Pages

Labels

Sunday, March 1, 2009

Ke Temerloh...

Alhamdulillah selesai solat maghrib baru lah sempat untuk diriku ini menatap laptop buruk ini bagi tujuan update blog yang agak lama’ terbengkalai’. Post yang terakhir ialah peristiwa yang berlaku di Kajang… peristiwa bank in duit dalam bank muamalat yang tersorok.. hehe.

Keesokan harinya pulak seperti biasa hidup selepas pekse ini agak membosankan.. rancangan untuk ke CFS IIUM PJ diteruskan.. kali ni pun berseorangan jugak sebab yang lain terpaksa membuat persediaan bagi menghadapi exam, adapun yang lain ada urusan masing-masing… kiranya plan asal nak pegi buat huru-hara kat PJ la plak, dah lama tak kacau diorang…

Sedang berkemas tiba-tiba dapat panggilan daripada sorang sahabat ni ajak balik Pahang… fikir sejenak… kire boleh lah daripada pergi PJ seseorang takde buat mende, baik balik Pahang… on the spot terus bertolak menaiki kereta kancil tanpa berbekalkan baju spare yang lain, pergi ke stesen bas pekeliling…. Sampai di stesen bas terus beli tiket ke Temerloh dalam perjalanan, seperti perjalanan yang sebelum masa dipenuhi dengan melelapkan mata. Maklum la nak buat aktiviti lain tak boleh kerana menyedari diri ini mudah pening kepala bila menaiki kenderaan…

Sampai di Temerloh abang kepada sahabat ni ambil kami… tertanya-tanya jugak sebab apa nak balik ini… Dalam kereta dengar perbualan antara mereka barulah tahu tujuan nak balik sebab nak ziarah Emak dia yang baru di bedah petang hari tadi…. Patut la Nampak macam tak berapa nak hepi je, ingat tak leh jawap pekse math tadi..:)


Kami terus ke kedai makanan depan hospital… segan jugak lah diriku ini sebab ramai kelurga die ada situ, tapi buat-buat bese je la takkan nak nyorok bawah meja…. Abis makan kami pergi naik ke Hospital Temerloh, nilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Hospital tu… baru je nak naik kene tahan ngan guard.. dia cakap sorang je boleh masuk… Tak pe lah, tunggu kat bawah kejap. Nasib baik ada kawan sekolah tahap dulu kat bawah tengah tunggu mak die.. Boleh la berbual panjang… tak lama lepas tu mak die turun, jadi bergeraklah diri ini ke bilik solat untuk menunaikan solat isyak yang dijamakkan sekali dengan maghrib… abis solat bukak laptop buruk ni kejap tengok apa yang patut… baru je nak edit gambar ini, si sahabat tadi call ajak naik gak..

Jadi berbekalkan keazaman yang kuat dengan bacaan surah yasin ayat ke 9 penulis cuba jugak untuk melepasi pak guard ni(cam poyo je…).. Alhamdulillah lepas, jalan tersenyum sambil mengangkat tangan ke arah pak guard tadi….

Penuis terus menuju ke tingkat 6 wad kelana 7 katil nombor 20. Kelihatan sahabat penulis dan akaknya sedang menemani ibu kesayangan mereka… tak berkata apa-apa cuma yang mampu diucapkan didalam hati “syafahaAllah” dan “semoga Allah memberi kakuatan kepada sahabatku ini..”. Sekejap saje kami duduk kat situ dalam hampir pukul sepuluh kami menuju ke rumah sahabat ni di Jengka 16.. Suasana kat rumah agak kecoh la jugak biasa lah kalau berkumpul macam-macam mende nak cerita…

Bila semua dah masuk tidur barulah start bukak laptop ini.. pada mulanya nak mencuba connect internet gune broadband tapi mungkin laptop ni terlalu ‘canggih’ tak lepas nak connect.. Jadi kami manfaatkan perisian lain yang ada dalam laptop ini sebagai gantinya..

Keesokan harinya…

Selepas solat subuh penulis bersiap-siap nak ikut sekali ke hospital nak hantar makanan untuk emak sahabat ni… tapi rupanya doctor tak benarkan lagi beri apa-apa makanan masuk dalam badan… ingatkan nak duduk lama kat hospital, tak lama lepas tu die ajak balik.. sampai kat rumah baru je duduk atas katil sambil membaca mesej die ajak pergi semula ke hospital… Hospital temerloh jadi macam tempat mainan pulak, ulang alik…. Biasalah keadaan macam ini.. nasib baik temerloh ada Hospital.. kalau ke Kuantan atau Kuala Lumpur.. ataupun Kuala Lipis tak ke susah…

Alhamdulillah hari ini tengok perkembangan kesihatan emak sahabat ini ada peningkatan daripada semalam, tapi agak serius jugak la lagi… nak tegur lebih-lebih ganggu pulak… hadiahkan lah doa jelah mampu moga Allah permudahkan.. Petang sikit lepas solat jumaat ngan makan tengahari kami pulang semula ke jengka… solat jumaat kat Masjid Kampung Paya Luas, dekat je ngan hospital tu… kul 5.30 plak datang semula ke hospital…. Malam pulak balik…

Malam tu cuba sekali lagi internet, guna laptop lain plak.. kali ni bleh la…. Tapi takleh wat ape sangat, sebab slow sikit, sempat bace apa yang patut je..

Esoknya plak….

Kami tak pergi ke hospital siang tu….. lepas je solat subuh kami terus ke kedai depan ngan SMK Jengka 16… Kedai milik sahabat penulis, hari ini kene jaga kedai… duduk je la dalam kedai tu wat pape yang patut walaupun keadaan agak ‘darurat’… abis solat zuhur ngan makan makanan biokot.. hehe… balik kerumah semula, siap-siap nak ke hospital lagi… Kali ni… penulis naik kejap je kat atas tengok camne keadaan emak die dan lepas tu mintak sahabat ni tolong hantar ke bandar temerloh sebab nak balik ke Lipis kejap.. tibe plak rase nak balik.. huhu…

Akhirnya sampailah ke bandar Temerloh… pengembaraan diteruskan lagi.. cerita seterusnya lepas ni ye…

SyafahaAllah kepada emak sahabatku ini dan semoga Allah memberi beliau kekuatan untuk menghadapi hari mendatang nak-nak lagi ada satu lagi paper 3hb ni( tapi die kate dah power da subjek ni.. hehe..)

waAllahua’lam…….

0 comments: