Pages

Labels

Friday, September 19, 2008

Iftar Kelas BI

جلاجه رمضان

Pelbagai aktiviti boleh kita adakan dengan tujuan untuk menghidupkan Ramadhan supaya hadir didalamnya suasana Islam. Salah satu aktiviti yang paling popular ialah Iftar Jam’ie (Berbuka secara berjama’ah). Iftar jam’ie salah satu matlamatnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama muslim. Ukhwah sangat dititik berakkan dalam Islam. Sebelum syariat Islam dikembangkan di Madinah ketika peristiwa hijrah, Rasulullah S.A.W. memupuk rasa kasih sayang sesama muslim dahulu. Ingat lagi kata-kata baginda bila mana menjejakkan kakinya di bumi Madinah dalam peristiwa Hijrah, “ wahai manusia, sebarkan salam, jalinkan hubungan sesama kamu dan bangunlah dimalam hari untuk menunaikan solat.” Tiga aspek penting merujuk hadis diatas dalam Islam salah satunya ialah ukhwah. Oleh itu pelbagai cara harus kita laksanakan untuk membina ukhwah Islam sesama kita bagi merealisasikan kemenangan Islam di dunia ini.

Muqadimah diatas sebagai makluman kita bersama. Ringkasannya bahawa Iftar Jam’ie sedikit sebanyak dapat mengukuhkankan lagi ukhwah sesame kita…..

Apa yang nak cerita sebenarnya ialah iftar jam’ie kelas inggeris kami baru-baru ni. Ada banyak iftar yang penulis join, tapi iftar kali ni Nampak cam grant sikit la setakat ni. Iftar kami diadakan di rumah madam Sally, setelah berbincang kami semua bersetuju untuk membayar RM10 sebagai bayaran. RM10 banyak jugak lah kalau nak makan, kirenya memang puas hatilah makan.

Bertolak dari UIA petang selasa(16hb) kalau ikut sebenarnya naik teksi dalam RM7 tapi sebab sesat jap cari rumah madam up sikit jadi RM9. Sampai rumah kami kami mulakan agenda pertama iaitu mengemas rumah. Habis kemas barulah buat kerja masing-masing. Haziq dan kumpulan die pergi beli barang, rusydi pergi memasak, semua orang buat kerja ,masing-masing. Penulis pula tugasnya membakar ikan bersama-sama dengan mike dan Muhaimi. Tapi Nampaknye Muhaimi sorang je membakar yang lagi dua tu sekejap tengok pastu jalan tempat lain.

Sambil menunggu watu berbuka diadakan bacaan tahlil serta doa khususnya untuk arwah Madihah. Kami berbuka dahulu kemudian terus solat maghrib dan barulah makan berat. Selesai semua, kami bersiap untuk solat tarawikh di rumah madam. Imam sudah ditetapkan sebelum ini, imam ditaklifkan untuk membaca satu muka surat setiap rakaat bermula daripada awal surah ali-imran. Abih solat bermulalah free style, ada yang sambung makan, ade yang tengok tv, ade yang main computer dan macam-macam lagi la…… Sampi la tidur…

Keesokan harinya kami bangun untuk sahur, lepas sahur solat subur dan sambung buat kerja masing-masing(tidur). Penulis berangkat pulang lepas zohor tu, tapi singgah one utama kejap… Abih cerita…

0 comments: