Pages

Labels

Thursday, November 6, 2008

XTVT Cuti: My 1st Usrah

Akhirnya berpeluang juge penulis untuk menghadiri Usrah Pemuda Pas Lipis. Jemputan yang sudah beberapa kali tetapi disebabkan banyak perkara telah menghalang penulis untuk hadir ke usrah tersebut sebelumnya. Jadi pada 28 0ktober yang lepas merupakan usrah pertama yang dihadiri penulis di Lipis. Pada paginya penulis menerima SMS daripada Timbalan Ketua Pemuda untuk hadir ke Usrah tersebut. Dalam mesej, tulis pukul 7 sampai 9 malam. Tapi disebabkan beberapa kesulitan terpaksa mula lambat sikit. Lagipun nak solat maghrib dulu. Perasaan waktu tu rasa gembira campur takut sikit. Hehe…

Waktu azan maghrib berkumandang penulis baru nak start enjin motorsikal . Jadi bertolak lah penulis dengan menunggang motosikal ke kampong sebelah, tempat diadakan usrah tersebut. Dalam perjalanan yang agak gelap tu tiba-tiba ternampak sebuah motosikal terbaring atas jalan. Rupenye ada orang jatuh motor, baru lagilah jatuh sebab motor tu pun tak berhenti bergerak lagi… Jadi berhentilah sekejap nak tengok siapa yang excident tu.

Parking motor kat tepi, Nampak ada orang tengah duduk mencangkung tahan sakit tangannya. Rupenye kawan sekampung, pergilah tolong die angkat motor die ke tepi. Lepas tu die pergi kat rumah yang dekat situ nak mintak ubat. Letih jugak lah nak angkat motor die tu, pasal tayar belakang dah tersekat dengan sweater die. Kenalah heret je motor tu. Nak buang sweater yang terlekat tu pun satu hal lagi. Lame jugak la, dalam 15 minit. Nasib baik die tu ok, tak de cedera teruk sangat. Boleh lagi lah kot nak bawak motor tu balik.

Bile dah setel penulis mintak beredar sebab dah lambat dah waktu tu. Sampai di Markas Berchang orang baru start sembahyang . Baru je rakaat pertama, jadi sempatlah sembahyang maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Wan Azlan Ketua Pemuda Pas Daerah Lipis. Habis solat maghrib bacaan ma’thurat dan baru lah usrah bermula. Disebabkan ni first time penulis hadir ke usrah tersebut, jadi kenelah ta’ruf sikit. Habis je sessi ta’ruf azan Isyak pun berkumandang. Maksudnya lama jugak la ta’ruf tu…hehe…

Tajuk yang diperbincangkan malam tu ialah Akhlak dalam pilihanraya. Usrah kali ini dapat meningkatkan sedikit pengetahuan dan juga sebagai pengalaman yang cukup berharga. Berkumpul dalam keadaan diri ini yang paling muda dan orang baru, memang segan la… Awalnya diminta ahli usrah untuk mengemukakan pendapat berkenaan tajuk hari tersebut. Di akhirnya barulah kesimpulan dibuat oleh naqib usrah iaitu ustaz Wan (Ketua Pemuda Lipis).

Tamat usrah malam tu dalam pukul 9.40 malam dan barulah kami solat isyak berjemaah. Hati penulis ketika itu sedikit takut lah, tak tahu ape nak cakap bile rumah nanti. Tapi takpe lah alang-alang dah lambat biar lambat terus balik. Selesai solat Isyak kami makan di gerai berhampiran. Waktu tu lah baru sambung balik sessi ta’ruf dengan sahabat-sahabat tadi. Dalam pukul 11 malam baru lah penulis bertolak balik. Dalam perjalanan penulis mencari jawapan ape yang nak dikatakan nanti..ehm…..

Sampai rumah, terus masuk bilik sebab kebanyakkan semua dah tido. Jadi tak payah nak cakap ape2…

Apa yang boleh kita sama-sama kongsi dalam entri kali ini ialah, sebagai seorang yang beriman kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita(tazkirah). Majlis ilmu merupakan salah satu cara untuk kita memperingat diri supaya tidak leka daripada garis yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Yang paling jelas sekali ialah tanpa Islam siapa lah kita. Bukan kita yang menguatkan Islam itu tetapi kita semua kuat kerana Islam.


Next usrah entri yang lain, lagi seronok....


Syahir: Kesempatan yang ada kita mestilah manfaatkan, satu lagi kita kene cari kesempatan. Pergi usrah waktu tu sebab kat masjid tak berapa nak ada pengisian. Jadi kene cari alternatif lain... Ilmu ni tak mengenal tempat, mana-mana saja ada ilmu. Ilmu juga tidak mengenal parti, mana-mana parti pun ada ilmu juga... hehe... pikir sendiri.. WALLAHu'alam..

0 comments: