Pages

Labels

Friday, May 29, 2009

.::Pemuda Islam yang Profesional::.

Alhamdulillah berakhir juga Ta’aruf week di CFSIIUM….banyak pengalaman yang dapat dipelajari oleh saya sepanjang program ini. Harap ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat diguna pakai untuk membaiki diri ini insyaAllah….

Selesai Ta’aruf Week…….

Teringat saya wajah adik-adik yang baru mendaftarkan diri di CFSIIUM baru ini. Terpancar diwajah mereka kesungguhan untuk menuntut ilmu dan tidak kurang juga muka-muka yang akan menyumbangkan nama buruk untuk UIAM… harap-harap firasat saya itu silap.

kumpul pelajar di depan Mahallah Abu Bakar

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tugas saya adalah untuk menjaga pelajar baru yang duduk di mahallah Abu Bakar. Rata-rata pelajar disana adalah daripada jurusan engine, sains kesihatan, AED, Farmasi dan ada juga Ekonomi. Pada saya, mereka bukan saja memikul tanggungjawap untuk belajar mengikut jurusan masing-masing, tetapi juga terpikul di bahu mereka beban untuk menaikkan kembali kegemilangan Islam…

Tapi kenapa mereka…?? bukan pelajar jurusan agama…

Dalam situasi sekarang yang mana golongan agama sering dilaga-lagakan. Ulama' menjadi seperti bahan boneka. Golongan agama tiada nilai lagi sekarang sehingga ada yang sanggup menghalalkan perkara yang telah nyata haram dalam Islam. Malah tidak ketinggalan juga ada golongan cerdik pandai agama yang menghina hukum hakam dalam agama Islam sendiri. Semata-mata ingin menjaga pendapatan hidup mereka… Jadi apa yang berlaku kepada golongan agama. Mereka semua dipandang jelek oleh masyarakat…

Golongan agama juga pada hari ini dikatakan terlalu jumud… masyarakat yang buta tidak mahu mendengar walau sepatah pun nasihat mereka. Malah mereka dilabelkan sebagai pendokong golongan sesat dan juga pengganas… hm.. macam mana tu…

Tetapi Alhamdulillah rakyat Malaysia tidak sampai lagi ke taraf yang sangat bodoh. Cuma ramai daripada mereka tertipu dek propaganda yang ingin menyekat kemenangan Islam di Malaysia. Masyarakat hari ini lebih menerima golongan profesional daripada golongan ‘ustaz’…. Oleh itu, sewajarnya golongan yang faham tentang agama berusaha untuk menawan ‘institusi profesional’ ini. Kita boleh lihat sendiri bagaimana seorang penceramah yang berkelulusan tinggi dalam bidang sains mampu untuk berbicara tentang Islam. Tetapi bukan Islam Hadhari la…

Uslub ataupun cara yang dibawanya dapat menarik lebih ramai orang kepada kembali bertuhankan Allah yang esa. Takut akan segala laranganNya… bertambah gerun dihati mereka kepada Allah… dengan cara inilah maka Allah akan mencampakkan rasa gerun dan takut pihak musuh Islam kepada umat Islam….

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.


( Surah Al Anfal : Ayat 60 )

Dalam ayat diatas Saranan Allah untuk umat Islam meyiapkan diri dengan persiapan yang lengkap demi memastikan agama Allah kembali ditinggikan…menguasai bidang sains ataupun sebarang bentuk ilmu lain adalah termasuk dalam strategi kita semua untuk mengangkat kembali martabat Islam yang dipijak-pijak oleh puak yahudi dan juga anak didik mereka.

Tetapi…. dalam kesibukan mengejar ilmu duniawi tersebut jangan diabaikan ilmu agama. Kerana takut nanti jadi seperti mengetuk tin yang kosong….. bunyinye kuat tapi tiada isi… dah ada peluang untuk sebar Islam tapi tak mampu nak sebarkan kerana diri sendiri tak faham… jadilah sepeti satu pertubuhan yang terbesar kat Malaysia hari ini…. Peluang untuk menyebarkan Islam sangat baik…. Tapi tak faham tentang Islam, akhirnya bawak Islam ikut akal fikiran mereka sendiri tanpa pandukan Al-Quran dan Sunnah…

2 comments:

Anonymous said...

"rakyat Malaysia tidak sampai lagi ke taraf yang sangat bodoh"

Haha..

taraf apa pulak?

durakhyar said...

salam..
memang banyak pengajaran yang dapat dijadikan ikhtibar dan improveent tuk diri..tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menyelesaikan amanah tuk tawe kali ini.