Pages

Labels

Sunday, November 2, 2008

Labah-labah yang futur


41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Perintah Allah S.W.T. dalam surah at-taubah ayat yang ke 41 mewajibkan setiap daripada kita (orang mukmin) untuk berjihad ke jalan Allah baik dalam keadaan senang mahupun susah. Dinyatakan juga dalam ayat tersebut hendaklah kita berjihad dengan harta benda dan diri kita. Oleh itu tiada alasan lagi untuk mana-mana individu untuk berundur daripada perjuangan ini. Walau apa sekali pun yang berlaku keatas diri kita hendaklah kita sedar bahawa itu semua adalah ujian daripada Allah S.W.T. Allah telah menetapkan keatas disetiap bahu hambaNya tugasan yang perlu dilaksanankan, dan janganlah kita semua mengingkari perintahNya.


*********************


Tengah duduk-duduk bersahaja di rumah, penulis teringat satu filem aksi yang agak menarik baru dibelinya walaupun cetak rompak.. Sapa tak tahu dengan cerita Spiderman. Kini filem Spiderman sudah masuk siri yang ketiga.(dah lame dah pun, baru ada masa nak tengok) Jadi sedikit masa terluang boleh lah tengok. Dalam DVD tu ada 3 cerita, complete 3 siri Spiderman. Sebab filem pertama dah tengok, tengoklah filem yang kedua. Kali ni Spiderman ni dah mahir lah sikit berbanding waktu filem yang pertama dulu. Mungkin banyak kali dah belatih kot.....

Sebenarnya bukan nak cerita synopsis cerita ni pun, tapi penulis tertarik dengan cerita disebaliknya. Spiderman ataupun Peter Parker setiap hari ditimpa nasib malang. Mane taknye, pergi kerja hari-hari lewat pas tu kene buang kerje. Pergi kuliah kat kolej pun hari-hari lambat, bukan lewat sikit-sikit. Kekasihnya die pulak tak suke kat die sebab selalu lambat datang. Ini semuanya gara-gara die menjadi seorang Spiderman. Yelah dalam perjalanan nak ke tempat kerja tiba-tiba nampak ada jenayah.... atas rase tanggungjawap pergi lah kejar... tu yang lambatnya...

Sampai satu ketika Peter pun buat keputusan untuk berhenti daripada menjadi Spiderman.. Jadi, die pun hiduplah seperti orang biasa. Pergi kelas, kerja, dating, dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan baik... Semangat untuk menjadi seorang Super Hero dah lemah kerana keadaan sekeliling yang menekan hidup die. Ini lah kisah Peter Parker yang menjadi Spiderman. Tetapi, di pertengahan cerita Spiderman telah kembali kerana kekecohan yang berlaku di Bandar. Kerana masih ada rasa tanggungjawab dalam diri, Peter kembali menjadi Spiderman. Mungkin pada Peter, kalau bukan die siapa lagi.... Habis cerita, Peter terus menjadi Spiderman.

Ini cerita Spiderman, kalau kita semua ikuti kisah para sahabat dahulu dan juga kisah Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dalam memperjuangankan Islam. Mungkin kita dapat sedikit bayangan betapa peritnya perjuangan Islam yang perlu ditempuh. Tapi inilah lumrah hidup seorang pejuang Islam. Seseorang yang telah diberi kefahaman untuk perjuangkan Islam mesti menyahut cabaran tersebut dengan penuh tabah. Dalam surah at-taubah juga ayat ke 42 ada menyebut:

42. kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Jelas apa yang diperkatakan dalam ayat diatas, andai perjuangan agama Islam ini mudah dan tidak begitu jauh nescaya semua orang ingin memikul beban dakwah ini. Tetapi hakikatnya, tugas ini sangat susah yang sangat jauh.

Coretan ini mengharapkan diri ini dikekalkan oleh Allah dalam perjuangan Islam, dan diharapkan juga sahabat-sahabat lain istiqomah dalam menyampaikan risalah Islam sehingga akhir hayat..amin..

2 comments:

dan said...

hmm. moga kita ingat keperitan pejuang kebenaran dahulu supaya kita tak leka dalam hidup kita yg sementara ni.

moga kita juga jadi pejuang kebenaran. ameen

spiderman 3 pun aku tak tgk lagi. hee

محمد حفيظ الدين said...

firman Allah,
"...wayastabdil qauman ghoirokum.."
yg bermksd Allah akan gantikan dgn kaum lain.dalam ayat tersebut Allah menyatakan jika sesuatu kaum itu tidak mampu untuk memikul dakwah dan memperjuangkan islam,Allah akan menukar dgn 1 kaum yg menyanggupinya hatta jutaan thun menunggu krn islam dijanjikan Allah akan menang sblm kiamat,insyaAllah