Pages

Labels

Friday, June 12, 2009

Bicara Hati Kotor : Lidah sebut 'A' Hati kata 'B'

"Eh Mat!!! bangun cepat.. hari ni ko kan kene bagi kuliah subuh kat surau tuk budak 1st year yang baru masuk... cepat lah...." kejut Amal rakan serumah Mat..

"eh aku tak sedia sangat ni... semalam tak sempat nak sediakan bahan ceramah... classmate ajak main futsal la.. hang tak leh ganti aku ke..?? tolong la...." Rayu Mat meminta Amal menggantikannya untuk kuliah subuh.

Jam ketika itu sudah pukul 5.30m pagi... tak lama lagi azan subuh akan berkumandang... tapi, siapa yang akan pergi untuk menyampaikan kuliah subuh ni..

"Apa pulak, aku urusetia bahagian makanan la... tak pasal pulak bagi kuliah subuh.. kau goreng je la pape yang patut.. janji diorang boleh dengar. Ha, nanti pengaruh kau kuat sikit.. mesti adik2 1st year respek kat 'Abang Mat' ni..." Amal cube mempengaruhi Mat supaya dirinya tidak perlu menggantikan Mat untuk menyampaikan solat kuliah subuh.

"Hm... ye lah.. aku pegi je lah.... goreng je lah pape yang terlintas dalam kepala aku ni..." Mat menjawap sambil mencapai tuala untuk bersiap ke surau.

Sampai di surau, Mat dengan berpakaian jubah putih dan berserban di kepala duduk dihadapan pelajar baru untuk menyampaikan sedikit tazkirah kerana tugasnya dalam program ta'ruf sebagai unit disiplin dan ibadah. Tazkirah Mat pada pagi tersebut mengisahkan tentang niat..

"Adik-adik sekalian, perkara penting dalam hidup kita ialah ikhlas. Setiap pekerjaan kita hendaklah ikhlas kepada Allah. Kalau kita melakukan perkara untuk meraih pandangan orang ataupun harta maka segala peri laku kita hanyalah sia-sia....."

Begitulah sedikit sebanyak isi yang disampaikan oleh Mat kepada adik-adik 1st year.... Mat juga menasihatkan adik-adik supaya tanamkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tambah Mat lagi, perkara pokok dalam menentukan kejayaan seseorang ialah solat. Bila mana solat diabaikan maka terabailah segala ibadah yang lain. Maka jadilah kita orang yang terkenal di dunia tetapi tercela di akhirat kerana meringan-ringankan solat...

Setelah selesai kuliah Mat, Mat bersalam-salaman dengan adik-adik dan terus pulang ke rumah sewanya. Sampai ke rumah Mat mengejutkan Amal yang sedang tidur...

"Amal..!!! bangun.. tugas aku dah siap... kau pulak.. kan ko kene sediakan makanan untuk penceramah kejap lagi... cepat lah... nanti malu plak kita lambat camni.."

"Ye la... aku bangun lah..." Jawal Amal sambil menggaru pipinya...

"Ha camne kuliah kau tadi..? ok tak..?" tanya Amal kepada Mat.

"Boleh lah... ade gak modal yang terkeluar dalam kepala aku..." Cerita Mat kepada Amal.

"Apa yang kau goreng tadi.. hehe" Amat bertanya sambil tersenyum.

"Hehe.. cam bese lah.. modal turun kemurun untuk budak baru.. cite niat.... pastu aku cite sikit pasal solat... hehe.... cite sikit-sikit jelah.. copy ayat ustaz je..." tersengih-sengih Mat menjawap tanpa rasa bersalah dengan tindakannya itu.

"Hm... bagus lah nasihat tu... tapi kita kene ingat juga yang setiap yang kita katakan tu nanti akan disoalkan.. kalau kita tak usahakan bersungguh untuk lakukan apa yang kita katakan, berdosa tu... ilmu bukan untuk kita dagangkan kepada orang saje, yang penting untuk kita amalkan. kene ingat tu..." Amal membebel panjang...

"Ye lah.. tu aku tau... terima kasih lah... yang penting sekarang aku nak tidur.. nanti slot disiplin aku pegi sana ye.. kau tolong call aku ye..." Mat terus merebahkan badannya ke atas tilam, Amal yang sedang bersiap tidak dihiraukan....

************************************************

Habis cerita... cerita diatas diambil moga-moga menjadi pengajaran buat sahabat sekalian. Kita membicara tentang 'mendidik' atau perkataan popularnya tarbiah. Tetapi tidak memberi ruang untuk diri kita yang serba dhaif ini menerima tarbiah.

Teringat saya kata-kata ulama' menyebut hati yang mati tidak mampu untuk menghidupkan hati-hati mati yang lain. Tarbiah ataupun dakwah memerlukan HATI sebagai aset utama. Tanpa hati, segala gerak kerja akan menemui dengan kegagalan. Itulah hakikat perjuangan. Allah mengurniakan kekuatan hati yang dahsyat kepada Nabi SAW sehinggakan Baginda berjaya untuk membawa risalah Islam keseluruh dunia.

Bukanlah Islam itu tersebar kerana kepetahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat dalam berpidato. Tetapi hanya kerana hati yang suci murni bebas daripada sebarang penyakit maksiat.

Cerita di atas tadi cuba untuk menggambarkan kepada kita tentang situasi hari ini yang mana bentuk pendidikan hanya sekadar melepaskan tannggungjawab, mencari pendapatan, pangkat dan pengaruh dan pelbagai bentuk keduniaan yang lain.

Saya kira jika setiap institusi mempunyai urusetia yang sebegini rupa maka institusi2 di Malaysia tidak lama akan melahirkan cendiakawan yang kosong hati mereka tanpa di penuhi dengan sinar iman....

wahai pemuda.. bangkitlah daripada angan-angan bodoh kalian....:)

1 comments:

Umm Teem said...

Alhamdulillah..Peringatan yg baik utk semua.