Pages

Labels

Friday, September 19, 2008

Iftar Lagi...

افطارفي كي ايف سي

(KFC)

Ketika penulis sedang menulis coretan ini, telah habis tempoh fasa kedua Ramadhan seperti mana yang dijanjikan oleh Allah terkandung didalamnya keampunan. Kini bermulalah fasa terakhir ramadhan iaitu disebut dalam hadis Nabi S.A.W. pembebasan daripada azab neraka. Mari kita muhasabah kembali bagaimana Ramadhan kita tahun ini, adakah ianya mempunyai kesan dalam diri kita. Sahabat-sahabat sekalian, Walaupun Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita janganlah kita sia-siakan peluang yang ada kerana setiap detik di bulan Ramadhan memberi seribu satu makna untuk diri kita.

Pada Hari ini sebenarnya penulis berkesempatan untuk makan bersama-sama sahabat CFS yang juga bekas pelajar Darul Quran dahulunya. Bukanlah menjadi perkara

ganjil makan bersama ini, tetapi kali ini majlis ini dibuat agak grant, pelik, dan letih. Kami makan di KFC berhampiran dengan CFS, setelah selesai solat maghrib kami berkumpul

di masjid sebelum menuju ke destinasi tersebut.

Objektif jamuan ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk

mengeratkan lagi ikatan ukhwah dikalangan kami. Kita sering dengar bahawa ukhwah itu adalah suatu perkara yang seni,

ia tidak dapat diukur dengan berapa kali kerap perjumpaan diadakan ataupun sebanyak mana duit dilaburkan

untuk sahabat tercinta semata-mata. Tetapi setiap usaha yang diadakan bagi tujuan tersebut akan dinilai oleh Allah dan semoga Allah makbulkan

hasrat kami insyaAllah…..

Iftar Kelas BI

جلاجه رمضان

Pelbagai aktiviti boleh kita adakan dengan tujuan untuk menghidupkan Ramadhan supaya hadir didalamnya suasana Islam. Salah satu aktiviti yang paling popular ialah Iftar Jam’ie (Berbuka secara berjama’ah). Iftar jam’ie salah satu matlamatnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama muslim. Ukhwah sangat dititik berakkan dalam Islam. Sebelum syariat Islam dikembangkan di Madinah ketika peristiwa hijrah, Rasulullah S.A.W. memupuk rasa kasih sayang sesama muslim dahulu. Ingat lagi kata-kata baginda bila mana menjejakkan kakinya di bumi Madinah dalam peristiwa Hijrah, “ wahai manusia, sebarkan salam, jalinkan hubungan sesama kamu dan bangunlah dimalam hari untuk menunaikan solat.” Tiga aspek penting merujuk hadis diatas dalam Islam salah satunya ialah ukhwah. Oleh itu pelbagai cara harus kita laksanakan untuk membina ukhwah Islam sesama kita bagi merealisasikan kemenangan Islam di dunia ini.

Muqadimah diatas sebagai makluman kita bersama. Ringkasannya bahawa Iftar Jam’ie sedikit sebanyak dapat mengukuhkankan lagi ukhwah sesame kita…..

Apa yang nak cerita sebenarnya ialah iftar jam’ie kelas inggeris kami baru-baru ni. Ada banyak iftar yang penulis join, tapi iftar kali ni Nampak cam grant sikit la setakat ni. Iftar kami diadakan di rumah madam Sally, setelah berbincang kami semua bersetuju untuk membayar RM10 sebagai bayaran. RM10 banyak jugak lah kalau nak makan, kirenya memang puas hatilah makan.

Bertolak dari UIA petang selasa(16hb) kalau ikut sebenarnya naik teksi dalam RM7 tapi sebab sesat jap cari rumah madam up sikit jadi RM9. Sampai rumah kami kami mulakan agenda pertama iaitu mengemas rumah. Habis kemas barulah buat kerja masing-masing. Haziq dan kumpulan die pergi beli barang, rusydi pergi memasak, semua orang buat kerja ,masing-masing. Penulis pula tugasnya membakar ikan bersama-sama dengan mike dan Muhaimi. Tapi Nampaknye Muhaimi sorang je membakar yang lagi dua tu sekejap tengok pastu jalan tempat lain.

Sambil menunggu watu berbuka diadakan bacaan tahlil serta doa khususnya untuk arwah Madihah. Kami berbuka dahulu kemudian terus solat maghrib dan barulah makan berat. Selesai semua, kami bersiap untuk solat tarawikh di rumah madam. Imam sudah ditetapkan sebelum ini, imam ditaklifkan untuk membaca satu muka surat setiap rakaat bermula daripada awal surah ali-imran. Abih solat bermulalah free style, ada yang sambung makan, ade yang tengok tv, ade yang main computer dan macam-macam lagi la…… Sampi la tidur…

Keesokan harinya kami bangun untuk sahur, lepas sahur solat subur dan sambung buat kerja masing-masing(tidur). Penulis berangkat pulang lepas zohor tu, tapi singgah one utama kejap… Abih cerita…

GPDP


Baru-baru ni telah diadakan satu program yang pelik di CFS pada hujung minggu. Name singkatannya GPDP. Matlamat program ni saya tak berapa pasti, tapi apa yang saya dapat seddikit sebanyak ialah semangat brotherhood ataupun ukhwah sesame Islam khususnya di UIAM ni. Tak tahu lah adakah ini objektifnya.






Antara slot yang menariknya adalah slot discussion, itu je lah yang bestnya sebab bleh kemukakan pendapat kita. Yang paling menyakitkan hati ialah time special talk dari Biro Tata Negara. Waktu tu memang panas juge lah. Dah lah dalam dewan tu dah panas, tambah panas ditelinga dan hati plak.wakil BNT tu bercakap seolah-olah kami ni duduk dalam penjara, tak baca paper dan tengok tv langsung. Tak pun dia sangka budak UIA ni tak tahu fikir mana betul

dan mana yang salah.

Tapi kalau kita azam dalam diri kita untuk memperoleh kebaikan, perkara yang buruk boleh jaadi baik. Bergantung pada niat kita. Kalau nak ulas pasal talk BNT tu banyak lagi, tapi kalau ulas pun bukan ada orang baca sangat….

Facilitator membuat persembahan

Sunday, September 7, 2008

Ke bangi...

Bulan Ramadhan bukanlah penghalang untuk penulis terus berjalan-jalan. Baru-baru ini penulis sempat pergi menziarahi sahabatnya di Bangi. Sahabat yang bernama Sadid (Muiz pun boleh la..) belajar di Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS. Berjalan ke sana sebenarnya atas sedikit urusan niaga disamping menziarah.

Pada asalnya nak pergi pagi sabtu dan balik pada malam harinya. Tetapi disebabkan lambat bertolak dari CFS jadi plan lah untuk bermalam disana.

Tarawikh

Bulan Ramadhan ni memang rugi kalau tinggalkan solat sunat tarawikh. Jadi kat sana penulis pergi untuk solat tarawikh di surau berhampiran.

kat surau ni setiap malam buat lapan rakaat. Setiap rakaat imam surau ini akan membaca satu muka quran. Waktu penulis sembahyang disini, imam memulakan bacaan dipermulaan surah ali-imran...

p/s: seluruh umat Islam sekarang sedang giat meningkatkan amalan dibulan Puasa ini

welcome to madrasah tarbiah...

Seperti tahun-tahun yang lepas.... tahun ini bertemu juge kita dengan Ramadhan yang terhimpun dalamnya beribu-ribu rahsia yang tersembunyi. Marilah kita cuba mendapatkan segala barakah yang terdapat dalam bulan yuang mulia ini.


Kita seringkali mendengar perkataan madrasah tarbiah( sekolah didikan) ataupun istilah yang seumpama dengannya seperti universiti Ramadhan dan lain-lain. Apa yang perlu kita ambil ialah Ramadhan merupakan bulan untuk kita ambil peluang melatih diri supaya semakin hampir dengan Allah. Melatih diri kita agar sukakan perkara yang makruf dan membenci perkara yang mungkar. Ada yang berpendapat bahawa kita hendaklah menjadi diri kita, be your self. Jadi bila tiba Ramadhan mereka masih bersahaja malah menyalahkan pula sesetengah orang yang kononnya beribadat sempena Ramadhan semata-mata.

Sebenarnya, bulan Ramadhan dijadikan batu loncatan kepada kita untuk kita ikat hati ini supaya suka, cinta dan rindu beribadat.Disamping itu pula ada pendapat mengatakan ibadat sunat di bulan Ramadhan menyamai pahala ibadat wajib, oleh itu apa kita tunggu lagi.... mari kita tambahkankan amalan untuk bekalan diakhirat nanti. Akhir kalam semoga Ramadhan tahun dapat memberi peningkatan kepada kita dan diperbaiki perkara-perkara mungkar yang bersarang dalam hati ini... WALLAHu'alam..........

Monday, September 1, 2008

Selamat Berjuang Sahabat

30 hari bulan 8 2008 yang lepas, sorang sahabat saya telah berlepas ke indonesia untuk sambung belajar dalam bidang perubatan. Jadi kesempatang yang ada,saya dan beberapa orang sahabat yang lain pergilah untuk hantar die ni di KLIA. sahabat yang pergi untuk hantar sahabat saya ini antaranya ialah Syed Fadhli, Firdaus, Che Faiz Saiful Bahri, Shafie dan imran (kandar).


Perjalan kami agak jauh jugelah, dan memenatkan. Tapi seronok, dan jumpe ngan kawan lame....

Kami dah sampai kat KLIA lebih kurang jam 10.30 malam lagi. Jadi kami pun pegi cari tempat 'berteduh'. jumpelah surau tinggat 3. duduk situ jap nak solat isyak pastu gi cari tempat Lokman nak daftar.



Sebenarnya tak banyak sangat nak cerita, jadi marilah kita lihat gambar ini....