Pages

Labels

Sunday, June 28, 2009

Menjelajah Malaysia Dalam Masa 3 jam setengah

Ramai antara kita yang tidak dapat mempercayai bahawa baru-baru ini saya dan beberapa sahabat telah mengelilingi Malaysia dalam masa 3 jam setengah. Hm… macam mana tu.. ini bukanlah penjelahan di alam mimpi, tetapi realiti kerana saya dan sahabat2 telah pulang dengan membawa bukti yang kukuh bahawasanya kami telah pergi ke tempat itu.. hehe..

Antara destinasi yang kami kunjungi ialah SMKA SHAMS Negeri Sembilan, kemudian ke SMKA Pedas juga di Negeri tersebut. Kemudian pula, kami memanjangkan perjalanan kami ke Negeri di bawah pemerintahan PAS, Kelantan. Kami melawati SMKA Lati… Dari Pasi Mas kami pergi pula ke Kota Bharu melawat SMKA Naim Lilbanat…

Membeli bekalan makanan di SMKA SHAMS


Melawat gerai buku


Gambar kenangan bersama bas SMKA Lati..( gambar bukti)



'Di' SMKA Naim Lilbanat..


Selepas itu kami ke negeri yang berjiran dengan Kelantan iaitu Negeri Terengganu… di Terenggganu kami sempat ziarah ke SMKA Sheikh Abdul Malek. Kemudian sempat sebentar ke SMKA Tok Jiring…

Gambar bas SMKA Sheikh Abdul Malek yang di ambil sewaktu lawatan kami di sana.

Selepas itu pula kami turun ke negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Negeri Pahang. Di sana kami telah melawati sebuah sekolah yang tidak asing lagi di Pahang iaitu SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang(TAHAP). Sekolah yang telah mentarbiah diri ini dan membekalkan diri ini dengan persiapan untuk berperang… :)Bergambar di hadapan bas SMKA TAHAP, sebuah sekolah yang sangat hebat..:)

Sebelum kami pulang semula ke Nilai, kami singgah sebentar di SMKA Kuala Lumpur dan barulah kami pulang semula ke UIAM Nilam Campus.. perjalanan kali ini cukup membeir erti yang mendalam dalam diri ini. Teringat kembali sewaktu berada di bangku sekolah menengah. Kenangan yan g tidak akan kembali lagi dimana-mana…

Sempat sekejap 'menjejakkan kaki' di SMKAKL

Kami berada di destinasi pertama SMKA SHAMS pada jam lebih kurang 4.30 petang dan kami sampai di Nilai jam 8+- malam….

************************

Cukup la mengarut kejap. Cerita sebenarnya kami pergi ke SMKA SHAMS Negeri Sembilan untuk menyaksikan ihtifal SMKA Kebangsaan. Sesampainya kami pertandingan pada hari tersebut sudah pun berakhir.. para peserta telah pulang te tempat penginapan. Sebahagiannya menginap di SMKA SHAMS dan sebahagian lagi di SMKA Pedas…

Gambar kenangan kami bersama bas-bas SMKA yang menghadiri majlis Ihtifal SMKA baru-baru ni

Jadi untuk memuaskan lagi hati, kami pergi lah ke SMKA Pedas.. disana kami tak sempat berjumpa dengan sesapa pun, jadi bergambar je lah dengan bas yang ada..Tapi kami tetap berpuas hati…:)

5 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

hahahhaa,aku dah pelik dah mule2..ade ke 3 jam buleh round stu mlesia.hahhahahaha..pandai hang karang cite ek..hehehe

http://bintuzubair.blogspot.com/ said...

salam...tipu....tipu....huhuhu...memang lwk...

ezzy.... said...

syauki pun ikut gak???
hhhmmmm???!!!

Sumie Suhaimi said...

kuang asam jawa punye adik.. mengompiuskan along btl..n9 to kltn 3jm stgh??? kite blik kg pn da 3 jam...hahahaaha... tp kreatif jgk ehh...

Nabila H.... said...

salam..
pandai betul penulis mengelirukan org...
anyway...xsangka plak smka naim da de bas baru..coz dulu bas depa sama design dgn bas smka lati..
sape yg dpt johan keseluruhan ihtifal tu?