Pages

Labels

Wednesday, March 31, 2010

Mengejar 'Bintang'

Tok Guru baru tiba ke konvensyen di Negeri Sembilan

Para ulama' bak bintang-bintang bergemerlapan
Menjadi panduan musafir di perjalanan...

Wah bila dengar saja lagu di atas ni teringat zaman sekolah menengah dulu. Zaman sewaktu SMKA TAHAP gemilang dengan nasyidnya. Antara lagu yang sering dinyanyikan oleh kumpulan nasyid sekolah waktu itu ialah lagu di atas ni.

ULAMA'=BINTANG

Indah sungguh perumpaan dalam Islam dengan menyamakan para ulama' dengan bintang-bintang yang bertaburan diangkasa. Bukan sahaja menjadi panduan kepada orang yang bermusafir di lautan dan padang pasir, tetapi juga menghiasi langit dengan kerdipanya yang bersinar.. ini la ulama'.

Bagi sesiapa yang memusuhi ulama' mereka boleh diumpamakan pula sebagai BINATANG... BINTANG Vs BINATANG...

Barang sesiapa yang memusuhi para ulama' maka mereka juga memusuhi Nabi SAW dan juga memusuhi Allah. Begitu juga sebaliknya... Jalan untukk kita menggapai cinta kepada Allah bermula dengan kita mencintai manusia yang mencintai Allah( Para ulama'), kerana itu ada terdapat doa yang sangat popular sewaktu khutbah jumaat yang berbunnyi, "Ya Allah berikanlah kami kecintaak kepadaMu, dan kecintaan orang-orang yang mencintaiMu, dan amalan-amalan yang Engkau cintai."

*************************

"Ana ada program sikit esok." Kata Ustaz yang sedang memandu keretanya.

"Program apa Ustaz?" Kami bertanya dengan penuh bersemangat.

"Esok ada perbentangan kertas kerja... Tok Guru Haji Hadi turun." Jawab Ustaz.

"Tok Guru turun??!! boleh kami ikut tak ustaz?"

Begitulah rasa excitednya apabila menyedari terdapat lubang-lubang peluang untuk kami berjumpa dengan ulama sohor di Malaysia itu..

Pelawaan ustaz tadi dipotong pula dengan topik perbualan yang baru. Jadi, kami buat andaian bahawa permintaan kami tidak diterima... huuu..

"Assalamu'alaikum..? Syahir enta betul ke nak ikut jumpe Tok Guru esok ni..??" Pada malam harinya ustaz membuat panggilan telefon.

"Kalau boleh nak.." jawab saya dengan ringkas..

"Baik, esok tunggu saya di pejabat pukul 6.30 pagi"

Alhamdulillah kami berpeluang berjumpa dengan Tok Guru pada keesokan harinya. Jadi kerja kami di Centre Point Seremban terpaksa ditingggalkan sebentar. Kesian pula pada petugas-petugas PPIM yang lain...

(cerita dalam program terpaksa dipotong)

Begitulah kisahnya, satu perjalanan yang tidak dirancang oleh kami tetapi hakikatnya sudah termaktub di dalam perancangan Allah yang Maha Perancang...

Selesai pembentangan kertas kerta yang bertajuk 'Akhlak dan adab dalam berjemaah' oleh Tok Gutu Haji Hadi

Pertemuaan dengan Tok Guru kali ini saya harapkan dapat memberi semangat untuk kami semua meneruskan perjuangan suci yang telah digalas Nabi Muhammab dahulu, dan juga menaikkan rasa ghairah kami untuk memburu syurga Allah..

Menjaga kaunter pendaftaran..

Ulama' adalah pewaris Nabi...

Friday, March 26, 2010

Perarakan Maulid beremosi..

"Abang, mane Masjid Tabung Haji?" tanye saya kepada seorang pengawal di hadapan KLCC.

Al maklumlah, sudah lama tidak bersiar-siar di bandaraya Kuala Lumpur ini, jadinya sudah tidak berapa cam sangat dah jalan di kawasan sana. Niat untuk ke Masjid Tabung Haji terpaksa kami lewatkan kerana sudah bermula bacaan khutbah, waktu tu kami baru di Masjid Asyakirin KLCC. Perjalanan kali ini saya disertai sahabat sebilik, Zul.

TUJUAN KAMI

'Kura-kura dalam perahu, Pura-pura buat tak tahu'

Seperti yang sedia maklum pada hari ini 26 mac 2010 diadakan demonstrasi bagi mengutuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di hadapan kedutaan Sweden. Demonstrasi kali ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas.

Wakil mahasiswa sedang menyampaikan pidato berapi

Seperti kata perwakilan GPMS sewaktu demonstrasi sebentar tadi, "Saya yakin dikalangan kita ada pimpinan UMNO yang turut sama menyertai perarakan kita!" Katanya dengan penuh semangat lagi. Jadi ini bukanlah perarakan yang berpihak kepada mana-mana parti politik. Ianya melibatkan sensitiviti umat Islam tidak kira berapa umur mereka. Takpe la saya pergi...

"Cinta! Cinta....! Cinta Rasul!"
"Kasih! Kasih...! Kasih Rasul!"

Teriakan demi teriakan sepanjang perarakan

Antara teriakan peserta demonstrasi yang sudah pasti tidah redha dengan tindakan pelukis akhbar di Sweden yang menghina Nabi Muhammad dengan karikaturnya.

"Halau! Halau...! Halau Sweden!!!"

Pidato Ketua Pemuda Pas Pusat yang menaikkan semangat

Teriakan meminta kerajaan Malaysia mengusir Duta Sweden dari Negara ini dek terlalu benci dan menyampah dengan perilaku puak-puak mereka yang tidak serik-serik mencari nahas dengan umat Islam...

MAKNA CINTAKAN RASULULLAH

Baru saja kita menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tercinta. Namun kita terlalu mudah lalai daripada mengingati Baginda. Sekarang bila diserang sebegini barulah hendak bangkit pertahankan. Mujurlah kita punya kudrat lagi untuk bangkit menyatakan kemarahan kita kepada penghina laknatullah itu... Mujur kita ada PAS. Yang sangat sensitive dengan ISU umat Islam. Bagaimana pula kalau PAS terkubur? Bagaimana kalau jemaah Islam lain terkubur di Malaysia? berpunca daripada kelalaian kita selaku umat Islam...

Panas..

Jangan harapkanlah orang kafir hendak mempertahankan Nabi kita, jangan juga nak diharapkan pejuang bangsa melayu yang tidak pernah nak menyelami erti sebenarnya perjuangan Nabi Muhammad SAW. Perjuangan Nabi Muhammad SAW mesti dipertahankan dengan roh perjuangan yang sebenar. Dari mana datangnya roh itu kalau kita tidak cinta akan Pembawa roh itu? Kerana itu jangan kita lenyapkan roh itu daripada jemaah kerana ianya akan mengundang bala' yang besar.

Haibah...

Dari mana pula datangnya haibah iaitu kehebatan kita??

Hadirnya haibah dalam diri bilamana kita menyerahkan diri ini kepada perjuangan tersebut, meletakkan Allah dan Rasul di tempat yang istemewa dalam hati ini.

Antara peserta yang tertangkap gambar mereka

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam" kata-kata Ustaz Nasarudin Tantawi yang telah menjentik hati ini. Bermuhasabah sebentar saya dibawah panas terik yang membakar kulit. Sejauh mana cintaku kepada Baginda...

Demonstrasi pada kali ini memang menyentuh hati...

"Cis... jahanam...!!!" berteriak dalam hati kepada kafir laknatullah

Teringat pula saya pada satu kisah apabila seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, adakah umat yang lebih baik daripada mereka. Lalu Nabi SAW menjawab, " Ada, mereka ialah umatku di akhir zaman. Mereka tidak pernah melihatku tetapi mereka beriman kepadaku."

Semoga kami semua terpilih menjadi umat yang terbaik itu, menjadi umat yang kasih dan cinta kepada Nabi melebihi segala yang lain.

**************************

Selesai demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden, semua peserta berarak kembali ke Tabung Haji sambil bersewalat kepada Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah berpeluang juga saya merasai suasana sambutan Maulidur Rasul..


Wallahu'alam

Sunday, March 21, 2010

Facebook vs Book Fair

" 'Secangkir kopi sebuku roti' ha ok tak tajuk ni? nanti aku nak upload dalam blog." Kata sahabat saya untuk entri terbaru dalam blognye tentang kisah penjelajahan kami ke lautan buku baru-baru ini.

Begitulah penangan karya Ustaz Hasrizal, sudah terikut-ikut oleh sahabatku ini.

***************

"Esok kira jadilah ye pergi facebook..??! eh silap bookfair..??" Tersasul pula di situ kerana keasyikan bermain facebook sampaikan tersebut pula perkataan itu.

Kami merancang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC keesokan harinya, jadi perlu kami mendapatkan kata putus sebagai modus operandi kami untuk ke sana.

KEESOKAN HARINYA

Akhirnya alhamdulillah kami berjaya menumpang bas yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar USIM ke bookfair. Saya cuba untuk kuatkan semangat melangkah dengan gagah menaiki bas tersebut kerana saya seorang saja dari UIA. Segan la sikit... Sahabat saya berjaya menyeludup masuk saya menaiki bas itu. Lagipun 2 biji bas yang disediakan itu masih banyak lagi tempat duduk kosongnya. Jadi, selamat duit tambang.!!!

Kami diturunkan di hadapan bangunan UMNO. Sempat lagi kami bergambar di situ. Bukan selalu dapat bergambar berlatar belakangkan logo UMNO. Kesempatan yang ada mesti dimanfaatkan..

Wanita UMNO..??

SERANG!!!

Ikutkan hati memang banyak buku yang ingin saya borong di sana, tapi apakan daya duit tidak mencukupi. Sehinggakan terpaksa berlapar sebab makanan di sana mahal sangat. Mana taknya sebijik burger saja dah RM4.00. Kalau di Nilai dah buleh dapat nasi goreng ikan masin dengan terlur mata dah. huh... Tapi nasib baik buku di sana murah. Adalah diskaun sikit...

Antara gerai yang mendapat kunjungan ramai di Pesta Buku kali ini ialah Telaga Biru, Galeri Ilmu, dan PTS. Kebanyakkannya dikunjungi oleh golongan muda. Mungkin pelajar IPT kot, dah dapat kenal cara pemakaian pelajar-pelajar IPT ni macam mana. Dalam kesesakan orang ramai, berjumpa juga saya dengan sahabat-sahabat daripada Universiti lain. Tetapi oleh kerana keadaan orang yang sangat ramai, tak dapat nak berbual lama.

MISI MENCARI GALERI ILMU DAN PTS

"Kak, Galeri ilmu kat mana kak?" tanya sahabat saya kepada seorang akak yang memakai baju petugas.

"Ada di dalam ni." Jawab akak itu dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu sedangkan jawapannya salah.

"Kami dah habis pusing dah kat dalam, tapi tak jumpe pun." Balas sahabat saya.

Sedikit salah faham mungkin oleh akak yang bertugas itu. Akhirnya kami jumpa gerai Galeri ilmu ditingkat bawah sekali. Kelihatan keadaan Galeri ilmu dipenuhi ramai orang. Kami nak masuk pun payah. Patutlah, rupanya ada Ustaz Hasrizal dan beberapa lagi penulis buku di situ.

"Jom beli sekarang la, bayar sekali 2 buah buku ni dapat diskaun." Sahabat saya mengajar cara untuk mendapatkan buku dengan harga yang murah... :P

Setelah penat beratur akhirnya kami berjaya membeli 2 buah buku karangan Ustaz Hasrizal, Secangkir Teh Pengubat Letih dan Murabbi Cinta, sekali dengan tandatangan ustaz dan juga sempat kami bergambar bersama ustaz.

Di celah kesesakan orang kami meminta seorang kakak menangkap gambar.

Kemudia kami menyebarang sungai untuk ke Gerai PTS pula..

Di gerai PTS, sedang berucap Pak Alexander yang merupakan seorang penulis terkenal dari Indonesia. Karyanya yang terkenal ialah Ya'juj Ma'juj. Pada hari tersebut buku terbarunya yang bertajuk Alexander adalah Zulqainain diterbitkan.

"Abang, ada diskaun tak untuk student?" saya bertanya kepada petugas di gerai PTS itu.

"Untuk student boleh tunjuk student card dan kami akan beri 30% diskaun." Jawab abang itu dengan muka penuh pengharapan agar kami membeli buku di situ.

Akhirnya saya membeli buku terbaru Pak Alexander itu dan seperti tadi juga, saya mendapatkan tandatangannya.. huhu..

Bersama Pak Alexander

Kemudian kami bergerak ke surau untuk solat zuhur...

BERGAMBAR

Cukuplah setakat ni pembelian kami. Nanti tak makan pulak kami di Nilai. Jadi selesai solat zuhur kami mengatur misi yang seterusnya iaitu bergambar. Jadi kami pergi ke gerai inteam record mendapatkan artis-artis nasyid untuk bergambar. Tapi artis dok mari lagi.

Sementara menunggu kehadiran artis kami pun pusing-pusing lagi di gerai berdekatan...
Akhirnya, setelah mangsa dikenal pasti kami pun pergi serang.. kene kejar masa sebab bas akan bertolak pulang ke Nilai jam 4 petang. Kalau tidak terpaksalah kami menaiki KTM untuk pulang..

Sempat juga bergambar walaupun malu-malu kami meminta

Turn saya pula untuk bergambar

Setelah semuanya selesai kami berkumpul di tempat mula-mula kami turun tadi. Sempat lagi membeli roti aiskrim sebagai pengalas perut yang lapar ini. Dalam bas pula, masing-masing sibuk dengan buku yang dibeli masing-masing. Kelihatan ada yang sampai mengangkat kotak masuk ke dalam bas, Ni belum tengok buku yang dibeli muslimat lagi.. huhu..

Sebelum pulang..

Baiklah, sekian saja kisah saya pada kali ini. Semoga Allah campakkan keredhaanNya kepada setiap hambaNya yang mengunakan akal mereka..

p/s: Ingin saya berkongsi beberapa perkara yang dapat dijadikan pengajaran kepada kita daripada perjalanan saya kali ini. Tapi lain kali la.. haha..

wallahu'alam

Saturday, March 20, 2010

Jenazah Cemerlang

Alhamdulillah selesai program Kursus Pengurusan Jenazah anjuran pelajar-pelajar USIM.

Saya??!!!

Saya terlibat secara langsung dan aktifnya sepanjang program tersebut. Sudah lama menantikan program yang seumpama ini. Program yang saya kira menjadi satu tuntutan kepada anak muda hari ini. Yalah, mana taknya... kalau kita lihat pada hari ini yang banyak terlibat dalam pengurusan jenazah cuma golongan yang sudah berusia lanjut sahaja. Ditambah pula apabila mengenangkan situasi tiada ahli keluarga yang mampu untuk menguruskan ahli keluarga sendiri..

Maka... WAJIB kepada kita wahai si anak!!!

Besar harapan saya untuk saya menguruskan jenazah orang yang saya sayang, dan saya juga berharap tiada tangan-tangan asing yang penguruskan jenazah saya nanti. Biarlah sanak saudara ataupun sahabat handai yang menguruskan.

************

Kali pertama saya mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah ialah sewaktu di sekolah menengah dahulu, SMKA TAHAP. Kalau tidak silap sewaktu form 2 ataupun form 3. Program anjuran Persatuan Agama Islam yang diadakan di Dewan Utama.

Kemudian kali kedua sewaktu saya balajar di Darul Quran. Kali ini saya menjadi AJK pelaksana kerana program ini dibawah Biro kami.

Jadi ini kali yang ketiga. Alhamdulillah setelah 2 siri kursus yang lalu memudahkan pemahaman saya dalam kursus kali ini. Program kali ini dikendalikan oleh seorang ustaz yang sangat berpengalaman dalam pengurusan jenazah. Beliau ada menyusun sebuah buku berkenaan dengan pengurusan jenazah. Beliau ialah Ustaz Khairi Zainuddin, penulis Kamus Al-Miftah, CEO Al-Azhar Media Sdn. Bhd.

Ustaz Khairi Zainuddin

Program ini bermula jam 9 pagi walaupun dalam tentatifnya bermula jam 8.30. Biasalah orang melayu.

Menyertai kursus ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dalam pengurusan jenazah, tetapi juga kami disedarkan akan kepentingan menguruskan jenazah dalam kehidupan kita dan yang paling penting mengingat kami dengan kematian yang pasti kita tempuh.

Kalau ingin dikongsi secara terperinci berkenaan dengan KPJ ni memang letih jari saya nak menaip, macam biasa cukup sekadar saya ceritakan sedikit dan hiasi dengan gambar-gambar sepanjang program.

Ustaz menunjukkan cara untuk kita mengetahui adakah seseorang itu sudah meninggal atau belum.

Disebabkan kehadiran peserta muslimin yang sedikit, jadi terpaksalah kami semua membantu ustaz untuk menunjukkan demostrasi.

Mengukur ketinggian untuk mengkafankan jenazah

Ustaz menghamparkan kapas

Saya bersama Hashim menabur kapur barus.

"Mari sorang tolong ustaz." Ustaz meminta pertolongan untuk menjalankan demostrasi mengkafankan jenazah. Tanpa melengahkan masa saya pun pergi la. sebab saya duduk dibahagian hadapan. Tambah pula pelajar USIM ni segan dengan kawan-kawan diorang yang ramai. Jadi pergi lah saya, nasib baik student UIA yang datang 2 orang je, takde la segan sangat...

Model Jenazah bersedia untuk di kafankan

Model jenazal yang dipilih ustaz Khairi ialah seorang sahabat daripada USIM. Seorang sahabat yang baru saya kenal diwaktu program ini. Walaupun baru kenal buat macam dah lama kenal je, sebab kami berdua berada di atas pentas. Saya ditugas untuk membantu menyediakan peralatan untuk mengkafankan jenazah, dia pula seperti yang anda saksikan diatas.


Sebelum dikafankan, jenazah diletakkan kapas untuk keselesaannya.


Alhamdulillah ustaz selesai mengkafankan model jenazah tersebut. Sedang menanti kubur siap digali. :P


Menggunakan model yang sama untuk demostrasi mengkafankan jenazah wanita. Kelihatan model jenazah di atas cantik dikenakan tudung mayat.

Disebabkan ketiadaan model perempuan, jadi terpaksalah menggunakn model lelaki yang sama juga. Model perempuan dah balik rumah, tak sempat nak bagitau dia yang hari ni ada kursus jenazah. Tapi takpe.. semuanya dapat di cover.. :P

Jenazah selesai dihidangkan kepada penonton.

Perkara yang menarik untuk dikongsi disini, Mati itu pasti...
Jadi apakah persiapan kita untuk menghadapinya. Terkejut saya apabila ustaz mematahkan sebatang pen milik peserta. Tetapi katanya itulah manusia. Diberi pinjaman bermacam-macam perkara daripada Allah, tetapi kita memulangkan barang pinjamannya dengan keadaan yang sangat kotor dan jijik. Itulah roh.... oleh itu, jagalah roh kita supaya kelak nanti kita memulangnya kepada Allah dalam keadaan yang suci dan bersih..

wallahu'alam...

Saturday, March 13, 2010

Jiwa besar si anak Sabah

Perjalanan saya ke Gombak baru-baru ini mengukir banyak pengajaran. Walaupun sudah berulang kali sampai ke simen gombak itu tetapi hakikatnya setiap detik mesti berubah keadaannya, dan kali ini saya dapat beberapa perkara yang baru.


Sesampainya saya di UIAM Gombak, saya terus ke bilik sahabat saya di Mahallah Sidiq tingkat paling atas. Letih mendaki... Niat hati nak makan malam bersama sahabat-sahabat di sana tetapi ramai pulak yang ada kerjanya, ada yang ke PJ la, ada yang iftor, ada pulak yang exam, jadi kami makan berdua sahajalah.

"Malam ni aku nak pegi kosert Nazrey Johani kat BMI, ko nak ikut tak?" saya mendapat SMS daripada sahabat saya yang tahu kehadiran saya di Gombak.

Dia dah kenal saya, yang boleh kata 'Gila' konsert nasyid ni. Tapi saya cuma mengikut 'driver' saye je. Sampainye saya ke Gombak hanyalah memenuhi jemputan untuk memberi satu slot ceramah kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang terpilih di sebuah Kem berhampiran. Tetapi ada plak jemputan tambahan.. memang bertuah sungguh...

alhamdulillah teman saya yang menjadi driver saya ni pun macam saya jugak, memang pantang kalau ada nasyid. Confirm nak pergi. jadi bergeraklah kami ke British Malaysian Institute pada malam itu.

Sesampai je di dewan BMI ada sorang bertnye kepada kami, "UIA kan? untuk Ma'aruf Club UIA ada kerusi VIP di depan."

Walaupun bukan ahli Ma'aruf Club pun saya pergi je la kat depan tu. Alang2 banyak kerusi kosong di sana...

Saya mengamati lagu-lagu daripada Nazrey, seorang penyanyi lagu nasyid yang saya sangat minat dari dulu lagi. Sudah beberapa kali saya berjumpa live dengannya, pernah sekali kami bergambar beramai-ramai dengan Nazrey sewaktu di CFS PJ dahulu.


Dalam kelunakkan suaranya dan juga lirik lagu yang menyentuh hati, saya tertarik dengan semangatnya untuk mendirikan sebuah pusat pengajian tahfiz di Sabah. Katanya dia tertarik dengan pengajian pondok yang terdapat di semenanjung ini, sistem yang tersusun dengan kaedah pembelajaran Islam. Target untuk mendirikan pusat pengajian itu adalah sebanyak RM15 juta.

Gambar Tahfiz

Satu usaha yang sangat besar sumbangan kepada Islam. Dalam keadaan Islam yang sedang pesat membangun di Malaysia ini, kenapa pula ada suatu tempat yang ketinggalan. inilah luahan hatinya yang bersyukur atas nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Kebimbangan kepada dakyah kistian juga telah menguatkan langkahnya untuk meneruskan projek besarnya ini. Boleh jadi pemikirannya berkata, "mungkin anak-anakku merasai nikmat Islam, tetapi adakah cucu cicitku merasainya.??"

Hati saya terharu apabila menyaksikan tayangan 3d design untuk pusat pengajian tersebut. Subhanallah, begitu cantik tempatnya dan andaikata ianya berjaya didirikan di Sabah nanti insyaAllah akan menjadi pusat pengajian Islam yang akan melahirkan ramai tentera-tentera Allah.

Rumah Tamu Tahfiz

Ketekunan beliau mencari dana untuk mendirikan pusat pengajian ini memang saya kagumi. Kalaulah saya punya masa setahun ini untuk turut serta dalam Tour de Tahfiz ni, mestisaya ikut punye. Sambil-sambil dapat enjoy dengan show nasyid.

Saya doakan semoga projek beliau berjaya seperti yang dirancang. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti perkembangan sesama projek ini boleh layari laman berikut


Di situ ada lengkap berkenaan dengan perkembangan sesama dan juga maklumat untuk sesiapa yang ingin memberi sumbangan. Jangan berat untuk membersihkan harta kita kerana terdapat dalam harta kita itu, hak untuk orang lain.

wallahu'alam..

Monday, March 8, 2010

Permohonan Diploma Darul Quran

Assalamu'alaikum kepada semua pembaca. Di sini terdapat satu iklan, borang pemohonan bagi pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2010-2013 Darul Quran Jakim di buka. Butiran lanjut seperti berikut:

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) , mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran

SISTEM PENGAJIAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3
tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih
sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu
menghafaz 30 juzuk Al-Quran .Subjek yang ditawarkan
meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah,
Dakwah, Hadis dan Muamalat.

YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian
akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

CARA MEMOHON
Borang Permohonan secara dalam talian (Online) boleh
disi melalui laman Web :
i) http://www.islam.gov.my
ii) http://www.darulquran.gov.my

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang
belum berkahwin
ii. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran :
a. Bahasa Melayu
b. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan
Syariah Islamiah /Pendidikan Islam /Tasawwur Islam
c. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi
dan
d. Lulus Bahasa Inggeris

Atau

Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM .
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana
Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama
Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak
memohon.

UJIAN DAN TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk
temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila bawa
borang yang telah dicetak semasa temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Telefon : 03-60635333/03-60635350
Faks : 03-60645497
Email : pengambilan@darulquran.gov.my

MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman
selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

***********************

Anda boleh memohon dengan menggunakan internet. Sila klik link di bawah:


Anda dikehendaki mengisi borang secara online. Borang tidak boleh dimuat turun dari komputer.

Kepada pemohon, sila daftar terlebih dahulu untuk menggunakan id anda. Maklumat tambahan berkenaan dengan permohonan dan juga segala perkara berkaitan dengan Darul Quran bolehlah melayari laman berikut:


Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang ada di atas. Ataupun untuk memudahkan urursan boleh bertanya dengan sahabat-sahabat yang masih lagi menuntut di Darul Quran.

p/s: Pape masalah boleh gak tanye kami (ex-DQ) tapi kami tak sangat la keadaan DQ sekarang ni. InsyaAllah cube bantu ape yang terdaya.

Syahir Safwan
Persijilan Tahfiz 2007/2008
Gen 8
013-2002486

Saturday, March 6, 2010

Salam perpisahan sahabat..

Pertemuan kita disuatu hari,
menitiskan ukhuwah yang sejati,
bersyukurku ke hadrat ilahi
diatas jalinan yang suci

'ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasihNya'
(lagu yang diminta seseorang untuk menghiasi post kali ini)

Malas la plak nak sambung lagi lagu diatas ni, nanti takot touching plak. Tapi hakikatnya itu la perasaan apabila ditinggalkan sahabat-sahabat.

Tetapi alhamdulillah selepas membaca artikel di blog sahabat saya kantajiwa menghilangkan rase sedih untuk menempuh perpisahan sementara ini. Kalau sahabat-sahabat dari Nilai confirm jumpe di Gombak sebab diorang takkan ke Kuantan walaupun ada yang nak amek minor medic. Hakikatnya memang tak buleh nak amek minor medic, begitu juga nak amek jurusan perubatan di Gombak tetap tidak dibenarkan.

Tetapi perjuangan saya di Nilai mesti diteruskan seperti ungkapan dalam doa wehdah bukan doa wahidah ye, "Tidak akan kami pulang sehingga kami bertemu 'Mati' " begitulah juga besarnya jiwa kami dalam meneruskan perjuangan ini di bumi Nilai.. huu...

Kepada sahabat lain yang akan menyambung cutinya, nasihatku agar manfaatkanlah cuti yang ada dengan perkara yang berfaedah. Perlihara diri kita daripada perkara yang boleh mendatangkan fitnah kepada agama. Boleh jadi kita tidak mampu untuk melaksanakan suatu perkara yang besar, cukup sekadar kita menjaga diri daripada menjadi bahan fitnah.

***********************

Kisah 3 bujang tua

Dari kiri Hadi, Syahir, dan Firdaus

inilah kami yang bermusafir dari satu tempat ke tempat yang lain. Mulanya di Petaling Jaya, kemudian berhijrah ke Nilai (Tetapi saya pindah awal sikit dari diorang berdua tu). Sekarang kami bertiga akan meneruskan perjalanan kami di bumi Nilai ini.

Semua rasa keperitan dalam perpisahan, tetapi malangnya pertemuan tidak pernah dihargainya. Akhirya perpisahan terjadi dengan penyesalan. Inilah lumrah hidup manusia. Kita tidak menjangka apa yang kan berlaku kepada diri. Baru diuji dengan perpisahan yang sekejap saja, belum lagi teruji dengan kematian. Penyesalan demi penyesalan. Betullah kate Saidina Ali, " Orang yang lemah ialah orang yang tidak mempunyai sahabat, tetapi orang yang paling lemah ialah orang yang mempunyai sahabat tetapi menyakiti hati sahabatnya."

Hidup bersama sahabat yang ramai mempunyai satu macam kekuatan yang lain. Super Power nye menjadi-jadi. Tapi ada kalanya ianya menjadi lubuk bagi kelemahan.

Kami sedar akan kekuatan kami bertiga, setelah SWOT dibuat kami kira kekuatan kami cukup untuk berhadapan dengan mehnah yang akan berlaku di bumi Nilai sepanjang short sem ini. Siapa sangka 3 pemuda ini akan menggegarkan bumi Nilai dengan pelbagai fenomena yang akan berlaku. Mungkin faktor luaran juga memberi keyakinan kepada kami untuk terus bernafas di Nilai ini seperti faktor daripada USIM dan juga UIAM PJ.

Kepada sahabat-sahabatku yang sudah menamatkan pengajian mereka di Pusat Asasi ini, saya ucapkan selamat berjuang di tempat masing-masing, ada masa anda semua dialu-alukan menziarahi kami disini. Kenangan yang terbina sepanjang kita bersama takkan dapat dilupakan. Di PJ dahulu kelas kami pernah mengadakan persembahan boria dan bahasa inggeris. Yang seronoknya ahli kelas tu ramai budak DQ, belasah je lah yang penting enjoy. Usah di fikir pasal thiqah lagi.

Masuk ke Nilai pulak kami buat choral speaking, situasi yang sama ramai ahli kelas dak DQ. huhu... enjoy....

Untuk short sem ni, nantikan la persembahan darupada kami bertiga ye..

Selamat Tinggal sahabat-sahabat. Maafkan kesalahanku selama ini. Moga Allah temukan lagi nanti..

p/s: sekadar coretan melepaskan kesunyian nanti, dah terasa dah sekarang kesunyian nanti. :)

SMKA TAHAP 2010

Di pintu masuk SMKA TAHAP.

Setelah sekian lama bercuti akhirnya saya pulang ke Pahang. Kini cuti yang berbaki masih tinggal seminggu lebih, itu pun belum tolak dengan program di kampung lagi. Tapi inilah kehidupan aku. Aku berpegang pada satu perpatah arab yang maksudnya berbunyi, "Pemuda umpama air, hendaklah sentiasa bergerak. Kalau tidak ianya akan menjadi kotor.

Saya cube untuk tidak berhenti bergerak, jadinya salah satu usahanya saya gerakkan jari jemari ini untuk mengaktifkan diri ni.

Setelah lebih 24 jam saya berada di rumah, saya mula mengatur perjalanan saya ke SMKA TAHAP untuk beberapa misi yang perlu dilaksanakan. Malangnya kali ini saya terpaksa turun ke sekolah berkeseorangan lagi. Kurang lah sedikit kekuatan di situ, ditambah pula dengan adik-adik TAHAP yang tidak mengenali saya. Jadi untuk menghilangkan kesunyian saya ajak sekali adik yang sedang tunggu result SPM iaitu si Luqman Wahab. Biarlah dia datang lewat sikit pun, yang penting ade teman.

Keperitan menunggang motosikal yang sudah usang itu terubat apabila saya menjejakkan kaki di sekolah tercinta itu. Destinasi pertama saya singgah ialah surau SMKA TAHAP. Sayu hati ini bila masuk ke Musolla, teringat kembali saat kami ditarbiah. Di surau ini saya menimba pelbagai ilmu yang tidak ternilai harganya. Kerana itu saya sering katakan yang saya 'dilahirkan semula' di SMKA TAHAP. Suatu tempat yang telah mencorak diri saya sehingga ke hari ini. Walaupun saya telah pergi ke banyak tempat seperti di Darul Quran, UIA Petaling Jaya, UIA Nilai, tetapi semuanya bermula di SMKA TAHAP.

Surau SMKA TAHAP. Teringat pulak waktu jadi ketua siak dulu. Surau ni tempat operasi kami.

Kini banyak perubahan berlaku di TAHAP. Sesampainya saya di Musolla, saya bertemu dengan Ustaz Hairul yang sedang duduk berehat di tiang surau. Lame berbual, lepas tu saya ke bilik Ketua Umum tempat saya akan bermalam pada malam itu. Tibe waktu prep saye pun keluar la sekali dari bilik tu merayau-rayau di dalam kawasan sekolah. Kebetulan petang tu ade kelas kemahiran al-Quran (KKQ), dapatlah saya ketemu Ustaz Din, masuk ke kelas itu Ustaz meminta saya memberi kata-kata untuk adik-adik form 1. Walaupun adik-adik tu tak kenal saya, tapi cakap je la apa yang patot. Then, saya berjumpa pula dengan pengerusi PAI tahun ini. Kelihatan diorang sibuk yang teramat sangat. Jadinya tak sampai hati nak kacau rancangan yang diorang plan. Takpe, nanti la..

Suasana dalam surau selepas bacaan yasin.

Waktu petang sambil menunggu berbuka puasa (hari tu puasa perdana.. tapi saya tak puasa pun) sempat bersembang dengan adik-adik yang berada di sekolah tu. Melepak di kerusi batu tempat kami dulu-dulu, ramailah pulak budak-budak ni nak dengar cerita. Seronok juga lak dapat bukak cerita lama-lama. Cerita yang tak masuk akal jugak la sebab diorang tak pernah alami, tapi telah puas kami lalui dulu.. :)

Masuk waktu maghrib kami solat dulu kemudian barulah makan, saya makan bersama Ustaz Hairul, Ustaz Din, Ustaz Halimi, dan Ustaz Hadzri. Mula-mula segan jugak makan depan Ustaz-ustaz ni tapi disebabkan dah lapar dan lauk pulak sedap semacam je jadi belasah jelah.

Menonton dari belakang dewan pertandingan Nasyid.

Lepas Isyak datang la Hazman Naem menjadi peneman saya. Kami terus ke dewan utama menyaksikan pertandingan Nasyid antara kelas form 1. Pecah perut jugak lah dengar adik-adik form 1 ni nyanyi. Teringat pulak zaman kami form 1 waktu minggu ta'aruf. Tengah layan nasyid barulah sampai tetamu jemputan tadi si Luqman Wahab dan Luqman Zabidi. Kebetulan diorang datang, ustaz pun mintak diorang buat persembahan. Kalau nak saya ngan Hazman pun boleh jugak tapi kami beri peluang pada adik-adik dulu la...

Persembahan khas daripada kumpulan nasyid sekolah dan juga tetamu jemputan, Luqman.

Selesai pertandingan kami keluar jap pi minum di kedai luar. Kemudian barulah masuk semula ke sekolah. Alhamdulillah diorang semua tidur di TAHAP. Kalau tidak seperti biasalah, saya berseorangan bermalam di sekolah.

Keesokan harinya saya bersarapan di luar bersama Hazman, dua orang Luqman tu kami biarkan terlentang di atas tilam. Jadi misi pun diteruskan, tetapi saya tidak dapat sempurnakan misi yang dirancang dengan jayanya.. huh.. jadi memerlukan satu lagi perjalanan ke TAHAP... bile tu ye...???!!! tapi alhamdulillah beberapa sudah terlaksana.. hak...

Hai sekolahku..

Setelah 24 jam berada di SMKA TAHAP saya pun pulang, walaupun tak puas rasenye tapi tugasan lain menanti di Lipis.. hoho....

Hargai cuti dengan perkara yang berfaedah ye... ingatlah guru-guru anda..:)

P/s: Gambar yang diambil semuanya segar dari ladang ye.. latest punye..

Sireh Pulang Ke Gagang

Masjid Darul Quran yang tersergam indah. Masjid yang boleh kate setiap masa tidak sunyi daripada alunan bacaan al-Quran.

Rindu sungguh aku pada suasana di Darul Quran dahulu. Akhirnya Allah beri kesempatan untuk aku dan beberapa sahabat lain kembali menjejak kali ke bumi barakah Darul Quran. Terkenang saat kami bersama-sama mendapat tarbiah al-Quran dahulu. Teringat juga nasihat-nasihat daripada sahabat-sahabat dan juga guru-guru yang telah menguatkan diri ini untuk menterjemahkan Al-Quran dan kehidupan seharian.

“Janganlah kita menjadi fitnah kepada Al-Quran”

Nasihat sahabat seusrah saya dahulu, amaran dan peringatan buat diri agar sentiasa berjaga-jaga untuk setiap tingkah laku. Kalau ingin saya karang apa yang saya dapat di Darul Quran memang la sangat banyak. Cukup sekadar saya katakan tempoh masa yang lebih kurang setahun berada di sana member erti yang cukup mendalam dalam diri ini.

***********************

“Eh Syahir hang nak pi DQ tak? hujung minggu ni kami nak pi DQ, budak gen 10 jemput bagi ceramah.” Lamaran daripada sahabat saya untuk bersamanya menziarahi bumi barakah itu. Pada mulanya saya terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu. Tapi Alhamdulillah takdir Allah telah mengizinkan saya pergi ke bumi barakah yang dirindui itu… Alhamdulillah..

“Jak, apa tajuk perjalanan kita kali ni?” Saya bertanya kepada Aizat. Trip ke DQ kali ini disertai oleh Saya, Hamidi, Aizat dan Dziaulhaq.

“bagi name ‘Sireh Pulang Ke Gagang’…” jawab Aizat…

Sampai di hadapan Audi. Haq bersiap sedia untuk menyampaikan ceramahnya.

Sesampainya kami di Darul Quran, Haq terus masuk ke Dewan Auditarium kerana ceramahnya akan bermula tidak lama lagi. Jadi kami ambil peluang untuk keluar bersarapan pagi.

Jejakkan kaki saja di bumi Darul Quran, terimbau memori lama sewaktu kami mennuntut di sana dahulu. Dalam perjalanan lagi kami mula bercerita perihal kami di Darul Quran. Mengaji sambil berdiri, kantoi bawak laptop, berdiri luar kelas, kene hempuk dengan buku, sambut birthday, dan macam-macam lagi la cerita yang keluar. Semuanya jadi kenangan yang sangat indah.

Siap breakfast kami ambil peluang berjalan-jalan menyaksikan keindahan bumi Darul Quran. Melihat akan tasik DQ teringat sewaktu saya dan sahabat-sahabat mandi di situ, kami berkayak sampai ke petang. Memang letih aktiviti dalam air ni.

Setelah selesai meronda-ronda kami menuju ke Dewan Audi tadi. Saya hajatnye nak buka booth untuk memperomosikan Al-Quran Tafsir dan juga button. Setelah kami meminta izin daripada urusetia kami pun mulakan jualan kami. Sambil-sambil berceramah, menjual sempat juga kami bertanyakan khabar adik-adik ni. Walaupun baru berkenalan kelihatan adik-adik ni semuanya ramah-ramah belaka. Senang dibawa bersembang.

Sedang menjaga booth bersama sahabat TAHAP yang sekarang masih lagi di Darul Quran.

Alhamdulillah ziarah kami di Bumi Barakah Darul Quran berakhir sebelah tengaharinya kerana kami mempunyai komitmen lain pula di Nilai. Harapnya Allah memberi peluang lagi untuk kami kembali ke sana dan yang paling penting semoga Allah hiasi diri kami dengan Al-Qurang sampai bila-bila.

Gambar kenangan kami sebelum kami meninggalkan Darul Quran. Kami keluar sewaktu azan zuhur sedang berkumandang.