Pages

Labels

Thursday, April 1, 2010

Tanpa Agama


RABBANI - TANPA AGAMA
Album : Mahabbah

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada tuhan kecuali Allah
Tuhan yang Esa lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah

Begini keindahan susunan ayat yang dapat menjentik hati kita supaya tidak leka dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Dikalangan kita alhamdulillah mereka mensyukuri nikmat harta benda yang dikurniakan Allah kepadanya. Tetapi ramai pula yang tidak sedar akan nikmat beragama yang Allah anugerahkan.

"Kita lihat jari kelingking ini tidak berguna, tetapi kita akan rasa betapa pentingnya jari ini bila ianya hilang daripada kita" kata ustaz saya sewaktu memberi kuliah maghrib di surau SMKA TAHAP dahulu...

'Tanpa Agama Hidup Akan Punah'

Kata-kata keramat yang menjadi pedoman di dalam hati..

**********************

"Argh... tolong.. aku tengah down.. hanset aku hilang semalam.. takde mood la nak study..!!" keluh seorang sahabat..

"Kau simpan kat mana handset tu..??"

"Dalam loker la, kunci lagi. Macam mana ntah boleh hilang.."

Bagi orang akalnya masih berfungsi dengan baik, tindakan yang dibuat selepas berlakunya kejadian seperti di atas ialah akan lebih berjaga-jaga terhadap barang peribadinya. Ini kerana dirinya SEDAR akan kelalaiannya yang lepas telah menyebabkan barangnya hilang..

baik..

Apa berlaku jika barang yang hilang itu adalah IMAN dan ISLAM... Adakah akan wujud dialog seperti di atas. Persoalan yang mudah adakah kita akan menjadi SEDAR akan kehilangan IMAN itu??

Kehilangan IMAN tidak akan dapat disedari kerana rase SEDAR itu sendiri timbul daripada IMAN. Bilamana kita masih sedar akan perilaku buruk yang kita lakukan, maka masih lagi terdapat IMAN dan diri kita. Manakala, andaikata kita tidak berasa apa-apa salah dalam setiap dosa yang dilakukan, maka sesungguhnya IMAN sudah lenyap dalam diri ini..

Jadi, selagi IMAN ini masih bertapak di dalam diri, peliharalah ia supaya ianya tidak lari daripada kita..

wallahu'alam....


0 comments: