Pages

Labels

Monday, May 25, 2009

Ta'Aruf WeEk : reGistRatIoN

Pada hari sabtu 23 mei 2009 bermula nya pendaftaran untuk pelajar baru di CFSIIUM… pada hari tersebut Cuma kursus sains sahaja yang membuat pendaftaran kecuali AED. Bagi yang sasteranya pula ialah pada keesokan harinya.

Saya biro RDW bahagian penempatan, jadi saya mengetuai petugas di Mahallah Abu Bakar… mulanya ingatkan boleh berehat jap sebab pagi tu sebab tak de pendaftaran untuk engine… jadi saya pun pergilah membantu sahabat lain di Mahallah Umar 1.. tengah bertugas tiba-tiba ada sahabat bagi tau, cakap ustaz cari petugas di MAB sebab ada student yang masuk ke sana… Jadinya terpaksalah bergegas ke sana… rupanya tahun ni UIA buat pelik sikit.. students daripada kursus sains kesihatan dan farmasi pun ditempatkan di Abu Bakar…

Pagi tu memang letih sangat la memandangkan tangga di MAB bukan seperti Mahallah lain. Tangga disini agak menjunam naik ke atas yang sempit.. kesian tengok penjaga yang tercungap-cungap naik tangga… Tapi sebab nak hantar anak kesayangan mereka tak kisah.. ada juga penjaga yang beberapa kali turun naik tangga nak angkat barang anak mereka… subahanallah.. kalau saya tak sanggup dah naik kalau dah turun.. memang azab sikit tangga tu… Tapi nilah kasih sayang ibu bapa.. mungkin tak dilafazkan rase sayang mereka kepada anak-anak mereka tetapi dizahirkan dengan jelas daripada tindakannya…. Tak tau la kalau anak-anak mereka ‘buta’..

Tapi saya…. Saya bukan penjaga.. tetapi dah jadi petugas kenalah juga turun naik tangga… huh… satu badan waktu tu memang letih sangat… tapi berbekalkan semangat daripada sahabat lain Alhamdulillah ok je…

Pada sebelah paginya saya sempat hantar SMS pada sorang sahabat yang ‘terperangkap’ kat Pahang ini.. saje je minta dia hantar kata-kata semangat kat kitaorang biar tak lari niat dan terus kuat..huhu… die pun hantar le.. huhu.. syurkan2…

Sambung balik cerita tapi… sampai waktu tengahari counter berhenti jap.. argh..!!! letihnya la… rehat jap di bilik sakit, makan2 n solat zuhur….. kene bersedia pulak sebab lepas ni mungkin lagi teruk sebab students engine pulak nak masuk.. dengan bilangan yang lebih kurang 600 orang untuk lelaki sangat menakutkan kami.. huhu…

Seperti yang dijangkakan kemasukkan pelajar engine macam sekumpulan lebah… takutnye lah…. Banyak pula nak menjawap dengan penjaga… Ada penjaga yang bertanyakan tentang akademik kat UIA ni… ad gak tanye tempat2 kat sini, macam mana nak balik, nak ambik bas kat mana.. huh…. Nasib dah biasa menjawab…. Tapi seronok jugak duk sembang ngan pakcik- pakcik n makcik- makcik ni… ada gak anak lecture uia.. huhu… nasib baik tak panggil makcik ke die… tapi die lecture uia Gombak le…

Lagi malangnya di setiap pintu bilik ada ditampal no telefon saya untuk sebarang hal…. Banyak la panggilan saya terima…

“Salam’alaikum.. ni abang Syahir ke… pintu kami tak boleh bukak….”

“assalamu’alaikum abang… petang ni ada apa lagi..”

“Hello.. assalamu’alaikum.. ni Syahir ke… katil anak mak cik ni takde papan la..”

“Assalamu’alaikum… anak pak cik ni sakit nak pegi ke klinik..”

Ha ni la antara panggilan yang saya terima.. banyak lagi…. Huhu.. dalam banyak-banyak panggilan, satu je yang masuk dalam tugas saya.. bawak anak pak cik tu ke klinik…. Yang lain tu terpaksa je la layan diorang… kene minta bantuan dengan mahallah office.

penjaga di klinik

Hampir pukul 7 malam tapi masih ada lagi yang register masuk bilik…. Akhirnya kami tutup kaunter sebab nak sedia untuk di masjid… malam tu nak kumpul pelajar baru untuk sedikit taklimat sebelum mereka dibawa ke venue masing-masing untuk briefing tentang exam nanti…

Malam tu terpaksa gune plan B iaitu kumpulkan student dalam masjid sebab hujan.. kalau tak, nak kumpul di tempat letak kereta diluar…. Alhamdulillah berjalan dengan lancar… kami terpaksa tunggu di dalam masjid sampai lah briefing habis sebab kami nak gune masjid. Habis sume aktiviti pelajar sume masuk tido dan kami pun tido beramai-ramai di bilik sakit dibawah… :)

2 comments:

k u f a i z said...

haha.. abg syahir menjadi tumpuan panggilan ramai

liesa kHaliesa.. said...

salam..

rdw kne ade sifat kebapaan yg tggi..

don worry, all of u do it well..

tahniah~