Pages

Labels

Monday, February 2, 2009

Dah abis ke bulan 1....??!!!!

Lame gak tak posting disebabkan masa dan beberapa masalah yang mengganggu kebelakangan ni menyebabkan blog ini terbiar beberapa minggu..

Sedar-sedar sekarang dah habis pun bulan januari 2009.. Rase macam baru je sambut tahun baru(memang baru pun). Baru saja satu bulan berlalu tapi tahun 2009 telah diwarnai dengan berbagai-bagai peristiwa samada suka ataupun duka.

Pembukaan tahun 2009 umat Islam diseluruh dunia dikejutkan dengan serang tentera Israel keatas Gaza... Ianya telah menaikkan kemarahan bukan saja umat Islam diseluruh dunia tetapi juga rakyat yahudi yang tidak sukakan kepada keganasan.... Antara ikhtiar yang boleh umat Islam di Malaysia lakukan ialah mengadakan demontrasi bagi mendesak kerajaan Amerika menghentikan serangan, solat hajat, derma dan beberapa perkara lagi.... Waktu ini lah kita dapat lihat umat Islam bersatu walaupun berlainan pendapat...

Gambar demo di Nilai..


Selain daripada serangaan keatas palestine, di Malaysia berlangsung pilihanraya kecil di Kuala Terengganu yang mana kemenangannya berpihak kepada Islam. Kemenangan di Kuala Terengganu jelas membuktikan bahawa rakyat sekarang semakin bijak dalam membezakan antara kebenaran dan penipuan...

Gelolmbang Tsunami Politik pada pilihanraya umum yang lepas secara tak sedar rupanya telah memberi kesan yang amat kuat kepada pergerakan politik di kampus.... Ini telah menyebabkan Persatuan Mahasiswa Islam UM telah berjaya membentuk kabinet MPP di UM dan alhamdulillah WUFI berjaya mempertahankan kemenangannya di UIAM.

Ini lah sedikit sebanyak perkara yang besar berlaku pada bulan januari 2009.... Bagi penulis sendiri banyak perkara belaku yang mana insyaAllah memberi manfaat yang pengalaman yang berguna untuk kegunakan pada masa yang akan datang...

Posting kali ini sekadar mengisi ruangan masa yang agak terluang seketika... Seronok rasenya bila membaca cerita dan perkongsian idea daripada sahabat-sahabat yang lain. alang-alang dah ad kat depan laptop ini boleh lah usik posting blog ini sikit. Poster pun dah siap, jadi kurang satu tugas hari ini......


Rehlah anak negeri..


semoga bulan februari ini kita buat yang lebih baik daripada bulan yang lepas......

0 comments: