Pages

Labels

Tuesday, October 14, 2008

Terbangnya Bukhari Ditiup Angin Ke Mesir

BUKHARI KE MESIR

Bermula 9 oktober sampailah 17 oktober adalah final exam untuk saya di CFS. Jadi harapnya, sahabat sekalian dapat mendoakan semoga kami semua memperolah kejayaan dam final exam ini insyaAllah.

Pada 14 oktober yang lepas seorang sahabat kami, Bukhari Muslim telah berlepas ke Mesir bagi meyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Jadi harapan kami semua agar beliau berjaya dalam bidang yang beliau ceburi itu. Walaupun ketika itu musim peperiksaan, tapi ianya tidak menghalang keinginan kami untuk pergi menghantar Bukhari di KLIA. Sebenarnya, minggu lepas sudah ada satu rombongan yang berlepas ke Mesir tapi saya tak sempat nak hantar sebab waktu tu dalam cuti raya lagi. Jadi, tak nak lepaskan peluang kali ni.


Mulanya tak sedar pun yang hari tu Bukhari nak fly, bila siap solat zuhur tu baru teringat. Then terus tanya siapa lagi pergi. Rupanya ramai gak yang dah rancang nak pergi, risau gak sebab terlambat confirmkan ni. Nanti gi sorang-sorang plak, apalagi terus call Hadi nak tanya kereta die kosong lagi tak. Die cakap kosong, alhamdulilllah gembiralah kejap. Janjinya nak bertolak lepas maghrib, so sebelum tu pegi ‘cas tenaga’ kejap.


Lepas maghrib kami kumpul dulu di Masjid untuk tunggu sampai semua cukup. Tiab-tiba ada timbul pula satu masalah, kereta tak muat sebab terlebih orang plak. Kami pun cubalah juga untuk usahakan supaya tak de yang terlepas. Dalam masa cube untuk mendapatkan kenderaan tu, kami yang naik kereta ngan Hadi pergi la dulu. Kami keluar time tu hampir-hampir nak Isyak dah.Perjalanan kami terus ke KLIA, cume berhenti isi minyak kejap kat shell.


Sampainya di KLIA lebih kurang jam 9.50 malam, janji ngan Bukhari nak jumpe kul 10.30. Jadi pergi la solat Isyak dulu di surau tingkat 3… Sebelum solat, rehat-rehat dulu sambil menyaksikan cerita upin dan ipin. Bila dah kul 10.30 kami keluar pegi jumpe Bukhari kat tingkat lima. Sampai je kat situ, rupanya geng-geng dari CFS Nilai dah ada kat situ. Antara budak Nilai Midi, Fathi, Zulkifli, Lok dan Fakri. Rindu gak la kat diorang sebab tak selalu jumpe, jadi malam tu suasana agak meriah bila masing-masing bukak cerita.




Geng dari Nilai


*************


Semua pelajar yang akan berlepas ke Mesir berkumpul di pintu masuk no.1. Kami pun ikut sekali la, macam kitaorang plak yang nak fly sebab kami pun dengar taklimat sekali. Lepas taklimat tentang penerbangan kami dengar pula sedikit tazkirah daripada Prof. Razali iaitu orang yang menguruskan program pelajar-pelajar ke Mesir ini. Antara peringatan yang menarik saya ingat ialah kita mesti menjadi seorang pelajar yang berteraskan ilmu bertunjangkan iman. Dalam masa kita menuntut, kita harus sentiasa ingat bahawa kita kene jaga iman… banyak lagi peringat yang beliau sampaikan, dapatlah sikit motivasi semalam.

Sedang taklimat berlangsung, sampai lagi sahabat kami yang lain. Geng yang tertinggal kat masjid tadi. Nasib baik diorang dapat pinjam motor daripada principal ZC madam Asmeza. Thank you madam!!! Hehe……. Diorang yang datang lambat tu Syrup, Taqim dan Aizat. Sanggup tu datang naik motor dari PJ dalam keadaan jalan yang agak licin baru lepas hujan. Tak lama lepas tu sampai pulak abang Muaz ngan Abang Shahril. Diorang ni senior kami waktu kat Darul Quran dulu, memang terharu gak la…ceh….


Abang Muaz ngan Abang Shahril


Gambar beramai-ramai ngan Bukhari




Sambil nak tunggu Bukhari hantar beg kami pergi la makan malam jap, time tu geng dari Nilai dah nak berangkat pulang sebab Midi, Lok, dan Fakri ada exam. Yang lain tu pergi la menjamu selera di KFC yang berhampiran. Habis makan kami sembang-sembang dulu, Kirenya KFC malam tu jadi cam rumah kami. Ikut suke hati je nak ubah-ubah kedudukan meja.

Dalam kul 1 pagi kami semua tunggu kat balai perlepasan. Sebelum turun kami bersalamam dengan Bukhari dengan iringan muzik sound track AQ.. hehe sape la yang pasang lagu tu ye.. Habis bersalam-salaman kami berkumpul untuk berdoa semoga perjalanan berjalan lancar, doa dibacakan oleh Hisyam… Akhirnya Bukhari pun masuk untuk check in. Berkurang la sorang ‘tulang hidup’ kat Malaysia ni… hehehe….


Hisyam bacakan doa selamat


Kami pun bertolak untuk pulang. Mulanya cadang nak tidur kat CFS Nilai, tapi sebab esoknya ada yang kena amek kuiz jadi kami terus menuju ke PJ walaupun tak tau nak duk mana malam tu.


Nak blik dah..


Perjalanan pulang pada malam tu agak hambar gak la, mane taknya semua dah letih, jadi ramai lah yang tido. Sekarang ni masalahnya nak duduk rehat kat mana? Sampai kat seksen 14 kami cube nak masuk dalam masjid dekat situ tapi berkunci… Jadi tukar plan, pergi Mc Donald plak nak lepak-lepak. Tapi diorang tutup plak untuk kemas apa ntah… Argh…!!!!! Letihnya, nak duk mana?. Kami terus ke SS2…. Perkara yang sama, sume tutup… jam dah pukul 4.20 pagi kot… kami pun terus je la ke masjid sebelah UIA kot2 masjid dah bukak. Alhamdulillah pintu pagar dah bukak tapi tak leh masuk gak, semua pintu masuk ke dalam tutup lagi.. Kami pun duduklah kat cafĂ© Masjid tu….


Kat Mc D seksen 14


Tengah-tengah sembang tetiba Syafiq Kamil ajak ke cari makanan untuk sahur. Kami pun pergi lah semua sekali cari tempat nak sahur. Akhirnya satu-satunya tempat yang sesuai ialah KFC.. KFC lagi…… tak pelah makan sikit-sikit jadilah. Habis makan kami balik semula ke masjid tadi, barulah boleh masuk. Lepas solat subuh kat situ baru kami balik bilik masing-masing….. THE END


Sahur di KFC PJ


p/s: Skuad penghantar dari CFS PJ ialah Firdaus Abu bakar, Haq, Hadi, Syafiq Kamil, Hisyam Syrup( Asyrafuddin) Muntaqim, Aizat, dan Saya……

5 comments:

Ibnu Iskandar said...

rasaya elok korang seme apply jd ahli kelab 'CINTA' kfc..tak sah kalau outing mane2 kalau tak gi kfc kan.kalau kelab tu belum wujud ana cadangkan anta tubuhkan n jd presiden ye..hahaha

Syahir Safwan said...

bukan suke-suke nak pergi... kat klia bukan senang nak cari kedai makan, tak biasa lagi.... makan hari tu pun kene fikir berape kali baru makan. banyak belanja tu...

Ibnu Iskandar said...

yelah..saje je gurau d bulan syawal ni...jangan marah,nanti cepat tua.!

dan said...

hmm panjangnye menulis...rajinnye berjalan bersama member2..aku takde masa nak ke sana sini langsung.

makan kfc je ye. jangan2 nanti gemuk.
ingat makan kfc tu boleh tumbuh ke b**u kaki tu?

haha :)

Syahir Safwan said...

Ade peluang pergi la jalan...
ko pun pergi gak hantar member ko kan rasydan....