Pages

Labels

Wednesday, June 17, 2009

Kisah Si Tiong

Suatu hari seorang pemuda yang beragama kristian datang berkunjung ke sebuah kampung untuk bertemu dengan rakannya Din yang dikenali sewaktu bekerja di Kuala Lumpur dahulu. John pergi ke sana dengan menaiki bas awam dari bandaraya Kuala Lumpur ke Utara Malaysia. John sudah lama tinggal di Malaysia, sebelum ini beliau menetap di Rusia bersama keluarganya. Jadinya John tidak tahu lah sangat adat dan budaya orang melayu ini. Bahasa melayu pun boleh faham sikit-sikit je...

Sesampainya John di Kampung Din, Din terus membawa john ke rumahnya. John tertarik dengan suasana kampung Din yang tenang dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang cantik. Dalam perjalanan ke rumah Din, mereka melalui di suatu kebun. Di kebun tersebut terdapat seekor burung tiong yang boleh bercakap... "assalamu'alaikum.." kata burung tersebut....

John terkejut dan bertanya kepada Din, bahasa apakah yang digunakan oleh burung tersebut. Din menjawab yang burung itu bercakap dalam bahasa arab.. Din menambah lagi bahawa ucapan tersebut untuk orang Islam sahaja... John bertanya lagi, kalau untuk orang Islam sahaja kenapa burung tu cakap kata-kata tadi kepada die.... Lalu Din menjawab yang burung tadi tak faham apa yang die cakap... sekadar menghafal apa yang di dengar daripada tuannya sahaja... lagi pun burung mana bleh faham sangat kata-kata manusia ni, balas Din sambil tersenyum.

Akhirnya sampailah mereka di rumah Din... disebabkan keletihan Din bawa john berehat di biliknya dahulu... Din pun pergi ke pekan sebentar untuk membeli barang untuk kenduri arwah malam nanti...

di waktu malam diadakan bacaan tahlil di rumah Din.. John cuma duduk diam sahaja lah dalam bilik mendengar sikit2 apa yang dibacakan... John pun membuka laptopnya untuk bermain game sambil menunggu majlis tersebut selesai. Tiba-tiba sedang seronok bermain, John dikejutkan dengan bunyi ratib yang agak kuat... ratib 'la ilaha illAllah'... tapi John mengabaikan seketika bunyi ratib tersebut.. bila selesai majlis Din masuk ke bilik bertemu dengan John... John mengambil kesempatan bertanyakan satu soalan kepada Din... John tanya, apa yang dibacakan oleh orang ramai tadi yang kuat bunyinya.... Din tersenyum.. Din menjawab yang tadi ialah bacaan dalam bahasa arab untuk si mati.. John bertanya lagi tentang maksud bacaan tadi... Din terdiam sebentar....

Belum sempat Din menjawab John pun berkata," oh, same like the bird"

Din termenung seketika.. sedarlah ia bahawa kalimah yang selama ini diucapkan hanya disebut di lidah saje bukannya dihayati.....

***THE END***

Baik.. setelah membaca artikel diatas saya sedikit terkesan berkenaan dengan aqidah kita selaku umat Islam...

Umat Islam pada hari ini tidak kenal Islam sebagaimana mereka kenal sahabat ataupun keluarga mereka. Perkara pokok kita sebagai umat Islam dalam beraqidah ialah mengenal Pencipta... bagaimana wujud kasih sayang tanpa perkenalan... maka dengan itu ulama telah membuat satu sistem bagi memudahkan umat Islam hari ini iaitu 'Sifat 20'. Pada zaman Nabi SAW tidak terdapat sistem yang khusus ini. Ini kerana sistem ini disusun oleh ulama' bagi memudahkan umat akhir zaman ini memahami 'sifat2 Allah'.

Perkara asas bagi umat Islam ialah mengenal sifat2 yang ada pada Allah dan RasulNya. Kemudian barulah masuk kepada topik yang seterusnya...

InsyaAllah jika dikurniakan Allah lagi kesempatan akan saya membicarakan lebih lanjut.
Cukup sekadar dalam post kali ini kita renung kembali adakah kita benar2 faham akan tanggungjawab kita diutuskan dimuka bumi ini dan adakah kita benar2 kenal akan Islam dan Penciptanya...

wallau'alam

0 comments: