Pages

Labels

Showing posts with label Jalan Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Jalan Dakwah. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Saat Kamu FUTUR

Kenapa payah sangat nak tinggalkan dosa..??

Perkara yang saya selalu sangat fikir dari dulu lagi... setiap kali nak tinggalkan dosa ada sahaja yang menghalang...

Bila diberi semangat untuk berubah, tapi semangat tu ada sekejap je.. lepas tu hilang... saya teringat lagi kata-kata seorang senior sewaktu dalam usrah... semangat yang kita ada cuma bertahan paling kuat pun seminggu untuk orang yang kuat...apa lagi golongan yang lemah pula... jadi kite sentiasa cari semangat tu...

Teringat pula saya pada pesanan ustaz saya waktu di Darul Quran dahulu... "Kamu kene bersedia untuk menghadapi waktu yang yang mana kamu futur.." saya pun tertanya2 dalam diri apa itu futur..?? ustaz sambung lagi, futur adalah salah satu penyakit yang dihadapi oleh umat akhir zaman iaitu lemah semangat...

Maksud ustaz saya tu, setiap orang akan futur.. tidak kira betapa hebat mana sekali pun tetap akan jatuh juga.. tapi bagaimana seseorang itu menghadapi saat mereka futur??

Salah satu fungsi al-Quran di turunkan adalah untuk menjadi motivasi kepada umat manusia... bagaimana dalam al-quran menceritakan ganjaran bagi mereka yang bersabar, ikhlas, berjuang di jalan Allah dan sebagainya... Al-Quran juga mencerikan kisah para nabi yang terdahulu untuk kita teladani dan inilah menjadi penaik semangat kita...

Dalam surah az-zariat Allah berfirman, " Berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman"

Oleh itu mendengar peringatan sebenarnya ubat kepada penyakit ini...

Futur termasuk dalam senarai penyakit hati yang hanya boleh diubati dengan panduan daripada Al-Quran...

Antara faktor terjadinya masalah ini pula ialah:

1. Cintakan dunia. Seseorang yang cintakan harta, pangkat, dan kenamaan biasanya akan menjadi lemah semangat setelah apa yang diinginkan itu tidak dapat dikecapi. Akhirnya mereka menyendiri dan membuat perkerjaan dengan ala kadar sahaja. Mujahadah dan iltizam mereka hilang kerana apa yang mereka impikan tidak berjaya...

2. Sindiran yang melemahkan. Saya teringat ketika mana saya berjumpa dengan counselor. Beliau menceritkan bahawa budaya yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini ialah budaya saling menjatuhkan. Berbeza dengan barat. Di sana mereka sering memberi kata-kata perangsang terutamanya dalam keluarga. Seawal pagi mereka berkata, " hai mum, you look nice today" tapi dalam masyarakat kita bukan puji malah mengkeji... soal perli juga ada ditegah dalam Islam. Dalam satu hadis yang saya tak berapa ingat maksudnya.... Rasulullah melarang untuk perli kepada seseorang yang ingin berubah..

3. Jauh dengan hidayah Allah (al-Quran). Ramai orang meninggalkan bacaan al-Quran pada hari ini.. sudah lah tidak mahu di baca quran itu.. 'di pijak' lagi quran itu.. kita sibuk memarahi kumpulan yang pijak al-Quran. Tetapi perbuatan kita yang memerangi orang yang ingin menegakkan hukum dalam al-quran sama sahaja dengan memijak al-Quran... (khas untuk mereka)

Bagi pembaca sekalian... hari ini mungkin kita tenang, tapi suatu hari nanti mungkin Allah tarik keseronokkan beribadah menjadi keseronokan berhibur pula.. oleh itu persiapkan diri menghadapi saat futur..

Friday, June 12, 2009

Bicara Hati Kotor : Lidah sebut 'A' Hati kata 'B'

"Eh Mat!!! bangun cepat.. hari ni ko kan kene bagi kuliah subuh kat surau tuk budak 1st year yang baru masuk... cepat lah...." kejut Amal rakan serumah Mat..

"eh aku tak sedia sangat ni... semalam tak sempat nak sediakan bahan ceramah... classmate ajak main futsal la.. hang tak leh ganti aku ke..?? tolong la...." Rayu Mat meminta Amal menggantikannya untuk kuliah subuh.

Jam ketika itu sudah pukul 5.30m pagi... tak lama lagi azan subuh akan berkumandang... tapi, siapa yang akan pergi untuk menyampaikan kuliah subuh ni..

"Apa pulak, aku urusetia bahagian makanan la... tak pasal pulak bagi kuliah subuh.. kau goreng je la pape yang patut.. janji diorang boleh dengar. Ha, nanti pengaruh kau kuat sikit.. mesti adik2 1st year respek kat 'Abang Mat' ni..." Amal cube mempengaruhi Mat supaya dirinya tidak perlu menggantikan Mat untuk menyampaikan solat kuliah subuh.

"Hm... ye lah.. aku pegi je lah.... goreng je lah pape yang terlintas dalam kepala aku ni..." Mat menjawap sambil mencapai tuala untuk bersiap ke surau.

Sampai di surau, Mat dengan berpakaian jubah putih dan berserban di kepala duduk dihadapan pelajar baru untuk menyampaikan sedikit tazkirah kerana tugasnya dalam program ta'ruf sebagai unit disiplin dan ibadah. Tazkirah Mat pada pagi tersebut mengisahkan tentang niat..

"Adik-adik sekalian, perkara penting dalam hidup kita ialah ikhlas. Setiap pekerjaan kita hendaklah ikhlas kepada Allah. Kalau kita melakukan perkara untuk meraih pandangan orang ataupun harta maka segala peri laku kita hanyalah sia-sia....."

Begitulah sedikit sebanyak isi yang disampaikan oleh Mat kepada adik-adik 1st year.... Mat juga menasihatkan adik-adik supaya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tambah Mat lagi, perkara pokok dalam menentukan kejayaan seseorang ialah solat. Bila mana solat diabaikan maka terabailah segala ibadah yang lain. Maka jadilah kita orang yang terkenal di dunia tetapi tercela di akhirat kerana meringan-ringankan solat...

Setelah selesai kuliah Mat, Mat bersalam-salaman dengan adik-adik dan terus pulang ke rumah sewanya. Sampai ke rumah Mat mengejutkan Amal yang sedang tidur...

"Amal..!!! bangun.. tugas aku dah siap... kau pulak.. kan ko kene sediakan makanan untuk penceramah kejap lagi... cepat lah... nanti malu plak kita lambat camni.."

"Ye la... aku bangun lah..." Jawal Amal sambil menggaru pipinya...

"Ha camne kuliah kau tadi..? ok tak..?" tanya Amal kepada Mat.

"Boleh lah... ade gak modal yang terkeluar dalam kepala aku..." Cerita Mat kepada Amal.

"Apa yang kau goreng tadi.. hehe" Amat bertanya sambil tersenyum.

"Hehe.. cam bese lah.. modal turun kemurun untuk budak baru.. cite niat.... pastu aku cite sikit pasal solat... hehe.... cite sikit-sikit jelah.. copy ayat ustaz je..." tersengih-sengih Mat menjawap tanpa rasa bersalah dengan tindakannya itu.

"Hm... bagus lah nasihat tu... tapi kita kene ingat juga yang setiap yang kita katakan tu nanti akan disoalkan.. kalau kita tak usahakan bersungguh untuk lakukan apa yang kita katakan, berdosa tu... ilmu bukan untuk kita dagangkan kepada orang saje, yang penting untuk kita amalkan. kene ingat tu..." Amal membebel panjang...

"Ye lah.. tu aku tau... terima kasih lah... yang penting sekarang aku nak tidur.. nanti slot disiplin aku pegi sana ye.. kau tolong call aku ye..." Mat terus merebahkan badannya ke atas tilam, Amal yang sedang bersiap tidak dihiraukan....

************************************************

Habis cerita... cerita diatas diambil moga-moga menjadi pengajaran buat sahabat sekalian. Kita membicara tentang 'mendidik' atau perkataan popularnya tarbiah. Tetapi tidak memberi ruang untuk diri kita yang serba dhaif ini menerima tarbiah.

Teringat saya kata-kata ulama' menyebut hati yang mati tidak mampu untuk menghidupkan hati-hati mati yang lain. Tarbiah ataupun dakwah memerlukan HATI sebagai aset utama. Tanpa hati, segala gerak kerja akan menemui dengan kegagalan. Itulah hakikat perjuangan. Allah mengurniakan kekuatan hati yang dahsyat kepada Nabi SAW sehinggakan Baginda berjaya untuk membawa risalah Islam keseluruh dunia.

Bukanlah Islam itu tersebar kerana kepetahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat dalam berpidato. Tetapi hanya kerana hati yang suci murni bebas daripada sebarang penyakit maksiat.

Cerita di atas tadi cuba untuk menggambarkan kepada kita tentang situasi hari ini yang mana bentuk pendidikan hanya sekadar melepaskan tannggungjawab, mencari pendapatan, pangkat dan pengaruh dan pelbagai bentuk keduniaan yang lain.

Saya kira jika setiap institusi mempunyai urusetia yang sebegini rupa maka institusi2 di Malaysia tidak lama akan melahirkan cendiakawan yang kosong hati mereka tanpa di penuhi dengan sinar iman....

wahai pemuda.. bangkitlah daripada angan-angan bodoh kalian....:)

Saturday, May 30, 2009

Bicara Hati Kotor >vol:1<

“…Ketahuilah dalam jasad ada seketul daging, bila baik daging itu maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhan jasad itu. Ketahuilah daging itu adalah Hati.”

Hadis di atas begitu popular dikalangan kita semua yang suka menghadiri majlis ilmu.. sejauh mana kita semua menghayati hadis tersebut.. dalam kajian sains mari kita lihat bagaimana setitik nila mampu untuk mewarnai sebekas susu (bukan kajian sains sangat pun). Sebab itu ada pepatah melayu yang mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Tapi…. Apa kaitan dengan hadis diatas…

Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Seorang manusia yang hatinya mati maka secara hakikatnya tiada lagi kehidupan baginya. Tetapi bagi seseorang yang hidup hatinya dengan mengingati Allah, maka mereka adalah orang yang sebenarnya hidup sabda Nabi SAW:

“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”

Seperti Sabda Nabi SAW diawal tadi, hati mencerminkan akhlak seseorang. Bilamana seseorang itu mempunyai hati yang bersih maka ianya akan dipancarkan melalui tingkah laku seseorang itu..

Penekanan dalam entri kali ini ialah bagaimana hati yang telah dicemar dengan perkara yang maksiat dapat memberi sinar kepada hati-hati yang lain… seperti seorang penagih dadah memberi kata-kata semangat kepada perokok. Begitulah juga umpamanya seorang yang berhati busuk mana mungkin dapat memberi kesan yang mendalam dalam hati yang lain..

Teringat saya suatu kisah seorang anak dan ayahnya…. Si ayah adalah seorang yang alim, sering saja memberi ceramah di masjid. Ceramahnya cukup memberi kesan kepada pendengar. Sehinggakan ada yang mengalirkan air mata. Tetapi pada pendapat anaknya cermah ayahnya tidak begitu memuaskan kerana nada yang disampaikan ayahnya bersahaja. Suatu hari ayahnya ada urusan di tempat lain yang membuatkan anaknya terpaksa menggantikan tempatnya. Maka anaknya mengambil peluang untuk menunjukkan cara berceramah lebih baik kepada hadirin..

Jadi bersiaplah si anak untuk menyampaikan ceramah… Sewaktu berceramah si anak menyampaikannya dengan penuh bersemangat. Ceramahnya disi dengan dalil daripada al-Quran, Hadis, kata-kata ulama. Tetapi kesan dan reaksi daripada hadirin tidaklah seperti ceramah yang disampaikan oleh si ayah. Kesan yang diterima hadirin daripada ceramah si ayah lebih menyentuh hati walaupun tidak banyak dalil yang dibawa ketika berceramah.

Maka sedarlah si anak bahawa kata-kata yang diucapkan daripada hati akan masuk terus ke hati yang lain. Dan kata hati itu mestilah daripada hati yang suci, ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Kebolehan bercakap bukanlah pakej lengkap untuk menarik jiwa-jiwa manusia kepada Allah. Tetapi mesti dibersihkan hati daripada sebarang noda dan dosa..

Dalam satu hadis. Ketika Nabi SAW di mi’raj kan ke langit, Baginda berjumpa dengan satu golongan yang kerja mereka hanya memotong lidah mereka dengan menggunakan gunting daripada neraka. Baginda bertanya perihal tersebut kepada jibril. Jawab jibril bahawa golongan tersebut adalah golongan yang cuma pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakan.

Sedikit kesimpulan. Hati yang kotor berbicara suatu yang baik tetapi dirinya sendiri tiada usaha untuk mendapatkan apa yhang dikatakannya...

Bersambung……

Friday, May 29, 2009

.::Pemuda Islam yang Profesional::.

Alhamdulillah berakhir juga Ta’aruf week di CFSIIUM….banyak pengalaman yang dapat dipelajari oleh saya sepanjang program ini. Harap ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat diguna pakai untuk membaiki diri ini insyaAllah….

Selesai Ta’aruf Week…….

Teringat saya wajah adik-adik yang baru mendaftarkan diri di CFSIIUM baru ini. Terpancar diwajah mereka kesungguhan untuk menuntut ilmu dan tidak kurang juga muka-muka yang akan menyumbangkan nama buruk untuk UIAM… harap-harap firasat saya itu silap.

kumpul pelajar di depan Mahallah Abu Bakar

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tugas saya adalah untuk menjaga pelajar baru yang duduk di mahallah Abu Bakar. Rata-rata pelajar disana adalah daripada jurusan engine, sains kesihatan, AED, Farmasi dan ada juga Ekonomi. Pada saya, mereka bukan saja memikul tanggungjawap untuk belajar mengikut jurusan masing-masing, tetapi juga terpikul di bahu mereka beban untuk menaikkan kembali kegemilangan Islam…

Tapi kenapa mereka…?? bukan pelajar jurusan agama…

Dalam situasi sekarang yang mana golongan agama sering dilaga-lagakan. Ulama' menjadi seperti bahan boneka. Golongan agama tiada nilai lagi sekarang sehingga ada yang sanggup menghalalkan perkara yang telah nyata haram dalam Islam. Malah tidak ketinggalan juga ada golongan cerdik pandai agama yang menghina hukum hakam dalam agama Islam sendiri. Semata-mata ingin menjaga pendapatan hidup mereka… Jadi apa yang berlaku kepada golongan agama. Mereka semua dipandang jelek oleh masyarakat…

Golongan agama juga pada hari ini dikatakan terlalu jumud… masyarakat yang buta tidak mahu mendengar walau sepatah pun nasihat mereka. Malah mereka dilabelkan sebagai pendokong golongan sesat dan juga pengganas… hm.. macam mana tu…

Tetapi Alhamdulillah rakyat Malaysia tidak sampai lagi ke taraf yang sangat bodoh. Cuma ramai daripada mereka tertipu dek propaganda yang ingin menyekat kemenangan Islam di Malaysia. Masyarakat hari ini lebih menerima golongan profesional daripada golongan ‘ustaz’…. Oleh itu, sewajarnya golongan yang faham tentang agama berusaha untuk menawan ‘institusi profesional’ ini. Kita boleh lihat sendiri bagaimana seorang penceramah yang berkelulusan tinggi dalam bidang sains mampu untuk berbicara tentang Islam. Tetapi bukan Islam Hadhari la…

Uslub ataupun cara yang dibawanya dapat menarik lebih ramai orang kepada kembali bertuhankan Allah yang esa. Takut akan segala laranganNya… bertambah gerun dihati mereka kepada Allah… dengan cara inilah maka Allah akan mencampakkan rasa gerun dan takut pihak musuh Islam kepada umat Islam….

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”


( Surah Al Anfal : Ayat 60 )

Dalam ayat diatas Saranan Allah untuk umat Islam meyiapkan diri dengan persiapan yang lengkap demi memastikan agama Allah kembali ditinggikan…menguasai bidang sains ataupun sebarang bentuk ilmu lain adalah termasuk dalam strategi kita semua untuk mengangkat kembali martabat Islam yang dipijak-pijak oleh puak yahudi dan juga anak didik mereka.

Tetapi…. dalam kesibukan mengejar ilmu duniawi tersebut jangan diabaikan ilmu agama. Kerana takut nanti jadi seperti mengetuk tin yang kosong….. bunyinye kuat tapi tiada isi… dah ada peluang untuk sebar Islam tapi tak mampu nak sebarkan kerana diri sendiri tak faham… jadilah sepeti satu pertubuhan yang terbesar kat Malaysia hari ini…. Peluang untuk menyebarkan Islam sangat baik…. Tapi tak faham tentang Islam, akhirnya bawak Islam ikut akal fikiran mereka sendiri tanpa pandukan Al-Quran dan Sunnah…

Sunday, May 17, 2009

Pemuda Kita..???

Posting yang terakhir ialah ‘Selamat Hari Guru’… sudah menjadi kebiasaan membiarkan post tersebut dipamerkan kepada umum selama berminggu-minggu… kononnya terlalu sibuk sampai tak de masa nak kemas kini….

Alhamdulillah hari ni Allah beri kesempatan untuk mengusik sedikit di blog ni….

Teringat saya seorang tokoh Islam yang telah membuka Kota Kostantinopel iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, ketika beliau berjaya saje membuka konstatinopel beliau ingin menjadikan gereja yang terbesar disitu sebagai masjid untuk umat Islam beribadat..

Akhirnya penduduk kota tersebut bersetuju. Kemudian kerja-kerja pembersihan gereja itu dilakukan dan arah kiblat ditentukan….. Perkara seterusnya ialah pemilihan imam untuk mengimamkan solat.. hm siapa agaknya…. Sultan Muhammad meminta gurunya, tetapi gurunya menolak… lalu beliau keluar bertemu dengan tenteranya….Beliau bertanyakan tiga soalan:

1.Siapa diantara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu 5 waktu sejak akhil baligh

 diminta duduk…. Maka tiada seorang pun duduk.. kemudian beliau bertanya  lagi..

2. Siapa diantara kamu yang pernah meniggalkan solat sunat rawatib sejak akhil baligh sila duduk… maka hampir separuh tentera Islam itu duduk… kemudian soalan seterusnya..

3. Siapa yang sejak akhil baligh ada meniggalkan solat sunat tahajjud sila duduk… maka kesemua tentera Islam itu  pun duduk….. Cuma ada seorang saja yang berdiri, manusia itu adalah Sultan Muhammad Al-Fateh..

Maka Sultan Muhammad sendiri yang memimpin solat pertama itu…

Sedikit kisah daripada Novel Islam Sultan Muhammad Al-Fateh. Bukan untuk dibaca dan menjadi kebanggaan kita umat Islam sahaja, tetapi untuk kita semua contohi moga-moga kejayaan yang diperoleh oleh beliau dapat juga kita kecapi pada hari ini….

Elemen yang pertama sekarang ialah ketua…. Untuk memastikan Islam pada hari berjaya dijulang dan tidak lagi ditindas oleh orang yahudi kita mesti mempunyai ketua yang bertaqwa… Mari kita kaji ketua di Negara kita sebelum kita pergi ke Negara lain…. Siapa ketua kita..??? semua tahu… itu lah Najib….. walaupun sampai sekarang secara jujurnya penulis masih lagi tidak dapat terima kenyataan bahawa dia ni naik jadi pm….. takpe lah terima hakikat ni buat sementara waktu…. Taqwa tidak boleh dinilai daripada sudut mata kasar.. ulama’ mentafsirkan  definisi taqwa dengan banyak sekali tetapi semua mempunyai maksud yang sama…. Ada yang mengatakan taqwa umpama seseorang yang melalui jalan yang penuh dengan duri.. maka dia akan berjalan dengan berhati-hati tidak memijak duri….

Kita semua tidak tau lah macam mana hati si Najib ni pun… kita semua Cuma boleh menilai daripada sudut luaran sahaja sebagai contoh pergaulan, tanggungjawab terhadap isterinya….. kita boleh nilai sendiri lah… k, tutp cerita pasal pemimpin yang sudah berumur ini….

Fokus utama kali ini ialah jiwa pemuda……. Pemuda ataupun remaja merupakan product yang paling bernilai dimuka bumi ini… kerana merekalah yang akan mencorakkan dunia suatu hari nanti.. kerana itulah fokus utama golongan yang memusuhi Islam ialah pemuda…. Mereka telah cube melalaikan golongan pemuda dengan hiburan dunia yang melampau seperti muzik, seks, elemen keganasan, seram…semuanya adalah untuk menjauhkan golongan ini daripada mentauhidkan Allah…. Percayalah…. 

Andaikata Sultan Muhammad datang bertemu dengan kita pada hari ini wahai pemuda Islam sekalian… dan diajukan soalan kepada kita… siapa yang pernah meniggalkan solat fardhu 5 waktu sejak akhil baligh diminta duduk… sudah pasti majoritinya akan duduk…. Dan terduduk juga Sultan Muhammad kerana kesedihan dan petanda besar bahawa belum sampainya lagi waktu untuk Islam menang….

Kita pergi ke kisah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pula…. cerita yang cukup popular yang mana beliau cume membawa tenteranya yang bangun untuk berqiamullai sahaja untuk pergi berperang menawan baitul maqdis….

Jom sekarang kita bayangkan Salahuddin Ayyubi sudah ada sekarang… yang beliau datang menjenguk kamar kita di sebelah malam.. adakan kita tergolong dalam golongan yang dipilih untuk berjuang ataupun kita golongan rejected…. Hm….

Oleh itu, jangan kita memandang enteng soal ibadah ini kerana terkandung didalamnya barakah, rahmat dan syafaat bagi mengundang pertolongan daripada Allah… sekadar ini sahaja lah post kali ini.. hehe.. wallahu’alam

Friday, May 15, 2009

Kebin 09

Alhamdulillah dengan bantuan daripada Allah akhirnya Kem Bina Insan 2009 yang dianjurkan Unit Bina Insan SMKA TAHAP dengan kerjasama Alumni IPT selamat dilangsungkan....

Kat sini penulis malaslah nak buat laporan secara terperinci, sekadar nak mendokumentasikan sedikit sepanjang kem tersebut berlangsung...


Ni hari pertama program.. waktu tu penulis dan beberapa lagi sahabat daripada UIA baru je sampai.. ni slot riadah.. kalau ikutkan penulis ditaklifkan untuk bahagian riadah.. tapi dalam tentatif sepatutnya waktu tu bukan slot riadah... pening2... tapi program berjalan seperti biasa. Tiada kecacatan berlaku..


Malam harinya pulak selepas selesai Kuliah Dasar ialah masa untuk pembahagian kumpulan.. main jap 'angin tiup angin' ape yang ditiup tanya lah angin..

Ni time riadah pagi pulak.. mulanya muslimin dan muslimat kumpulm sekali di dataran untuk kawad yang diketua oleh Tuan Aiman dan Ustaz Fathi.. Pastu baru lah muslimat masuk ke dalam dewan buat ape ntah la... nak tunjuk gambar malas pulak.. :)

Next ialah LDK..


******************


Banyak lagi la aktiviti yang terdapat dalam kem kali ini.. kalau nak masukkan semua gambar macam letih je... sambung lain kali la... :)

Taklimat urusetia sebelum explorace..


Time explorace.. di check point IQ test..


ni tengah menguraikan simpulan benang..


*********************


Akhirnya.. selepas majlis penutup ialah sessi perpisahan antara peserta dan urus setia.




Doa penutup dan doa wahdah



Fasilitator bersama peserta..


Barisan sebahagian urus seria dan fasilitator yang menjayakan program kali ini..

Akhir kata semoga apa yang kami usahakan ini mendapat keberkatan daripada Allah, dan juga harapan kami supaya matlamat program ini terrcapai... terima kasih kepada yang sudi hadir...

Tuesday, February 17, 2009

JALAN DAKWAH: EPISOD 1

Kewibawaan Sultan Muhammad Al-Fateh

Penulis tertarik dengan entri yang dibuat oleh link sahabat khizanatulasrar.blogspot.com
berkenaan dengan pembukaan kota Konstatinopal oleh Muhammad Al-Fateh. Sedikit sebanyak tentang Kota tersebut.


*Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar
nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah
sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan
menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada
tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia
ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”.
Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini
menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.
Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa
apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine.
Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota
ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan
Khandak. Sabda baginda SAW :
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah da
n
pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama
dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha
berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang
menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin
Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan
kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)*

(**copy right)


*************************

Dengan izin Allah, Sultan Muhammad Al-Fateh telah terpilih sebagai orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut...... beliau berjaya membuka kota tersebut dengan strategi yang memang tidak pernah terfikir oleh orang sebelum ini... subahanallah...



Keperibadian Sultan Al-Fateh telah membawa kepada zaman kegemilangan Islam ketika itu, walaupun ketika itu umur baginda masih muda... Penulis tidaklah berniat untuk menulis sirah tersebut dalam entri kali ini, tetapi untuk peringatan kepada kita bagaimana keperibadian yang perlu ada oleh pendokong-pendokong Islam dalam mencapai misi perjuangan Islam itu.... Adakah cukup sekadar mempunyai seorang dua atau lebih sedikit yang kuat pegangan agamanya untuk mengetuai pasukan tersebut.. Bagaimana pula peribadi ahli-ahli yang lain...... jangan sebab kerana kesilapan ahli-ahlinya telah menghalang kejayaan Islam sehinggalah kehari ini..

Penulis selalu terfikir adakah cukup sekadar semangat dapat mengembalikan kegemilangan Islam? kenapa pula sering diabaikan tentang aqidah dan ibadah sedangkan ianya merupakan tunjang utama dalam perjuangan membawa dakwah Islam... sama-sama kita renungkan dan fikir kembali, apa yang penting kita haruslah mengetahui matlamat sebenar perjuangan Islam ini insyaAllah kita tahu apa yang patut dilakukan sebagai seorang pendokong Islam..
(penulis cadangkan untuk baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh untuk jadikan iktibar kita semua....)

Aslih nafsak wad'u ghairak

"perbaikilah diri kamu, dan ajak yang lain"