Pages

Labels

Wednesday, February 25, 2009

Habis Exam..!!!!

Alhamdulillah…. Selesai lah sudah final exam untuk 2nd sem kat cfs iium ni.. harap-harap result kali ni lebih baik daripada yang sebelum…. Nasib baik sem ni last penulis amek subject English, kirenya sem depan tak payahlah pening2 nak pegi kelas bi lagi… sekarang tunggu je la sama ada lepas ke tak ept…

Habis exam memang membosankan….. sebab ramai sahabat lain tak abis lagi exam.. jadi duduk la sorang-sorang kat bilik bagi memenuhi kekosongan katil..


***************************


Petang tadi ada satu misi tertunggak yang perlu disempurnakan penulis iaitu memasukkan duit kedalam akaun UIAM.. Mesti ramai yang pelik bile masa plak UIA kenakan yuran pengajian… Bagi yang ambil biasiswa KPT yang dapat RM1000 satu sem tu tak payah lah wat pape sebab dah tolak siap-siap dah untuk yuran pengajian.. Diriku ini telah mengambil biasiswa Yayasan Pahang, so kenelah bayar yang baki tu…

UIA pun satu, bukan ramai pun yang amek biasiswa lain, halal-halal je yuran tu…J tapi tak pe lah, sama je sebenarnya… Cuma letih sikitlah nak kene keluar pergi cari bank muamalat plak… kenapalah bukan bank lain??!!! Bank yang pelik tu jugak UIA pilih…!!!

Petang tadi waktu solat zuhur penulis keluar dengan sorang sahabat yang nak balik ke Perak.. terpaksa keluar sebelum sempat menunaikan solat zuhur sebab sahabat ni nak kejar bas kat Pudu. Jadi untuk menyelamatkan keadaan lagi terpaksa mintak bantuan Hamidi sebab die ada kereta.. Mintak tolong hantarkan kami ke KTM Nilai.. sampai di KTM penulis terus membeli tiket ke Kajang bagi menyempurnakan misi tersebut… Tak pernah sampai pun kat Kajang, kira tawakal habis la jalan kat sana sorang-sorang ni…

Sampai je kat Kajang penulis terus menuju ke bandarnya dengan berbekalkan panduan yang telah diberitahu oleh sahabat dalam komuter tadi (sebenarnya tak faham pun dia cakap apa…. Pakai jalan je… yang penulis ingat cuma jalan sampai Nampak traffic light.. ) Jadi sampailah ke kawasan Bandar Kajang… serabut gak bandarnya, takde lah power sangat… perut pun sudah lapar, dari pagi tadi cuma sempat menjamah sebuku roti dalam komuter tadi… agak teruk gak la lapar ni… tapi risau punye pasal tangguh dulu hasrat untuk makan sebab nak sempurnakan misi ini dulu…

Di bandar Kajang mata penulis sibuk memandang signboard harap-harap ternampak lah papan tanda yang tertulis “Bank Muamalat”… tapi tak Nampak pun.. mula-mula nampak ‘Bank Islam’ jalan depan lagi Nampak la pulak ‘Bank Rakyat’… dalam hati berbisik, “kejap lagi jumpelah kot..” pusing lagi tak jumpe pun… jadi terpaksalah memberanikan diri tanya kat mak cik jual jambu ni… sedihnya mak cik ni tak tau kat mana Bank tu… L tak pe makcik….. Nampak plak brother yang kerja repair kasut, cubelah tanya die kot2 die tau… same gak ngan mak cik tadi.. brother ni pun tak tau… tak pe lah.. time kasih ye….. tapi brother tu ada lah gak cakap, “kawasan bank banyak-banyak kat sana..”… Jadi tanpa melengahkan masa pergi tengok kat sana plak..

Masuk kat sempang tu.. Nampak plak ‘Bank Nasional’ ada gak ‘RHB Bank’ , ‘Hong Leong’ pun ada gak… tapi mana ‘Bank Muamalat’ ni… hish…..takpe la.. jalan je la dulu… bole kate hampir semua lorong penulis masuk nak tengok kot-kot jumpe apa yang dicari pusing sampai kebelakang.. tengok jam kat handphone dah sejam lebih cari tak jumpe ni… tanya brother lagi satu ni… die cakap die pun tak tau tempat ni, die orang Putrajaya.. silap tanya la ni… tibe terfikir, baik tanye driver teksi… sebab die kan biasa bawak orang..hehe.. idea baik punye… pergi lah tanya kat sorang brother teksi ni dengan penuh adab dan kesopanan… lalu brother tu cakap la, “ Kalau tak silap… Bank Muamalat ada kat belakang pasar sana, sebelah CIMB Bank… jauh gak tu.”

Brother tu cakap ‘jauh gak tu’ mesti nak suruh naik teksi die… padahal pasar tu penulis dah lalu tadi, tak de lah jauh mana pun… (belagak giler..) gembiranya hati, ada gak orang yang tau… Abang tadi cakap jugak, “kalau tak silap…” kalau la penulis diberi kesempatan jumpe lagi ngan abang tadi nak je cakap kat abang tadi, “bukan kalau tak silap… memang silap pun..” mane la ada Bank Muamalat kat situ… dah la jauh pasar tu… hilang gembira….

Terpaksa tanya ngan pak cik ni plak… pak cik ni macam tau tapi die lupe-lupe plak.. semangat pak cik ni, die gi tanya plak kat member die plak.. member die pun tak tau… tak pe la pak cik… penulis teruskan lagi perjalanan dengan misi mencari Bank Muamalat tapi kali ni tiada arah tujuan yang specific. Pusing-pusing…… rase macam nak tanya kat brother ni plak la… sebab die pakai macam smart.. tanye lah… kali ini ada jawapan… Die cakap kene lalu kat Balai Polis… belakang tu ada Bank Muamalat kat sebelah ‘kot mamut’… hehe die nak cakap ‘Court Mamout’ belasah la…

Jadi sekali lagi hati ini bergembira… sambil-sambil jalan,tibe-tibe terfikir apa nak update dalam blog nanti ye… si’ Pengemis’ tu dah bising dah bile “aok nak update ni”… tak pelah balik nanti la.. hehe… akhirnya sampai kat Bank Muamalat.. Alhamdulillah…. Jadi dapatlah penulis selesaikan misi tersebut… habis bank in baru lah ada selera nak makan… abis makan penulis terus gerak balik ke Nilai….

Perjalanan kali ini agak menguji tahanan mental, begang gak tanya orang tapi diorang tak tau.. sedangkan tempat diorang tu… bialah mungkin diorang baru pindah semalam kot… hehe….. Jadi secara tak langsung Bandar Kajang sudah penulis jelajahi.. hihi…. Terima Kasih kepada yang banyak membantu….


*saje je post kali ni nak cite-cite*

0 comments: