Pages

Labels

Thursday, March 26, 2009

UMNO Bermuktamar???


Tahun ni first time dalam sejarah terciptanya jasadku ini menyaksikan Majlis Perhimpunan UMNO secara langsung melalui TV.. Pelik jugak, tibe-tibe plak berminat nak tengok. Malam tu, abis je meeting terus pergi ke café nak minum air. Kebetulan siaran tv di café waktu tu menayangkan siaran langsung pengisytiharan jawatan untuk Puteri UMNO, Wanita UMNO dan juga Pemuda UMNO… 3 sayap dalam UMNO.. Siaran langsung dibawakan khas oleh Astro Awani.

Dalam siaran langsung tersebut, bukan saje pengisytiharan jawatan tetapi juga ade forum yang membincangkan berkenaan dengan parti tulang belakang kerajaan itu sekarang. Antara yang membuatkan penulis tertarik sedikit dengan kenyataan daripada ahli panel bahawa dasar perjuangan UMNO ialah memperjuangkan Agama dan Bangsa. Beliau turut menyatakan bahawa UMNO sekarang sudah semakin jauh dengan dasar yang telah ditetapkan…

Tapi, betul ke yang dasar mereka tu dah betul..?? Kalaulah dasar mereka tu betul mengikut syariat Islam, boleh disimpulkan bahawa perlaksanaan terhadap dasar memang telah melencong jauh.. tak pernah betul pun.. itu pun kalau dasar yang UMNO buat betul… Apa matlamat perjuangan..? apa pula cara untuk mencapai matlamat..? adakah semuanya mengikut Islam ataupun menyembunyi sesebahagian hukum yang lain untuk kepentingan UMNO ataupun ssesetengah individu lain… FIKIR le….

Ada banyak lagi yang penulis kurang berpuas hati dengan ulasan yang dibuat oleh ahli panel siaran tersebut. Lebih lagi bila menyentuh aspek agama sebagai contoh menghuraikan maksud ‘warak’ dengan maksud yang salah dan tidak sempurna.. Jadi kalaulah dihuraikan melalui mereka, maka boleh la dikatakan pemimpin UMNNO ni kebanyakannya ‘warak’.. maka boleh pulak penulis menyimpulkan bahawa ramailah orang ‘warak’ di Malaysia ni..

Berbalik semula kepada pengisytiharan pimpinan 3 sayap UMNO.. sewaktu penulis tiba di café, jawatan bagi ketua Wanita telah pun diumumkan.. pemenangnya Dato Sharizat… satu tranformasi yang UMNO ingin laksanakan. Maka beliaulah yang akan merealisasikan harapan ahli UMNO sekalian… UMNO ingin kembali merealisasikan dasar iaitu memperjuangkan Agama dan Bangsa..?? Tapi seolah-olah nilai agama diletakkan tempat yang terakhir dalam perangcangan membaik pulihkan UMNO… teringat penulis tentang satu ciri khusus yang ada pada Islam iaitu ‘Inqilabiah’ bermakna ‘Islam tertegak diatas keruntuhan jahiliah’ boleh dihuraikan bahawa jika ingin menegakkan Islam dalam sesuatu Negara mesti dijatuhkan segala bentuk maksiat termaksudlah pemimpin yang fasik.

Islam sangat mementingkan soal kepimpinan Negara. Dalam sirah jelas menunjukkan ketika Rasulullah wafat, jenazah baginda dibiarkan oleh para sahabat kerana para sahabat lain sibuk berbincang untuk melantik pemimpin baru menggantikan Rasulullah…. Soal pelantikan pemimpin bukanlah perkara main-main, kita akan disoalkan diakhirat mengapa melantik pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin, Nabi Muhammad ada bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu daripada dunia dengan mengambilnya begitu sahaja. Tetapi Allah menarik ilmu daripada dunia dengan mematikan para ulama’ sehingga tiada lagi orang alim lalu mereka melantik orang-orang yang jahil dikalangan mereka menjadi pemimpin. Dan apabila ditanyakan sesuatu fatwa kepadanya, dijawabnya dengan tanpa ilmu. Sungguh mereka sesat bahkan menyesatkan orang lain.”

Ha.. fikirlah sendiri… dah bagi hadith pun… dah tu nak ikut mane lagi..

Ni perkara yang asas yang kepimpinan, belum cerita lagi pasal suasana ketika pengumuman jawatan.. astaghfirullah…. Seinfiniti negative peratus penulis letakkan kepercayaan kepada UMNO kalaulah macam tu… dengan sorakan daripada puteri UMNO tidak dihiraukan lagi tentang aurat suara mereka. Akhlak seorang perempuan muslim bagaimana pula… jika transformasilah yang dicanangkan oleh UMNO, maka belajarlah untuk menerima teguran orang lain tidak kisah daripada pihak mana sekali pun untuk sama-sama berubah… Pemuda.??? Taknak komen beria sangat lah lebih kurang jelah.. cume suara mereka bukan lah aurat..

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan." (ahzab:72)

Rasenya ramai yang dah tau ayat quran diatas cerita pasal apa.. Allah menggambarkan bahawa amanah untuk membawa agama dan mentadbir dunia dengan agama sangatlah susah… Jawatan yang disandang bukanlah untuk kebanggaan dan inginkan namanya menjadi sebutan ramai… tetapi adalah satu bebanan dalam memastikan Dunia ini ditadbirkan dengan aman dan sentosa…

Anda pasti UMNO pilihan anda..???!!

p/s: Kepada ahli UMNO sekalian, jangan panas dengan atikel ini.. kalau panas maka sampai bila-bila hakikat sebenar perjuangan Islam terhalang untuk UMNO…. Wallahu’alam..

Monday, March 23, 2009

Kem Remaja Berdikari

Dalam perjalanan pulang ke Pahang, penulis dapat panggilan daripada akak... Kak long call, tibe je tanye saiz baju.. jawab lah XL.. ingat nak bagi hadiah ke, rupenye nak ajak join program kat kampung.. ni la die Kem Remaja Berdikari anjuran Persatuan Belia Kampung Relong.

Kem Macam ni beselah buat kalau waktu cuti sekolah.. ni lah first time involved dengan belia kat kampung, sebelum ni tak pernah pun... biasalah orang jarang balik kampung... Program ni lebih kurang je lah dengan kem-kem yang pernah si penulis join sebelum ni... tapi kali agak mencabarlah gak sebab yang pertama. berhadapan dengan member sekampung, tak biasa sangat la cakap skema-skema ni kat depan.. kene cakap pahang gak la... lagi, sebab peserta kali ni bukan macam peserta yang sebelum ni... beselah dalam kampung ni macam-macam latar belakang.. biasa pergi program peserta kebanyakan daripada sekolah agama.. tapi tak pe.. pengalaman baru mengambil hati da'ie...

Mula-mula masuk meeting... meeting final touch.. diorang dah rancang semuanye, tak sempat nak cadang pape.. tapi setakat tu ape yang diorang rancang sume bagus... mulanya dilantik jadi urusetia keselamatan.. time meeting tu tukar plak jadi unit kerohanian.. hehe..

Pendaftaran bermula.. peserta yang luar daripada kampung Relong ada gak lah..


Ni barisan urusetia program sewaktu taklimat pengenalan


Peserta menyanyikan lagu tema


Ni salah satu modul khas yang dinamakan "Ikhtiar Hidup" caranya peserta dikehendaki memasak sendiri makanan tengahari mereka.. kalau sedap, sedap lah juadah tengahari mereka... teruk gak la diorang masak hari tu... kesian pulak tengok diorang makan... tak abis pun makan.. haha.. biarkan mereka..

Akhirnya program pun tamat... feedback daripada peserta nampak cam diorang boleh terima la ape yang cube kami sampaikan... dan bagi diri ini pula ianya satu pengalaman yang cukup beerti.. ni jugak la kali pertama mengendalikan beberapa slot... slot pengenalan waktu malam tu (penulis namakan sendiri the power of niat..hehe), slot muhasabah, dan jugak sedikit slot sewaktu majlis penutup.. hehe kite wat program kat orang sebenarnya kite yang patut kene belajar daripadanya...


Gambar kenangan bersama urusetia Kem Remaja Berdikari 2009.. sume ni sebenarnya sedara je..

Akhir kata peluang yang datang jangan dilepaskan... boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.. hehe.

Sunday, March 22, 2009

Jalan Ke TAHAP...

Sudah lama nampaknya blog ni terbengkalai.. ada yang cakap blog ni dah bersawang pun.. tapi bagus gak, kalau dilihat dari sudut yang lain sawang tu boleh jadi hiasan..hehe..

Berakhir lah sudah sem ke dua di uia... Setelah hampir seminggu 'bertapa' akhirnya penulis meninggalkan bumi Nilai untuk menyambung cuti... tapi cuti tinggal lagi seminggu je pun...

Perjalanan balik macam beselah ade peluang... pergi la melencong dulu ke tempat lain.. tiket pada asalnya ke Kuala Lipis ditukar penulis ke Temerloh.. huhu... apalagi, pergi menceroboh sekolah ku yang tercinta itu lah.. SMKA TAHAP..

Sarapan Pagi kat deMa

Sampai di Temerloh hari dah pun lewat malam, jadi terpaksa bermalam ditemerloh dulu..
Keesokan harinya barulah xpdc ku ke Tahap bermula... kali ni bersama adik-adik lepasan SPM 2008. Diorang time tu datang nak amek result... konon-kononnya datang amek result sekali le..

Baru sampai kat TAHAP

Masuk ka sekolah petang sikit la... lepas asar gitu... Sesampai je terus duk kat surau, hu.. letih gak perjalanan ni... tapi tak rase pun, sebab seronok sangat sembang ngan budak-budak ni.. hehe...

Kami berkampung di bilik sakit walaupun kami tak sakit pun.. teringat la pulak waktu sekolah dulu.. bese tengok abang-abang x tahap datang lepak situ, skang kami pulak.... Malam tu geng budak-budak amek result ni ade majlis pengijazahan perubatan Islam.. sume jadi tok Bomoh la ni.. jadi malam tu keseorangan la diri ini..

Tapi.. nasib baik la dijemput untuk join meeting PAI malam tu.. pergi la menyibuk wat bising jap...
Esoknya sebenarnya dah janji dengan sorang sahabat ni nak jumpe Ustazah Norana nak bincang sesuatu, tapi die tak dapat datang.. jadinya sambung je la tido pagi tu...
Dah lama melepak kat bilik sakit tu daripada sihat boleh jadi sakit.. pergi la jalan-jalan jap kat Sekolah jumpe cigku mane sempat...
Akhirnya penuli balik la ke Kuala Lipis lepas solat jumaat.. huhu.. seronoknye la bile datang citu...

Balik rumah ade plak mende menanti hehe.....

Tuesday, March 3, 2009

Perjalanan Balik Kampung..huhu..

Hm….. sambung pulak cerita hari tu…

Rancangan asalnya nak bertolak dari Temerloh pagi ataupun tengahari sikit sebab bas ke Lipis ada sampai kul 6.30 petang je pun daripada Jerantut… tapi pukul 5.30 petang masih lagi ada kat Temerloh .. tanye pak cik yang jaga kaunter bas SE Super, bas ke jerantut pukul 5.30 die kate tak sampai lagi.. mungkin lewat hari ini.. Jadi ambil keputusan tuk naik bas lompat ke Jerantut, tapi kene jalan ke Stesen Bas lama la..:( jauhnye la….

Sampai kat stesen bas tengok jadual alhamdulillah ada lagi bas jerantut, terakhir pukul 6.30 petang… waktu baru pukul 5.40 pergi lah solat asar dulu kat Masjid Abu Bakar tu… Pastu naik bas ke jerantut… memandangkan waktu tu dah lewat, dah takde transport ke Lipis ni… terpaskalah mintak bantuan sahabat ni yang rumah die dekat jerantut je, nasib baik die tengah bercuti…(Lokman) Die ni belajar kat Indonesia bidang perubatan… terpaksalah tumpang rumah die semalam, dah bese dah pun datang rumah die ni.. jadinya takde lah segan sangat..

ni lah Lokman..

Sampai je kat Jerantut hujan lebat sangat… Lokman pun call, tanye dah sampai ke belum… sebab susah sikit kalau die nak g ambik tengah hujan lebat camtu.. tak pe lah.. pegilah cari surau nak solat dulu… surau yang terpilih ialah surau KTM.. huhu.. teringat memori dulu… cadangnya nak tengok-tengok gak kot-kot ada ketapi ke Lipis lagi ke… sebab dah lama tak naik, tak tau dah camne jadualnya.. tengok-tengok tak de… lagi pun dah ad seseorang bagi tau ketapi yang ada pagi ngan petang je… hehe..

Jadi duduklah lepak kat surau tu dulu…. Rehat-rehat sikit, tak lama lepas tu hujan pun berhenti… lokman call sekali lagi suh tunggu die datang jap lagi nak ambik.. hihi… akhirnya sampailah kat rumah Lokman.. start je jumpe macam-macam cerita keluar… die cerita pengalaman die kat Indon situasi die kat sana.. seronok gak dengar cerita die ni… pengalaman menarik tu belajar kat Universiti Kristian, ye lah macam penulis ni belajar kat Universiti Islam… die plak Universiti Kristian memang jauh sangat bezanya… tapi tak pe lah… orang dah kenal die sebagai ‘ustaz’ kat sana, die cakap..so, ok lah.. huhuh…

Cerita lain macam beselah jumpelah berapa kali pun mesti cerita time sekolah dulu gak yang keluar.. cerita projek2 nakal kami nak sekolah dulu.. hehe…sampai ke lewat malam, tapi badan ni tak tahan la lewat sangat… letih berjalan… jadi pegi lah tido…

Esoknya….

Bangun pun dah terlewat.. malas la dah tidur semula sebab cadangnya nak balik awal ke Lipis.. Apalagi sambung sembang la sambil membahagikan cenderamata yang dibeli di Indon, penulis kene bagikan kepada Epul Bah, Kandar ngan Amin Zikri… pastu tibe2 je teringat kat cikgu-cikgu dulu, rase cam nak ziarah diorang je.. tapi sebelum tu hantar mesej dulu nak tanya ada kat rumah ke tak.. mula-mula hantar mesej ke ustaz Din… balas ustaz, die ada kat rumah mak mertua di Pulau Tawar, tak dapatlah nak jumpe…. Hantar lah pulak mesej kat Cikgu Mad.. Rupenye cikgu Mad ada kat Kelantan….huhu… tak pe la.. penulis balas, “cuti lama lagi, insyaAllah nanti datang lagi..:)”…


Cenderamata dari Bandung, Indonesia

Apalagi nak buat ye… nak gi jalan sekolah budak2 ni balik rumah plak.. so, untuk menggantikan program ziarah rumah cikgu kami pun pergi lah menziarahi 2 orang adikku ini di SMK Padang Saujana.. huhu… cadang nak jumpe sekejap je dalam setengah jam, nak bertanye khabar je.. tapi dah jumpe diorang melekat la pulak sampai lebih tiga jam.. huhu.. teruk betul time management…:)


gambar kat SMKPJ, dari kiri Shakir, Lokman, Syafiq Paan, Syahir (Aku la..)

Dah lame melepak je kat sekolah Saujana, bergeraklah nak naik bas ke Lipis… bas ke Llipis kul 3.40 lebih kurang.. ada masa dalam setengah jam lagi sebelum bas bertolak gi la pusing-pusing bandar Jerantut jap.. terjumpe la ngan dua budak form 5 Tahap ni.. bual-bual kejap je… pastu naik lah keatas bas yang buruk ini…. Sampai Lipis terus ke Masjid…. Sempat jap makan kat kedai sambil tunggu bas nak ke Rumah… Abis makan penulis pun naik bas menghala pulang ke Rumah…..

Huhu thanks to Lokman…

Seronoknya sampai rumah…..

Kat kampong takde lah projek best sangat… sebab balik pun sekejap je… tapi sempat lah melaksanakan misi yang dirancang..hehe.. sempat lah jumpe dengan ape yang penulis nak jumpe sekejap… hehe… nak tau..??!!! tengoklah kalau ada mood nanti..

waAllahua’lam….

Sunday, March 1, 2009

Ke Temerloh...

Alhamdulillah selesai solat maghrib baru lah sempat untuk diriku ini menatap laptop buruk ini bagi tujuan update blog yang agak lama’ terbengkalai’. Post yang terakhir ialah peristiwa yang berlaku di Kajang… peristiwa bank in duit dalam bank muamalat yang tersorok.. hehe.

Keesokan harinya pulak seperti biasa hidup selepas pekse ini agak membosankan.. rancangan untuk ke CFS IIUM PJ diteruskan.. kali ni pun berseorangan jugak sebab yang lain terpaksa membuat persediaan bagi menghadapi exam, adapun yang lain ada urusan masing-masing… kiranya plan asal nak pegi buat huru-hara kat PJ la plak, dah lama tak kacau diorang…

Sedang berkemas tiba-tiba dapat panggilan daripada sorang sahabat ni ajak balik Pahang… fikir sejenak… kire boleh lah daripada pergi PJ seseorang takde buat mende, baik balik Pahang… on the spot terus bertolak menaiki kereta kancil tanpa berbekalkan baju spare yang lain, pergi ke stesen bas pekeliling…. Sampai di stesen bas terus beli tiket ke Temerloh dalam perjalanan, seperti perjalanan yang sebelum masa dipenuhi dengan melelapkan mata. Maklum la nak buat aktiviti lain tak boleh kerana menyedari diri ini mudah pening kepala bila menaiki kenderaan…

Sampai di Temerloh abang kepada sahabat ni ambil kami… tertanya-tanya jugak sebab apa nak balik ini… Dalam kereta dengar perbualan antara mereka barulah tahu tujuan nak balik sebab nak ziarah Emak dia yang baru di bedah petang hari tadi…. Patut la Nampak macam tak berapa nak hepi je, ingat tak leh jawap pekse math tadi..:)


Kami terus ke kedai makanan depan hospital… segan jugak lah diriku ini sebab ramai kelurga die ada situ, tapi buat-buat bese je la takkan nak nyorok bawah meja…. Abis makan kami pergi naik ke Hospital Temerloh, nilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Hospital tu… baru je nak naik kene tahan ngan guard.. dia cakap sorang je boleh masuk… Tak pe lah, tunggu kat bawah kejap. Nasib baik ada kawan sekolah tahap dulu kat bawah tengah tunggu mak die.. Boleh la berbual panjang… tak lama lepas tu mak die turun, jadi bergeraklah diri ini ke bilik solat untuk menunaikan solat isyak yang dijamakkan sekali dengan maghrib… abis solat bukak laptop buruk ni kejap tengok apa yang patut… baru je nak edit gambar ini, si sahabat tadi call ajak naik gak..

Jadi berbekalkan keazaman yang kuat dengan bacaan surah yasin ayat ke 9 penulis cuba jugak untuk melepasi pak guard ni(cam poyo je…).. Alhamdulillah lepas, jalan tersenyum sambil mengangkat tangan ke arah pak guard tadi….

Penuis terus menuju ke tingkat 6 wad kelana 7 katil nombor 20. Kelihatan sahabat penulis dan akaknya sedang menemani ibu kesayangan mereka… tak berkata apa-apa cuma yang mampu diucapkan didalam hati “syafahaAllah” dan “semoga Allah memberi kakuatan kepada sahabatku ini..”. Sekejap saje kami duduk kat situ dalam hampir pukul sepuluh kami menuju ke rumah sahabat ni di Jengka 16.. Suasana kat rumah agak kecoh la jugak biasa lah kalau berkumpul macam-macam mende nak cerita…

Bila semua dah masuk tidur barulah start bukak laptop ini.. pada mulanya nak mencuba connect internet gune broadband tapi mungkin laptop ni terlalu ‘canggih’ tak lepas nak connect.. Jadi kami manfaatkan perisian lain yang ada dalam laptop ini sebagai gantinya..

Keesokan harinya…

Selepas solat subuh penulis bersiap-siap nak ikut sekali ke hospital nak hantar makanan untuk emak sahabat ni… tapi rupanya doctor tak benarkan lagi beri apa-apa makanan masuk dalam badan… ingatkan nak duduk lama kat hospital, tak lama lepas tu die ajak balik.. sampai kat rumah baru je duduk atas katil sambil membaca mesej die ajak pergi semula ke hospital… Hospital temerloh jadi macam tempat mainan pulak, ulang alik…. Biasalah keadaan macam ini.. nasib baik temerloh ada Hospital.. kalau ke Kuantan atau Kuala Lumpur.. ataupun Kuala Lipis tak ke susah…

Alhamdulillah hari ini tengok perkembangan kesihatan emak sahabat ini ada peningkatan daripada semalam, tapi agak serius jugak la lagi… nak tegur lebih-lebih ganggu pulak… hadiahkan lah doa jelah mampu moga Allah permudahkan.. Petang sikit lepas solat jumaat ngan makan tengahari kami pulang semula ke jengka… solat jumaat kat Masjid Kampung Paya Luas, dekat je ngan hospital tu… kul 5.30 plak datang semula ke hospital…. Malam pulak balik…

Malam tu cuba sekali lagi internet, guna laptop lain plak.. kali ni bleh la…. Tapi takleh wat ape sangat, sebab slow sikit, sempat bace apa yang patut je..

Esoknya plak….

Kami tak pergi ke hospital siang tu….. lepas je solat subuh kami terus ke kedai depan ngan SMK Jengka 16… Kedai milik sahabat penulis, hari ini kene jaga kedai… duduk je la dalam kedai tu wat pape yang patut walaupun keadaan agak ‘darurat’… abis solat zuhur ngan makan makanan biokot.. hehe… balik kerumah semula, siap-siap nak ke hospital lagi… Kali ni… penulis naik kejap je kat atas tengok camne keadaan emak die dan lepas tu mintak sahabat ni tolong hantar ke bandar temerloh sebab nak balik ke Lipis kejap.. tibe plak rase nak balik.. huhu…

Akhirnya sampailah ke bandar Temerloh… pengembaraan diteruskan lagi.. cerita seterusnya lepas ni ye…

SyafahaAllah kepada emak sahabatku ini dan semoga Allah memberi beliau kekuatan untuk menghadapi hari mendatang nak-nak lagi ada satu lagi paper 3hb ni( tapi die kate dah power da subjek ni.. hehe..)

waAllahua’lam…….