Pages

Labels

Friday, September 19, 2008

Iftar Lagi...

افطارفي كي ايف سي

(KFC)

Ketika penulis sedang menulis coretan ini, telah habis tempoh fasa kedua Ramadhan seperti mana yang dijanjikan oleh Allah terkandung didalamnya keampunan. Kini bermulalah fasa terakhir ramadhan iaitu disebut dalam hadis Nabi S.A.W. pembebasan daripada azab neraka. Mari kita muhasabah kembali bagaimana Ramadhan kita tahun ini, adakah ianya mempunyai kesan dalam diri kita. Sahabat-sahabat sekalian, Walaupun Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita janganlah kita sia-siakan peluang yang ada kerana setiap detik di bulan Ramadhan memberi seribu satu makna untuk diri kita.

Pada Hari ini sebenarnya penulis berkesempatan untuk makan bersama-sama sahabat CFS yang juga bekas pelajar Darul Quran dahulunya. Bukanlah menjadi perkara

ganjil makan bersama ini, tetapi kali ini majlis ini dibuat agak grant, pelik, dan letih. Kami makan di KFC berhampiran dengan CFS, setelah selesai solat maghrib kami berkumpul

di masjid sebelum menuju ke destinasi tersebut.

Objektif jamuan ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk

mengeratkan lagi ikatan ukhwah dikalangan kami. Kita sering dengar bahawa ukhwah itu adalah suatu perkara yang seni,

ia tidak dapat diukur dengan berapa kali kerap perjumpaan diadakan ataupun sebanyak mana duit dilaburkan

untuk sahabat tercinta semata-mata. Tetapi setiap usaha yang diadakan bagi tujuan tersebut akan dinilai oleh Allah dan semoga Allah makbulkan

hasrat kami insyaAllah…..

0 comments: