasti adakah itu air mata asli atau hanya alat untuk mengumpan dirinya memaafkan wanita yang menikam jiwanya, bukanlah dengan pisau namun bagai ditikam dengan tombak. Melihat kekasih tercinta berpelukan dengan lelaki lain, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima Zakuan. Luluh sungguh hatinya, hancur bagai kapal karam di lautan. Mungkin dia tidak arif dengan wanita. Tetapi, firasat hatinya mengatakan agar membiarkan Azira. Lupakan Azira. Empat tahun menyulam cinta yang hadir, namun semuanya dusta.

Semua di meja makan tergamam. Betul ke ni along? Tanya umi. Betul umi. Alhamdulillah. Seru mirna sambil meminta abah dan Hazlan mengucapkannya sekali. Biar Mirna bubuh nasi untuk Along. Tersenyum gembira adik manjanya itu.

Bukan harta, pangkat atau kecantikan yang dipinta. Namun agama yang suci menjadi pilihan. Dah lama umi berkenan dengan Syafnie, tapi Along tak mahu. Sekarang kan Along dah mahu umi. Sambil mengenggan erat tangan Syafnie yang sah bergelar isterinya. Zakuan mengharapkan kisah lamanya diampunkan Allah, moga cinta yang dibina ikhlas kerana-Nya dirahmati dan kekal hingga ke ahirat kelak. Kini, Syafnie ialah kain putih yang suci perlu dijagai dengan penuh teliti. Ya Allah, Kau Maha Pemurah, Kau Maha Pengampun. Aku bersyukur...

Ditulis oleh seorang temanku dalam usaha menyiapkan assignment beliau. Terima kasih kerana sudi menyumbang di laman ini(sebenarnya diminta dan didesak untuk menghantar cerpen ni).. hehe... kita menunggu karya seterusnya dari beliau... huhu..

copyright@cikgumelayu

Thursday, September 24, 2009

Bingkisan cerita

5 September yang lepas saya post kan cerita saya dan kawan2 ke KLIA menghantar pejuang muda dari Pahang untuk menimba ilmu di Jordan... hari ni sudah masuk 25 september... sudah 20 hari tidak berusik post blog ini... kononnya terlalu sibuk la...

Ramadan dah pun berakhir.... Raye pun dah kire abis lah ni.. kini saya berada kembali di bumi gersang Nilai untuk menyambung perjuangan menuntut ilmu... eh. sedikit pengkhususan... balik ni nak amek exam je... dah abis lah belajar tuk sem ni....

Banyak juga peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan dan Syawal baru ni... nak tulis cam letih je... esok nak exam nahu... tak study lagi.. mane sempat je la kita berkongsi...

Alhamdulillah kami diberikan cuti lebih awal berbanding IPT lain.. hehe.. sempat la dalam 5 atau 6 kali berterawikh di kampung... boleh juga buat persiapan raye lebih awal...

Selamat Hari Raye...

Rayenye plak saya macam biasa.. rutin yang dilakukan sudah lebih kurang 13 tahun.... berjalan raya dengan kawan2 kampung.. dari dulu sampai sekarang kawan same je... kire macam aktiviti wajib setiap tahun...

Tapi sedikit peristiwa sedihnya berlaku di hari kedua aidilfitri... didapati motorsikal ku rosak.. :( nampak gayanya segala perancangan yang dibuat lebih kurang 2 bulan lepas terbatal macam tu je... hari yang sangat menyedihkan, saya cume duduk terperap di rumah.. tak jejak tanah pun hari tu.. hehe... kesedihan yang melampau la pule...

Alhamdulillah nasib baik ada orang yang sudi memberi semangat hari raye semule.. wah!! (hari raye pun nak down..) tapi saya je kot yang tau kesedihannya... (dengan sorang lagi budak tu.. hehe)

Tapi kalau nak dibandingkan dengan kisah sahabat saya ni lagi la menyayat hati... sedang saya melayari internet ( biasa la, nak merajuk ngan moto duk bilik je la)... saya di buzz oleh sahabat saya ni melalui ym... hehe.. memang la buzz pakai ym.. tu pun nak cite... katenye hari raye ni die cume terlantar di rumah sebab eksident moto.. mulanya saya ingat cedera ringan je... petang sikit saya pun membuat panggilan kepada pesakit kehormat itu untuk bertanyekan khabar...

Sempat bercakap sedikit dengannya kerana kecedaraan dibahagian muka membuatkan si Imran ni tak leh bercakap sangat.. di tambah pula dengan ket ketiadaan gigi hadapannya yang patah.... teruk jugak la kecederaan yang dialaminya... bertambah sedih plak tak dapat ziarah.. down balik diri ini..

Mujurlah ada sahabat di jerantut yang melawatnya membuatkan hati saya sedikit lega.... tak pe.. nanti tugu lawatan kehormat dari kami lepas exam ni pulak... hehe...

ni je nak cite sebenarnya..nak cite yang raye taun ni sedih sikit sebab tak dapat bergerak merentasi daerah di Pahang ni.. tak dapat nak melawat sahabat yang sakit dan tak dapat juga nak memenuhi janji nak ke rumah orang tu... :) mintak maaf ye... syafahullah..

Doakan kami berjaya exam ni... k.. nak study plak... wassalam..

Saturday, September 5, 2009

Flight Ke Jordan..

Satu perjalanan yang dirancang saat-saat akhir alhamdulillah Allah permudahkan.. walaupun terpaksa terkejar-kejar pulang sebab dua orang sahabat saya terpaksa menduduki satu peperiksaan yang sangat penting dalam hidup mereka....

Inilah sedikit gambaran apa yang berlaku di pagi ahad 16 Ramadan... Saya bersama 3 lagi sahabat mencukupkan jumlah kami 4 orang pergi ke KLIA untuk bertemu dengan sahabat kami yang akan terbang ke Jordan.. sedikit terkilan sebenarnya kerana tidak diberitahu pemergian mereka daripada mulut mereka sendiri. Sampaikan beberapa orang sudah pun terbang tanpa diberitakan kepada kami... :(

Tapi yang lepas biarkan lepas, yang akan datang kami takkan biarkan begitu sahaja.. huhu...

Kali ni saya pergi untuk menghantar sahabatku bernama Syaukani dan Syukran.. 2 makhluk daripada Pahang. Walaupun tak dapat nak hantar sampai diorang check in cukuplah sekadar bertemu sebentar moga-moga menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang menuntut Ilmu di bumi Jordan itu..

Saya lampirkan beberapa Gambar di pertemuan kami sebentar tadi..

Dari kiri, Yusron, Firdaus, Syaukani, Hadi, dan Syahir

Manusia yang bernama Syaukani ni saya kenali sewaktu mengaji di Daru Quran suatu ketika dahulu. Bertambah erat bila mengetahui yang dia ni dari Pahang. Maklumlah, orang Pahang bukan ramai sangat pun kat DQ ni.. Tambah baik lagi bila sama2 menyertai beberapa program di DQ dulu, menjadikan perangai pun lebih kurang sama la.. Tapi mungkin saya kelihatan matang sikit kot.. hehe :P

Dari kiri Firdaus, Aizzat, Syukran, dan Hadi....(Syahir amek gambar..:P)

Yang ni satu lagi makhluk yang kami hantar... Si Syukran ni saya dah kenal sejak masuk ke SMKA TAHAP.. waktu form 1 dah kenal ngan die... memang genius pun, tapi pelik.. hehe... masuk pulak DQ saya menumpang di Biliknya 1 sem.... jadinya tau2 je lah perangai pelilknya mungkin berjangkit sikit kot....

Ha.. nampak di tangan Hadi dan Firdaus terdapat kertas. Tu lah nota kerana jap lagi (balik dari KLIA) mereka ada kuis... goodluck for them..!!!

Walaupun berada di KLIA, tapi ini bukanlah penghalang untuk mereka study... perkara yang perlu di contohi oleh seluruh pelajar.. :P

Dalam kekalutan di KLIA, tiba2 dengan keizinan Allah kami bertemu dengan seorang adik kami yang baru pulang dari Mesir. Alhamdulillah, rase rindu jugak la... ha sape... tu la si Arislan, adik persijilan gen 9 DQ-UIAM... die pun gembira sebab secara kebetulan dapat bertemu dengan Naqibnya tersayang si Syaukani... Amek gambar die tapi gambar jadi blurr plak...

Akhirnya Harapan peribadi saya semoga sahabat2 yang menyambungkan pelajarannya ke luar negara dapat buat yang terbaik untuk berbakti kepada Islam. Janganlah di hancurkan harapan umat Islam yang mengharap sesuatu yang sangat besar daripada kalian. Pemergian kalian diiringi dengan doa daripada kami di Malaysia ini.. semoga berjumpa lagi dalam keadaan yanng baik...

SeLamat BeRjuanG..!!

From, http//:ninjasufi.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2009

Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biar pun perit sedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pon tk berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kita akan bersua

Sila klik untuk muat turun : Wahai Kekasih

Rase tenang je rase dengar lagu ni.... Perlu kenal dan tahu siapa sebenarnya yang layak bertahta di hati ini... Teringat saya pada satu hadith Nabi SAW yang menerangkan bahawa orang yang perlu kita sayang selepas Allah dan Rasul ialah Ibu.. Ibu.. dan Ibu...

Fakusnya pada kali ini hanya cinta kepada Rasul kita Nabi Muhammad SAW....

HAyatilah lagu ni.. moga dapat menambahkan rase cinta dan sayang pada baginda SAW untuk kita mendapat syafaat di akhirat kelak

SeLaMat BeRhiBuR~