Pages

Labels

Monday, November 17, 2008

Moh gi DQ!!!!

“wei moh gi DQ…” Pelawaan daripada Taqim mengajak penulis menziarahi sebuah tempat yang jauh terpencil di Hulu Selangor itu…. "Bole je…” jawab penulis..

Rancangan awalnya nak pergi DQ petang jumaat dan balik UIA semula keesokan harinya. Tapi atas beberapa masyaqah telah menukar perancangan kami untuk pergi pada hari sabtu dan Taqim pun sebenarnya terpaksa membatalkan niat untuk pergi ke DQ atas urusan lain..

Pada hari sabtu berangkatlah penulis (ceh macam nak pergi jauh sangat je..) bersama Akif dan Syrup ke kawasan yang dikelilingi dengan bukit-bukau itu… kami bertolak jam 11 pagi walaupun rancangan asalnya awal lagi, tapi biasalah hujung minggu….. nikmati pagi hujung minggu dengan sebaiknya…

Kami amek train ke KKB di KL Sentral, bagi yang tidak pernah menaiki train ke KKB harga tiket ke sana ialah RM5.60… tiada diskaun…

Pengangkutan untuk masuk ke Darul Quran daripada stesen komuter KKB tak de masalah. Sebab pada awalnya kami nak mintak tolong daripada sahabat kami yang berda di DQ mengambil kami dengan menaiki van berkuasa turbo beliau. Tapi sampai kat sana kami baru tau ada sorang sahabat kami dari UIA Nilai datang jugak.... Midi, jadi suruh dia ambik lah….(manfaatkan peluang yang ada)

Di Darul Quran ketika itu sedang berlangsung program konvesyen usrah (nama baru die ape ntah tak ingat). Esoknya pulak akan diadakan ekspo kesihatan dan jugak ekonomi.. Kirenya kebetulan lah datang DQ ada majlis besar macam tu plak.. Tapi bukan datang sebab majlis tu sebenarnya, mungkin majlis tu diadakan sebab kami datang kot…hehe…

Kami makan malam kat Cafe Darul Quran, café sekarang sudah berwajah baru sebab orang pun orang baru. Alhamdulillah malam tu ada yang sudi belanja kami, terima kasih kepada beliau
( name dirahsiakan untuk mengelakkan rase bangga manusia itu..) Malam itu juga ada
persembahan daripada peserta konvesyen usrah untuk meraikan kedatang kami..( ceh sebenarnya memang malam tu ada persembahan pun, kami cume tumpang tengok je..)


Di kafe Darul Quran


***********************


Keesokan harinya bermulalah ekspo sempena Hari Kesihatan Darul Quran dan jugak hari ekonomi apa ntah… Antara yang terdapat di ekspo tersebut ialah derma darah, booth daripada Darussyifa’, HPA, dan lain-lain. Yang paling penting sekali ialah booth untuk mendapatkan UPAX yang dibuka oleh mantan Pengerusi IQRAC gen 8 iaitu saudara Hamidi Zamri…

Niat dihati nak jugak derma darah hari tu, tapi sebab malam semalam tak cukup tido jadi terpaksalah membatalkan niat suci ini untuk menderma….(alasan yang kukuh..hehe..)


Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pihak menganjur kerana dapat menjayakan program tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah… Terima kasih jugak buat semua sahabat-sahabat di Darul Quran yang sudi untuk melayan kami waktu tu… Ziarah ke Darul Quran kali ini telah mengembalikan semangat kami untuk terus menjaga al-quran, menyebarkannya dan juga untuk menegakkan hukum-hukum yang terdapat didalamnya baik untuk diri sendiri dan juga umat…. insyaAllah kalau ada kesempatan nak lagi pegi sana… kalau dapat la…



0 comments: