Pages

Labels

Wednesday, February 4, 2009

Kemenangan Perlu Di Pertahankan....


بسم الله الرحمن الحيم

1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -

2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam agama Allah beramai-ramai, -

3. maka Ucapkanlah TASBIH Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat. >surah an.nasr:1-3<

Suke rasenya untuk si penulis memberi sedikit respon berkenaan dengan isu yang berlaku di Perak sekarang walaupun tidak diketahuinya secara detail….

Adakah betul bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan ditumbagkan oleh UMNO dan UMNO akan mentadbir semula Perak?… Nau’zubillah…

Pada pilihanraya yang lepas Pakatan Rakyat telah memperoleh kemenangan majority di 5 buah negeri dan salah satunya ialah Perak. Tapi UMNO dengan rakus dan penuh ghairah tetap berusaha melakukan apa saja untuk menghalang agenda yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat. Tak tahu la apa yang dah diorang buat sampai ada ADUN yang keluar daripada PR…

Macam mana pun MB Perak IR Mohd Nizar sedang berusaha bagi menyelesaikan masalah ini… hehe…

Dalam ayat diatas Allah mengajar umat Islam bilamana telah sampai kemenangan kepada mereka maka hendak disyukuri nikmat tersebut dengan kita memperbanyakkan tasbih memuji Allah dan beristighfar…. Maka hendaklah seluruh pendokong Islam perbanyakkan munajat moga-moga Allah kekalkan kemengnagn yang diberkan…… Sekadar peringatan untuk seluruh pejuang kebenaran. Janganlah disebabkan kekufuran dan maksiat yang kita lakukan menyebabkan Allah menarik semula ‘nikmat’ yang telah dikurniakanNya.

Tanggungjawab untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas oleh kepimpinan sekular UMNO adalah tanggungjawab semua Pendokong Kebenaran… andai kata ada yang hendak lepas tangan dengan memberi alasan bahawa Perak bukan negerinya maka mereka akan dipersoalkan kelak…

Oleh itu sama-sama kita perbanyakkan doa mohon Allah beri pertolongan agar dakwah Islam dapat terus dijalankan dan seterusnya memberi kemenangan yang HAKIKI kelak kepada ISLAM di seluruh dunia….

0 comments: