Pages

Labels

Sunday, June 28, 2009

Pemergian

Salam’alaik.. sudah lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini kerana beberapa peristiwa telah berlaku minggu lepas. Jadinya blog ini terbiar begitu saje. Pada post kali ini saya ingin membawa beberapa peristiwa yang telah perlaku pada minggu lepas. Semuanya boleh dikatakan sudah basi, sekadar memenuhi ruang di alam maya ini..:)

Pada hari rabu yang lepas bertarikh 17 jun 2009 saya menerima satu panggilan telefon daripada akak saya, dikhabarkan telah berlaku satu kematian di Kampung saya. Orang itu ialah saudara Abu Hasan merupakan Setiausaha PAS Kawasan Lipis dan merangkap bapa saudara sepupu saya sebelah mak.. ye kot, tak pasti pulak… Beliau mempunyai anak yang pernah bersekolah di SMKA TAHAP, kirenya anak arwahyarham merupakan senior saya..

Saya diantara orang yang terawal diberitakan tentang kematian tersebut, jadi malam tu saya menyebarkan SMS kepada sabahat2 Tahapian yang lain.. Ikut rancangan awal, saya nak balik ke kampung pagi esoknya bersama seorang sahabat dari KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Tetapi rangcangan kami dibatalkan disaat2 akhir atas beberapa sebab.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari di link berikut:

http://pemudapaslipis.blogspot.com/2009/06/su-pas-lipis-meninggal-dunia.html

dan

http://pemudapaslipis.blogspot.com/2009/06/jenazah-hj-abu-hassan-selamat.html

Kematian itu adalah benar… Pada hari tersebut Allah telah memanggil seorang lagi pejuangNya untuk bertemu Tuhan yang Maha Esa..Tetapi ditinggalkan semangat juangnya bersama kita untuk kita terus bangkit menegakkan kalimah tauhid diseluruh pelusuk dunia ini. Semoga Rohnya mendapat keampunan daripada Allah dan ditempatkan bersama para syuhada’ dan orang2 yang soleh ….AMIN…..

0 comments: