Pages

Labels

Saturday, June 13, 2009

Gugur seorang perjuang..

Fw : ALFATIHAH USTAZ, DR FATHI YAKAN telah kembali ke rahmatULLAH..baru sebentar tadi. Sumber dari syria


Di atas ialah mesej yang saya dapat pada petang hari sabtu 13 jun 2009. Terkejut la jugak dengat berita yang dapat daripada seorang sahabat sebilik saya. Jadi saya pun menyebarkan mesej tersebut kepada kawan-kawan yang lain.. moga rohnya dicucuri rahmat..

Saya teringat lagi sewaktu menuntut di Darul Quran dahulu. Bila ditanya siapa tokoh saya yang masih hidup, saya akan cakap Ustaz Fathi Yakan. Walaupun tidak kenal sangat, tetapi semangat perjuangannya dapat dirasai hinggalah sekarang.

Perginya seorang ulama gerakan Islam ini bukan bermakna tenaga penggerak Islam semain berkurang. Tetapi saya yakin dengan roh jihad yang disebarkan oleh beliau pada hari ini telah 'lahir' berpuluh-puluh atau beratus lagi DR FATHI YAKAN diserata dunia.

Di sini saya kirimkan sebuah lagu yang saya minat. Dan bila dihayati liriknya sangat menyentuh hati dan menaikkan semangat.

Perantau

Perantau musafir perjuangan,

Tabahkanlah hatimu,

Berjuang dirantau orang,

Sedih pilu hanya Engkau yang tahu,

Ingatlah anak dan isteri,

janganlah menghiris hatimu,

Kerinduaan desa nan permai,

Janganlah melemahkan semangat juangmu.

Diwaktu ujian badai terus melanda,

Engkau tetap gigih berjuang,

Membenarkan sabda jujungan,

Terus memburu menuntut janji,

Pastilah Islam gemilang lagi.

Tapi perjuang kembara perjuangan,

Ujian bukan batu penghalang,

Kerana itulah syarat dalam berjuang,

Oh perjuang dimana pun ada ketenangan,

Dimana pun ada kebahagian,

Bila insan kenal pada tuhan,

Kasih sayang dan pembelaanNya,

Bagi insan yang menyerahkan,

Jiwa dan raga,

Anak dan isteri,

Kepada Allah,


Lagu di atas saya akan ceritakan post yang akan datang. seronok kalau kita membincangkan tajuk tersebut.. nanti ye.. kepada pejuang agama lain... perjuangan kita masih jauh...

0 comments: