Pages

Labels

Wednesday, March 30, 2011

Ku Dampa Keampunan

Ku Damba Keampunan

Album: Diari Rindu
Penyanyi: Amar

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku

Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas

Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat

Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku

Download mp3: Klik disini

Terkesan dengan lirik lagu ini... betapa berdosanya diri membelakangkan Allah demi mengejar cita-cita... Tetapi masih lena dibuai mimpi dunia...

Manusia memang ragu-ragu dengan kehebatan Allah... hingga azab Allah berada sejengkal dihadapan baru mereka yakin akan azabnya yang cukup pedih...

Tuesday, March 29, 2011

sahabat kurnian Allah..

Keputusan Pertandingan Bowling Tarbawi
Kumpulan: 3 Usrah (BADAR, MIFTAH, SAFAR)
Pusingan: 2
BADAR
Syafie [R1:93,R2:123]-216
Majdi [R1:105,R2:104]-209
Zaid [R1:114,R2:77]-191
Aizat [R1:126,R2:143]-249
Hafis F/Safy [R1:79,R2:95]-174
Jumlah : 1039
MIFTAH
Hanif [R1:85,R2:81]-166
Izhan [R1:118,R2:94]-212
Hafiz I [R1:118,R2:84]-202
Syahir [R1:144,R2:140]-284
Taufiq [R1:122,R2:139]-261
Akif [R1:104,R2:103]-207
Jumlah : 1332
SAFAR
Anas [R1:115,R2:109]-224
Najmi [R1:96,R2:91]-187
Adham [R1:109,R2:82]-191
Judin [R1:109,R2:89]-198
Nix [R1:96,R2:97]-193
Jumlah : 993
Ranking USRAH:
1- Miftah
2- Badar
3- Safar
Pemain Terbaik:
1- Syahir (284)
2- Taufiq (261)
3- Aizat (249)
[USRAH SAFAR]

[USRAH MIFTAH]

[USRAH BADAR]

Bismillahi wahdah la syarikalah lahulmulk wa lahul hamd... la ilaha illallah...

Keseronokan bercinta disandarkan dengan kecintaan kerana Allah SWT tiada dapat ditandingi dengan sebarang kecintaan kerana dunia. Allah campakkan dalam diri para pencinta keadilan ketenangan dalam perjuangan, sungguhpun diuji dengan sebarang kesempitan, hakikatnya terasa manis dipenghujungnya.... Erti sebenar dalam persahabat... Apalah yang ada pada cinta yang membara tetapi bersifat sementara, seperti ombak melanda pantai, menerpa pantai kemudian pergi...

Awat pasal cinta pulak ni... haha... tazkirah pembuka bicara.. bercinta dan berukhuwahlah kerana Allah bukan perasaan yang dipandu nafsu dan iblis semata... Kalau cinta tidak berasas quran maka tunggu sajalah ianya menikam diri... ^_^

Atas dasar ukhuwah dalam menyusuri gerak kerja dakwah Islam, satu program yang dinamakan Usrah Wada' Boling Tarbawi yang di hadiri oleh 3 usrah Ma'ruf Club iaitu Usrah Miftah, Usrah Safar dan Usrah Badar. Bertempat di Wangsa Walk Mall 3 usrah yang juga turut dihadiri tetamu khas Hafis Firdaus beraksi dengan penuh bersemangat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun terdapat pelbagai serangan peribadi... haha...

Riuh rendah dalam pusat boling seolah-olah disewa khas oleh kami menghidupkan lagi program kali ini. Bermatlamatkan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli usrah disamping melihat realiti kehidupan manusia di luar sana... Pendakwah bukan statik di dalam masjid ataupun bergerak mengunyah kitab2 agama semata, tetapi skill bermain boling juga perlu.. haha...

BERKASIH SAYANGLAH KERANA ALLAH, KERANA SAYANG TANPA ALLAH DI HATI MEMBUNUH PELUANG KE SYURGA~