Pages

Labels

Wednesday, October 29, 2008

Tin Kosong

Ada hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud andai dicelup jari kita didalam laut, kita dapat lihat air yang menitis dari jari itu umpama ilmu manusia dan air yang barada dilautan itu adalah ilmu Allah..

Cuba kita bandingkan ilmu kita sesame manusia pula.Bagaimana perbandinagn ilmu seorang pelajar sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah?.... Kita banding pulak ilmu seorang mahasiswa dengan lecturer....... Cuba pulak banding dengan tokoh-tokoh yang terkemuka di Malaysia..... Sekarang jom kita ke luar Negara pulak….(^_^)

Sekarang ni pulak ni kenang kembali bagaimana ketokohan yang ada pada sahabat-sahabat Nabi S.A.W...

Baiklah, sekadar untuk ingatan supaya kita tidak terlalu angkuh dengan ilmu ataupun jawatan yang kita semua ada di dunia ini.

**************************

“ Apa yang kamu faham dengan Aqidah?”

Inilah soalan yang diajukan oleh seorang penuntut di Universiti Malaya…. Saya pun termenung sekejap, Berfikir sekejap macam mana nak jelaskan. Ehm…….

Kemudian setelah selesai menjawap soalan tersebut, diajukan lagi kepada kami beberapa soalan berkaitan dengan aqidah…. Agak sukar nak jawap, nak tembak tak berani pulak. Setelah selesai perbincangan, kami dapat sedikit pengajaran yang mungkin boleh kita sama-sama kongsi. Bila disebut tentang aqidah, ia melibatkan kepercayaan kita kepada Allah s.w.t. Aqidah mengikat kita dengan semua perkara yang terdapat dalam Islam. Tanpa aqidah yang benar-benar kuat akan menyebabkab umat Islam jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Ini baru bincang tentang Ilmu aqidah, tu pun dan berasap kepala fikir. Belum lagi nak bukan pasal Fikah, rasenya kalau la nak cerita pasal fikah memang panjang ceritanya….. Terasa begitu daifnya diri ini. Tetapi ini bukanlah alasan untuk seseorang berundur daripada mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Cuma apa yang penting sekali haruslah kita semua mendalami lagi ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama.

Saya masih ingat lagi kata-kata seorang saudara kita yang menggelarkan dirinya abang Samad dalam usrah lepas. Kata beliau, perkara yang penting sekarang ialah ilmu. Kalau kita ingin menjadi seorang peniaga yang berjaya kita mesti mempunyai ilmu tentang perniagaan. Kalau kita hendak jadi penoreh getah pula, kita mesti mahir dalam ilmu menorah getah. Saya sangat setuju dengan kata-kata beliau, cita-cita saja tidak cukup untuk menjadikan seseorang cemerlang jika tanpa ilmu.

Teringat pula saya akan kata hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali yang saya baca dalam buku teks sekolah menengah dulu .


العم بلا عمل جنون


العمل بلا علم لا يكن

Maksudnya, Ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu tidak menjadi(tidak sah)

Apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendalami lagi ilmu semoga Allah permudahkan lagi untuk memahami Islam.



Sedikit coretan dari penulis untuk kita perbaiki diri kita kearah kebaikan..

1 comments:

Naqeb Sulaiman said...

salam. sama-sama perbaiki ke arah kebaikan. salam ziarah.