Pages

Labels

Sunday, September 7, 2008

welcome to madrasah tarbiah...

Seperti tahun-tahun yang lepas.... tahun ini bertemu juge kita dengan Ramadhan yang terhimpun dalamnya beribu-ribu rahsia yang tersembunyi. Marilah kita cuba mendapatkan segala barakah yang terdapat dalam bulan yuang mulia ini.


Kita seringkali mendengar perkataan madrasah tarbiah( sekolah didikan) ataupun istilah yang seumpama dengannya seperti universiti Ramadhan dan lain-lain. Apa yang perlu kita ambil ialah Ramadhan merupakan bulan untuk kita ambil peluang melatih diri supaya semakin hampir dengan Allah. Melatih diri kita agar sukakan perkara yang makruf dan membenci perkara yang mungkar. Ada yang berpendapat bahawa kita hendaklah menjadi diri kita, be your self. Jadi bila tiba Ramadhan mereka masih bersahaja malah menyalahkan pula sesetengah orang yang kononnya beribadat sempena Ramadhan semata-mata.

Sebenarnya, bulan Ramadhan dijadikan batu loncatan kepada kita untuk kita ikat hati ini supaya suka, cinta dan rindu beribadat.Disamping itu pula ada pendapat mengatakan ibadat sunat di bulan Ramadhan menyamai pahala ibadat wajib, oleh itu apa kita tunggu lagi.... mari kita tambahkankan amalan untuk bekalan diakhirat nanti. Akhir kalam semoga Ramadhan tahun dapat memberi peningkatan kepada kita dan diperbaiki perkara-perkara mungkar yang bersarang dalam hati ini... WALLAHu'alam..........

0 comments: