Pages

Labels

Sunday, September 7, 2008

Ke bangi...

Bulan Ramadhan bukanlah penghalang untuk penulis terus berjalan-jalan. Baru-baru ini penulis sempat pergi menziarahi sahabatnya di Bangi. Sahabat yang bernama Sadid (Muiz pun boleh la..) belajar di Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS. Berjalan ke sana sebenarnya atas sedikit urusan niaga disamping menziarah.

Pada asalnya nak pergi pagi sabtu dan balik pada malam harinya. Tetapi disebabkan lambat bertolak dari CFS jadi plan lah untuk bermalam disana.

Tarawikh

Bulan Ramadhan ni memang rugi kalau tinggalkan solat sunat tarawikh. Jadi kat sana penulis pergi untuk solat tarawikh di surau berhampiran.

kat surau ni setiap malam buat lapan rakaat. Setiap rakaat imam surau ini akan membaca satu muka quran. Waktu penulis sembahyang disini, imam memulakan bacaan dipermulaan surah ali-imran...

p/s: seluruh umat Islam sekarang sedang giat meningkatkan amalan dibulan Puasa ini

0 comments: