Pages

Labels

Sunday, June 28, 2009

Pulang Ke Kampung


Pada hari Jumaat 19 jun 2009.. saya pulang ke kampung bersama Kak Long dengan menaiki kereta Kancilnya..Pada mulanya saya tak nak balik, tapi bile dapat tahu nenek saya sakit dan telah dimasukkan ke wad jadi saya pun ikut jelah kak Long balik…

Sampai je di Lipis kami terus ke Hospital Kuala Lipis dan selepas ziarah wan barulah kami balik rumah.. duk rumah rehat semalaman, keesokan baru pergi semula ke hospital.. cuti kali ini keluarga kami bergilir-gilir la duduk di hospital tu nak jaga wan. Hari sabtu tu ayah kena pergi ke Kuantan pulak untuk menghadiri mensyuarat KOSMA.. balik malam sikit…

Ayah balik daripada Kuantan terus ke hospital, tak sempat balik rumah sebab risau sangat keadaan wan ketika itu.. jadinya Ayah ambil sebuah bilik di Hotel berdekatan. Kami dating bawak baju daripada rumah. Tapi Ayah bukan tido di hotel tu pun, Cuma tempat mandi dan salin pakaian je… Ayah tido kat hospital sekali ngan adik2nya yang lain yang setia menemani bonda tercinta…

ayah dan pak ndak menemani wan

Bacaan yassin tidak putus-putus dibacakan oleh orang yang dating menziarah. Saya sempat lah juga beberapa kali membaca surah berkenaan disamping membaca surah lain. Keadaan hujung minggu kali ini agak sayu melihat keadaan wan kami yang terlantar sebegini… pada jumaat kami pulang wan masih sedar lagi. Tersenyum dia melihat saya dan Kak Long balik… hari sabtu wan sudah mula tidak sedarkan diri. Bila diperiksa semuanya berada dalam keadaan normal….

Sebagai manusia yang lemah ini, tidak ada sebarang kuasa yang mampu dilakukan ketika itu sekadar berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Di Surau Bukit Berangan pula kami adakan bacaan Yasin selepas solat Asar sebagai ikhtiar kami kepada Allah untuk member apa yang terbaik kepada kami dan wan.

Rancangan asalnya kami akan pulang ke tempat belajar masing-masing disebelah tengahari hari ahad, tapi ditangguhkan sebelah petang dalam pukul 7… Kali ni pulangnya kami menaiki kereta seramai 4 orang, saya, kak long, pakteh Atif dan mak Ndak Adah… berhimpit lah kami dalam kereta yang sarat dengan kek coklat itu.. Sebelum berangkat pulang kami pergi menjenguk wan. .. keadaan wan sama seperti semalam, masih tidak sedarkan diri. Sebarang kemungkinan boleh berlaku… selepas mencium tangan wan kami terus berangkatlah pulang ke Nilai dan Bangi….

0 comments: