Pages

Labels

Monday, October 27, 2008

Perasaan ke TAHAP baru ni???

“Salam’alaik. Ada wat pape ke skrang” tiba –tiba masuk sms daripada Syed dalam handset saya. Biasa nya die hantar mesej-mesej tazkirah cuti-cuti macam ni. Saya pun balas dan tak lama lepas tu handset saya berbunyi lagi tapi bukan bunyi mesej masuk , kali ni bunyi ada panggilan pulak yang masuk.

Rupenye Syed yang call, baru saya ingat hari jadi dia baru lepas. Jadi dapat panggilan percuma selama seminggu kepada lapan orang yang di 8pax kan nombornya…. Jadi tukar lah kepada celcom!!!!

Tak banyak perbualannye, sebab saya pun dah agak mengantuk sikit waktu tu. Tak dapat lah nak bagi respon baik-baik sangat. Cuma yang menarik sikit soalan yang diajukan oleh Syed kepada saya, apa perasaan saya sewaktu pergi ke SMKA TAHAP baru ni dan apa pengajaran yang dapat. Malam tu, Cuma dapat bagi jawapan yang ringkas je mengantuk sangat kot.

Perasaan memang seronoklah bila dapat berjumpa dengan cikgu-cikgu dan adik-adik. Tapi sebenarnya dalam keseronokkan itu, bercampur jugak rasa risau dan sedih. Yelah mestilah sedih gak bile dengar cerita pelik-pelik daripada cikgu-cikgu dan pelajar disana. Bukan nak kata zaman saya dulu kami semua hebat-hebat dan takde buat masalah. Cuma pada pandangan saya pelajar-pelajar disekolah menengah sekarang mestilah dilatih diri mereka untuk berdikari dengan lebih profesional. Bukan dimanjakan sangat dengan kesenangan.

Malam tu sempat saya pusing-pusing bilik adik-adik form 1. Terkenang saya sewaktu saya form 1 dulu yang boleh saya katakan tahun kegemilangan TAHAP (sape tak setuju ikutlah).

Masuk bilik tu berkenalan lah dengan adik-adik. Sempat gak jumpe dengan KP bilik tu. Sembang punye la lama, akhirnya saya pun bukak laptop saya sebab nak ambik sedikit perisian daripada pen drive adik ni.

Alang-alang dah bukak saye bukak lah mane-mane folder yang berminat, antaranya saya tengok gambar kem islah untuk tahun ni… Tengok gambar tu saya boleh bayangkan betapa seronoknya mereka yang terlibat dalam kem tersebut. Satu lagi yang buat saya terkejut bila saya tengok kem Islah ni , ramai cikgu-cikgu yang terlibat. Boleh kate semua cikgu kat Tahap ada dalam kem ini..(tapi tak semua rasenya, ade la 2 3 orang excuse kot).

Dari satu sudut saya lihat perkara ini bagus. Kerana cikgu memberikan sepenuhnya kotmimen dalam menjayakan setiap program di sekolah. Tapi saya lebih suka melihat dari sudut yang satu lagi, iaitu KP-KP yang sepatutnya mengendalikan kem ini sekadar pembantu. Ingat saya sewaktu kami ,KP-KP tingkatan 4 2005 mengendalikan Kem Islah, Cuma beberapa orang cikgu sahaja yang datang. Tu pun datang untuk posmotem. Sewaktu program berlangsung tak de cuma kami sajelah, KP form 4.

**********************************************************************************

Jom kita kembali kepada sejarah Islam dahulu….

Kita kenal sultan Muhammad Al-Fateh yang mana pada usi 18 tahun telah mengetuai angkatakan tentera. Dan imam Shafie pule, umur yang belum mencapai akhil baligh telah pun mengajar agama kepada orang dewasa. Kenapa hendak dijadikan kisah orang-orang dahulu seolah-olah sebuah cerita dongeng yang tidak akan dikecapi oleh sesiapa pun sekarang??

Ini baru cite pasal kem Islah. Ade lagi beberape perkara yang lagi jelas yang membuat kan hati saya risau dan sedih bile mengenangkan SMKA TAHAP ini. Jangan terasa pape ye, ini just pendapat…

Bile ditanya pasal pengajaran pulak, lagi la banyak pengajaran dapat. Tapi rase tak best la cite kat keluaran kali ni..

Lain kali la… Tapi ada ilmu baru yang dapat waktu jumpe ustaz Syed hari tu.. Ustaz sebut camni..

المريد مع معلمه كالميت مع مغسله

Semua tahu rasenya maksudnya…. Cerita selanjutnya lain kali…


0 comments: