Pages

Labels

Sunday, November 9, 2008

XTVT Cuti: Usrah yang kedua...

Alhamdulillah dengan izin daripada Allah S.W.T. sekali lagi penulis berpeluang untuk hadir ke Usrah di Lipis buat kali yang kedua. Usrah kali ini diadakan di Markas Pas Padang Tengku. Markasnya agak tersorok sikit di dalam hutan.Seperti kata Ustaz Zuan, “Macam ni lah PAS, orang bagi tanah dalam hutan…”. Tapi bagus jugak, dapatlah dimanfaatkan bumi Allah yang ada daripada menjadi sarang maksiat atau sebagainya.

Disebabkan usrah kali ini jauh sedikit daripada sebelum yang penulis ikuti, jadi terpaksalah penulis menumpang ahli usrah yang lain. Mulanya penulis membawa motosikal sampai ke berchang dan tunggulah Ustaz Zuan datang ambil. Tak lama sangat tunggu, dalam 5-10 minit menunggu, tibalah Ustaz menaiki kereta Myvy warna hitam. Di dalam kereta dah ada rupanya adik beradik kembar Fahmi dan Fahmir (upin &ipin…hehe..)

Sampainya di Markas kami bersiap untuk solat maghrib. Solat maghrib hari itu diimamkan oleh Ustaz Wan Dato’ KP. Turut hadir ialah Ustaz Khairul Fathi selaku Ketua Pemuda Bentong merangkap juge Exco Pemuda Negeri. Selain itu yang hadir ialah Imam masjid Daerah Lipis Ustaz Azrai’e (kalau tak silap ejalah….) dan juga beberapa pelajar.

Tajuk kali ini ialah berkenaan juga dengan tajuk minggu lepas iaitu Akhlak Dalam Pilihanraya. Soalan yang diajukan oleh Naqib usrah untuk diperbincangkan ialah bagaimanakah golongan yang sedikit itu boleh atau layak untuk mendapat pertolongan Allah bagi mencapai kemenangan, dan satu lagi meminta ahli usrah berkongsi bentuk-bentuk mehnah ataupun ujian yang ditempuh sepanjang menyusuri jalan dakwah ini…

Ramai juga yang memberi pendapat masing-masing. Penulis tidak sempat untuk memberikan apa-apa pendapat kerana usrah kali ramai sikit berbanding yang lepas. Kalau yang lepas boleh lagi nak mencelah, tapi mungkin penulis boleh berkongsi dengan semua dalam penulisan di blog ni. Mungkin next entri la kot, insyaAllah….

Yang menarik bila sahabat-sahabat berkongsi ujian yang perlu ditempuh sepanjang jalan dakwah ini. Bagi mereka yang sudah berkahwin halangan yang ,mereka tempuhi kebanyakannya daripada isteri dan anak-anak. Yang belum berkahwin pula ujian daripada wanita….. Alhamdulillah Ustaz Wan ada bagi beberapa cadangan..hehe… cadang untuk yang sudah berkahwin ialah untuk mengadakan satu bentuk tarbiah (usrah) untuk isteri-isteri pemuda. Jadi lepas ni kalau nak buat usrah boleh bawa anak isteri sekali…. Tapi kata Ustaz ini masih lagi cadangan kalau ada sokongan insyaAllah menjadi. Cadangan ini disokong oleh ustaz Zuan tetapi sokonganya ditolak sebab beliau masih belum berkahwin……. Hehe….:p

Kesimpulan bagi tajuk yang diperbincangkan hari itu dibuat oleh Ustaz Fathi, Ustaz Azrai’e dan Dato’ KP Ustaz Wan…

Selesai usrah kami solat Isyak yang diimamkan oleh imam muda Lipis Ustaz Azrai’e…. habis solat kami pergi serbu ke kedai makan..(rutin biasa lepas usrah) di kedai makan kami sambung berbual dan berbincang… Pemuda Lipis nak anjurkan program hujung tahun ini, jadi minta tenaga pelajar university untuk membantu. Nasib baik lah malam tu Ustaz Fathi ada sekali. Boleh mintak bantuan sikit dari beliau. Ustaz Fathi pun bagi kertas kerja program yang pernah beliau kendalikan sebelum ni. Alhamdulillah senang sikit dah ada bahan…

Seronok berbual tak berapa sedar jam dah pukul 11 lebih… tapi hujan tak berenti lagi, basah la motor yang di ‘parking’ kat berchang tadi…. Tak lama lepas tu, kami pun bangunlah dari tempat duduk walaupun rase cam berat je nak bangun… hehe…. Dalam perjalanan pulang hujan Nampak macam dah makin lebat. Kalau ikutnya nak hantar penulis sampai rumah terus sebab hujan lebat, kirenya esok baru amek motor kat berchang tu.. tapi sampai je kat berchang rupenya hujan tak sampai lagi kesitu.. Jadi cepat-cepatlah penulis memecut motor nak lagi daripada hujan dari belakang tu… dalam memecut tu, tapi peraturan jalan raya masih ikut lagi ye… tapi apa kan daya, hujan dapat kejar, sekurang-kurangnya tidak lah basah kuyup… amdulillah….

0 comments: