Pages

Labels

Saturday, June 13, 2009

Forum 1 Malaysia


Buku di atas bertajuk '5o kata-kata tokoh berpengaruh' yang disusun oleh Ust. Dzulkhairi Presiden GAMIS. (iklan je, sape nak boleh contact Ust. Shaari ataupun melayari laman web GAMIS... nak tempah kat saya pun boleh gak.. sekadar jadi orang tengah je lah..)

*********************************

Pada hari sabtu 13 jun 2009 telah diadakan Forum Intelektual yang bertajuk '1 Malaysia' di Masjid Sikamat, Seremban. Antara ahli panelnya ialah Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com), Abang Faridzul (Presiden Ma'ruf Club), dan Cikgu Azmi (Presiden TERAS).

Forum yang sedang berlangsung

Tapi apa kaitan dengan iklan buku diatas..?? ha nanti saya ceritakan...

Petang sabtu, saya dan beberapa orang sahabat lain merancang untuk hadir ke Forum tersebut memandangkan tempatnya yang berdekatan dengan UIA Nilai dan jugak kami pun tengah free waktu itu. Jadi bertolaklah kami 5 orang dengan menaiki sebuah kereta kancil.
Ikutkan rancangan asal, kami nak follow kereta Hadi yang bawak ust Hasrizal. Tapi sebab kami terleawat, jadinya kenalah cari jalan sendiri..

Alhamdulilllah kami selamat sampai di Masjid tersebut. Itu pun dengan pertolangan sahabat lain.. hm.. ini lah indahnya bersahabat...

Matlamatnya memang dengar forum, selain daripada itu nak ambil buku di atas tadi daripada Abang Shaari.... itu lah kisahnya buku tersebut.. hehe...

Habis Forum kami makan 'sedikit' makanan yang sudah disediakan dan sempat lagi bergambar dengan ahli panel sebagai tanda kenang-kenangan... hehe...

Gambar kenangan dengan ahli panel


Refreshment

Jadinya, jam sudah menunjukkan pukul 1 kalau tak silap.. kami nak bergerak pulang ke Nilai..
Tetapi rupanya Cikgu Azmi kene menaiki kapal terbang pada awal pagi esok.. kalau balik ke KL letih pulak nanti nak gerak semula ke airport.. alang-alang dah sampai seremban elok menginap je dekat-dekat situ..

Pihak penganjur pun pelawa Cikgu bermalam di sebuah rumah sewa di kawasan Nilai berdekatan dengan Kampus UIA. Jadi misi kami seterusnya ialah hantar Cikgu ke Lapangan terbang... cikgu kene sampai sebelum pukul 6 pagi...

InsyaAllah.... boleh... itu je lah jawapan yang kami boleh bagi untuk meyakinkan pihak penganjur. Pada permulaan pagi tu dalam lebih kurang pukul 2 pagi kami sampai di rumah sewa tersebut. Sempat jap berbual dengan cikgu.. memang banyak bercerita cikgu ni.. tak bosan dengar dia cakap.. fakta yang dikeluarkan menarik...

cikgu Azmi bercerita sebaik saja tiba di rumah sewa

Dah lama berbual kami mintak diri dulu pulang ke UIA nak bersiap-siap.. kumpul tenaga sikit... dan pukul 5 kami gerak ke LCCT menemani Cikgu...
Ni lah antara pengalaman kami bersama dengan orang yang biasa kita gelar 'orang besar' tapi mereka tetap manusia macam kita. Tidak ada sebarang alasan untuk seseorang itu bersifat bongkak, takbur dan sombong dengan manusia lain... tidak perlu disediakan hotel yang mewah2, cukup sekadar rumah tumpangan yang dihuni oleh pelajar universiti....

Aizat sedang mengambil no. tel Cikgu Azmi, Presiden TERAS.

Moga perjalanan kali ini memberi kami semua pengajaran, dan Allah bukakan seluasnya pintu untuk menerima hidayah... Wallahu'alam

-THE END-

0 comments: