Pages

Labels

Thursday, November 20, 2008

First Time at Nilai Campus..

Attention!! Today, LS class has been cancel…” pengumuman dibuat oleh seorang ahli kelas penulis walaupun die bukan ketua kelas pun(tak tau le betul ke tak grammar tu)….

Jadi, disebabkan petang tu kelas LS dan cancel penulis pun memikirkan rancangan lain untuk mengisi masa disebelah petang itu… Akhirnya penulis membuat keputusan untuk pergi ke Kampus UIA di Nilai untuk dengar ceramah anjuran MRC Nilai…..

Masa bas bertolak dimaklumkan jam 5 petang, jadi agak kelam kabut sikit lah lepas asar tu nak mengejar bas kononnya. Tapi sampai kat tempat parking, driver bas takde lagi…. Tunggu lame jugak la, baru sampai… dalam kul 5.40 barulah bertolak ke Nilai. Ni first time penulis pergi ke sana… terbayang-bayang jugak lah camne agaknya tempat tu…

Sampai di Nilai dah nak azan maghrib, jadi pergi lah terus ke masjid untuk solat maghrib. Di masjid sempatlah berjumpa dengan beberapa sahabat yang dulunya sama-sama mengaji di Darul Quran. Juge jumpe dengan sorang sahabat tahapian ni, Imran (student USIM)…. Tapi yang ni bukan jumpe secara tak sengaja. Memang dah janji nak jumpe kat situ. Walaupun dia tak de kenderan nak naik, tapi disebabkan dipaksa oleh penulis untuk datang akhirnya datang jugak lah….

Lepas solat isyak kami makan di CFS IIUM Cafeteria…. Makan ramai-ramai macam ni memang seronok, macam-macam cerita keluar. Dalam pukul 8 lebih plak turun la plak sorang lagi tahapian ni.. Si Saiful Bahri… sempat la sembang sekejap ngan die sebab dah masuk waktu solat isyak, jadi kenelah cepat sikit… Ceramah muamalat mula lepas solat Isyak.. Tapi lepas solat Isyak, penulis tercari-cari mane si Imran ni, rupenya die dah nak balik dah … So, pergi lah jumpe die ‘sekejap’..(cadangnya nak jumpe kejap je..)


Kalau jumpe die ni lagi payah la nak pisah, kami pergi ke gerai kejap nak sembang-sembang sambil minum air… tengah sembang-sembang tu sempatlah ambik gambil die..hehe.. pastu cakap kat die, “ha, nanti bukak blog ye..”

Die datang masjid tadi naik motor kawan die, pastu kene tinggal sebab kawan die ada hal sikit. Terpaksa la balik jalan kaki je… tapi dekat je, dalam 4 minit sampai la..( die kata gitu lah).. habis minum kami pun keluarlah dari kedai tu.. malulah gak asyik gelak kuat-kuat dalam kedai, ramai orang pandang. Lagi satu dah banyak kali air tertumpah tu maksudnya suh keluarlah kot…
Cadangnya nak pergi ke masjid terus lepas keluar daripada kedai tu tadi, tapi pergi plak duk kat tepi jalan depan kedai cina tu… tempat yang paling tak strategic nak duduk sebenarnya. Dah la dekat sempang jalan, belakang tu ada anjing pulak. Sempatlah Imran bergambar dengan anjing tu…

Gambar dengan anjing kat belakang tu....

Panjang bercerita tapi tak cerita lagi pasal ceramah tu.. hehe…..

Dalam kul sepuluh barulah Imran mintak diri dulu nak balik rumah. Tu pun sebab hujan, kalau tak sampai bas UIA datang jemput baru nak balik kot… Jadi penulis pergilah ke masji, segan la gak nak masuk dah lambat. Tapi memang tak leh masuk pun, dah penuh. Terpaksa la usya dari luar je…. Tapi tak lame pastu ada pulak panggilan dari tuan yang empunya nombor 0199******…. Hehe…. Tak penting bukan kenal pun kalau bagi tau……

Ceramah habis lebih kurang pukul 11.30, tak lame lepas tu bas UIA datang nak bawak kami balik ke PJ, lepas bersalaman dengan kekawan di Nilai tu kami naik bas. Baru nak pejam mata dah sampai kat PJ. Sebab jalan tak lah sesak macam waktu pergi tadi. Sampai PJ dalam pukul 12.30. sesampai je di PJ terus balik bilik…

Perjalanan yang seronok....


-TAMAT-

Monday, November 17, 2008

Moh gi DQ!!!!

“wei moh gi DQ…” Pelawaan daripada Taqim mengajak penulis menziarahi sebuah tempat yang jauh terpencil di Hulu Selangor itu…. "Bole je…” jawab penulis..

Rancangan awalnya nak pergi DQ petang jumaat dan balik UIA semula keesokan harinya. Tapi atas beberapa masyaqah telah menukar perancangan kami untuk pergi pada hari sabtu dan Taqim pun sebenarnya terpaksa membatalkan niat untuk pergi ke DQ atas urusan lain..

Pada hari sabtu berangkatlah penulis (ceh macam nak pergi jauh sangat je..) bersama Akif dan Syrup ke kawasan yang dikelilingi dengan bukit-bukau itu… kami bertolak jam 11 pagi walaupun rancangan asalnya awal lagi, tapi biasalah hujung minggu….. nikmati pagi hujung minggu dengan sebaiknya…

Kami amek train ke KKB di KL Sentral, bagi yang tidak pernah menaiki train ke KKB harga tiket ke sana ialah RM5.60… tiada diskaun…

Pengangkutan untuk masuk ke Darul Quran daripada stesen komuter KKB tak de masalah. Sebab pada awalnya kami nak mintak tolong daripada sahabat kami yang berda di DQ mengambil kami dengan menaiki van berkuasa turbo beliau. Tapi sampai kat sana kami baru tau ada sorang sahabat kami dari UIA Nilai datang jugak.... Midi, jadi suruh dia ambik lah….(manfaatkan peluang yang ada)

Di Darul Quran ketika itu sedang berlangsung program konvesyen usrah (nama baru die ape ntah tak ingat). Esoknya pulak akan diadakan ekspo kesihatan dan jugak ekonomi.. Kirenya kebetulan lah datang DQ ada majlis besar macam tu plak.. Tapi bukan datang sebab majlis tu sebenarnya, mungkin majlis tu diadakan sebab kami datang kot…hehe…

Kami makan malam kat Cafe Darul Quran, café sekarang sudah berwajah baru sebab orang pun orang baru. Alhamdulillah malam tu ada yang sudi belanja kami, terima kasih kepada beliau
( name dirahsiakan untuk mengelakkan rase bangga manusia itu..) Malam itu juga ada
persembahan daripada peserta konvesyen usrah untuk meraikan kedatang kami..( ceh sebenarnya memang malam tu ada persembahan pun, kami cume tumpang tengok je..)


Di kafe Darul Quran


***********************


Keesokan harinya bermulalah ekspo sempena Hari Kesihatan Darul Quran dan jugak hari ekonomi apa ntah… Antara yang terdapat di ekspo tersebut ialah derma darah, booth daripada Darussyifa’, HPA, dan lain-lain. Yang paling penting sekali ialah booth untuk mendapatkan UPAX yang dibuka oleh mantan Pengerusi IQRAC gen 8 iaitu saudara Hamidi Zamri…

Niat dihati nak jugak derma darah hari tu, tapi sebab malam semalam tak cukup tido jadi terpaksalah membatalkan niat suci ini untuk menderma….(alasan yang kukuh..hehe..)


Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pihak menganjur kerana dapat menjayakan program tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah… Terima kasih jugak buat semua sahabat-sahabat di Darul Quran yang sudi untuk melayan kami waktu tu… Ziarah ke Darul Quran kali ini telah mengembalikan semangat kami untuk terus menjaga al-quran, menyebarkannya dan juga untuk menegakkan hukum-hukum yang terdapat didalamnya baik untuk diri sendiri dan juga umat…. insyaAllah kalau ada kesempatan nak lagi pegi sana… kalau dapat la…



Sunday, November 9, 2008

XTVT Cuti: Usrah yang kedua...

Alhamdulillah dengan izin daripada Allah S.W.T. sekali lagi penulis berpeluang untuk hadir ke Usrah di Lipis buat kali yang kedua. Usrah kali ini diadakan di Markas Pas Padang Tengku. Markasnya agak tersorok sikit di dalam hutan.Seperti kata Ustaz Zuan, “Macam ni lah PAS, orang bagi tanah dalam hutan…”. Tapi bagus jugak, dapatlah dimanfaatkan bumi Allah yang ada daripada menjadi sarang maksiat atau sebagainya.

Disebabkan usrah kali ini jauh sedikit daripada sebelum yang penulis ikuti, jadi terpaksalah penulis menumpang ahli usrah yang lain. Mulanya penulis membawa motosikal sampai ke berchang dan tunggulah Ustaz Zuan datang ambil. Tak lama sangat tunggu, dalam 5-10 minit menunggu, tibalah Ustaz menaiki kereta Myvy warna hitam. Di dalam kereta dah ada rupanya adik beradik kembar Fahmi dan Fahmir (upin &ipin…hehe..)

Sampainya di Markas kami bersiap untuk solat maghrib. Solat maghrib hari itu diimamkan oleh Ustaz Wan Dato’ KP. Turut hadir ialah Ustaz Khairul Fathi selaku Ketua Pemuda Bentong merangkap juge Exco Pemuda Negeri. Selain itu yang hadir ialah Imam masjid Daerah Lipis Ustaz Azrai’e (kalau tak silap ejalah….) dan juga beberapa pelajar.

Tajuk kali ini ialah berkenaan juga dengan tajuk minggu lepas iaitu Akhlak Dalam Pilihanraya. Soalan yang diajukan oleh Naqib usrah untuk diperbincangkan ialah bagaimanakah golongan yang sedikit itu boleh atau layak untuk mendapat pertolongan Allah bagi mencapai kemenangan, dan satu lagi meminta ahli usrah berkongsi bentuk-bentuk mehnah ataupun ujian yang ditempuh sepanjang menyusuri jalan dakwah ini…

Ramai juga yang memberi pendapat masing-masing. Penulis tidak sempat untuk memberikan apa-apa pendapat kerana usrah kali ramai sikit berbanding yang lepas. Kalau yang lepas boleh lagi nak mencelah, tapi mungkin penulis boleh berkongsi dengan semua dalam penulisan di blog ni. Mungkin next entri la kot, insyaAllah….

Yang menarik bila sahabat-sahabat berkongsi ujian yang perlu ditempuh sepanjang jalan dakwah ini. Bagi mereka yang sudah berkahwin halangan yang ,mereka tempuhi kebanyakannya daripada isteri dan anak-anak. Yang belum berkahwin pula ujian daripada wanita….. Alhamdulillah Ustaz Wan ada bagi beberapa cadangan..hehe… cadang untuk yang sudah berkahwin ialah untuk mengadakan satu bentuk tarbiah (usrah) untuk isteri-isteri pemuda. Jadi lepas ni kalau nak buat usrah boleh bawa anak isteri sekali…. Tapi kata Ustaz ini masih lagi cadangan kalau ada sokongan insyaAllah menjadi. Cadangan ini disokong oleh ustaz Zuan tetapi sokonganya ditolak sebab beliau masih belum berkahwin……. Hehe….:p

Kesimpulan bagi tajuk yang diperbincangkan hari itu dibuat oleh Ustaz Fathi, Ustaz Azrai’e dan Dato’ KP Ustaz Wan…

Selesai usrah kami solat Isyak yang diimamkan oleh imam muda Lipis Ustaz Azrai’e…. habis solat kami pergi serbu ke kedai makan..(rutin biasa lepas usrah) di kedai makan kami sambung berbual dan berbincang… Pemuda Lipis nak anjurkan program hujung tahun ini, jadi minta tenaga pelajar university untuk membantu. Nasib baik lah malam tu Ustaz Fathi ada sekali. Boleh mintak bantuan sikit dari beliau. Ustaz Fathi pun bagi kertas kerja program yang pernah beliau kendalikan sebelum ni. Alhamdulillah senang sikit dah ada bahan…

Seronok berbual tak berapa sedar jam dah pukul 11 lebih… tapi hujan tak berenti lagi, basah la motor yang di ‘parking’ kat berchang tadi…. Tak lama lepas tu, kami pun bangunlah dari tempat duduk walaupun rase cam berat je nak bangun… hehe…. Dalam perjalanan pulang hujan Nampak macam dah makin lebat. Kalau ikutnya nak hantar penulis sampai rumah terus sebab hujan lebat, kirenya esok baru amek motor kat berchang tu.. tapi sampai je kat berchang rupenya hujan tak sampai lagi kesitu.. Jadi cepat-cepatlah penulis memecut motor nak lagi daripada hujan dari belakang tu… dalam memecut tu, tapi peraturan jalan raya masih ikut lagi ye… tapi apa kan daya, hujan dapat kejar, sekurang-kurangnya tidak lah basah kuyup… amdulillah….

Thursday, November 6, 2008

XTVT Cuti: My 1st Usrah

Akhirnya berpeluang juge penulis untuk menghadiri Usrah Pemuda Pas Lipis. Jemputan yang sudah beberapa kali tetapi disebabkan banyak perkara telah menghalang penulis untuk hadir ke usrah tersebut sebelumnya. Jadi pada 28 0ktober yang lepas merupakan usrah pertama yang dihadiri penulis di Lipis. Pada paginya penulis menerima SMS daripada Timbalan Ketua Pemuda untuk hadir ke Usrah tersebut. Dalam mesej, tulis pukul 7 sampai 9 malam. Tapi disebabkan beberapa kesulitan terpaksa mula lambat sikit. Lagipun nak solat maghrib dulu. Perasaan waktu tu rasa gembira campur takut sikit. Hehe…

Waktu azan maghrib berkumandang penulis baru nak start enjin motorsikal . Jadi bertolak lah penulis dengan menunggang motosikal ke kampong sebelah, tempat diadakan usrah tersebut. Dalam perjalanan yang agak gelap tu tiba-tiba ternampak sebuah motosikal terbaring atas jalan. Rupenye ada orang jatuh motor, baru lagilah jatuh sebab motor tu pun tak berhenti bergerak lagi… Jadi berhentilah sekejap nak tengok siapa yang excident tu.

Parking motor kat tepi, Nampak ada orang tengah duduk mencangkung tahan sakit tangannya. Rupenye kawan sekampung, pergilah tolong die angkat motor die ke tepi. Lepas tu die pergi kat rumah yang dekat situ nak mintak ubat. Letih jugak lah nak angkat motor die tu, pasal tayar belakang dah tersekat dengan sweater die. Kenalah heret je motor tu. Nak buang sweater yang terlekat tu pun satu hal lagi. Lame jugak la, dalam 15 minit. Nasib baik die tu ok, tak de cedera teruk sangat. Boleh lagi lah kot nak bawak motor tu balik.

Bile dah setel penulis mintak beredar sebab dah lambat dah waktu tu. Sampai di Markas Berchang orang baru start sembahyang . Baru je rakaat pertama, jadi sempatlah sembahyang maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Wan Azlan Ketua Pemuda Pas Daerah Lipis. Habis solat maghrib bacaan ma’thurat dan baru lah usrah bermula. Disebabkan ni first time penulis hadir ke usrah tersebut, jadi kenelah ta’ruf sikit. Habis je sessi ta’ruf azan Isyak pun berkumandang. Maksudnya lama jugak la ta’ruf tu…hehe…

Tajuk yang diperbincangkan malam tu ialah Akhlak dalam pilihanraya. Usrah kali ini dapat meningkatkan sedikit pengetahuan dan juga sebagai pengalaman yang cukup berharga. Berkumpul dalam keadaan diri ini yang paling muda dan orang baru, memang segan la… Awalnya diminta ahli usrah untuk mengemukakan pendapat berkenaan tajuk hari tersebut. Di akhirnya barulah kesimpulan dibuat oleh naqib usrah iaitu ustaz Wan (Ketua Pemuda Lipis).

Tamat usrah malam tu dalam pukul 9.40 malam dan barulah kami solat isyak berjemaah. Hati penulis ketika itu sedikit takut lah, tak tahu ape nak cakap bile rumah nanti. Tapi takpe lah alang-alang dah lambat biar lambat terus balik. Selesai solat Isyak kami makan di gerai berhampiran. Waktu tu lah baru sambung balik sessi ta’ruf dengan sahabat-sahabat tadi. Dalam pukul 11 malam baru lah penulis bertolak balik. Dalam perjalanan penulis mencari jawapan ape yang nak dikatakan nanti..ehm…..

Sampai rumah, terus masuk bilik sebab kebanyakkan semua dah tido. Jadi tak payah nak cakap ape2…

Apa yang boleh kita sama-sama kongsi dalam entri kali ini ialah, sebagai seorang yang beriman kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita(tazkirah). Majlis ilmu merupakan salah satu cara untuk kita memperingat diri supaya tidak leka daripada garis yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Yang paling jelas sekali ialah tanpa Islam siapa lah kita. Bukan kita yang menguatkan Islam itu tetapi kita semua kuat kerana Islam.


Next usrah entri yang lain, lagi seronok....


Syahir: Kesempatan yang ada kita mestilah manfaatkan, satu lagi kita kene cari kesempatan. Pergi usrah waktu tu sebab kat masjid tak berapa nak ada pengisian. Jadi kene cari alternatif lain... Ilmu ni tak mengenal tempat, mana-mana saja ada ilmu. Ilmu juga tidak mengenal parti, mana-mana parti pun ada ilmu juga... hehe... pikir sendiri.. WALLAHu'alam..

Sunday, November 2, 2008

Labah-labah yang futur


41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Perintah Allah S.W.T. dalam surah at-taubah ayat yang ke 41 mewajibkan setiap daripada kita (orang mukmin) untuk berjihad ke jalan Allah baik dalam keadaan senang mahupun susah. Dinyatakan juga dalam ayat tersebut hendaklah kita berjihad dengan harta benda dan diri kita. Oleh itu tiada alasan lagi untuk mana-mana individu untuk berundur daripada perjuangan ini. Walau apa sekali pun yang berlaku keatas diri kita hendaklah kita sedar bahawa itu semua adalah ujian daripada Allah S.W.T. Allah telah menetapkan keatas disetiap bahu hambaNya tugasan yang perlu dilaksanankan, dan janganlah kita semua mengingkari perintahNya.


*********************


Tengah duduk-duduk bersahaja di rumah, penulis teringat satu filem aksi yang agak menarik baru dibelinya walaupun cetak rompak.. Sapa tak tahu dengan cerita Spiderman. Kini filem Spiderman sudah masuk siri yang ketiga.(dah lame dah pun, baru ada masa nak tengok) Jadi sedikit masa terluang boleh lah tengok. Dalam DVD tu ada 3 cerita, complete 3 siri Spiderman. Sebab filem pertama dah tengok, tengoklah filem yang kedua. Kali ni Spiderman ni dah mahir lah sikit berbanding waktu filem yang pertama dulu. Mungkin banyak kali dah belatih kot.....

Sebenarnya bukan nak cerita synopsis cerita ni pun, tapi penulis tertarik dengan cerita disebaliknya. Spiderman ataupun Peter Parker setiap hari ditimpa nasib malang. Mane taknye, pergi kerja hari-hari lewat pas tu kene buang kerje. Pergi kuliah kat kolej pun hari-hari lambat, bukan lewat sikit-sikit. Kekasihnya die pulak tak suke kat die sebab selalu lambat datang. Ini semuanya gara-gara die menjadi seorang Spiderman. Yelah dalam perjalanan nak ke tempat kerja tiba-tiba nampak ada jenayah.... atas rase tanggungjawap pergi lah kejar... tu yang lambatnya...

Sampai satu ketika Peter pun buat keputusan untuk berhenti daripada menjadi Spiderman.. Jadi, die pun hiduplah seperti orang biasa. Pergi kelas, kerja, dating, dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan baik... Semangat untuk menjadi seorang Super Hero dah lemah kerana keadaan sekeliling yang menekan hidup die. Ini lah kisah Peter Parker yang menjadi Spiderman. Tetapi, di pertengahan cerita Spiderman telah kembali kerana kekecohan yang berlaku di Bandar. Kerana masih ada rasa tanggungjawab dalam diri, Peter kembali menjadi Spiderman. Mungkin pada Peter, kalau bukan die siapa lagi.... Habis cerita, Peter terus menjadi Spiderman.

Ini cerita Spiderman, kalau kita semua ikuti kisah para sahabat dahulu dan juga kisah Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dalam memperjuangankan Islam. Mungkin kita dapat sedikit bayangan betapa peritnya perjuangan Islam yang perlu ditempuh. Tapi inilah lumrah hidup seorang pejuang Islam. Seseorang yang telah diberi kefahaman untuk perjuangkan Islam mesti menyahut cabaran tersebut dengan penuh tabah. Dalam surah at-taubah juga ayat ke 42 ada menyebut:

42. kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Jelas apa yang diperkatakan dalam ayat diatas, andai perjuangan agama Islam ini mudah dan tidak begitu jauh nescaya semua orang ingin memikul beban dakwah ini. Tetapi hakikatnya, tugas ini sangat susah yang sangat jauh.

Coretan ini mengharapkan diri ini dikekalkan oleh Allah dalam perjuangan Islam, dan diharapkan juga sahabat-sahabat lain istiqomah dalam menyampaikan risalah Islam sehingga akhir hayat..amin..

Wednesday, October 29, 2008

Tin Kosong

Ada hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud andai dicelup jari kita didalam laut, kita dapat lihat air yang menitis dari jari itu umpama ilmu manusia dan air yang barada dilautan itu adalah ilmu Allah..

Cuba kita bandingkan ilmu kita sesame manusia pula.Bagaimana perbandinagn ilmu seorang pelajar sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah?.... Kita banding pulak ilmu seorang mahasiswa dengan lecturer....... Cuba pulak banding dengan tokoh-tokoh yang terkemuka di Malaysia..... Sekarang jom kita ke luar Negara pulak….(^_^)

Sekarang ni pulak ni kenang kembali bagaimana ketokohan yang ada pada sahabat-sahabat Nabi S.A.W...

Baiklah, sekadar untuk ingatan supaya kita tidak terlalu angkuh dengan ilmu ataupun jawatan yang kita semua ada di dunia ini.

**************************

“ Apa yang kamu faham dengan Aqidah?”

Inilah soalan yang diajukan oleh seorang penuntut di Universiti Malaya…. Saya pun termenung sekejap, Berfikir sekejap macam mana nak jelaskan. Ehm…….

Kemudian setelah selesai menjawap soalan tersebut, diajukan lagi kepada kami beberapa soalan berkaitan dengan aqidah…. Agak sukar nak jawap, nak tembak tak berani pulak. Setelah selesai perbincangan, kami dapat sedikit pengajaran yang mungkin boleh kita sama-sama kongsi. Bila disebut tentang aqidah, ia melibatkan kepercayaan kita kepada Allah s.w.t. Aqidah mengikat kita dengan semua perkara yang terdapat dalam Islam. Tanpa aqidah yang benar-benar kuat akan menyebabkab umat Islam jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Ini baru bincang tentang Ilmu aqidah, tu pun dan berasap kepala fikir. Belum lagi nak bukan pasal Fikah, rasenya kalau la nak cerita pasal fikah memang panjang ceritanya….. Terasa begitu daifnya diri ini. Tetapi ini bukanlah alasan untuk seseorang berundur daripada mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Cuma apa yang penting sekali haruslah kita semua mendalami lagi ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama.

Saya masih ingat lagi kata-kata seorang saudara kita yang menggelarkan dirinya abang Samad dalam usrah lepas. Kata beliau, perkara yang penting sekarang ialah ilmu. Kalau kita ingin menjadi seorang peniaga yang berjaya kita mesti mempunyai ilmu tentang perniagaan. Kalau kita hendak jadi penoreh getah pula, kita mesti mahir dalam ilmu menorah getah. Saya sangat setuju dengan kata-kata beliau, cita-cita saja tidak cukup untuk menjadikan seseorang cemerlang jika tanpa ilmu.

Teringat pula saya akan kata hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali yang saya baca dalam buku teks sekolah menengah dulu .


العم بلا عمل جنون


العمل بلا علم لا يكن

Maksudnya, Ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu tidak menjadi(tidak sah)

Apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendalami lagi ilmu semoga Allah permudahkan lagi untuk memahami Islam.



Sedikit coretan dari penulis untuk kita perbaiki diri kita kearah kebaikan..

Monday, October 27, 2008

Perasaan ke TAHAP baru ni???

“Salam’alaik. Ada wat pape ke skrang” tiba –tiba masuk sms daripada Syed dalam handset saya. Biasa nya die hantar mesej-mesej tazkirah cuti-cuti macam ni. Saya pun balas dan tak lama lepas tu handset saya berbunyi lagi tapi bukan bunyi mesej masuk , kali ni bunyi ada panggilan pulak yang masuk.

Rupenye Syed yang call, baru saya ingat hari jadi dia baru lepas. Jadi dapat panggilan percuma selama seminggu kepada lapan orang yang di 8pax kan nombornya…. Jadi tukar lah kepada celcom!!!!

Tak banyak perbualannye, sebab saya pun dah agak mengantuk sikit waktu tu. Tak dapat lah nak bagi respon baik-baik sangat. Cuma yang menarik sikit soalan yang diajukan oleh Syed kepada saya, apa perasaan saya sewaktu pergi ke SMKA TAHAP baru ni dan apa pengajaran yang dapat. Malam tu, Cuma dapat bagi jawapan yang ringkas je mengantuk sangat kot.

Perasaan memang seronoklah bila dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu dan adik-adik. Tapi sebenarnya dalam keseronokkan itu, bercampur jugak rasa risau dan sedih. Yelah mestilah sedih gak bile dengar cerita pelik-pelik daripada cikgu-cikgu dan pelajar disana. Bukan nak kata zaman saya dulu kami semua hebat-hebat dan takde buat masalah. Cuma pada pandangan saya pelajar-pelajar disekolah menengah sekarang mestilah dilatih diri mereka untuk berdikari dengan lebih profesional. Bukan dimanjakan sangat dengan kesenangan.

Malam tu sempat saya pusing-pusing bilik adik-adik form 1. Terkenang saya sewaktu saya form 1 dulu yang boleh saya katakan tahun kegemilangan TAHAP (sape tak setuju ikutlah).

Masuk bilik tu berkenalan lah dengan adik-adik. Sempat gak jumpe dengan KP bilik tu. Sembang punye la lama, akhirnya saya pun bukak laptop saya sebab nak ambik sedikit perisian daripada pen drive adik ni.

Alang-alang dah bukak saye bukak lah mane-mane folder yang berminat, antaranya saya tengok gambar kem islah untuk tahun ni… Tengok gambar tu saya boleh bayangkan betapa seronoknya mereka yang terlibat dalam kem tersebut. Satu lagi yang buat saya terkejut bila saya tengok kem Islah ni , ramai cikgu-cikgu yang terlibat. Boleh kate semua cikgu kat Tahap ada dalam kem ini..(tapi tak semua rasenya, ade la 2 3 orang excuse kot).

Dari satu sudut saya lihat perkara ini bagus. Kerana cikgu memberikan sepenuhnya kotmimen dalam menjayakan setiap program di sekolah. Tapi saya lebih suka melihat dari sudut yang satu lagi, iaitu KP-KP yang sepatutnya mengendalikan kem ini sekadar pembantu. Ingat saya sewaktu kami ,KP-KP tingkatan 4 2005 mengendalikan Kem Islah, Cuma beberapa orang cikgu sahaja yang datang. Tu pun datang untuk posmotem. Sewaktu program berlangsung tak de cuma kami sajelah, KP form 4.

**********************************************************************************

Jom kita kembali kepada sejarah Islam dahulu….

Kita kenal sultan Muhammad Al-Fateh yang mana pada usi 18 tahun telah mengetuai angkatakan tentera. Dan imam Shafie pule, umur yang belum mencapai akhil baligh telah pun mengajar agama kepada orang dewasa. Kenapa hendak dijadikan kisah orang-orang dahulu seolah-olah sebuah cerita dongeng yang tidak akan dikecapi oleh sesiapa pun sekarang??

Ini baru cite pasal kem Islah. Ade lagi beberape perkara yang lagi jelas yang membuat kan hati saya risau dan sedih bile mengenangkan SMKA TAHAP ini. Jangan terasa pape ye, ini just pendapat…

Bile ditanya pasal pengajaran pulak, lagi la banyak pengajaran dapat. Tapi rase tak best la cite kat keluaran kali ni..

Lain kali la… Tapi ada ilmu baru yang dapat waktu jumpe ustaz Syed hari tu.. Ustaz sebut camni..

المريد مع معلمه كالميت مع مغسله

Semua tahu rasenya maksudnya…. Cerita selanjutnya lain kali…