Pages

Labels

Thursday, March 26, 2009

UMNO Bermuktamar???


Tahun ni first time dalam sejarah terciptanya jasadku ini menyaksikan Majlis Perhimpunan UMNO secara langsung melalui TV.. Pelik jugak, tibe-tibe plak berminat nak tengok. Malam tu, abis je meeting terus pergi ke café nak minum air. Kebetulan siaran tv di café waktu tu menayangkan siaran langsung pengisytiharan jawatan untuk Puteri UMNO, Wanita UMNO dan juga Pemuda UMNO… 3 sayap dalam UMNO.. Siaran langsung dibawakan khas oleh Astro Awani.

Dalam siaran langsung tersebut, bukan saje pengisytiharan jawatan tetapi juga ade forum yang membincangkan berkenaan dengan parti tulang belakang kerajaan itu sekarang. Antara yang membuatkan penulis tertarik sedikit dengan kenyataan daripada ahli panel bahawa dasar perjuangan UMNO ialah memperjuangkan Agama dan Bangsa. Beliau turut menyatakan bahawa UMNO sekarang sudah semakin jauh dengan dasar yang telah ditetapkan…

Tapi, betul ke yang dasar mereka tu dah betul..?? Kalaulah dasar mereka tu betul mengikut syariat Islam, boleh disimpulkan bahawa perlaksanaan terhadap dasar memang telah melencong jauh.. tak pernah betul pun.. itu pun kalau dasar yang UMNO buat betul… Apa matlamat perjuangan..? apa pula cara untuk mencapai matlamat..? adakah semuanya mengikut Islam ataupun menyembunyi sesebahagian hukum yang lain untuk kepentingan UMNO ataupun ssesetengah individu lain… FIKIR le….

Ada banyak lagi yang penulis kurang berpuas hati dengan ulasan yang dibuat oleh ahli panel siaran tersebut. Lebih lagi bila menyentuh aspek agama sebagai contoh menghuraikan maksud ‘warak’ dengan maksud yang salah dan tidak sempurna.. Jadi kalaulah dihuraikan melalui mereka, maka boleh la dikatakan pemimpin UMNNO ni kebanyakannya ‘warak’.. maka boleh pulak penulis menyimpulkan bahawa ramailah orang ‘warak’ di Malaysia ni..

Berbalik semula kepada pengisytiharan pimpinan 3 sayap UMNO.. sewaktu penulis tiba di café, jawatan bagi ketua Wanita telah pun diumumkan.. pemenangnya Dato Sharizat… satu tranformasi yang UMNO ingin laksanakan. Maka beliaulah yang akan merealisasikan harapan ahli UMNO sekalian… UMNO ingin kembali merealisasikan dasar iaitu memperjuangkan Agama dan Bangsa..?? Tapi seolah-olah nilai agama diletakkan tempat yang terakhir dalam perangcangan membaik pulihkan UMNO… teringat penulis tentang satu ciri khusus yang ada pada Islam iaitu ‘Inqilabiah’ bermakna ‘Islam tertegak diatas keruntuhan jahiliah’ boleh dihuraikan bahawa jika ingin menegakkan Islam dalam sesuatu Negara mesti dijatuhkan segala bentuk maksiat termaksudlah pemimpin yang fasik.

Islam sangat mementingkan soal kepimpinan Negara. Dalam sirah jelas menunjukkan ketika Rasulullah wafat, jenazah baginda dibiarkan oleh para sahabat kerana para sahabat lain sibuk berbincang untuk melantik pemimpin baru menggantikan Rasulullah…. Soal pelantikan pemimpin bukanlah perkara main-main, kita akan disoalkan diakhirat mengapa melantik pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin, Nabi Muhammad ada bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu daripada dunia dengan mengambilnya begitu sahaja. Tetapi Allah menarik ilmu daripada dunia dengan mematikan para ulama’ sehingga tiada lagi orang alim lalu mereka melantik orang-orang yang jahil dikalangan mereka menjadi pemimpin. Dan apabila ditanyakan sesuatu fatwa kepadanya, dijawabnya dengan tanpa ilmu. Sungguh mereka sesat bahkan menyesatkan orang lain.”

Ha.. fikirlah sendiri… dah bagi hadith pun… dah tu nak ikut mane lagi..

Ni perkara yang asas yang kepimpinan, belum cerita lagi pasal suasana ketika pengumuman jawatan.. astaghfirullah…. Seinfiniti negative peratus penulis letakkan kepercayaan kepada UMNO kalaulah macam tu… dengan sorakan daripada puteri UMNO tidak dihiraukan lagi tentang aurat suara mereka. Akhlak seorang perempuan muslim bagaimana pula… jika transformasilah yang dicanangkan oleh UMNO, maka belajarlah untuk menerima teguran orang lain tidak kisah daripada pihak mana sekali pun untuk sama-sama berubah… Pemuda.??? Taknak komen beria sangat lah lebih kurang jelah.. cume suara mereka bukan lah aurat..

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan." (ahzab:72)

Rasenya ramai yang dah tau ayat quran diatas cerita pasal apa.. Allah menggambarkan bahawa amanah untuk membawa agama dan mentadbir dunia dengan agama sangatlah susah… Jawatan yang disandang bukanlah untuk kebanggaan dan inginkan namanya menjadi sebutan ramai… tetapi adalah satu bebanan dalam memastikan Dunia ini ditadbirkan dengan aman dan sentosa…

Anda pasti UMNO pilihan anda..???!!

p/s: Kepada ahli UMNO sekalian, jangan panas dengan atikel ini.. kalau panas maka sampai bila-bila hakikat sebenar perjuangan Islam terhalang untuk UMNO…. Wallahu’alam..

0 comments: