Pages

Labels

Sunday, May 24, 2009

Ta'Aruf WeEk : iNducTioN

Disaat saya menulis ini Ta’aruf Week di CFS IIUM dah pun masuk hari yang ke 3…. Agak sibuk la bagi petugas-petugas yang telah diamanahkan untuk memastikan Ta’aruf Week kali ni berjalan dengan jayanya… nanti saya cerita lagi pasal Ta’aruf week.. bleh saya mulakan dengan induction untuk Ta’aruf Week ye… J

**************************

Pendaftaran untuk sesiapa yang jadi committee untuk Ta’aru Week bermula pada 17 mei, tapi semangat Ta’aruf week membuatkan saya datang ke CFS IIUM PJ 14 mei lagi da.. duduk di rumah tak tau nak buat apa yang berfaedah, daripada membuang masa lebih baik saya membantu sahabat-sahabat di PJ untuk persiapan menghadapi Ta’aruf Week ni..

waktu riadah di dewan


Tahun lepas Ta’ruf Week dibuat secara berasingan iaitu di PJ dan di Nilai, tapi tahun ini gabung la pulak.. jadi jumlah student untuk Ta’aruf Week kali ini ramai lah.. huh…

Saya dimanahkan untuk menjadi committee biro residential, discipline and welfare(RDW).. bahasa melayunye biro penempatan, disiplin dan kebajikan… mulanya tak tau sangat pun ape tugas biro ni.. Alhamdulillah ramai ahli dalam biro ni saya kenal, sebab ramai daripada CFS Nilai…. Nasib baik gak Head Com untuk biro ni pun saya dah biasa si ‘Umar Abdul Aziz..

Pembentangan daripada biro

Sepatutnya semua petugas daripada Nilai ditempatkan di Mahallah Umar Al-Khattab 2 ataupun telah ditukar namanya kepada Fatimah. Tapi sebab saya dah datang awal jadi saya pun melepak la di Mahallah Abu Bakar bilik 126 sekali dengan member lama… malas nak pindah pulak ke MUK 2 tu…

Ramai jugak kawan-kawan saya yang jadi ccommitte untuk Ta’aruf Week ini… dalam bilik 126 ni boleh kate tempat berkumpulnya committee2…. Hehe.. ramai sangat yang duk lepak sini… dalam bilik ni ada lah sorang yang jadi orang besar dalam program Ta’aruf ni walaupun bertubuh kecil… Anas ditaklifkan untuk menjadi Assistant Programme Manager (APM)… yang lain macam2 biro ada kat dalam bilik ni…. Tapi RDW sorang je… hehe… ha ada gak sorang yang takde jadi pape pun.. keje die untuk wat smart card je… jadi terpaksalah menjadikan beliau orang tak bergaji dibilik ni..

dari kiri... Anas (APM), Hadi n Presiden FSCC si Syahid...

Akhirnya.. persiapan untuk menjayakan Ta’aruf Week pun bermula… sepanjang induction banyak perkara yang perlu dibincangkan… Ta’aruf Week merupakan program CFS yang terbesar.. jadinya untuk menghadapi suatu perkara yang besar mesti memerlukan persiapan yang sempurna. Kalau nak pancing ikan besar jangan gune mata kali yang kecil… begitulah juga persiapan untuk Ta’aruf Week ni.. selain mempersiapkan diri persiapaan yang sempurna, tidak lupa juga kami memohon pertolongan daripada Allah.. Kita ambil iktibar daripada peperangan Badar walaupun tentera Islam ketika itu sedikit tetapi berjaya menewaskan tentera musyrikin dengan adanya pertolongan daripada Allah….

Pada hari khamis malam jumaat telah diadakan solat maghrib secara berjemaah beserta solat hajat dan juga bacaan tahlil di dewan AMF untuk memohon pertolongan daripada Allah bagi memastikan program nanti berjalan lancar… InsyaAllah….

Hari jumaat merupakan final touch untuk kami…. Saya pulak di taklifkan menjadi person in charge (PIC) untuk mahallah Abu Bakar.. hehe pelik juga sepatutnya budak yang duk PJ la yang jadi ketuanya… mungkin mulut yang bising ini ketika meeting telah membuatkan ‘Umar tertarik untuk ambil saya jadi PIC MAB… huhu… layan je la lagi pun dulu saya pernah duduk di MAB selama satu semesta.. jadinya, takde masalah sangat la….

Malam di hari final touch tu kami pun bergeraklah di bilik yang akan diduduki oleh pelajar baru untuk kami menampal petunjuk arah dan nombor telefon kami… J

Malam tu agak letih la juga.. akhirnya siap juga kerja-kerja menampat tersebut lebih kurang pukul 12.30… terus tido untuk Ta’atuf Week esok..!!!

continue......

0 comments: