

Ni gambar saya dan Safuan
Gambar Sadid dan Sabri
Hari raya pertama memang letih, jalan raya sampai merentasi beberapa buah kampung (tapi sikit je rumah yang dilawatinya)...
Tak dilupa juga rakan tahapian yang sudi mengunjungi saya dirumah, maklumlah saya takde lesen lagi jadi agak susah nak beraya ke rumah rakan-rakan tahap yang lain. Antara yang datang ialah RAsydan, Wan Nor Firdaus (Pidot) dan Amin Zikri. Tapi diorang datang asing-asing dan juga berlainan hari. Ada lah juga jemputan untuk join sekali beraya ke jerantut dari Rakan disana pada hari raya ke 3 tapi apakan daya tidak kesampaian...
Rasydan dan ayahnya
Pidot ngan kawan die
Amin Zikri
Hari Raya setiap tahun macam mana pun tetap lain. walaupun kite punye baju raya sama tapi suasana yang dahulu tidak dapat dikembalikan. Hari Raya kita meraikan kemenangan kita setelah berjaya melepasi tarbiah bulan ramadan, Erti kemenangan boleh kita rasai dengan keseronokan kita dalam beribadah dan rasa takut kita kepada Allah.
Hari Raya disambut oleh umat Islam diseluruh dunia tanpa mengenal kaum, warna kulit, ataupun kefahaman. Sebab iotu hari raya dikatakan sebagai hari kemenangan, kerana hari tersebut lambang kesatuankita seluruh umat Islam. Andai kita semua bersatu, kita akan mencapai kemenangan.
Dihari Raya kita digalakkan untuk menziarahi rumah saudara mara kita, ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita umat Islam....
Saje bagi tazkirah sikit..............
Gambar keluarga
Gambar Keluarga besar
AKHIR KATA, SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA
p/s: sorry lambat update, cerita raya bersama keluarga saya banyak saya tulis dalam blog keluarga saya kat link sebelah
0 comments:
Post a Comment